Kalau tergerak hati tu, di masa terdekat, mungkin saudara/i pun boleh melonjakkan nama saya di matahati perwakilan! Wallahualam...
Ini yang saya sedang sampaikan kepada mereka dalam masa 48 jam terakhir ini sebelum undi mula dibuang:
Assalamualaikum,
Sementara saudara mempertimbangkan layak tidaknya calon-calon menduduki kepimpinan Pemuda UMNO pusat, izinkan saya berkongsi sedikit isi hati. Dalam pada itu, saya juga berterima kasih atas sokongan dan peluang berbicara dengan kawan-kawan semua tempohari, serta berharap persahabatan yang terjalin berpanjangan, apa jua keputusan pemilihan kelak.
KU BERTANYA KEPADA TUN DR MAHATHIR
Di suatu majlis pada bulan puasa lepas, saya berpeluang mengajukan pertanyaan kepada YABhg Tun Dr M,”Bagaimanakah kita menjawab bila anak muda Melayu kita yg
sudah lupa mencabar;Untuk Apa Perjuangan yang merujuk kepada era Merdeka, bila penjajah sudah pergi lama sangat dah?
Untuk Apa Perjuangan Agama, bila masjid kini bercambah-cambah & tiang masjid lazimnya lebih dari jemaah?
Untuk Apa Perjuangan, apabila Bahasa sudah sedia dimartabatkan melalui sekolah, berkumandang di media, hingga pemimpin DAP pun sudah ‘terror’ berbahasa Melayu?
Untuk Apa Perjuangan, apabila makmur sungguh Melayu hingga terlalu banyak harta terdengar diselewengi dengan alasan ‘Hak Istimewa’?”
JAWAPAN TUN TAK DISANGKA
Tun Dr M menjawab (lebih kurang) dengan selamba lazimnya,“Betui ka? Betui ka Perjuangan sudah selesai? Macam mana perjuangan Agama selesai bila jemaah sampai melimpah keluaq dari Masjid bila sembahyang Jumaat & Hari Raya? Saya tak rasa ini menggambarkan masjid kita pun cukup...
Tambah lagi bila murtad meleluasa & anak-anak muda Melayu sendiri jadi kepala membuat dosa...
Apa yang orang Melayu nak banggakan tentang kemakmuran negara apabila orang kita yang susah pun masih ramai. Penyelewengan tidak membuktikan kita sudah senang. Ramai yang kaya ‘orang lain’ dan bukan orang kita.”
Tun kemudian mengulas kembali kata-katanya perihal Melayu sejak awal kepimpinannya lagi. Beliau mengingatkan yang sejarah merupakan petunjuk hak mahupun salah-silap kita sebagai suatu bangsa. Bangsa yang terlalu senang leka dilamun ‘hak’ sementara ‘hak’ disamun orang lain dengan suka-suka sahaja.
KENAPA DISOAL ‘UNTUK APA PERJUANGAN’ HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?
Pada saya, khusus tentang Hak Istimewa Orang Melayu, ramai anak muda dan intelek kita sendiri mempersoalkannya kerana jiwa Melayu Muda sudah menjadi terlalu kerdil akibat perceraian dari sejarah.Sejarah yg saya maksudkan bukan sejarah yang diajar di kelas-kelas, itu akademik. Ini sejarah perjuangan yang menunjukkan pengorbanan kita yang tak putus-putus untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.
PERCERAIAN SEJARAH MELUPAKAN KITA AKAN MUSUH
Amat menyakitkan hati saya bila melihat anak-anak muda Melayu kini ada yang termakan dakyah pembangkang dan melaung Lim Kit Siang sebagai hero mereka! LIM KIT SIANG yang antara PENCETUS 13 MEI apabila beliau KENCING ATAS TIANG BENDERA MALAYSIA sewaktu berarak MENUNTUT PEMIMIPIN MELAYU KELUAR 40 tahun yang lepas.Saya tahu 40 tahun lama sudah, tetapi adakah mungkin makhluk sebegini hina berubah isi hati, atau mungkinkah ia berubah hanya di depan mata? Bukti Lim Kit Siang masih busuk hati apabila kuncu-kuncu anak buahnya Teresa Kok berkomplot
menidakkan hak azan berkumandang di udara dan menyamakan kerajaan negeri BN yang jatuh seolah babi panggang!
