Saturday, August 28, 2010

MAYC: Punca Peristiwa13 Mei Patut Didedahkan Kepada Pelajar

Sebagai Presiden MAYC, saya telah berwawancara di Berita Minggu yang terbit pada edisi 22 Ogos sudah. Yang menarik bagi saya adalah ia diberi tumpuan tak disangka oleh organisasi seperti Badan Peguam Malaysian (Malaysian Bar Council). Oleh itu, says tergerak hati untuk menyertakannya di sini sebagai sebahagian dari sambutan kepada jawapan teman saya Jebat Must Die kepada penidak kepentingan Dasar Ekonomi Baru. Dipersilakan ke soalan dan jawapan:



SEKALI lagi isu hak dan keistimewaan Bumiputera ‘disentuh’ kaum lain. Bagaimana MAYC melihat perkembangan ini daripada kaca mata generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara.

Saya rasa tidak salah pemimpin kaum lain menyentuh hak istimewa Bumiputera, terutama jika mengajukan cadangan membina. Tetapi cara atau kandungan diajukan harus menghormati perasaan masyarakat Bumiputera. Sebarang usaha mengurangkan apa yang difahami oleh Bumiputera sebagai hak, akan sentiasa dipandang serong.

Dr Chua pula mungkin memikirkan yang cadangan memberi diskaun atau harga khas untuk Bumiputera sebagai timbal balas pengurangan sasaran 30 peratus DEB sesuatu usaha membina. Malangnya, ini juga boleh menimbulkan kegusaran. Contohnya saya sebagai belia Melayu agak terguris apabila dikatakan sasaran ekuiti kaum saya harus lebih rendah. Sudahlah itu, dicadangkan diskaun pula seolah-olah Bumiputera ini kumpulan subsidi.

Apakah isu hak dan keistimewaan Bumiputera difahami dan diterima generasi muda bukan Bumiputera mengikut pemerhatian MAYC selama ini. Apa persepsi mereka dalam isu ini.

Sebenarnya banyak kekeliruan mengenai asal usul hak keistimewaan orang Melayu dan lebih-lebih lagi mengenai peruntukan DEB untuk meningkatkan ekonomi semua rakyat demi kemakmuran sejagat. Contohnya, terlalu ramai belia memikirkan DEB menolong Bumiputera saja. Mereka tidak mengetahui peruntukan untuk membantu kaum India yang juga menghadapi cabaran ekonomi. Malah pemaju hartanah terkemuka, Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin baru-baru ini mengakui masyarakat Cina masih menerima manfaat pembangunan ekonomi sepanjang zaman DEB rancak dilaksanakan.

Saya rasa, sebab utama kenapa hak istimewa terutama sekali DEB menjadi isu sensitif yang kerap menimbulkan kekeliruan belia kerana kerajaan mungkin terlalu berhati-hati dalam hal pendidikan sejarah di sekolah. Contohnya Peristiwa 13 Mei 1969 walaupun ia diakui sebagai titik hitam, tiba masanya dikupas lebih terperinci supaya orang muda diajar sejak di bangku sekolah mengenai bahayanya ketidaksamarataan ekonomi boleh mengancam ketenteraman negara.

Amnya belia tidak menafikan darurat komunis ancaman kepada kemakmuran negara. Ramai menginsafi dan bersyukur negara selamat daripada ancaman pada masa itu kerana pendidikan mengenai keburukan ancaman komunis, disokong pula propaganda media antikomunis dari luar, begitu terperinci serta sampai ke pemahaman belia. Kini China sebagai negara komunis mungkin hebat membangun sementara Vietnam masih dikagumi kerana berjaya mengalahkan kuasa besar Amerika Syarikat, tetapi belia Malaysia masih bersyukur kita bukan komunis seperti China dan Vietnam.

Saya sebagai Presiden MAYC menyarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran mempertimbang untuk memperincikan pendidikan penyebab 13 Mei dan usaha mengelak ia berlaku, termasuk DEB. Ia harus diperkenalkan sebagai pendidikan wajib di sekolah menengah. Mungkin diperkenalkan sebagai sebahagian kurikulum perpaduan 1Malaysia kerana gagasan ini akan berjaya jika kita mengambil kira pahit manis sejarah hubungan antara kaum.

Mengapa sistem kuota 30 peratus ekuiti Bumiputera perlu dikekalkan dan apakah erti keistimewaan ini kepada generasi muda Malaysia hari ini.

Seperti saya katakan, sebenarnya generasi muda sekarang agak bingung mengenai maksud 30 peratus ekuiti ini. Tambah lagi, fokus terhadap 30 peratus ekuiti mengalihkan pandangan daripada unsur DEB yang lebih relevan kepada golongan muda, seperti peluang mendapatkan pendidikan terutama sekali tetapi tidak terhad ke universiti. Contohnya, jika belia diberitahu MRSM akan dimansuhkan, ini akan membawa lebih banyak bantahan. Namun sebagai belia Melayu, saya juga hairan kenapa sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera begitu dipersoalkan oleh MCA dan dulunya DAP. Padahal, Bumiputera merangkumi lebih 60 peratus rakyat negara ini.

Salahkah sasaran ekuiti untuk Bumiputera iaitu kurang daripada separuh jumlah Bumiputera. Saya rasa lebih adil dan memandangkan pecahan ekonomi kaum Cina jauh lebih tinggi daripada peratusan rakyat Cina. Persoalan sebegini daripada pemimpin kaum Cina khususnya, tidak membina, malah menimbulkan tanda tanya berhubung niat sasaran berkenaan dipersoalkan. Saya ternanti-nanti cadangan pemimpin kaum India, supaya kaum itu juga diberi sasaran ekuiti. Rasanya, memandangkan peratusan rakyat India, tak salah mana-mana pemimpin menyarankan sasaran ekuiti paling kurang lima peratus untuk kaum India.

Saya juga rasa tidak salah sasaran berasingan diwujudkan untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mungkin 10 peratus? Ini semua sasaran mencapai keadilan ekonomi di Malaysia. Apabila negara semakin membangun, inilah peluang untuk memastikan bukan kumpulan kaya saja semakin kaya, tetapi semua mendapat manfaat. Lebih penting ialah pengagihan kemakmuran ekonomi lebih sekata. Ini harus dibincangkan, bukan setakat sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera.

Apakah rasional MCA menimbulkan isu sistem kuota 30 peratus ini. Apakah kemungkinan langkah ini diambil kerana bimbang ditolak pengundi Cina pada pilihan raya umum akan datang atau satu ugutan.

Saya fikir lebih baik ditanya kepada MCA. Namun saya rasa tak logik jika pemimpin MCA berharap ini membantu mereka menjadi lebih sedia diundi. Pengundi mana yang untung dengan cadangan ini? Ia tidak jelas, tetapi yang terlihat pengundi Melayu rugi. Mahukah Melayu mengundi calon MCA jika dasar MCA merugikan mereka? Wallahualam. Sudah pasti Dr Chua Soi Lek lebih berpengalaman dalam berpolitik daripada saya.

Ada pihak mempersoalkan rasional kaum Cina membangkitkan kuota 30 peratus ekuiti Bumiputera kerana pada realitinya, mereka masih menguasai sektor ekonomi. Apa pandangan MAYC. Apakah kaum Bumiputera masih perlu dibantu untuk menguasai sektor ekonomi.

Saya sebenarnya terdidik dalam bidang ekonomi dan boleh saya katakan di sini yang usaha ‘penguasaan’ ekonomi oleh mana-mana kumpulan amnya tidak akan membuahkan hasil yang mapan mahupun paling lumayan untuk masa hadapan. Sebarang usaha untuk menguasai sektor ekonomi memberi gambaran kuasa digunakan untuk mengehadkan perkembangan ekonomi sesuatu kumpulan. Ini adalah usaha yang tidak membina. Untuk sesuatu ekonomi itu maju, ia haruslah digerakkan bersama.

Untuk Bumiputra dan masyarakat Malaysia amnya, pengagihan nikmat ekonomi harus menjadi tumpuan, bukan penguasaan ekonomi oleh pihak tertentu. Sebagai pemimpin MAYC, saya lebih suka melihat ahli kelab gabungan MAYC sama hebat kemakmurannya tak kira Melayu, Cina, India, dalam atau luar bandar, Islam, Kristian, Hindu atau Buddha.

