Sunday, March 29, 2009

Kita Kalah Pemilihan Pemuda...

Kita kalah pemilihan Pemuda tempohari. Dibilang 'kita' yang kalah kerana saya tidaklah kalah keseorangan. Kalaupun saya sendiri yang kalah tetapi Dato' Mukhriz Tun Mahathir dan majoriti 'papan'nya menang, saya mungkin masih menganggap 'kita' menang. Kalaupun Datuk Seri Khir Toyo dan majoriti 'papan'nya menang, saya boleh mengatakan 'kami' kalah, tetapi 'kita' menang.

Malangnya, YB Khairy Jamaluddin atau 'KJ' dan majoriti 'papan'nya menang, maka kita Pemuda UMNO kalah. Jelasnya kalah Pemuda apabila:
  • Kita Pemuda UMNO diherdik secara langsung oleh para perwakilan induk sebagai pengkhianat kerana melanggar saranan Datuk Seri Najib untuk Berani Berubah.

  • Pemuda juga harus malu yang pilihan ~38% dari kita, KJ, di-'boo' oleh perwakilan induk, orang-orang tua kita, setiap kali namanya sahaja disebut.

  • Kita Pemuda juga kalah apabila ditanya orang kampung bertubi-tubi kenapa harus KJ dipilih apabila akar-umbi lebih gemar yang lagi dua, apatah lagi rakyat tertarik dengan Dato' Mukhriz.

  • KJ sendiri harus ditanya kenapa kalau beliau pilihan popular majoriti Pemuda, kenapa polis harus mengiringinya kesini-sana sewaktu persidangan partinya sendiri, padahal pemimpin lebih tinggi darinya selamba berlegar di Riverside bersama Perwakilan.

APAKAH YANG BERLAKU PADA HARI-HARI TERAKHIR PEMILIHAN?

Satu buku telah diterbitkan sejurus sebelum pemilihan Pemuda, bukan Tuah dan Sial tetapi positif untuk KJ, yang menunjukkan beliau bakal menang. Kebanyakan perwakilan Pemuda tidaklah memandang serius kandungan buku tersebut, kerana berdasarkan pecahan sokongan antara 3 calon Ketua Pemuda yang dipaparkan bagi negeri mereka sendiri, ramai dapat melihat ramalan buku tersebut tidak tepat, malah lebih bersifat dakyah.

Namun, KJ menang dengan nisbah yang seumpama ramalan buku tersebut. Setelah berehat sepanjang hujung minggu selepas kekalahan kita, saya mula menganalisa kejadian sepanjang hari-hari terakhir pertandingan. Hasil pemantauan tersebut, saya menyedari yang buku tersebut merupakan sebahagian dari 'forward defence' atau hujah mempertahankan kemenangan mengejut KJ.

Buat pengetahuan mereka yang berminat tetapi tidak terlibat:

  1. Pada minggu terakhir pertandingan, jelas kepada semua perwakilan yang perlumbaan ke jawatan Ketua Pemuda hanyalah antara Dato' Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo. Dianggar kedua-duanya ada undi jitu sekitar 200+ dari kubu-kubu yang tegar, manakala tugu KJ di Perak dan Kelantan sudah pun pecah, di mana undi jitu beliau hanya sekadar 100+. Namun, perebutan undi masih rancak untuk sekitar 200 undi yang masih 'liar'.

  2. Selesai ucapan DS Najib yang terlihat menyokong Dato' Mukhriz dengan menyebut slogan Berani Berubah pada perasmian mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri, kem DS Khir kelihatan bersedia untuk aktiviti 'malam akhir', tetapi keesokan harinya, para pengikutnya kelihatan sedia bersantai dengan geng Mukhriz sambil tersenyum-tawa, sedia menerima kekalahan.

  3. Pengiraan undi Pemuda tergendala selama 4 jam hasil bantahan wakil-wakil calon kerana pada hemah mereka, kertas-kertas undi serta pengira undi yang terdiri dari para pelajar UITM terletak terlalu jauh untuk dipantau. Pengiraan undi hanya bermula pada jam 6.30 petang. Pengiraan undi dikatakan diulang paling kurang 4 kali!

