Wednesday, July 09, 2008

Racun Untuk UMNO... Sempena Ulangtahun Tun Dr M...

Sudah dikemaskini di penghujung

Hari ini, 10 Julai 2008, akan dibancuh lagi racun untuk UMNO. Pada perjumpaan mereka pagi ini, Pak Lah akan memujuk, kemudian memaksa Datuk Seri Najib untuk menyokong usul yang kedudukan No 1 dan 2 parti tidak dipertandingkan menjelang pemilihan UMNO Disember ini.

Setuju-tidak Najib, usul ini akan dibawa ke mesyuarat MKT pada jam 3 petang untuk 'diputuskan'. Pada jam 5 petang, Pak Lah akan mengumumkan 'keputusan' ini di 'taklimat khas' beliau kepada kesemua 191 ketua UMNO bahagian dan kepimpinan empat sayap parti (G6) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jika Najib, pemimpin-pemimpin di MKT atau G6 gagal menolak racun ini, kita 'orang-orang bawahan' dalam parti wajib berontak! Sebelum lebur warisan kuasa Melayu yang perlu untuk menjamin masa depan anak-cucu kita... dan leburnya semata-mata untuk menjaga kepentingan Pak Lah, seorang pemimpin yang tiada kesanggupan selain memperkasakan dan memperkayakan keturunannya sendiri...

Mari kita nobatkan sesiapa saja pemimpin yang bangun berontak terlebih dahulu pada majlis-majlis hari ini... kerana inilah pemimpin masyarakat Melayu. Keputusan 'tiada-pertandingan' oleh MKT yang dirancang pengumumannya hari ini tidak sesuai dengan perlembagaan parti, maka cawangan-cawangan tak salah memberontak dari segi undang-undang parti. Ayuh kita berontak... atau bersorak kalau racun dimatikan perjalanannya oleh pemimpin sebenar... kalau ada...

10 Julai 2008 juga adalah ulangtahun ke-83 Tun Dr Mahathir... zalim sungguh Pak Lah memilih hari ini untuk menabur racunnya...

Tambahan/Kemaskini:
  1. Menurut seorang YB, surat yang dikeluarkan menjemput G4 sahaja, bukan G6 seperti diwartakan. G4 ke, G6 ke, parah juga!... tetapi terima kasih kepada YB berkenaan.

  2. Malaysian Insider pula melaporkan yang Pak Lah bakal mengisytiharkan tarikh letak jawatan pada bulan Jun tahun 2010. HAH! 2010! Lamanya! Apa lagi harta negara yang nak dilelong sampai nak kekal berkuasa selama itu! Tunku Abdul Rahman yang kalah PRU 1969 tak seteruk Pak Lah pun tak kekal lama tu selepas kekalahannya!

  3. Baru sahaja Malaysian Insider nak psi-war kita, dah ada dah blogger yang mempersoalkan ketelusan dan kejujuran Pak Lah tentang tarikh pemergiannya. Al maklumlah... flip-flop-flip-flop...

6 comments:

DukeOfUMNO said...

Aku rasa...baik Pak Lah pi racun lalang2 kat sekeliling dia...lepas tu lebih afdhal dia minum racun tu sendiri..dari dok menyusahkan rakyat Malaysia...TURUN LAH!..UNDUR LAH! POODDAHHH LAH!

Quantum Metal Consultant said...

Masih bijak dan waraskah Dolah untuk terus mentadbhir negara sehingga Jun 2010. Jika jawapannya "ya', apa kejadahnya perlu dia meletak jawatan pada Jun 2010, sambung dan teruskanlah perintah sehingga kerepot.

NFH said...

Salam,

Kata penulis, "Jika Najib, pemimpin-pemimpin di MKT atau G6 gagal menolak racun ini, kita 'orang-orang bawahan' dalam parti wajib berontak!"

Saya kata, "SETUJU!!"

Tak malu punya Dollah nak sampai2010.

Nak berontak macamana siapa ada idea?

Lu Fikirlah Sendiri....... said...

Natijah daripada apa yang berlaku mengenai keputusan Abdullah Ahmad Badawi (AAB) ini ialah menunjukkan betapa BODOH-nya orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO. Mereka tidak peduli atau sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata tentang apa yang rakyat inginkan ketika ini.

Ternyata post penulis terdahulu di http://fikirlahsendiri.blogspot.commengenai Ketua Bahagian telah pun 'dibeli' oleh Kumpulan penyelamat AAB kelihatan benar.

Kenapa penulis menyatakan betapa BODOH-nya orang-orang UMNO? Kerana selagi mereka membiarkan si AAB memegang kerusi Presiden dan menjadi Perdana Menteri, selagi itulah kuasa UMNO lama kelamaan akan terhakis malah besar kemungkinan akan lupus sebaik keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan. A Lu Fikirlah Sendiri wahai ahli UMNO yang BODOH sebodohnya.

Ahbengkoboi said...

Abdullah saorang administrator yang baik tetapi bukan saorang laksamana untuk mengemudikan bahtera meredah lautan apatah lagi semasa bergelora. Sanggup kah komer tenggelam bersama nyerrrrr.

http://ahbengkoboi.wordpress.com/

AAB cuma boleh pimpin kementerian sahaja maka jadi lah seorang menteri dan usah ler jadi perdana menteri. Eloklah undurkan diri

whackthembugger said...

Patience and strategise, all is not over yet, still a long way to PAU.

Now we know PM's final strategy; he needs Najib's strength to stay alive so that SIL can continue his hopeless legacy and for them to makan kenyang.

The decision is entirely with the akar umbi; they have to make sure what they want in particular do they SIL and PM's populist and liberal reforms which will eventually destroy UMNO, the Melayu and the country?

PM and SIL never think of UMNO as a party but only for themselves. So never trust them. Preferance is to make Najib realise that even tho he is close to PM, the transition is too far away and what more, history has shown even best of friends can change overnight for lust of power and even "kill" as in the case of Julius Caesar.

Nothing comes in life and the war to bring PM down is far from over, the final play is only just beginning.

So Strive On.

Tangential Malay Search Results