PERCERAIAN SEJARAH MEMBUAT KITA MENGABAIKAN HERO
Yang menyedihkan saya lagi adalah apabila melihat HERO sejarah kita seperti arwah Tun Ghafar Baba, yang bertanggungjawab mendapatkan sumbangan emas Melayu Melaka untuk membeli kapalterbang buat Tunku Abdul Rahman terbang memperjuangkan Merdeka, kini dilupakan. Tetapi salah siapakah ini? SALAH BUDAYA PEREBUTAN KEPIMPINAN UMNO!Tun Ghafar Baba tumpas dalam pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1993. Beliau kalah, tetapi beliau masih berjasa, namun kenapakah beliau begitu diketepikan? Kenapakah beliau tidak terus dihargai, malah dipergunakan untuk mendidik anak muda sebagai hero lama?
KERANA KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI KINI MENDAHULUI KEPENTINGAN BANGSA
Kerana atas dasar kepentingan politiklah, bukan saja sekadar hero-hero lama yang sudah kalah dan bersara sahaja dilupakan, malah penglipur-lara sejarah politik kita pun, disekat dari berbicara dgn Pemuda!Lihat sahaja nasib Tan Sri Abdullah Ahmad ‘Kok Lanas’, seorang penulis dan penglipur-lara berpengalaman yang tetap kritis dan ligat fikirannya ke hari tua. Hero kita yang perjuangannya membawa diri dari kabinet, ke Bangsa-Bangsa Bersatu sampai masuk ISA pun!
Namun, kerana beliau begitu tajam kata bila terlihat salah pada kepimpinan kita, digunakan alasan apa sahaja untuk mengenepikannya... dan gantinya? Diselitkan seorang pengampu kelas satu, Datuk Kalimullah Hassan, yang hasil usahanya sepanjang mengambil tempat hero kita tak lain dari meraih kekayaan untuk dirinya dan membawa kelekaan mendampingi pemimpin teratas.
ZURIAT KITA APA NASIBNYA JIKA TAK TERJAWAB ‘UNTUK APA PERJUANGAN’?
Kita yang bergelumang dalam politik UMNO mungkin faham ‘Untuk Apa Perjuangan’… janganlah kita bawa sangsi diri...Masalahnya adalah bagaimana anak muda Melayu yang lain hendak faham ini, kerana…
Kebingungan kita pun bila UMNO hari ini menjadi medan mempertahankan peribadi, keluarga dan kedudukan pemimpin semata-mata. Hampir sekali ajal merapati UMNO, yang begitu berjasa membela nasib Melayu. Manakah akan kulindungi masa depan anak dan zuriatku sebagai rakyat Melayu kiranya UMNO tiada? Sepanjang 5 tahun lepas pun, bila hak kita dicabar, bukan sahaja oleh kafir harbi DAP, malah segelintir teman-teman BN kita, kenapakah kepimpinan UMNO bukan sekadar bisu tapi LENA!
ADAKAH PILIHAN LAIN UNTUK MEMPERTAHANKAN ZURIAT
MELAYU?
Mana bisa diharap Parti Kelentong Rakyat, PKR, yang berpaksikan kejaran kuasa seorang lagi sang rakus yang berbuih 'Ketuanan Rakyat' dibibir sahaja?
Dibibir sahaja... bukan sahaja dari segi retorik yg tidak berdasar fakta, membohongi rakyat, tetapi dari segi pelaksanaan dasar yang melekakan dengan sementara tetapi lambat-laun akan membawa naya.Sama juga, mana bisa kita berharap kepada parti yang dakyah Islamnya membencikan Melayu sehingga sanggup segelintir pemimpinnya ditunggangi kafir harbì di Perak berbayar sekadar tempias kuasa? Dakyah asobiyahnya terutama sekali mengakibatkan Melayu membenci identiti bangsanya sendiri, semua gara-gara politik.
Padahal Rasulullah s.a.w. sendiri menerima keutamaan terhadap kaum sendiri sebagai fitrah, dan menjatuhkan hukum asobiyah hanya kiranya kita menzalimi kaum lain. Dan bagaimanakah mungkin UMNO menzalimi kaum lain, apabila dasar kita memakmurkan semua sehingga PRU ke PRU, undi masih majoritinya diraih Barisan Nasional… hinggalah PRU12.