  4. Berita 'kemenangan' KJ dan Dato' Seri Shahrizat Jalil mula diterbitkan oleh Malaysiakini sekitar masa pengiraan undi untuk Pemuda bermula. Saya pada mulanya menganggap ini sebagai dakyah pembangkang, tetapi kini merumuskan ini sebahagian dari 'forward defence' KJ lagi. Semua yang hadir di PWTC tahu yang DS Shahrizat bakal menang maka menggandingkan ini dengan 'kemenangan' KJ membawa 'mengesahkan berita' tersebut.

  5. Berita awal dari bilik pengiraan undi menyatakan Dato' Mukhriz menang, dan beliau memasuki dewan sekitar jam 9 malam. Namun keputusan rasmi masih belum diterbitkan. Sekitar jam 11 malam, KJ tiba dan keputusan kemenangan beliau, bersama dengan gandingan exco yang tak diduga, diumumkan. Majoriti perwakilan ternganga, baik di dalam dan di luar dewan.

BAGAIMANAKAH KJ BOLEH MENANG?

Punca kemenangan KJ adalah ~200 undi 'liar' atau yang 'belum dikunci' menjelang hari mengundi. Dari segi mathematik, undi tersebut memang cukup untuk memastikan kemenangan KJ asalkan ia dikunci dengan baik. Namun, dengan berselendangkan bau kekalahan, tak mungkin KJ dapat meraih undi tersebut kecuali dengan 'pemangkin' yang baik. Ye lah, ada yang panggil 'garam', ada juga menyebut 'barang', tapi saya katakan 'mangkin' di sini untuk mengelak tuduhan...

Pada masa ini, ada 2 tuduhan yang dilemparkan ke arah KJ dan sekutunya, yakni:

  1. Berlaku salah-laku pengiraan undi exco Pemuda, yang sekiranya terbukti, akan menimbulkan tanda-tanya juga terhadap kesahihan kemenangan KJ.

  2. KJ membeli undi pada malam terakhir, sekitar RM10k-20k, dan pengagihan sebenarnya bermula pada malam sebelumnya. SPRM dihalang bertindak kerana dikatakan pengagihan dilakukan juga DI SERI PERDANA!

NAMUN, PADA HEMAH SAYA, INI SEMUA TIDAK PENTING...

Saya tidak terlibat dalam mana-mana usaha ini. Ini kerana saya merasakan usaha ini tidaklah penting dari konteks ketentuan nilai di dalam Pemuda UMNO sekarang.

Pendek kata, apakah pentingnya sama ada KJ menang kerana salah-laku pengiraan undi ataupun rasuah. Malah, jika KJ menang tanpa muslihat sekalipun, apakah nilai yang dipegang perwakilan yang sedia memilih seorang pemimpin yang bukan sekadar belum matang tetapi membawa hina dengan cacat-cela pada perilakunya sebelum ini?! Dan sekiranya KJ syumul sekalipun, kenapakah pula kita memilih pemimpin yang terbukti ditolak oleh rakyat?

Persoalan saya yang sebelumnya, yakni 'Untuk Apa Perjuangan?', terlihat tidak terjawab oleh terlalu ramai calon dan perwakilan Pemuda tahun ini. Jika ada pun harapan pada UMNO, ia terlihat dengan keputusan majoriti kaum dewasa yang bukan sahaja memilih Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden menurut lunas-lunas perjuangan yang ada nilainya.

Namun bibit-bibit keciciran nilai juga sudah mula ternampak di kalangan perwakilan induk apabila calon seperti Datuk Abdul Azeez Rahim terpilih sementara tokoh-tokoh lebih berwibawa seperti Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Syed Ali Al-Habshee tidak sampai undinya ke Majlis Kerja Tertinggi. Saya yakin keciciran ini amnya berputik dari Pemuda...

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Ternyata perjuangan kita belum selesai, tetapi setidak-tidaknya, persoalan, dialog, 'Untuk Apa Perjuangan?' sudah dimulakan. Niat saya bukan untuk popular, tetapi untuk mencelikkan mata. Walaupun saya redha dalam kekalahan, saya sedih yang KITA KALAH. Semoga kekalahan ini menjadi titik pemulaan kesedaran dan pembaharuan, kiranya tidak, sia-sialah segalanya dan mangsanya pasti zuriat Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...