Monday, August 16, 2010

Tanggungjawab Presiden MAYC


Lebih sebulan berlalu tanpa terbitan baru di sini. Ini kerana jurublog ini melalui 2 perubahan yang menjadikan tumpuan masa. Jurublog telah beralih tugas di tempat kerja dan kini memikul tanggungjawab lebih. Pada masa sama, jurublog bersama dengan teman-teman belia lain bertungkus-lumus menjayakan Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan yang pertama sejak tahun 2005, kemudian dipilih menjadi Presidennya yang baru!

Akibat terpikulnya tanggungjawab sebagai Presiden MAYC, blog ini sudah tidak boleh lagi secara melulu memaparkan pendapat peribadi jurublog tanpa mengambil kira impak terhadap organisasi yang dipimpin. Namun begitu, jurublog juga berniat untuk mengekalkan keikhlasan paparan pendapat dalam perkongsian maklumat serta pemikiran dengan pembaca. Lebih baik jurublog tidak komen tentang isu-isu dari berlaku hipokrit di blog sendiri!

Diharap para pembaca dapat juga membantu dengan cadangan serta nasihat membina untuk membantu jurublog menjalani tanggungjawabnya yang baru ini.

Wednesday, June 23, 2010

DS Najib Diancam Kredibiliti Kerajaannya Walau 'Mudah' Penyelesaiannya

Saya kehairanan apabila membaca serangan jurublog ke atas Datuk Mohd Bakke Salleh apabila perlantikannya sebagai CEO baru Sime Darby diumumkan. Pelbagai sebab diberi dan aneka alasan dipakai untuk membuktikan beliau tidak sesuai. Namun, apabila ditanya kawan-kenalan tua-muda dari sektor korporat serta kepimpinan politik, amnya Datuk Bakke digambarkan sebagai seorang yang berwibawa dan dihormati baik kerana pencapaiannya mahupun keperibadiannya!

Jadi apakah mungkin di sebalik bantahan ke atas Datuk Bakke? Mungkin masalahnya bukan Datuk Bakke sendiri, tetapi persepsi buruk jurublog, mahupun rakyat amnya, terhadap kerajaan DS Najib kini, khususnya apabila memilih para pemimpin untuk mengurus-tadbir badan-badan korprat serta ekonomi berkaitan dengan kerajaan, seperti 'GLC'.

Dari mana datangnya persepsi buruk ini? Pada hemah jurublog, imej pentadbiran ini terjejas kerana kegagalan kerajaan menghukum atau menangani dengan telus salah-laku, penyelewengan serta, lebih buruk lagi, prestasi lembap yang dipaparkan oleh lantikan-lantikan kerajaan ke kepimpinan GLC. Malah, ada pula pemimpin GLC yang dibiar berleluasa sesudah mengaut untung peribadi dan lari pada zaman Pak Lah dahulu.

Pasti akan ada yang terus menyatakan, bagaimana dengan pemecatan DS Ahmad Zubir Murshid dari Sime Darby tempohari? Tak teluskah? Jurublog berpendapat bahawa, bukan sahaja pemecatan beliau terlalu lewat, tambah pula tak cukup sekadar beliau sahaja dihukum! Lembaga Pengarah Sime Darby, termasuklah Pengerusinya, Tun Musa Hitam, semua patut menangguh padah sama kerana membenarkan keadaan melarat begitu lama di bawah DS Zubir!

Malangnya untuk pentadbiran DS Najib, Tun Musa Hitam diberi peluang untuk mengumumkan perlantikan Datuk Bakke! Pengumuman dilakukan sewaktu kewibawaan Tun Musa dalam memimpin Lembaga Pengarah Sime Darby masih dipersoalkan, sekaligus mencemarkan keputusan untuk melantik Datuk Bakke! Malah, kerajaan DS Najib akan mendapat lebih kredibiliti dengan mengumumkan perletakan jawatan Tun Musa dari Lembaga Pengarah Sime Darby pada masa itu!

Salah langkah seperti ini melaratkan suasana, tetapi punca hilangnya kepercayaan rakyat terhadap keputusan korprat kerajaan adalah dari salah-laku yang lepas, baik di arena pentadbiran amnya, tetapi berhubung-kait dengan pengurusan GLC. Skandal BII-Maybank di mana Khazanah 'tertipu' sehingga merugikan negara sambil memperkayakan Temasek serta individu tertentu di negara-negara jiran hanya satu contoh di mana salah-laku tak terhukum.

Lebih buruk lagi, rakyat yang juga merangkumi ahli dan prefesional di sektor korprat semakin mual melihat mereka-mereka yang terlibat menjahanamkan kewangan GLC, yakni kekayaan negara-bangsa, masih lagi berkedudukan, malah diberi ganjaran lagi!

Ramai yang tidak hairan apabila TS Amirsham Aziz gagal memimpin pasukannya di NEAC untuk menggubal Model Ekonomi Baru yang boleh diterima-pakai oleh Rakyat. Malah ramai juga yang bertanya kenapa TS Amirsham diberi kepercayaan besar seperti itu memandangkan beliaulah 'kuda korprat' yang ditunggang arkitek skandal BII-Maybank dari Khazanah! Mungkinkah itu ganjaran dari beliau dijadikan 'kuda korprat'. Tetapi beliau dilantik oleh pentadbiran DS Najib...

Tak cukup sudah desakan hukuman dijalankan ke atas ikon-ikon korupsi untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN. Tak kiralah bertapa salahnya laku kerajaan Pakatan, tak pedulilah yang mungkin kes Datuk Norza Zakaria tak patut dibawa ke pengadilan sekalipun, kini Rakyat sudah mula menolak keputusan BAIK kerajaan, seperti perlantikan Datuk Bakke, kerana kewibawaan kerajaan BN semakin punah!

Mungkin inilah masanya DS Najib menunjukkan kepimpinannya bukan sahaja sebagai penyatu-padu antara rakyat berbilang kaum, tetapi juga keberanian beliau mencantas lalang-lalang dan kulat yang kian mereputkan kewibawaan kerajaan beliau... sebelum terlambat...

Monday, June 14, 2010

Cutting Scholarships... Another Reason Why DS Nazri Aziz Should Be Sacked!

I had recommended that DS Najib consider dropping DS Nazri Aziz from his Cabinet in his recent cabinet re-shuffle. Whilst this didn't happen as the re-shuffle was more focussed on changes in the MCA leadership and MIC's post-Samy Vellu preparations, there was much disappointment and continued hope that some heads will roll in the near future.

One minister I didn't mention for the chop, current EPU minister, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (TS NMY), is currently more popular for removal, especially among the GLC, corporate and business conscious bloggers. This follows the on-going spate of scandals among GLCs, from Sime Darby through POS Malaysia, the former an example of a continuous explosive affair whilst the latter a simmering pot of disaster as TS NMY's boys in Khazanah and the GLCs spin a cover-up.

However, DS Nazri, perhaps upset that the limelight of political confusion has been off him, and focussed on the non-politician DS Idris Jala to boot, has decided to seize it back in a dramatic fashion... it seems DS Nazri wants to abolish overseas undergraduate Scholarships! Worst, in an age when many doubt the quality of local grads, especially from peripheral IPTAs, DS Nazri wants to deprive many Malaysians from getting quality education abroad!

For this DS Nazri surely should be sacked! I have had the pleasure of having run through DS Idris Jala's presentation on Subsidy Rationalisation and found it comforting that EVEN DS IDRIS AND PEMANDU DOES NOT PLAN TO HAVE SUBSIDIES IN EDUCATION CUT; i.e. no scholarship cuts planned at all according to government plans before DS Nazri saw the wisdom in opening his mouth! ... did I get that wrong? Hope not ...

Rather than cut our overseas undergraduate scholarship budget, why doesn't DS Nazri think about cutting minister's overseas holidays budgets first? Not enough? Of course. So then lets start with some more real serious stuff to cut first which is on DS Idris Jala's proposal:
  1. Stop subsidising IPPs for the Gas or Fuel they use to run to produce Electricity! I am sure the YTLs and Malakoffs have by now fully recovered their high cost of capital to start their plants AND THEN SOME. In addition, it is surely unethical to continue to subsidise a private enterprise that is making so much money it is expanding on the back of subsidies instead of giving scholarships...

  2. Stop giving away APs and instead have all those people who can afford it actually PAY the high cost of these cars! I say it is sick that a rich man can afford to get an AP and hence get a hundred thousand ringgit discount to bring a Ferarri into the country, especially when the same hundred thousand ringgit could pay for 2 years of a Medical Student's scholarship or all of 3 years of tuition fees for an undergraduate Pharmacy student in Australia.

