Tuesday, July 08, 2008

Kerajaan Kedah Seharusnya Meneguk Air, Bukan Meragut Balak

Ingin saya mengembalikan fokus pembaca blog kepada isu-isu yang lebih penting dari SD-SD PKR dan kes-kes jenayah peribadi idola semasa politik Malaysia. Sebagai seorang anak Kedah, ingin saya panjangkan di sini pendapat tentang strategi ekonomi yang sepatutnya diambil oleh kerajaan negeri Kedah untuk meringankan beban kewangan hasil penangguhan agihan wang dari kerajaan pusat.

Pertama sekali, ini bukan pertama kali kerajaan Kedah ditanguhkan peruntukan Persekutuannya kerana politik. Pada zaman pimpinan Tan Sri Sanusi Junid dahulu pun, peruntukan tersebut telah ditangguh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan kerana perbalahan politik. Namun TS Sanusi mampu mendapatkan kewangan yang mencukupi untuk memajukan negeri, hingga DS Anwar malu-alah terpaksa mengagihkan juga peruntuk tersebut akhirnya.

Bumi Kedah bumi yang kaya. Kekayaannya bukan dari hasil padi dan balak semata-mata, tetapi Kedah juga kaya dengan keindahan yang ditagihi pelancong, air yang dihausi jiran, cendikiawan pelbagai bidang mendukung industri kecil dan besar baik di dalam mahupun di luar negeri serta potensi mengembangkan pertanian selain dari padi. Kekayaan ini dapat membawa dana baru kepada negeri Kedah secara langsung. Contohnya:
  1. Kerajaan Kedah seharusnya menjual air kepada negeri-negeri pengimpot airnya, terutama sekali Pulau Pinang. Pulau Pinang memerlukan air negeri Kedah bukan sahaja untuk mengubat haus rakyatnya, tetapi untuk menjanakan industrinya. Tanpa air Kedah, tiadalah industri di Pulau Pinang. Air untuk minum, tak perlu diminta bayaran tinggi, tetapi air ke industri, mestilah dicaj harga sesuai dengan balak yang tak ditebang.

  2. Kerajaan Kedah boleh menawarkan perkongsian dengan pelabur luar untuk memajukan pertanian, termasuklah penggunaan tapak pertanian terbiar untuk kaji-selidik bio-teknologi tropika. Syarikat-syarikat global terkemuka seperti Monsanto sudah tentu akan tertarik dengan ide ini. Penanaman padi atas bumbung boleh digunakan sebagai simbol kesediaan rakyat Kedah membuka minda ke arah teknologi pertanian yang lebih canggih.

  3. Mana-mana tanah kerajaan negeri yang belum dibangunkan boleh ditawarkan kepada 'anak Kedah' untuk dimajukan. Kerajaan negeri boleh mengekalkan hakmilik dan mengambil hasil sewa tanah sahaja, manakala syarikat pemaju mestilah disertai rakan-kongsi yang sama ada berdarah atau berumpun Kedah. Ini cara mudah untuk menarik lebih ramai lagi anak-anak Kedah yang hebat-hebat seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari kembali melabur ke negeri.
Kenapakah saya sibuk membantu kerajaan PAS dengan input tersebut? Tidak setiakah saya terhadap UMNO? Saya tetap setia kepada UMNO. Tetapi setia ini berbuah dari setia kepada bangsa dan agama, bukan setia kepada Pak Lah. Oleh itu, masakan boleh saya biarkan Pak Lah menzalimi rakyat Kedah yang dipimpin oleh Melayu sementara beliau memanjai kerajaan DAP Harbi di Penang?

Harapan saya cetusan ide seketika yang ala kadar ini dapat sedikit-sebanyak membantu Kedah supaya terus maju... tak terdesaklah kerajaan PAS Kedah sehingga perlu membalak 'tarik uban' yang serba kekurangan dan merugikan kelak... susah noh kalau orang UMNO tak bantu... susah...

5 comments:

Unbiased said...

