Tuesday, March 31, 2009

Menanti Hero Melayu Baru Di Bukit Selambau...

Saya menerima pelbagai jemputan menarik untuk terlibat di PRK Bukit Selambau. Dua hari lepas, ada kawan mengajak saya ikut ke Bukit Selambau pada hari Jumaat ini. Masalahnya, mereka di antara ahli yang keluar dari UMNO bersama Tun Dr M dahulu dan amnya menyokong calon 'Parti Talipon', yakni bekas Ketua Cawangan di UMNO Bahagian Merbok, Mejar (Bersara) Anuar.

Hari ini saya menerima sms menarik juga:
Para Pemuda Akar Umbi yang amat-amat sayangkan Dato' Mukhriz. Esok 2/4/2009 Khamis, DMM akan melawat bilik gerakan BN di Bukit Selambau pada jam 2 ptg. Jom turun beramai-ramai untuk beri support!

Nampak gaya, kalah tak kalah, Dato' Mukhriz masih kekal sebagai hero yang berpaut dihati akar-umbi Pemuda UMNO di Kedah... walaupun diberitakan ramai perwakilan Kedah lari memangkah calon KP lain!

Untuk melengkapkan lagi alunan cerita hari ini, ada pemimpin tertinggi UMNO yang baru menang kedudukan baru-baru ini sedang disiasat Lembaga Disiplin. Yang menariknya, nama KJ terbit sekali lagi! Memandangkan beliau sudah pun didapati salah sekali dan sudah pun diberi 'amaran'... Adakah KJ ada rencana untuk meng-hero di Bukit Selambau, sekaligus mengancam kekalahan BN?

Akhir kata, mungkinkah sempat Dato' Razali Ibrahim tiba ke Bukit Selambau untuk diraikan dalam kempen sebagai Pemangku Ketua Pemuda UMNO baru? Wallahualam...

7 comments:

wanbaki said...

sebenaqnya orang UMNO ni masih sayangkan UMNO. kita tak sanggup nak khianati parti ini tapi oleh kerana 304 perwakilan ni yang beri kita pukulan maut.

304 ni lah yang jadi bangsat. pemuda akan beku sekiranya KJ yang turun. Terpaksa lah yang "kalah" turun untuk berkempen kerana yang "menang" di "hide" kan supaya tidak menjadi ability kekalahan BN.

Nescaya sekiranya menang BN orang KJ ni lah yang kata "berkat KP baru" tp aku akan jawab ' kepala hotak hangpa"....

Detguaq said...

Salam Akram,

Saya juga adalah antara yang bersimpati dengan calon talipon. Logo talipon amatlah bersesusisn dengan mejar, KERANA BELIAU MUDAH DIHUBUNGI.

Saya sendiri kerap berhubungan dgnbeliau terutam melalui sms, jimat beb....

Unknown said...

Salam saudara akram,

Aku bukanlah seporang pemimpin besar yang menghambur berjuta juta dana,
Aku pemimpin kerdil yang hanya mahu mempertahankan hak hak bangsaku dibumi bertuah bernama TANAH MELAYU,
Mempertahankan agamaku ,bangsaku dan tanahairku ,AKU DI PANGGIL RACIST OLEH BANGSAKU .

Salam Hormat ,
Mejar Hj.Anuar Abd Hamid

wanbaki said...

aku ada di bandaq baru semalam. Kem BN dok nganga ja bila Saifudin dok hemtam macam-macam. Lim kit siangmalam pun ada di situ.

Aku soun depa dah "pasai pa yang kalah hangpa ajak mai, yang menang hangpa korentin".

Apa yang aku dapat semalam ramai yang excited nak p bandaq baru malam ni pasai MM mai.

Semalam isu pengundi hantu keluaq. katanya bila ada BEBAS ramai BN ambik kesempatan pasai ada BN yang sokong BEBAS. dianggarkan lebih 3000 orang, dan lebih 2000 orang di taman bandaq baru saja..

Mejer! Buat yang terbaik.
"TAK KAN recist selagi kita MELAYU"
"Tak kan sesat selagi Alquran jadi paduan"
"Tak kan MELAYU hilang di dunia"

AloQStaQ said...

Hari ini Abdullah sudah serah surat letak jawatan PM pada YDP Agong.

Alhamdulillah & Terima Kasih Abdullah kerana berkorban demi parti tercinta.

Semoga PRK Bukit Selambau akan menjadi PRK CONTOH. Contoh dari segi kematangan pengundi memilih yang terbaik. Variasi calon yang menawarkan diri memberikan satu garapan halatuju dan aspirasi rakyat Bukit Selambau.

Selamat Maju Jaya kepada AAH!
Selamat Maju Jaya kepada DMM!
Selamat Maju Jaya kepada Dato' Razali yang (InsyaAllah) akan jadi Pemangku Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam masa terdekat! Aminnn ... HAPUSKAN PERASUAH & KONCO-KONCONYA!

Thanxs Akhram Sahabatku!
(Selamat Maju Jaya juga khas kepada Ayahanda Akhram, Ybhg Tan Sri Sanusi yang dengar kata akan jadi seorang yang utama juga!) Teruskan Berkhidmat untuk Kami Rakyat Malaysia TS Sanusi!

wanbaki said...

AKRAM AKAN KLUAQ ASTRO AWANI KATANYA.. 5.30 PTAN NI...AKU TAK DAN TGOK LA.. BALIK KEJA 6.00 SAMPAI UMAH 6.30...
INSYA ALLAH.. DO THE BEST BRO..

azienmat said...

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
Najib Razak

-azienmat-
(03 April '09)

Tangential Malay Search Results