  3. By all means, stop paying Highway concessionaries to stop them from raising toll rates. If toll Highway users are upset, tell them to learn to car pool - they won't anyway, Petrol is still too cheap from subsidies for Malaysians to want to bother sharing cars or even try public transport! Tell them if they just RM1/day higher tolls, maybe a few talented kids from Bario or Kuala Sepetang will get a chance to study Engineering in the US.

  4. etc.

  5. etc.

  6. et al.

But for gods sakes, don't cut any of our scholarships! DS Najib, please sack DS Nazri before he loses you the election...

Tuesday, June 01, 2010

Rombakan Cabinet Yang Melegakan Lagi Mengecewakan

Akhirnya jelas kepada semua, rupa-rupanya, rombakan cabinet DS Najib hanyalah tertumpu kepada parti-parti komponen MCA dan MIC sahaja. Perkara ini mungkin melegakan begitu ramai pemimpin UMNO, terutama penyandang jawatan, terutama sekali mereka yang kelihatan tidak efektif ataupun dicemuh oleh rakyat. Namun atas sebab yang sama, Rakyat juga pasti ramai kecewa yang begitu ramai pemimpin yang ditolak mereka masih dikekalkan oleh DS Najib.

Buat masa ini, jurublog ingin menumpukan perhatian kepada muka-muka baru dalam kabinet secara amnya. Saya sebenarnya gembira mendengar YB Datuk Wira Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana beliau dari Kedah. Dengan kedudukan beliau sebagai Naib Presiden MCA yang kini berkementerian, mungkinkah ini akan membantu usaha MCA Kedah untuk menarik kembali undi bangsa Cina ke BN di negeri tersebut?

Malangnya, gembira saya tidak setanding kecewa apabila melihat DS Ong Tee Keat digugurkan langsung dari kabinet. Tahulah beliau kalah, tetapi DS Chua Soi Lek telah mengesyorkan beliau dikekalkan, apatah lagi kerana popularnya DS Ong TK baik di kawasan Parlimennya mahupun di kalangan Rakyat yang mahukan isu skandal PKFZ diselesaikan. DS Ong TK terserlah sebagai tokoh pembenteras rasuah yang meggasak isu PKFZ! Ada apa-apakah disebalik penggugurannya?

Kecewa lagi apabila mendengar akan perlantikan calon DS Samy Vellu, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri. Kecewa kenapa? Di tempatnya sendiri, Hulu Selangor, beliau tak cukup popular untuk dicalonkan bertanding PRK baru-baru ini, apakah perlantikannya akan menguntungkan BN? Mungkinkah ia hanya sekadar membantu DS Samy mempertahankan legasinya kelak?

Akhir kata, saya tak kenal anak DS Chua Soi Lek. Beliau mungkin berbakat benar orangnnya dan layak menduduki jawatan Timbalan Menteri. Malangnya, memandangkan ayahnya merupakan Presiden MCA, ini akan mewujudkan imej nepotisma dilemparkan ke atas DS Chua dan MCA sekali lagi. Ramai faham dan simpati apabila YB Chua dicalonkan mengantikan ayahnya ke Parlimen Labis pada PRU12, tetapi perlantikannya ke Timbalan Menteri mungkin keterlaluan...

Yang kita harapkan adalah rombakan kabinet untuk menyuntik semangat dan tenaga baru kepada kabinet DS Najib menjelang PRU13. Paling kurangpun, pengguguran 1-2 Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ternyata tidak membantu, malah menjejaskan harapan BN menjelang PRU13. Nampak gaya, harapan tak tercapai kali ini. Wallahualam ...

Who To Leave Out Of DS Najib's New Cabinet?

Smses have been flying around about a new cabinet to be announced by DS Najib today or tomorrow. Rather than pitch for any new additions, I would suggest that the following ministers' relevance be reviewed. I would argue that they are primarily vote losers, not vote winners. Even if not dropped, they should be moved from their current portfolio, except no 1 and 2, they have to go:
  1. DS Nazri TS Aziz - Much disliked due to his frequent verbal abuse of Tun Dr M, opposition, critics, bloggers... actually, everybody! Being a big shot's son does not help, personafies the image of UMNO 'nobles' at its worst, arrogant and disconnected from the Rakyat. Recent taxi rate hikes backfired with taxi drivers claiming it was 'to his benefit' and saving of BN's blushes at the Budget vote would not have been necessary if he did his job as party whip!

  2. TS Koh Tsu Koon - What is the point of having this man, known as an ultra-racist in civilised clothes even among some Penang Chinese, still in cabinet? He lost PRU12, his party lost the state of Penang, the party still struggles for leadership, with BN cringeing at the idea of a Gerakan candidate for the potential Batu by-election, and he cannot do any cabinet work! DS Najib had to appoint DS Idris Jala to do TS Koh's work! Just sack TS Koh already!

  3. DS Hishamuddin Hussein - Some would argue it would have been worst leaving him in the Education Ministry, unfortunately, I am not so sure! As the custodian of our police and internal security forces, he may have not presided over as enormous boo-boos as his predecessors, Pak Lah and TS Syed Hamid, but his penchant for seeking the media spotlight does not suit a ministry that works very much in the background... when it is doing well...

  4. DS Rais Yatim - As one who supported his bid for UMNO Vice President on the back of his experience, I am actually disappointed at how poorly DS has performed in his 'super-ministry'. He remains cultured and well spoken, but appears to be overwhelmed by the ideas of the day and the media tools now needing to be mastered in the increasingly 'post-digital' era. It's about ideas man... let them roam... don't just tell us... build your message with us...

I am sure to have incited some anger and hatred... again... but then what to do? I'm hardly the only person saying the above.

PS - I didn't mention explicitly about the new 'private' being made a Cabinet Minister as the idea is too moronic to contemplate. DS Najib does still want to win PRU13, I am sure.

Tuesday, May 25, 2010

Rakyat Tidak Yakin Tentang Keuntungan Dari Kerjasama Terbaru Dengan Singapura?

Jurublog telah mengambil sedikit masa memantau sebelum memberi komen tentang perjanjian terbaru Malaysia-Singapura untuk memajukan tanah KTM sepanjang landasan keretapi Tanjung Pagar. Jurublog sendiri merasa kecewa kerana rasanya ada peluang lain yang sepatutnya dipertimbangkan, seperti:
  1. Perobohan Tambah Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru yang membenarkan perairan Selat Teberau kembali lancar untuk pergerakan kapal serta pemulihan alam sekitar pesisir selat. Panambahan landasan MRT/LRT/Keretapi masih boleh dimajukan dengan jambatan baru tersebut.

  2. Kemungkinan mengembangkan atau meningkatkan fungsi landasan ke Tanjung Pagar untuk membawa kargo barangan untuk kemudian diekspot melalui pelabuhan Singapura. Kedudukan Tanjung Pagar sekarang sebenarnya lebih strategik untuk merealisasikan cadangan ini.

  3. Timbal-balas pelaburan di Tanjung Pagar dan Iskandar Malaysia oleh Singapura rasanya tidak sepadan dengan nilai penyerahan tanah KTM mahupun kerugian berterusan dari adanya Tambak Johor yang kekal menghalang penyambungan semula perairan antara pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Malaysia seharusnya menuntut ekuiti bukan sahaja di JV tetapi GLC Singapura yang bakal memajukan tanah KTM tersebut juga.

Yang di atas tidaklah menidakkan nilai yang dicapai oleh Malaysia dari segi kewangannya tetap setimpal, malah lumayan seperti diperjelaskan oleh blogger Op Ed. Cuma rasanya nilai strategik yang dapat dicapai oleh pihak Malaysia tidak dilunaskan secara penuh melalui perjanjian yang dimetrai ini. Pada jurublog, ini bukan soal nilai tanah perlu dibayar tetapi juga nilai strategik dari pemilikannya oleh Malaysia yang harus diambil peluang.

Namun pendapat yang lebih berunsur ilmu ekonomi jurublog bukanlah apa yang difikirkan rakyat pada masa ini! Yang difikirkan rakyat adalah, wajarkah kerajaan BN berunding tentang pemberian tanah milik negara apabila skandal Brunei-Limbang di mana persempadanan Malaysia digadai-murah dengan sewenang-wenangnya masih belum ditangani? Keyakinan rakyat sudah terlalu digoncang skandal tersebut sejurus selepas kehilangan Pulau Batu Putih tempohari.

