Seperti biasa, apabila media masa Malaysia dilanda berita hangat, seperti kes jenayah DS Anwar Ibrahim, saya akan tercari-cari berita lebih penting yang mungkin sengaja ingin disembunyikan oleh kerajaan Pak Lah dengan sensasi. Ternyata pada minggu ini Pak Lah dan sekutunya ingin menyembunyikan permulaan semula rundingan perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, atau ringkasan Inggerisnya, USFTA.
Perlu diperingatkan atau didedahkan kepada rakyat Malaysia yang USFTA ini bukanlah perjanjian perdagangan adil, hanya bebas. Kenapa bebas tetapi tidak adil? Kerana perjanjian perdagangan yang adil semestinya memberi perlindungan kepada rakan dagang yang lebih lemah, seperti Malaysia, dan oleh itu, tidak mungkin bebas sepenuhnya. Mesti ada batasan untuk berlaku adil melindungi ekonomi dan persyarikatan Malaysia yang kerdil berbanding syarikat gergasi US.
Tetapi USFTA yang dirunding semula minggu ini bukan perjanjian perdagangan adil, tetapi bebas. Maka syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat akan dibenarkan bukan sahaja bebas berniaga dan melabur. Syarikat Amerika juga akan bebas memerah pembekal dan pengguna tempatan, menindas syarikat lawan yang lebih kerdil dan membaham syarikat kawannya sekalipun di Malaysia.
Namun USFTA ini diwar-warkan oleh pihak kedutaan Amerika seolah-olah ia suatu pemberian yang lumayan dari mereka. Lebih banyak pelaburan Amerika akan masuk dibilangnya kerajaan, semakin tinggi jumlah jualan barang Malaysia di Amerika Utara diperdengarkan saudagar dan kian murah nanti barang-barang keperluan di pasaran diberitahunya kepada rakyat Malaysia. Ini semua bohong...
Mana bisa Amerika Syarikat dipercayai sebagai sebuah rakan kongsi perdagangan bebas? Amerika Syarikat, sebuah negara yang perang kemerdekaannya tercetus hasil pertelingkahan tentang cukai niaga, suatu kuasa besar yang melanggar undang-undang dunia dan menyerang Iraq semata-mata kerana minyak, yang menindas Palestin kerana Yahudi memiliki kunci tabung bank-bank peminjam perniagannya, mana boleh kita percaya sekali janji manis negara-bangsa ini?
Amerika Syarikat mahukan USFTA ini supaya kekayaan negara kita bisa dikaut untuk kepentingannya sendiri. Sekiranya mereka telus dan lurus dengan Malaysia, sudah pasti perjanjian yang dirundingi adalah berdasarkan perdagangan adil, dan dirunding bersama negara-negara lain di Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO), di mana Malaysia boleh saling bergantung perlindungan dalam rundingan bersama rakan-rakan niaga kerdil yang lain.
Tetapi kenapakah Tan Sri Muhyiddin di bilang mungkin terhalang naik 'ke atas' akibat USFTA ini? Ini kerana perundingan USFTA adalah di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dipimpin oleh beliau. Memang betul, USFTA ini suatu lagi usaha Pak Lah melelong negara demi masa depan anaknya Kamaluddin dan dicanang sekali Khairy al-Oxfordi. Namun, mereka menunggang usaha TS Muhyiddin yang mungkin belum sedar kerana baru di MITI.
Sedarkan TS Muhyiddin yang menteri MITI sebelumnya, Tan Sri Rafidah Aziz, dibuang kerja antara lain kerana kelihatan begitu tegas menentang usaha perunding Amerika Syarikat membuka luas ruang perjanjian USFTA tersebut. TS Rafidah begitu berkesan sehingga perunding Amerika Syarikat berhenti langsung dari berunding! Walaupun TS Rafidah pernah terkena bidasan rakyat desa yang menentang USFTA, tetapi beliau sendiri pun berusaha menyekat...