UNTUK APAPUN PERJUANGAN, UMNO HARUS DIKEMBALIKAN
KEPADA MELAYU…
Untuk apapun perjuangan kita, sama ada idealisma Melayu baru, mahupun semudah faham masa depan zuriat kita, pada hemah saya, harus dikembalikan UMNO kepada Melayu dengan segera.Harus dikembalikan UMNO kepada arus perjuangan asalnya, dengan bersejarah, sebelum bukan sekadar pemimpin berketagih kedudukan sahaja yang menghancurkannya.
Harus segera dibebaskan UMNO dari cengkaman maut wang yang ketandusan sejarah, nilai dan budi, sebelum ia ketandusan anak muda Melayu pewaris bangsa.
PULAU BATU PUTIH PENENTU PERTANDINGAN
Yang menentukan bertandingnya saya sebagai calon exco Pemuda bukanlah pencalonan yang banyak mahupun desakan kawan-kawan. Niat sudah lama ada, tetapi penentunya disampaikan pada malam berita tentang keputusan Pulau Batu Putih di mana kalah kita.Yang kalah itu mungkin lambat-laun, marah cara mana pun, harus kita terima. Tetapi yang lebih menyayat hati bagi saya adalah adegan di mana rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, satu-persatu, ditunjukkan pada kacamata TV menyatakan mereka ‘menerima kekalahan’ tersebut.
Pada malam itu, isteri saya meluahkan rasa hatinya, yang beliau rela apa sahaja pengorbanan asalkan usaha saya berpolitik dapat membantu mempertahankan masa depan anak-anak, zuriat kami, dari terlelong maruah dan begitu sedia ‘menyerah kalah’ seperti yang terpapar menerima keputusan Pulau Batu Putih.
JADI UNTUK APAKAH PERJUANGAN SAYA?
Saya rasa soalan ini tidak penting. Yang penting adalah untuk apa perjuangan saudara sendiri? Malah, adakah saudara sekelian lagi berjuang, sedang bersenang dengan kawan-kawan atau syok sendiri berpesta UMNO pemilihan ini?Saya amat gemar bertembung dengan calon-calon, terutama sekali calon-calon ‘swasta’ yang tiada undi kerana bukan perwakilan, kerana pada masa itulah saya paling selesa bertanya,”Saudara Bertanding Untuk Apa?”
Adakalanya kawan-kawan calon-calon lain tercengang dengan soalan saya. Tercengang lagi mereka apabila saya sedia meluahkan niat saya bertanding… kerana
masa depan zuriat, kerana saya ingin mencelikkan mata Pemuda akan ruang melopong di kalangan masyarakat muda yang tak terisi pun oleh wadah Pemuda UMNO sekarang.
UNTUK APA PERJUANGAN PERWAKILAN?
Tetapi soalan, ‘Untuk Apa Perjuangan?’ dan ‘Saudara Bertanding Untuk Apa?’ ini bukan sahaja relevan untuk calon kepimpinan Pemuda UMNO pusat, tetapi juga semua perwakilan menjelang 25 Mac 2009. Malah soalan ini sama relevan baik untuk pemegang jawatan sepenggal, yakni KP dan NKP, mahupun G2 yang membawa suara akar-umbi.Apapun niat saudara dalam menghadiri persidangan UMNO kali ini, ingatlah, undi saudara bukanlah pembawa hasrat saudara sendiri, terutama kini apabila kita UMNO, mahupun Melayu, menghadapi zaman getir. Pilihlah yang terbaik
dari kami calon-calon di semua peringkat. Harapan saya, ia juga yang terbaik
untuk masa depan zuriat Melayu dunia dan akhirat.Selamat Bersidang…
9 comments:
Sahabat,
Doa saya untuk saudara.
Salam,
Selamat Maju Jaya. Ingat dua perkara ini jika menang nanti. Pengundi dan Pidato.
Andai menang dekati pengundi dan anjurkan pidato utk melontarkan hujah dan aspirasi perjuangan kepada masyarakat terutamanya orang muda. Majlis ringkas seperti ini tidak perlukan belanja banyak.Tak perlu angkut bas untuk membawa hadirin. Jemputan seperti biasa dan kita ukur berapa yang hadir. Dari situ kita akan tahu di mana kekuatan UMNO sekarang dan bolehlah mencambahkan idea bagaimana utk menarik lebih ramai hadirin.