Malah, pol yang dijalankan oleh jurublog menunjukkan kehendak 82% pengundi supaya isu skandal Brunei-Limbang ditangani dengan lebih telus, tak kiralah siapa yang bakal tertuduh, walau Menteri sekalipun. Pada hemah jurublog, apa-apa juga usaha kerajaan berhubung tanah, persempadanan atau mana-mana harta negara dengan mana-mana pihak asing akan disangsi selagi skandal Brunei-Limbang tidak disiasat melalui Suruhanjaya DiRaja.

Menarik lagi, rakyat Malaysia, khususnya yang di Johor akan dapat mengajukan isu perjanjian Tanjung Pagar dengan Singapura ini kepada Tun Dr Mahathir pada pagi 29 Mei di Hotel M-Suite, Johor Bharu. Majlis anjuran Kelab Veteran MAYC tersebut akan dihadiri juga Menteri Besar Johor dan pasti mengundang soalan tentang isu ini. Majlis terbuka ini mengundang kedatangan sesiapa yang berminat berinteraksi dengan Tun Dr M, terutama sekali penggerak NGO.

Apakah rasanya pendapat Tun Dr M nanti? Adakah Rakyat akan disyorkan menerima perjanjian ini, atau mungkinkah maklum-balas beliau bakal menimbulkan lebih banyak sangsi? Wallahualam...

Friday, May 21, 2010

Saya Akan Hadir Di BUM 2010

Saya dijemput berforum di BUM 2010 hari ini, khabarnya sebab sayalah bidan terjun paling sesuai memandangkan calon-calon yang membantah penggunaan meleluasa Kalimah Allah tak dapat hadir. Pada hemah saya, ia juga kerana kebanyakan calon yang tak setuju kurang sesuai, kerana perbincangannya pasti akan mengambil konteks sekular... tak percaya, sila tengok pembicara isu ini pada link ini.

Hai, kita harapkan Pakatan Rakyat menghantar orang yang ahli untuk membicarakan perkara ini, tetapi ini tidak...

Wednesday, May 05, 2010

Statistik Terkini: Rakyat Lebih Pedulikan Kelaku Pak Lah Dari Kematian Aminulrasyid?

Mungkin masih awal lagi, tapi amnya, undian menerusi blog ini hangat sekali pada hari-hari pertama. Buat masa ini, jurublog dikejutkan dari andaian yang kes penembakan Aminulrasyid merupakan isu tumpuan utama Rakyat. Ternyata Rakyat memberi tumpuan kepada kes ini lebih dari isu yang bersabit peribadi mantan PM Malaysia seperti skandal jurublog berbayar untuk mempeleceh Pak Lah, tetapi skandal besar yang merugikan negara mendapat tumpuan besar!

Melihat keputusan dari 57 undi pada masa menulis, 78% mahukan penelitian lebih tentang isu pemberian blok L & M oleh Pak Lah ke negara Brunei! Nampak gayanya, ada 'silent majoriti' di kalangan pembaca blog ini yang merasakan isu ini jauh lagi penting dari pembunuhan Aminulrasyid. Jurublog mengakui yang munculnya pendapat lain tentang isu ini mungkin sudah mengurangkan kehangatan, namun perbandingan isu melibatkan Pak Lah juga cukup menarik.

Isu Aminulrasyid merupakan isu kedua terhangat dengan 14% dari undi, hingga jelas sekiranya skandal Brunei-Limbang tidak wujud, inilah isu yang didahagakan penyelesaian. Malah, isu skandal blogger berbayar untuk peleceh Pak lah kelihatan dipandang remeh oleh rakyat! Hanya sekitar 3% dari pengundi memperdulikan isu ini, dan separuh dari itu mahukan penyiasatan tentang siapa membayar blogger untuk menuduh PAS membayar untuk mempeleceh Pak Lah!

Jurublog juga telah menyertakan isu 'kontrol', yakni skandal salah-laku Khazanah dalam pengurusan Pos Malaysia yang didedahkan Tan Sri Adam Kadir. isu ini bukan isu hangat, malah majoriti rakyat mungkin tidak sedar pun akan pernyataan Tan Sri bekas pengerusi Pos Malaysia tersebut. Namun, kelihatan isu ini pun mendapat 3% dari undi! Ini bermaksud, isu menghinggap peribadi Pak Lah sama nilai dengan bayangan samar skandal dari pentadbiran zaman beliau!


Tak hairanlah kita apabila melihat skandal yang jelas dari zaman Pak Lah, seperti skandal Brunei-Limbang, mendapat tumpuan rakyat! Jurublog juga merasakan ini disebabkan rakyat mahukan bukti yang pentadbiran DS Najib mampu memperbetulkan atau setidak-tidaknya lebih telus menjelaskan salah-laku yang lepas sebagai pengajaran. Mungkinkah ini kunci utama untuk mengembalikan kepercayaan Rakyat kepada BN menjelang PRU-13? Wallahualam...

Tuesday, May 04, 2010

MENARIK! Isu Penembakan Aminulrasyid Lebih Dipentingkan Rakyat Dari Mana-Mana Apa-Apa Hal Tentang Pak Lah!

Jurublog begitu terkedu apabila melihat sambutan pembaca terhadap isu Aminulrasyid Amzah yang kelihatan begitu popular dan menerima banyak komen walau di blog yang tidaklah seberapa ini. Lebih hebat lagi, isu penembakan tersebut lebih deberi perhatian warga maya Malaysia dari beberapa skandal yang melibatkan mantan PM kita, Pak Lah! Ini walaupun skandal tersebut melibatkan kerugian Ratusan Ribuan Juta khazanah negara seolah-olah dari kecuaian!

Melihat kembali isu-isu lain yang terkini, walaupun ada isu hangat menyentuh peribadi dan politik seperti skandal tuduhan pembayaran PAS kepada blogger untuk memperleceh Pak Lah (dan lebih menarik kepada jurublog sebagai antara yang menghentam Pak Lah free dahulu, siapa yang membayar blogger tersebut untuk menuduh PAS sedemikian!), Rakyat seolah-olah cukup matang untuk menyedari yang isu tersebut tidak cukup relevan untuk diberi perhatian.

Untuk memastikan perkara di atas, saya telah meletakkan kotak undi di sebalah atas kiri blog ini bagi pilihan pembaca blog. Dipersilakanlah mengundi untuk memberi jurublog serta pembaca lain sedikit pemerhatian tentang isu yang benar-benar dekat di hati rakyat yang seumpama mereka yang sudi melawat blog ini. War-warkanlah juga kiranya sudi.

Sebagai 'control option', jurublog telah menyertakan juga satu isu skandal kerugian Pos Malaysia yang disebut oleh Tan Sri Adam Kadir, bekas Pengerusinya, baru-baru ini. Juga disertakan adalah kedua-dua pilihan untuk merangkumi pandangan alternatif tentang skandal blogger berbayar untuk peleceh Pak Lah.

jurublog berharap ini akan memberi statistik lebih jitu bagaimana nasib arwah ~15 tahun jauh lebih dipentingkan Rakyat dari Pak Lah...

GEMPAR! Aminulrasyid Amzah Meninggal Bukan Salah Polis?!

Saya terpaksa menumpang cara member saya Parpu Kari sebab posting ini wajib diketengahkan untuk memberi konteks penting tentang tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak-anak:

Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.

Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).

Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.

Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”. Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.

Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?

Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.

Betul betul betul! Upin dan Ipin pun tahu! Nak baca penuh, klik sahaja blockquote di atas...

Fahamlah kita kenapa ibunya Aminulrasyid tak mahu perkara ini diheboh-hebohkan... Siapalah agaknya yang beria-ia benar nak heboh kes ni... Jenis yang macam di link ini mungkin... Malu lagi keluarga arwah nanti jadinya...

Sunday, May 02, 2010

Lim Kit Siang Agrees With Perkasa?!

Actually, the title of this piece could also be Perkasa agrees with Lim Kit Siang, but maybe I'll use that for the Malay version of this post. The question arising from the above question should not be 'WHAT?' but should be 'On What?'. Well, rather obviously, on the forming of a Royal Commission to investigate the 'Brunei Limbang-Scandal'. The what? Well, no official name yet for the scandal, so that's what I'm calling Pak Lah giving away our soverign rights over Blocks L & M.

Pak Lah's blunder here has achieved one thing, it has achieved unity of purpose between 2 'extremists' usually at odds with each other; i.e. Lim Kit Siang (an 'institution' of extremist anti-Malay in his own right) and Perkasa! With such sworn enemies agreeing that a Royal Commission is needed to investigate the Brunei-Limbang Scandal, what reason do we who stand in between both extremes have to disagree!