Mungkin sia-sia tidaknya pengajaran akan mula terjawab pasca aksi Pemuda di Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Wallahualam...

12 comments:

NFH said...

KJ dibenci sebab perangai kotornya. Rakyat dah tak nak tengok muka dia lagi.
Pak mertua dah doakan agar menantu akan ikut jejak langkah Anwar.
Najib jangan pandang Abdullah lagi. Jangan simpan biawak hidup. Inilah apa yang rakyat mahukan. Boleh ke di tunaikan permintaan rakyat jelata?

hidup-melayu said...

Salam Tuan,

Saya tidak setuju dengan anggapan bibit keciciran disebabkan oleh Pemuda.

Kemenangan KJ sebenarnya kemuncak kepada usaha menjadikan Pemuda khususnya di bawah Dato Hishamuddin tidak relevan kepada golongan muda.

Kalau kita imbas kembali tahun-tahun akhir era Pemuda Dato Hisham ke mana sahaja kita lihat Putera lebih menyerlah daripada Pemuda sehinggakan kita rasakan ada sayap di dalam sayap.

Di banyak bahagian anak-anak muda ahli UMNO lebih bergiat di dalam Putera daripada Pemuda sendiri.

Malangnya Putera juga membawa imej yang susah diterima oleh masyarakat umum. Kesannya bukan Pemuda UMNO yang menjadi mangsa dan ditolak oleh masyarakat.

Mungkinkah Putera dan penajanya yang menjadi sebab keciciran yang tuan nyatakan?

Kepimpinan baru UMNO harus tegas dengan membubarkan terus Putera jauh sekali membenarkan ia bernaung di bawah MT.

Kita kalah kerana Putera.

pakllang said...

Walaupun dalam masa yg singkat mengenali saudara, saya akui bahawa saudara adalah diantara calon EXCO yg tidak mengamalkan politik wang. SALAM KOSONG kita semasa menemui para perwakilan dlm tempoh berkempen tempohari cukup memberi seribu satu persoalan apakah ada tempat lagi bagi mereka yg seperti saudara dan juga mereka yg ikhlas untuk diterima menerajui UMNO di masa akan datang.

Saya percaya kepada perjuangan politik saudara dan insyallah jika dipanjangkan usia akan sedia memberikan bantuan tenaga saya ini sekiranya diperlukan dimasa yang akan datang.

UNTUK APA PERJUANGAN


regards,

pakllang

wanbaki said...

salam akram,
kami pemuda di bawah telah membuat keputusan tidak akan membantu PEMUDA dalam apa jua aktiviti... biar lah 304 tu yang buat keja

UNTUK APA PERJUANGAN

Unknown said...

Hmmm

Berbaloi ke masuk UMNO?

http://diataspagar.blogspot.com/2009/03/berbaloi-ke-masuk-umno.html

frossonice said...

Kira bukan nama rasuah la ye? Baguslah. Sebab orang-orang kampung macam kami ni faham benda-benda macamtu dipanggil rasuah.

Takpelah, sudah SPRM buat bodoh je, maka bukanlah tu.

Donplaypuks® said...

Saya berpendapat UMNO dapat apa yang UMNO 'deserve'.

Kalau KJ dibenci sebab perangai kotornya, mengguna logik ini, Toyo, 2M, rAPid lady dll disayangi ke perangai kotor mereka?

Faham lag ber, ini bidang politik, bukan main guli atau terbang
layang2!! Kalau tak faham lebih elok duduk rumah!

Apa yang kamu nak fikir ialah bagaimana Muk yang lawan kempennya dari belakang seluar Daddy yang dikatakan 'most influential man in M'sia', kalah kepada PM yang tidur dan flip flop itu? Where did he miscalculate? You ingat Muk atau Toyo ini tak kempen dengan wang? Dream on, bro!!
donplaypuks.blogspot.com

Budiman Mohd Zohdi said...

Akram,
Sdra punya aset untuk bangsa. Saya tidak lupa sesi borak bersama sdra dan ayahanda Tan Sri sangat-sangat mengujakan. Saya juga faham perasaan kita (saya tidak gunakan saudara). kita duduk balik memandang ke depan demi adik-adik kita.

perwira said...