Dear Blogger,

I would have thought that you were sincere about highlighting the plight of your home state if you hadn't included this comment, "Pada zaman pimpinan Tan Sri Sanusi Junid dahulu pun, peruntukan tersebut telah ditangguh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan kerana perbalahan politik". Two wrongs do not make a right. Just because it happened as you pointed out before does not mean it is alright for it to happen again now. Even more when the federal government and the state government is from different parties.

Unknown said...

unbiased. Thanks for your feedback. This statement was not meant to highlight anything other than Kedah can stand on its own two feet without Federal assistance, and the proof was as as it has been done before.

It may be unfortunate that the example is from when TS Sanusi and DS Anwar had their clash, but it does not make the proof any less relevant. It also does not make my write-up any less sincere.

Looking forward to your commenting on my points more than on your suspiscions of my sincerity.

Quantum Metal Consultant said...

Pembalakan secara terpilih dan bijaksana seperti yang disarankan oleh Ustaz Azizan harus diteruskan demi memperteguhkan kedudukan kewangan kerajaan Negeri, ini adalah metode segera selain menjana sumber air untuk menjualnya ke negeri jiran dengan harga komersial dan membangunkan industri pelancongan ( seperti Kelantan ) dan perkembangan lain2 industri yang berpotensi.

Selain menjana pendapatan, satu faktor yang lebih penting ialah perbelanjaan yang berhemah supaya pusingan modal yang kecil dapat 'mobile' berulangkali dalam pasaran untuk majoriti rakyat merasainya.

Selain dari itu, parti yang tewas secara amnya masih mempunyai DUN dan MP dari BN perlulah membangunkan kawasan masing2 kerana itu adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan Persekutuan di bawah Imam Hadhari harus bersikap adil dalam mentadbir negara.

PAS juga wajib memantapkan ajaran Islam di kalangan rakyat Kedah dan menanamkan rasa kasih dan sayang kepada ugama supaya sedikit kesusahan dalam kehidupan adalah lebih baik dari kemewahan di tangan BN yang memnumpukan kepada kelompok dan kroni sahaja.

Sesungguhnya rakyat Kedah tidak begitu terjejas atau merasa keperitan di bawah PAS seperti rakyat Kelantan di bawah PAS. Yang terperit, tersangkut, terkongkong, terhad adalah pembesar BN dan kroni mereka.

Unknown said...

Amboih-amboih kluangman, hang tak sedaq ka yg saya dok cuba pesan sipi-sipi. OK la, saya sound direct. Ide pembalakan 'tarik uban' ala cadangan ustaz Azizan sebenaqnya kurang bijak dan bakal mendaifkan negeri.

Dah la 'tarik uban' ni memerlukan helikopter, merbahaya & mengurangkan untung kecuali kepada kroni pemilik helikopter, pengawasannya pun cukup susah dan hasilnya tetap menggondolkan
hutan takungan air, malah lebih lagi sebab untung kurang, jadi kena tebang balak lebih!

Ni la nak kata, kena harap orang UMNO juga nak bagi ide bernas sikit. Kami nak tolong pun hang kondem jugak! Cetek sangatkah fikiran saudara? Tolong komen membina sikit tengok boleh dak...

Quantum Metal Consultant said...

Sapa kondem sapa ni..

Awat kata oghang UMNO saja yang ada akai bernas, orang PAS kurang akai ka..awat lagu tu persepsi..

Apakata, hang biaq ustad zizan buat qerja dulu..hang pi pebetui hampa sama hampa dalam UMNO yang dok selerak pasai hampa akai lebih. Akai nak 'mengena'.

Satu lagi yang dok kelamkabutpasai Kedah nak tebang balak ke tidak ni pasai apa..Dalam wawancara baru baru ini Ustaz Azizan memprtikaikan ada pihak yang mengatakan Kedah dalam keadaan kewangan yang teruk sedangkan Kedah tidak mengalami masalah kewangan cuma kerajaan negeri perlu mengambil usaha dan langkah awal.

Meminjam kata kata Presiden hang..Negara dalam keadaan terkawal..

Tangential Malay Search Results