Hopefully, DS Najib will move quickly to form the Royal Commission to commence investigations, and also urge the MACC and Police to do the same anyway to complement the Royal Commission's efforts. The last thing we want is for people to accuse DS Najib and his cabinet members of complicity in the deal... oh wait, Pak Lah has already accused his former cabinet of agreeing to the deal... majority of whom are part of Najib's cabinet still!! I think DS Najib needs to hurry...

... and not be distracted by the nonsense some bloggers supportive of a close relative of Pak Lah, who suspiciously seem to be collaborating with spinners friendly close to foreign power, are trying to dish around ... their propaganda is a little amateruish anyway... and one even had dreams of being a Corporate Comm chief of our uber-GLC!!! Hahahaha!

Focus... Focus... Royal Commission! Royal Commission!

Saturday, May 01, 2010

Questions Post Revelations Of Pak Lah Giving Away Nation's Wealth To Brunei...


In case some readers of this blog has not been aware of yet another Pak Lah 'legacy' that revealed itself recently, please refer to the following post from Tun Dr Mahathir who raised the initial questions, a report from the Oil & Gas Journal,Pak Lah's response as reported in the Malaysian MSM and a Bloomberg based report on Petronas being invited to develop the site.

Being from the industry, though strictly not this part of it, curtails me from blogging in detail, but it does allow me to ask some questions, like:
  1. Pak Lah gave away major tracts of our sovereign sea-areas, affectively reducing our borders and to cap it all off, at an area where oil and gas resources appear to be abundant for development. For Petronas to then be 'allowed to develop it together' seems to be poor compensation to the loss of sovereignity, even without the direct oil and gas revenues, taxes and loss of economic activity. So, did someone else get something from this deal?

  2. The initial reports were on how Murphy Oil, had lost their rights to develop the tracts with Petronas just as Malaysia has lost its sovereign right to the area. This has major ramifications for Murphy, an 'independent' American oil & gas player, but indirectly also will give pause to any oil player wishing to do deals in Malaysia. Hence, Malaysia's integrity as an oil & gas player will now be under scrutiny. Will this potentially cost Malaysia further Billions?

  3. The discussions when Pak Lah gave away our 2 oil blocks went to press... sorry, when it didn't go to press, only the deal to fix the borders between Brunei and Limbang was mentioned. In fact, what was reported was a bit too much, that Brunei had let go of its claim to Limbang, a report the kingdom officially denied. However, the loss of the 2 oil blocks were not reported. Why? What else of Pak Lah's doings remain unreported?

I understand Perkasa will be demanding for a Royal Commission be formed to investigate this Brunei-Limbang Scandal. Whilst I am not too big a fan of Royal Commissions, I think this incident merits further investigation. In fact, I dare say that the MACC should be asked to investigate the matter due to the above implications highlighted in bold red.

A final question... when will we ever be free of the unending 'legacy' of blunders that was the norm of the Pak Lah regime?!!

NB: Thanks to the Star for the most excellent map above.

Tuesday, April 27, 2010

Apakah Bezanya Perkasa, Dong Jiao Zong Dan Hindraf?


Bagi jurublog, helah-helah sedemikian amnya cakap karut yang diadukkan dengan cebisan kebenaran. Antara yang menyakitkan hati adalah lontaran cemuhan kepada Perkasa sebagai kumpulan pendesak Melayu. Apakah salah Perkasa wujud untuk mendesak supaya hak-hak orang Melayu dipelihara? Apakah bezanya Perkasa dengan Dong Jiao Zong? Tidakkah Dong Jiao Zong sama ekstremis dalam tuntutannya, malah ada yang mengatakan ia lebih ekstrim lagi!


Saya juga berasa cukup terhina apabila diberitahu pengundi Cina amnya mahukan isu-isu peringkat nasional ditangani sebelum sedia menyokong semula BN. Apa, bangsa lain tidak begitu 'maju' ke? Adakah PKR terbukti berupaya menangani isu-isu pembangunan ekonomi, perkauman dan sebagainya? Mana ada buktinya di Selangor! Yang adapun bukti, adalah bagaimana Pakatan Selangor masih gagap dan tak habis-habis menuduh BN atas segala kepincangan usaha kerajaannya.

Yang saya boleh percaya sikit pun adalah kekecewaan kaum Cina terhadap usaha kerajaan menangani rasuah, yang ternyata masih ada kepincangan. Pengamal rasuah mahupun mereka yang mengambil kesempatan dari ketirisan usaha kerajaan harus dihalang dari terus mengecapi nikmat duit rakyat. Contohnya, Datuk Zaid Ibrahim yang kaya-raya berlebihan akibat terlalu banyak mengaut untuk dari DEB patut ditolak! Tapi eh, eh, kaum Cina mahu pula mengundinya!

Apa lagi isu nasional? Kalau kaum Cina benar-benar mahukan isu nasional yang dianggap penting kepada mereka ditangani, kenapakah mereka tidak memberikan kekuatan menerusi sokongan jitu mereka kepada BN semata-mata untuk memberi muka kepada pemimpin politik mereka? Ini tidak, lari begitu banyak undi Cina dari BN, sehingga kini, relevan tidaknya MCA dan Gerakan di dalam BN menjadi persoalan! Malah, tak hairanlah sekiranya kaum Cina hilang kerusi kabinet kelak!

Sepatutnya, pemimpin, pemikir dan pengulas kaum Cina harus mengaku sahaja yang penolakan BN di Hulu Selangor kerana pendapat yang menular di kalangan masyarakat tersebut bahawa lemahnya BN membawa keuntungan. Keuntungan kepada siapa? ... Fenomena ini tidak lain dari yang dilihat di Kelantan; kesukaran BN merampas negeri tersebut berkait dengan pendapat yang wang pembangunan akan terus dicurah selagi BN berusaha untuk merampas kembali negeri tersebut.

Jadi helah lainnya semua sekadar helah sahaja, kerana kan malu bagi kaum Cina sekiranya pemikiran sedemikian jelas terdedah kepada kaum Melayu, India dan yang lain akan kebenaran di sebalik kecenderungan pengundi di Hulu Selangor? Tetapi ahli politik dan pemimpin BN harus menerima ini sebagai suatu realiti. Mungkinkah kerana ini, kaum Cina akan melihat perubahan sikap dari kerajaan DS Najib yang sebelum ini kuat berusaha menarik hati masyarakat tersebut?

Wallahualam... bagi jurublog adalah kelaku sebegini oleh mana-mana kaum di Malaysia tidak boleh diterima-pakai, bukan sahaja atas dasar 1Malaysia, tetapi dari segi sopan-santun antara kita. Mungkin sudah masanya para pemimpin Cina, dari memberi helah, mengingatkan masyarakatnya akan sejarah. Tak perlu tinjau jauh ke prinsip jusoli, tetapi ke PRU 1990 dan 1999 sudah memadai. Pada masa itu, pemimpin Cina cukup berpengaruh kerana kaum mereka kuat menyokong BN.

Monday, April 26, 2010

Pengajaran Dari 'Kekalahan' BN Dan 1Malaysia Di Hulu Selangor

Bersambung dari penulisan bahasa Inggeris tentang perkara ini, berikut merupakan luahan hati jurublog tentang apa yang tak kena tentang usaha BN di Hulu Selangor. Di harap ada yang berminat untuk mengambil perhatian dan iktibar dari kalangan pembaca.

Menarik sekali yang tinjauan jurublog tetang 'kegagalan' BN dan gagasan 1Malaysia dalam menang PRK Hulu Selangor dipersetujui peninjau lain. Menurut tinjauan penulis Aganda Daily, BN menang hasil kenaikan jumlah pengundi yang keluar membuang undi berbanding PRU-12. Malah, undi yang diterima oleh PKR lebih tinggi dari calon sebelumnya. Data yang dikongsi sedemikian seharusnya menibulkan cemas kepada BN, memandangkan:
  1. PKR kini kelihatan semakin pincang bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di Hulu Selangor sendiri sepanjang tempoh PRK dengan larinya para pemimpin dan wakil rakyatnya keluar parti.

  2. Faktor 'calon orang luar' yakni terpilihnya Datuk Zaid Ibrahim kelihatan tidak memberi kesan yang ketara kepada penyokong tegar PKR mahupun Pakatan di Hulu Selangor. Ternyata kepada ramai yang sekiranya Datuk Dr Hariri menjadi calon, kemenangan berkemungkinan di tangan PKR!