Jika pembangkang anjur ceramah kita anjur Pidato. Biar orang kata sama tapi sebenarnya tak serupa.
The best will win.
Salam,
Harapan saya anda akan berjaya dan merealisasikan hasrat anda untuk memakmurkan anak bangsa.
NI ADA SATU CERITA PANAS PASAL MAMAT YANG BERNAMA WAN INDRA PUTRA BIN AHMAD! BUKAN TUAN-TUAN DIA NI BUKAN PEMAIN BOLASEPAK, DIA NI DIKENALI SEBAGAI RAJA SEGALA KATAK, KERJA DIA NI DOK SUKA MELOMPAT JE DARI SATU PARTI KE PARTI LAIN....ADAKAH ANDA KENAL DIA? ASAL UMNO LOMPAT PKR, MASUK BALIK UMNO KELUAR LAGI PASTU MASUK BALIK...PEHHHH...INILAH BAPAK PADA SEGALA KATAK SIOT! NIK AJIS NGAN AL JUBURI WAL LIWATI PUN TAKUT TENGOK MAMAT NI...
AL KISAHNYA BILA DIA MASUK UMNO SEMULA, DIA SANGAT LA SUKA MEMUJI PAK LAH FLIP FLOP! ASAL APA SAJA PAK LAH BUAT SEMUANYA BETUL LA BAGI MAMAT YANG BERNAMA SEPERTI PEMAIN BOLASEPAK NI....TU DIA, KIRANYA DIA NI JENIS AMPU DAN CIUM BONTOT TAHAP WORLD PUNYA LA, DENGAR CERITANYA DIA KELUAR UMNO DULU SEBAB DITOLAK DARI JADI AJK PEMUDA BAHAGIAN KOTA RAJA DULU, TUP TUP LOMPAT MASUK PKR JADI SETIAUSAHA KEADILAN@PARTI SEX BEBAS, TAK PUAS HATI JUGAK TUP LOMPAT MASUK UMNO BALIK! PASTU MACAM TU LA CYCLE DIA SAMPAI LA DIA DAPAT CABLE NGAN PAK LAH!
KESEMPATAN KEKABELAN INI TELAH DI GUNA PAKAI OLEH BRADER WAN INDRA PUTRA ATAU KAWAN-LAWAN DIA PANGGIL DIA WAN INDRAF POKEMON NI DENGAN BEGITU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SEKALI TAU! JENIS MANUSIA RAJA KATAK MACAM NI LAH YANG BUATKAN PAK LAH TAK SEDAR AKAN KESILAPAN DIA DAN TERUS MENGANGGAP DIRI BELIAU MASIH POPULAR! ORANG MACM NI LAH YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA!
NAK TAU APA DIA DAPAT, TU DIA PROJEK PASIR SUNGAI DAN BERMACAM MACAM LAGI LA! NAK TAU KENAPA SEBAB DIA BODEK TAHAP GABAN PUNYA KAT PAK LAH WOO! DASYAT MAMAT NI PUNYA WAYANG LA, SAYA INGAT NI MAMAT ADA AMBIK KURSUS DENGAN AL JUBURI WAL LIWATI LA! MESTI PUNYA LA! MALAH BOLEH DIKATAKAN BERJUTA JUTA DIA DAH SONGLAP LA! ITU LA PASAL DIA TAK MAHU HILANG NI TELUR EMAS, DIA BERMATI-MATIAN MAU PILIHAN PAK LAH YANG JADI TPM! SUPAYA DIA BOLEH SURVIVE LAGI...DASYAT GILE LE ORANG MACAM NI...TAKDE MARUAH KE?
PARPUKARI TARAK MERAPU PUNYA, APA SAYA CAKAP MEMANG BETUL PUNYA! PASAL JENIS ORANG MACAM NI LA UMNO PARTI KERAMAT DI PANDANG HINA OLEH PEMBANGKANG DAN MASYARAKAT PADA AMNYA!
TAK CUKUP DENGAN TU, BARU BARU INI, MAMAT INI TELAH MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN LA, NI LA AKU NAK CERITA NI...DIA BAGITAU DEKAT LEBIH DARI 1000 OANG DENGAN MENGHANTAR SMS JE, KATANYA PADA PERWAKILAN JANGAN UNDI MUHYIDDIN YASSIN, KATA SI RAJA KATAK PURU MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH! WHAT? TAN SRI MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH? MEMANG SAH RAJA KATAK YANG AMBIK KURSUS DARI RAJA KUNYIT NI DAH GILA NAK MAMPOS!