Maka dibuang TS Rafidah dari kabinet. Kini Pak Lah menunggangi keupayaan dan profesionalisma TS Muhyiddin pula untuk melelong negara dengan USFTA ini. Adalah harapan saya agar TS Muhyiddin terdengar bisikan sedikit berita usaha ini, demi masa depan rakyat Malaysia... dan masa depan politiknya juga!
7 comments:
Satu gagasan yang baik dan sudah pasti TSM bukan 'kecil anak' dalam menangani kes sebegini.
Bersambong semula rundingan tidak bermakna perjanjian USFTA akan dimenteraikan. Mungkin PM sedang cuba memcari jalan menepis pressure daripada US yang mengambil kesempatan kerana kes liwat DSAI, anak kesayangan US, yang sekian bermula.
Walaubagaimana pun,TS Muhyiddin dan kita semua juga mengambil iktibar daripada pendapat S.M. Mohamed Idris, President, Consumers Association of Penang seperti berikut
“There is need for a much deeper assessment, given the details of the FTA and what is demanded. While the tangible benefits are still unclear, the traps and dangers are clearer.
Many countries that started FTA negotiations with the US also came to the conclusion that it is better not to proceed. This includes Switzerland, SADC countries including South Africa and Botswana, Free Trade of the Americas countries (including Brazil, Argentina and Caribbean countries), Thailand etc. It will be prudent for Malaysia to do the same”. (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/21/focus/17184709&sec=focus)
Penjajian seperti FTA walaupun penting juga bolih memberu kesan yang amat buruk. Lebih baik lagi sekiranya kita tidak lagi melanjutkan perundingan sekira nya US tidak mengikut kehendak Negara kita. Pandai pandai lah TS Muhyudin menentangi perkara ini.
Bapak Muhyiddin hanya mahu mempertahankan Naib Presiden, jawatan tertinggi yang hanya mampu didudukinya, lantas jika tuan tubuh badan sudah begitu lenggoknya, apa yang harus kita kata iin.
Dalam hal hal yang sebegini, kita harus memandang tinggi ke atas azam dan cita cita KJ untuk menduduki jawatan PM dalam usia 40. Dia telah menunjukkan iltizam, usaha dan minat yang berterusan. Dia mempunyai rangkaian politik yang hebat dalam dan luar negara, aura yang menyeluruh di seluruh negara.
Permulaan watak jahat sebenarnya mudah untuk menarik seluruh perhatian, zorro terkenal kerana merompak (watak jahat) tetapi kemudiannya membahagi bahagikannya kepada penduduk miskin (watak baik) dan akhirnya menjadi hero pada setiap masa. Mungkin itu yang sedang KJ lakukan.. bukankah dia sekarang menjadi pejuang di Parlimen di mana setiap saranannya akhirnya akan bertukar menjadi polisi dalam sekelip mata.
Apakah kita perlu bertukar arah apabila orang orang yang kita harapkan sudah rebah sebelum wisel perjuangan ditiupkan..
Wahai Lu Fikirlah Sendiri.......
Komen anda telah dibuang kerana berlari dari topik. Ternyata saudara/i hanya sekadar ingin mencari popular dan menarik orang ke blog saudara/i. Ini tidak salah, asalkan komen saudara/i bernas dan tak berlari dari tajuk.
Lu Fikirlah Sendiri.......
Wahai Lu Fikirlah Sendiri.......
Komen telah dibuang sekali lagi kerana berlari dari topik. Mungkin saya salah sangka yang saudara/i hanya sekadar ingin mencari popular dan menarik orang ke blog saudara/i. Kalau saya salah sangka, saya memohon maaf, tetapi komen saudara/i harus tetap bernas dan tak berlari dari tajuk di blog ini sementara saya mampu menyelenggarakannya.
Ini blog saya, bukan blog Tun Dr Mahathir, Datuk A Kadir Jasin, saudara rockie'bru, Datuk Kuda Kepang, Dunia Tiger, Anwar Ibrahim Marina Mahathir atau Nuraina A.Samad. Kalau saudara merasakan penyelenggaraan blog saya bakal membawa nasib Ayah saya kelak, Alhamdulillah, kerana yang penting bukan dunia, tetapi akhirat...
Lu Fikirlah Sendiri.......
Post a Comment