  3. Segala tohmahan dan cerca-merba yang dilontarkan kepada DS Anwar Ibrahim juga tidak nampak berkesan. Para pengundi seolah-olah sedia memilih parti pimpinan beliau walaupun penuh dengan kepincangan.

  4. Kerajaan negeri Selangor tidaklah begitu hebat pencapaiannya setakat ini. Malah, begitu banyak usaha pembangunan yang tertangguh dan isu seperti salah-langkah Pakatan menuduh SPRM sebagai pembunuh Teoh Beng Hock seharusnya merapuhkan kewibawaan kerajaan tersebut.

Namun, walaupun menghadapi semua yang diatas, PKR masih mampu mencabar! Paling membimbangkan sekali adalah penolakkan pengundi Cina di Hulu Selangor terhadap BN, termasuk gagasan 1Malaysia dan tawaran pembinaan Sekolah Cina di kawasan Parlimen tersebut! Sememangnya pengundi Cina lazimnya tidak begitu tegar sokongannya terhadap BN, berlandaskan ide yang kuasa BN perlu ada timbal baliknya. Namun, mungkin sokongan sekadar 50% telah diharapkan.

Tetapi terlihat sokongan Cina kepada calon BN merudum ke hanya ~25%! Sebab kenapa sokongan begitu lemah sekali dari golongan ini masih dalam pertimbangan. Ada yang menuding jari ke arah kelemahan MCA dan Gerakan meraih undi. Ada juga yang menyalahkan Kamalanathan kerana sudi melayan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa, yang juga dikatakan menyebabkan penurunan undi India dari 70% ke 60% untuknya.

Penolakkan undi Cina, malah persoalan kenapa corak pengundian begitu dipengaruhi faktor bangsa, seperti kehendak pengundi Melayu, termasuk yang menyokong BN, supaya calon Melayu diketengahkan, haruslah mencemaskan DS Najib dan para penggerak gagasan 1Malaysia. Jelas, 1Malaysia masih belum dihayati secukupnya untuk menebus benteng perbezaan pendapat antara bangsa dalam pelbagai isu. Malah, mungkin akan timbul suara nakal untuk dikecualikan bangsa Cina dari agenda BN, dan ini haruslah dielakkan sama-sekali!

Tetapi jurublog sendiri merasakan dari segi menarik undi, ada intipati kempen BN yang mungkin tidak begitu berhasil dan harus dirombak semula. Usaha mendekati pengundi seperti berkempen rumah ke rumah dan terutama sekali gerak-kerja Datuk Ahmad Maslan yang memberi penumpuan kepada pengundi dari kawasan Felda adalha contoh-contoh positif yang harus dikekalkan. Tetapi, ada juga unsur kempen berbentuk negatif BN yang kini sudah kurang berkesan, seperti:

  1. Penggunaan bekas pemimpin pembangkang, khususnya bekas ahli PKR untuk 'mendedahkan' salah-laku DS Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Pembangkang. Ini dilihat oleh ramai pengundi sebagai usaha peribadi melepaskan pekung di dada kerana kecewa dan marah terhadap DS Anwar. Maklumat yang dibawa oleh mereka mungkin menarik perhatian mereka, tetapi cara dan niat pembawa begitu mudah disangsi pendengarnya.

  2. Penumpuan keterlaluan terhadap kepincangan peribadi DS Anwar Ibrahim sepanjang kempen juga mungkin kurang wajar. Ada pengundi sehingga mempersoalkan relevan tidaknya DS Anwar diserang, dan kerana ianya bertalu-talu, begitu mudah untuk para pengundi berhenti mendengar lagi tentang kealpaan beliau. Mempersoalkan keperibadian calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, mungkin lebih relevan, tetapi juga tak seharusnya melepasi had.

  3. Pemantauan terhadap pengundi luar, yakni 25% dari para pengundi, masih agak lemah. Malah, BN seolah-olah terkejut apabila faktor pengundi luar timbul kembali dan membahayakan kedudukan calon. Kebanyakan pengundi luar tidak berapa memperdulikan apa yang diperkatakan di padang kempen, tetapi lebih peka terhadap isu di tempat bermastautin atau isu-isu nasional. maka Datuk Zaid mungkin lebih relevan sebagai calon mereka!

  4. Walaupun BN telah berjaya mengelakkan dari turunnya pemimpin-pemimpin BN yang dicemuh rakyat seperti DS Samy Vellu dan YB Khairy Jamaluddin ke medan kempen mengelak tertolaknya BN oleh pengundi, masih ada lagi pemimpin BN yang cuma berdaya 'mentuba' usaha kita untuk menang. BN haruslah memastikan pemimpin sedemikian terus disisihkan dan pemimpin baru yang sedia diterima seperti Datuk Ahmad Maslan terus diketengahkan.

Dalam membuat pemerhatian di atas, jurublog tidak mengakui diri lebih tahu dari mereka yang menggerakkan kempen BN di Hulu Selangor. Tetapi ini menjadi sekadar sumbangan untuk memperbaiki peluang BN menjurus ke PRU-13 kelak. Risiko yang dihadapi BN masih tinggi dan penguasaan 2/3 Parlimen mahupun kerajaan negeri Selangor masih sekadar impian sekiranya kedudukan BN tidak terus diperbaiki.

Lagipun, jurublog pun pasti ada kesilapan semasa berkempen...


Sunday, April 25, 2010

Why BN And 1Malaysia 'Lost' In Hulu Selangor

I'm going to be 'punished' for this posting, especially by those who read the title only and choose to draw conclusions without reading further. They will likely be joined by 'kaki ampus' as well. However, as much as the Hulu Selangor by-election win by BN was a welcome result, the victory carries reminders of a similar by-election some 3 years ago, in Ijok, where a local boy from the MIC also once trounced a PKR 'Giant'.

This posting will not touch on how BN's machinery assured a win ahead of Pakatan's 'meagre' means, which will be among Pakatan's excuses. Time and again previously, BN had been losing by-elections despite its large machinery. In fact, in Bagan Pinang, the BN candidate's machinery drove things ahead of BN's own. And of course all who were present at Hulu Selangor and even Bagan Pinang would agree that Pakatan's recources are now far from meagre. So, moot...

This posting also will not talk about the quality of candidates. It was rather obvious that Sdr. Kamalanathan would be more appealing to locals than Datuk Zaid Ibrahim. Kamal is quite a personable fellow, humble yet with intelligence discernable beneath his warm smile. So, despite being an 'unknown', it would be easier for fence-sitters who wish for a Wakil Rakyat that connects with them to Kamal ahead of the rather aloof and 'superior' Datuk Zaid Ibrahim.

This posting is meant to highlight that the reason for the small majority in this BN by-election victory, hence my conclusion that it was a 'loss' is the poor quality of voters that we may have in Malaysia. Why would I deem these voters of poor quality for the job of deciding their Parliamentarian? I'll present a few anecdotes with the hope you will draw the same conclusions:
  1. PKR nominated a Malay for a Malay majority area, supposedly due to feedback from a voter study of the area.

  2. BN was relieved that a local Malay PKR leader, such as Datuk Dr Hariri, was not nominated as PKR candidate.

  3. BN spent a lot of time, energy and effort convincing Malay voters to vote Kamalanathan despite his race. It was variously implied that voting Kamalanathan was effectively supporting Malay leadership to which Datuk Zaid is known to have undermined.

  4. Kamalanathan was rumoured to have lost 10% of the Indian votes (from 70% to 60% support) due to reports of his joining a Perkasa event.

  5. In the last days of the event, PKR spread a document supposedly from Perkasa, urging Malays to vote Datuk Zaid Ibrahim as a Malay candidate. (This is to be verified and this blogger find this dubious knowing how hated Datuk Zaid is hated by Perkasa for being a sell-out)

  6. The preference of each race group for which candidate was apparent from the outset, leading to the tactics above. With the Chinese likely supportive of PKR due to the overwhelming influence the Chinese-led DAP has over Selangor state government policy and the Indians plugging for the candidate of their race (with no real link with DS Samy Vellu being seen), the Malays held the deciding vote.

  7. Questions are now being asked on whether promises to build a Chinese School in Ulu Selangor should fulfilled seeing as 75% of Chinese voters supported Datuk Zaid.

BN may have won this by-election battle, but they have not won the war for the hearts and minds of the Rakyat. Remember that the PKR they were battling is no stronger, and if anything, is much weaker than the one that beat BN for the Parliamentary seat in 2008. Nevertheless, despite policies meant to cure BN of many of the perceptions of the electorate towards it, such as 1Malaysia, BN's win is surprisingly small.