SEBENARNYA DIA BUKAN GILA, DIA TAK NAK TS MUHYIDDIN NAIK SEBAB SUSAH DIA NAK MAKAN NANTI, YALAH TS MUHYIDDIN NI ORANGNYA TEGAS, TAK MAKAN RASUAH, TAK MAKAN BODEK PUNYA, LEPAS PAK LAH DIA NI NAK MINTAK KAT DS ANJIB MESTI TAK JALAN PUNYA, SEBAB DS NAJIB BIJAK ORANGNYA, SO DIA KENA MAKE SURE YANG AT LEAST BAKAL TIMBALAN PRESIDEN ADALAH ORANG YANG BOLEH DIA MAKAN! HMMMM...AGAK AGAK KORANG LA SIAPA LAGI SENANG SI MAMAT KATAK AL LOMPATI NI NAK MAKAN? DAH TENTU BUKAN TS MUHYIDDIN KAN? HAAA...SENDIRI MAU INGAT LA!
APA YANG SAYA CERITAKAN TADI ADALAH SALAH SATU DARI CONTOH DI MANA ORANG CUKUP TAKUT DENGAN GANDINGAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN DATO SERI NAJIB NI, YALAH PELUANG NAK MAKAN PROJEK FREE MELALUI BODEK DAH SUSAH LA KALAU TAN SRI MUHYIDDIN MENANG KAN? DS NAJIB, I DONT THINK SO DEPA ADA CHANCE NAK MAKAN DIA! SO APALAGI KAWAN-KAWAN DAN SAHABAT-SAHABAT PERWAKILAN SEMUA!
KITA KENA PASTIKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENJADI THE NEXT TPM!
KALAU NAK UMNO JADI BERSIH SEMULA, BUATLAH MELALUI PELUANG YANG ALLAH TELAH BERI PADA KITA INI, INGATLAH TUAN/PUAN PERWAKILAN DAN ORANG RAMAI DI LUAR SANA, ADALAH AMAT PENTING UNTUK UMNO REFORM SEKARANG!
REFORMLAH UMNO MELALUI PELUANG YANG DIBERI KEPADA ANDA, KITA MEMANG PERLUKAN ORANG-ORANG YANG TEGAS SEPERTI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN NI UNTUK MEMBETULKAN UMNO DAN MELETAKKAN UMNO DI LANDASAN YANG BETUL!
UNDILAH DENGAN BIJAK!!!
http://parpukari.blogspot.com
Indians feel betrayed by Anwar in Bukit Selambau
read it all here
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/kaum-india-kecewa-dengan-anwar-di-bukit.html
Salam Saudara Akashah,
Untuk apa perjuangan?
Saya petik kata-kata TDM ( Dari kalendar MECD-bulan Ogos 2009)
"kita tidak mahu melihat negara ini merdeka dari segi lambang dan bendera sahaja. Kita mahu kemerdekaan yang tulen, yang tidak boleh dipermain-mainkan oleh sesiapa..Benteng yang terkuat dalam menghadapi ancaman ini bukanlah bercorak fizikal atau undang-undang tetapi ialah benteng moral atau keperibadian. Kita perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik yang boleh melindungi dan mempertahankan kita dari pengaruh-pengaruh yang tidak diingini"
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perutusan Hari Kemerdekaan ke 25
31 Ogos 1982
Selagi bangsa tidak mencapai kemerdekaan yang tulen hingga boleh membela agama dan bangsa maka perjuangan belum selesai....
Sayuti Omar ejen Fitan Anwar
Baca di sini
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/orang-kuat-anwar-sokong-najib.html
Kita baru sahaja selesai pemilihan UMNO baru-baru ini. Ada calon yang menang dan sudah pasti lebih ramai lagi yang kalah. Ada yang merajuk,tak puas hati, gembira, iri hati dan tak kurang yang terluka. Apa yang sangat menarik perhatian saya sebagai orang bawahan (grass root-popular term sekarang) adalah slot perbincangan di TV , iaitu semasa menunggu keputusan rasmi. Ramai cendikiawan, ahli politik dan wartawan membahaskan apa masalah UMNO yang sebenar, kenapa, siapa, bagaimana, di mana dan bila? Macam-macam teori,tokoh dan terma yang digunakan seperti “bottoms-up comunication, new media, unilateral, bilateral, Barrack Obama, apolitical, apologist dan pelbagai lagi. Seronok juga sebab dapat “experience UMNO” dalam sejam,dua.