Kawan diberitahu bahawa di Bukit Selambau sudah terpampang sepanduk yang antaranya berbunyi " PERASUAH SUDAH DATANG"

Jika BN/UMNO kalah di Bukit Selambau (atau di Bukit Gantang) kerana rakyat tidak mahu menyokong parti yang 'mengiktiraf' seorang "PERASUAH" , maka jangan dipersalah rakyat atau orang lain tetapi kita harus menyalah diri kita sendiri !

Hanya yang bodoh sahaja ( cuma 304 org)telah dengan hati yang buta, otak yang cetek,pemikiran yang tumpul telah mengangkat seorang yang sebenarnya liabiliti kepada UMNO, menjadi Ketua mereka ! Inilah kumpulan bangsat, dayus dan terhina yang pernah kami jumpa dalam sejarah hidup kami sebagai ahli Pergerakan Pemuda ! Kenapa tidaknya, orang yang sudah didapati bersalah atas kegiatan rasuah politik tetapi terlepas dari hukuman, boleh pula dinobatkan sebagai Ketua ! Apa dah jadi dengan Pemuda UMNO , dengan UMNO itu sendiri dan lebih memalukan, apa dah jadi dengan Lembaga Disiplin parti ??????? Patutlah seorang ahli Parlimen dari Johor yang kebetulan menang MKT akan mencadang supaya Lembaga Disiplin yang ada sekarang dibubarkan ! Lembaga inilah yang menjadi penyebab utama seorang "pesalah" dan "perasuah" diangkat darjatnya ! Lembaga ini patut dihukum oleh keseluruhan anggota UMNO ; dihumban masuk ke dalam lubang kehinaan. Sehina-hinanya orang adalah mereka yang bersubahat dengan penjenayah ! Letak jawatan ajelah ! Atau untuk menebuskan dosa kamu, siasat semula semua kes rasuah politik dan jatuhkan hukuman yang setimpal tanpa takut-takut dengan 'the powers that be '. Kalau tidak 'all of you will go down in history as the conspirators of the worst kind'. Imagine all the honour, past glories, magnificent contributions and revered elders of the party, all will go down the 'shit-road' just because you are afraid to take the necessary action ; instead you sold your souls to the devils or perhaps to the devil-reincarnate ! Shame on you . I suppose age does not a mature- man make !!!

As much as I curse thee, I also frown upon those 304 characters who while selling their souls to the 'devils advocate' did along the sideline made 'something' worthwhile for them ! Perhaps some Italian-linen apparel, goodies for the family, a pair or two of the finest Obermain , or even a down-payment for a new C200 Compressor, is enough testimony for a good and fruitful outing at the PAU !

Relevankah UMNO selepas ini ? Boleh diterimakah penyangak2 ini ke Bt Selambau dan Bukit Gantang ? Tak rosakkah segala jentera Pilihanraya mereka dengan kehadiran "perasuah yang tak diundang" ini ?

Unknown said...

Terima kasih semua yang berkomen di sini. Pendapatnya pelbagai namun meyakinkan saya yang dialog Untuk Apa Perjuangan? sudah berputik dan harus dihangatkan.

Budiman, khas untuk sdr dan mana-mana Ketua Pemuda Bahagian mahupun Cawangan, saya bersedia terlibat dalam apa-apa usaha memulakan dialog ini di Bahagian/Cawangan saudara sekelian. Ayuh kita teruskan... perjuangan yang belum selesai...

USD said...

Salam, Untuk apa perjuangan? Sukarnya apabila kita x menerima hukum demokrasi yg kita guna pakai dan terima sbg sistem kita...yang kalah kena akur dan iktiraf serta sokong pihak yg menang! Barulah namanya BERANI BERUBAH... Pemuda bawahan pun naik meluat, dah btanding kempen habis2an, dah ada keputusan...masih lagi pahat berbunyi...Adakah berubah itu cuma bmakna bila geng sendiri ja menang, bila org lain menang dah tak berubah?

Unknown said...

Akram,

sudah lah kau pon politik wangjuga spt masa ko kempen di Tgganu dan Kelantan. Kau bagi G2 RM50 masa bawak waja buruk ko tuh...kita ada rakaman.

Tangential Malay Search Results