As hinted above, the problem may not lie with BN or indeed policies of DS Najib's government to allay fears of economic favouritism of Malays and indeed promote unity through 1Malaysia. The problem may simply lie with the way Malaysians think, act and behave. The problem may be than Malaysians are still 'racist'...

There is an Arabic word, asabiyyah, which is often given a negative context as tribalism, clannishness, nationalism and indeed... racism. Ironically, the concept of asabiyyah according to Ibnu Khaldun, the great Muslim thinker, is not necessarily negative as it exists as a driving force for communities to develop with social cohesion towards civilisation. However, asabiyyah become truly negative when it is applied to the detriment of other groups, tribes or races.

Much of the racism in this country is spread by PAS, Gerakan and DAP. These parties don't do it necessarily by practicing racism, but more by labeling BN's predominantly race-based or regional then race based parties as racist! They do so by labeling UMNO, MCA, MIC and other BN partners as practisioners of negative asabiyyah. They should instead highlight that why BN is made up that way is to reflect the reality on the ground, that we still cluster in racial groups.

To some extent, despite near sectarian propaganda attacks, most viciously by PAS, Gerakan and DAP pre-May 13, 1969 then repeatedly over the course of the 80's and 90's, BN has been able to hold fast against the onslaught as the many communities are convinced that for Malaysia to succeed, all races must cooperate, just as their political leaders do in BN. However, this message failed in the dark Pak Lah years. Racism is now rampant again at the ballot box.

How does the BN government address this? It is ironic that despite being the party trying to resolve multi-racial tensions that it and its components are the ones labeled racist! Coversely, Pakatan appear could be as negatively asabiyyah as they like without blame! The blame was repeated time and again at Hulu Selangor, when voters were repeatedly reminded that the DAP dominated exco curtailed the BN building of an ITM, an institution to directly benefit Bumiputras.

Such blame may be an effort to shine truth to who is really racist. However, it is disagreeable to me that such truth is revealed and emphasised to Malays, inciting their group anger towards a Malay MB led by the nose by Chinese DAP state exco members. In a sense, the revealing of truth of Pakatan's racism is in itself an act of racism when done this way. Racism here begets racism!

On the Chinese side, there were whispers coming to me, some conveyed in apparent triumph, of non-Malay anger, when Kamalanathan met with Perkasa. Supposedly, this incident would shift votes from the Indian firmly towards PKR, threatening BN's position. The impression given by these whispers are that the Chinese like to keep Selangor as it is, with an MB led by the nose by Chinese DAP exco members. The impression also was that Indians didn't like Perkasa.

But really, if we are truly buying into 1Malaysia, what is so wrong with Kamalanathan meeting with Perkasa? As a future Parliamentarian, surely he has to be open to the views of Malay pressure groups as well, even supposedly 'ultra' ones like Perkasa. What's so different with Kamalanathan then meeting with Dong Jiao Zong? Oh, can't Malays have extreme pressure groups and NGOs like Dong Jiao Zong to further the Malay cause?

Maybe there would have been greater happiness if Kamalanathan met with Hindraf? Sure, Hindraf is proven to be violent in conduct, but hey, Kamalanathan is an Indian, so of course he should speak to Hindraf, right?

All this is sick! Kamalanathan is now Parliamentarian for all of Hulu Selangor and will make a difference to national policy-making, so... he should take in ALL points of view, whether it be Malay, Chinese, Indian, Murut, Iban etc.So what if he meets Perkasa? is it such a sin that he wants to know what Malays want? Isn't it responsible for him to do so as he move towards 1Malaysia.

In the end, what sickens me about the events and outcome at Hulu Selangor is this. The winner is not an only an Indian from MIC but a Malaysian from BN representing all Hulu Selangor voters in Parliament. Problem is, how many voters still see him as an Indian from MIC? Problem is, how many struggled to vote for him because of despite of this? Until our voters improve in quality such that race is not front and centre of their concerns, we would never have 1Malaysia...

Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor Membahayakan Kesejahteraan Rakyat

Sudah cukup lama saya berdiam diri dalam hal ini tetapi sehingga tidak tertahan lagi. Saya merasakan begitu gundah kebelakangan ini kerana kelihatan media arus pelbagai lebih menumpukan perhatian kepada PRK Hulu Selangor sekaligus mengabaikan kesejahteraan rakyat. Tuduhan saya berdasarkan begitu ringkas atau terabainya laporan mengenai perkembangan Gelombang Kedua H1N1 di kalangan rakyat negara kita!

Semua rakyat Malaysia kini pasti sudah disentuh oleh Gelombang Kedua ini. Kalau bukan keluarga rapat yang terkena, pasti kawan atau saudara sekampung sudah, khususnya melalui anak yang dijangkiti mahupun disyaki mengidap H1N1. Jurublog mengetahui begitu ramai anak-anak yang kini sedang dikuarantin malah anak bongsu saya sendiri menerima ubat Tamiflu sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun alhamdulillah kini ternyata beliau tidak lagi dihinggapi H1N1.

Mungkinkah apa yang dituduh oleh jurublog ini terlalu tajam dan kurang adil terhadap media pelbagai arus, tetapi tidakkah terlalu ketara, begitu mendadak perbezaannya antara pemantauan H1N1 dahulu berbanding dengan Gelombang Keduanya yang dikhuatiri lebih merbahaya? Adakah kenyataan media dan saranan TS Ismail Merican mengenai H1N1 tidak sepenting lompatknya parti Datuk Dr Halili Rahmat? Tahulah PRK sekarang berita hangat, tetapi...

Adakah perlu ada kematian dahulu dari H1N1 sebelum sensasinya patut dipaparkan pada muka depan akhbar? Bagaimana dengan tanggungjawab media kepada masyarakat? Media apa punlah, termasuk blog seperti ini! Janganlah kerana ghairah PRK kita terlupa tanggungjawab kepada masyarakat. Rakyat lebih menghargai usaha menyelamatkan nyawa, terutama yang kecil serta tersayang, dari suatu lagi drama merebut kuasa...

Friday, April 16, 2010

How Important Is The Hulu Selangor By-Election?

I have only managed to get 2 hours sleep overnight. yesterday was a little better at about 5 hours, but have been driving incessantly over the last 2 days. Am glad I took leave Thursday and Friday as was feeling quite run-down, but I certainly cannot blame the work telecons I still dialed into yesterday if I come in exhausted and late on Monday.

The driving has been incessant as the person who I would usually share the burden of these tasks has had knee problems. Have had to organise food primarily, with so many people coming. And as usual, we've had to cater for a variety of palates; not too much spicy or savoury, not too much sweet, not too heavy... and of course, it doesn't help that we still haven't got a maid...

Maid? Hulu Selangor? What the?

Actually, I'm not in Hulu Selangor today, in line with my view of the pointlessness of 'penamaan calon' as an exercise in support of the party's chances of winning an election. It may help boost the morale of the candidate and party workers, sure, but I have my son's birthday party to worry about today... yes, I have been busy with that, buying food, getting stuff, running around as my wife has to do less. All the above has nothing to do with any PRK.

So, what do I think of this coming PRK? I have no reason not to be consistent where a pattern is set - it isn't really relevant! Both sides may wish to make of it more than it is; proof of 1Malaysia's acceptance, or not, proof of Pakatan support in Selangor, or not. Unfortunately, the proof is IN the pudding, as they say, and frankly, both sides have not shown any 'proof'! OK, BN is ahead due to some developments like 1Malaysia and the NEM whilst Pakatan's accident-prone, but...

So, in the end, it is down to... the quality and acceptance of the candidates! In the end, politics is local, so for the locals, the way heart-strings are pulled may well overwhelm any national-level propaganda. And on this I must say, knowing the candidates for who they are, BN is ahead... assuming Zaid is still to be the PKR candidate for this one...

But in the grander scheme of things? I say we wait till there's more meat on the bone to show from both sides... else, in a national context, DS Najib's apparent popularity and DS Anwar's eminent doom nonwithstanding, status quo will likely prevail, for the most part.

Wednesday, April 07, 2010

2 Acara Menyingkap Sejarah, Menyentuh Masa Depan

Kesibukan hari penulis penuh dengan hidup berkeluarga, kenduri-kendara mahupun kerja, memberi ruang untuk hanya sedikit masa untuk 'ber-NGO', namun kedua-dua acara yang dimaksudkan tajuk dirasakan cukup bermakna untuk dikongsi.