Antara idea menarik seperti Datuk Mukhriz mencadangkan pemuda menggunakan pendekatan NGO dan gugurkan slogan ‘sedia gempur’. Menurut beliau makcik-makcik lari bila nampak slogan tersebut kat baju pemuda.Ada ahli mencadangkan pembahasan ucapan dasar presiden di peringkat akar umbi. Bagaimana berlaku terlalu banyak tapisan isu-isu dari peringkat akar umbi ke cawangan ke bahagian dan seterusnya. Ada suruh tukar ke “one member-one vote system”. Pelbagai cadangan serta hasrat nak memperjuangkan itu,perjuangkan ini. Dari banyak-banyak cadangan tadi, tiada satu pun yang kaitkan dengan agama. Kata UMNO perjuangkan agama dan bangsa melayu, tetapi SATU pun idea atau isu tak dikaitkan dengan Islam. SUBHANALLAH.
Itulah sebabnya, itulah puncanya kenapa UMNO makin jauh dari orang Melayu, jauh dari ahli UMNO sendiri, malahan jauh dari rakyat. Bagi saya isunya mudah , penting dan sangat benar. Islam, Islam dan Islam.
YB Khairy dalam ucapan kemenangannya ada muatkan ayat Quran, dalam temubual, Datuk Seri Zahid Hamidi pun ada keluarkan dalil walaupun ada tersasul sedikit, OK .. Bagus. Tapi , maaf nak kata kedengaran sangat ‘superficial’, ‘tak jive’ kata orang muda sekarang. Sejak Pak Lah melancarkan Islam Hadhari, sememangnya sampai sekarang rakyat tak faham pun apa dia konsep ini,kenapa perlu bina masjid tak berkariah dan monumen-monumen yang menelan jutaan ringgit. Nak tarik pelancong? Mungkin juga, tapi dari segi pengisian Islam tak sampai. Orang atas selalu berbicara tentang falsafah.Menteri agama selalu sebut tentang Tasauf, Tasawur,Ruh atau semangat Islam. Saya akui memang ini ilmu Islam dan memang penting untuk diperkatakan. Tapi tak sampai pada rakyat, rakyat tak dapat rasa, dan rasa /feel ini yang paling penting bagi kita mengukur keberkesanan dan kejayaan sesuatu program, kempen dan sebagainya. Rakyat rasa pemerintah jauh, maka jauhlah pemerintah dari rakyat, rakyat rasa tak puas hati, maka pemerintah juga akan susah nanti.
Saya suka ambil satu idea dari panel iaitu kurangkan big talk, lebihkan small talk.. less big ideas, more small ones. Contohnya : Kurangkan pasal idea-idea besar yang mengelirukan, lebihkan mengajak orang pergi ke Masjid atau surau. Macam geng-geng tabligh selalu buat, walau ada orang yang tak selesa dan tak suka. Sangat mudah, mereka hanya nak tarik orang meramaikan masjid, mereka sendiri bukan ahli agama (ada engineer,lawyer,kerja kilang dsb), tapi mereka tarik orang ke masjid. Di sana boleh dengar ceramah menambah ilmu, solat berjemaah dan macam-macam lagi. Saya nak tambah sikit dari idea Datuk Mukhriz, pemuda mesti ada set minda macam ahli tabligh. Yakni selain dari kena tebal muka dan benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab, pemuda kena buat satu benda yang nampak simple tapi manfaat dari itu sangat-sangat besar dan bermakna terutama hal agama, kerana dari situ baru yang lain boleh betul. Zahid Hamidi bagi analogi, UMNO sebuah rumah yang dah berusia 62 tahun. Perlulah dibaiki atapnya,bumbungnya dan lain-lain. Orang-orang di dalamnya (baca : ahli UMNO) perlulah bersatu dan sepakat. Saya rasa semua setuju benda yang pertama sekali kena baiki adalah tiang serinya . Islam adalah agama kita,’Islam is a way of life’. Jadikan juga sebagai ‘the way of UMNO’. Apa dia tiang seri UMNO, lu pikirlah sendiri….
g
Post a Comment