Khamis lepas penulis ke Seremban bagi menunaikan janji kepada cikgu lama untuk berucap kepada para palajar beliau di Kolej MARA. Topiknya adalah Sejarah dari segi Teori Pengetahun atau 'Theory of Knowledge'. Ucapan penulis kepada para pelajar adalah pentingnya sejarah direlevankan dengan mengambil iktibar kejadian lepas dalam menyelesaikan persoalan yang timbul di masa kini. Antara contoh yang saya berikan:
  1. Kenapakah 16 September tidak dapat diterima oleh pemimpin generasi lepas untuk diraikan sebagai Hari Malaysia, lengkap dengan sambutan dan cuti awam? Kenapakah ini dapat dilaksanakan oleh DS Najib pula? Ini adalah kerana sejarah sebenar di sebalik 16 September 'ter'pilih sebagai hari Malaysia disatukan yang memeritkan hati generasi lama tetapi kini sudah kurang relevan untuk generasi sekarang, terutama golongan muda.

  2. Bagaimana usaha penulis dan ramai ahli ekonomi muda untuk menghapuskan subsidi gula pincang sedikit kerana kurangnya pemahaman tentang latarbelakang dan sejarah di sebalik dasar subsidi tersebut. Rupa-rupanya, dasar yang lama telah digubal dengan kajian penuh lengkap, merangkumi bukan sahaja ekonomi, tetapi juga isu-isu kesihatan, selera, keperluan tenaga, demografi dan pemakanan masyarakat miskin.

  3. Bagaimanakah memahami sejarah negara-negara dan masyarakat lain serta pengamatan budaya mereka dapat membantu dalam perhubungan kita dengan individu, bangsa, syarikat mahupun kerajaan tersebut.

  4. Dan lain-lain lagi...

Lebih berharga bagi saya adalah peluang duduk sejenak dengan cikgu-cikgu lama untuk bertukar cerita tentang perjalanan hidup masing-masing. Kagum juga saya mendengar yang mereka kini sibuk merancang 'aktiviti cuti', yakni melawat buat kali ketiga 'kampung angkat' mereka di Kambodia untuk berbakti kepada masyarakat! Pada kali kedua mereka ke sana, sekolah telah dibuka, kemudahan moden bersama dibangunkan dan pelbagai buku-buku ilmu dihadiahkan!

Alangkah bahagianya para pelajar Kolej MARA Seremban kerana diajar guru-guru yang pedulinya melepasi benteng rumah mahupun pesisir kolej, sehingga menjangkau masyarakat serantau sekali! Mereka mengambil inspirasi sejarah di mana negara kita pun nyaris sepapa Kambodia. Penulis masih terkedu sewaktu melepak makan tengahari dengan geng-geng MAYC Negeri Sembilan selepas itu, walaupun mengadap juadah ikan keli dan daging salai yang begitu enak!

Keesokan harinya, sejarah sekali lagi menjadi topik apabila penulis mewakili MAYC ke forum MalaysiakiniTV yang membincangkan Model Ekonomi Baru (MEB) atau lebih dikenali singkatan Inggerisnya, NEM. Seperti para pembaca dapat melihat dari petikan video di MalaysiakiniTV tersebut, sejarah menjadi cukup relevan dalam menentukan masa depan Malaysia, terutama sekali dalam penetapan dan perlaksanaan dasar sepenting NEM. Pentingnya:
  1. Menerima yang bukan semua yang dibawa oleh dasar, perlaksanaan dan usaha 'orang-orang lama' itu buruk. Lazimnya, kebaikan yang dibawa kerana niat telus pencadang dan ikhlas perlaksanaan oleh majoriti penggerak dasar. Janganlah pengalaman dari segelintir golongan atau secebis masa dijadikan panduan semata-mata.

  2. Janganlah ditidakkan Sejarah dengan label-label yang pelbagai, kerana tiada sumber pengajaran yang wujud selain dari singkapan sejarah. Usaha menggubal dasar seperti NEM akan senantiasa dilambung ombak pergolakan serta perubahan masyarakat. Maka ia haruslah direka dengan mengambil kira maklum-balas terbuka dari setiap lapisan masyarakat.

  3. Khusus bersabit isu ini, semua setuju yang NEP atau DEB dan NDP BERJAYA dalam memajukan dan menaik-tarafkan hidup masyarakat. Cuma kini, ia perlua diolah semula, sesuai dengan aspirasi rakyat negara kita sekaligus menangani salah-laku segelintir golongan yang mengambil kesempatan dam perlaksanaan-perlaksanaan dahulu. Ini juga pengajaran Sejarah NEP untuk NEM.
Dalam masa 2 hari, penulis menyertai 2 acara di mana sejarah menjadi bahan perbincangan dan membuktikan ia cukup relevan dalam membentuk masa hadapan. Diharap dalam tergesa-gesanya belia dan masyarakat muda mengejar masa hadapan, mereka tidak melupakan budi dan teladan yang dapat ditimba dari sejarah, walau betapa silam...

Tuesday, March 30, 2010

Confusion Reigns On New Economic Model

DS Najib Tun Razak at last unveiled the New Economic Model (NEM) yesterday and... confusion reigns! Well... at least in this Malay Mind it does. And I am really hoping someone will set me right with regards to this confusion as I am sure to be asked at smaller and larger kenduri tables to media forums what I think of the NEM... well... it's confusing!

Lets first defuse the immediate impression from my words that I may not like the NEM's key thrusts. Actually, I don't. The idea of modifying the NEP and NDP statistical focus away from the broader population with targets based on race to a income defined basis makes some sense. Sure, it ignores some cultural aspects of Malaysian communities, but at least it highlights that Malays and Bumis make up almost 80% of the lowest 40% income earners of the population.

I also like some of the broader thrusts of the NEM, such as the call to revamp our education system (again...), an acknowledgement that Malaysian income levels are too low (which explains the government's ramping up of public sector pay, beginning with Doctors and Policemen), subsidies must go and most importantly, highlighting the old system (NEP and NDP) did not fail but IT WAS PATRONAGE THAT WRECKED THE OLD SYSTEM hence the new system must be immune to it!

Whilst the NEP and NDP laid the basis for pushing the nation up from the low income strata in the 70's to middle income by early this century, PATRONAGE, especially during its free reign in the Pak Lah era assisted by the post 90's Malaysian private sector doldrums following the economic crises. These two statements in particular clearly laid the finger on PATRONAGE as the reason for the weakness in our economy:

From DS Najib's speech: "There's a need to change rent-seeking and patronage system that has wracked our old system and the NEM must overcome this"

From the NEM: “To break the logjam of vested interests through political will and leadership”

However, despite all the glory promised by DS Najib's speech, questions remain.

Some would tell me to refer to the 200 page NEM book, which I will, but I have little respect for the thickness of the book, especially policy papers, as the Pak Lah's era has taught us that thick books embroidered by slogans and launched at 6-star expense may well amount to nothing if the content makes no sense. And the NEAC line-up to me is unconvincing. They are smart people I am sure, but their backgrounds risk the NEM being more 'academic' as opposed to practical.

Even at the 'academic' level, why is GDP being used as a measure on its own, rather than Purchasing Power Parity (PPP). On focus, whilst DS Najib proclaims the focus being the 40% lower income groups, how is the privatisation of Petronas' subsidiaries helpful to this group? Isn't this more exciting to the investment community, especially foreign investprs and Malaysia's high to medium net worth individuals? Or indeed how is who buys Pos Malaysia relevant?

The rhetoric justifying claims of the NEAC is also inaccurate. E.g., the exodus of highly skilled professionals from Malaysia is blamed on the absence of high value-add jobs and activities. This is not true. The truth is that MALAYSIAN RENUMERATION LEVELS ARE ARTIFICIALLY LOW! The jobs are there, especially in the public and GLC sectors, as many expats and consultants are hired for these jobs, also proving even GLCs can afford high income professionals! So?

This is the beginning of my analysis. And I am glad the government is seeking input. There will be loads!

Thursday, March 25, 2010

Kembalinya Musim Pilihanraya Kecil...

Berbulan-bulan rakyat Malaysia menikmati keamanan hidup tanpa pilihanraya kecil (PRK). Semestinya, ancaman PRK bakal ada senantiasa menghantuo kita, baik hasil perletakkan jawatan, lompat parti, kes jenayah, kes politik mahupun kematian. Kini, seolah-olah PRK bakal masuk musim kembali dengan perletakan jawatan seorang ADUN MCA di Perlis disusuli kembalinya Ahli Parlimen Hulu Selangor kerahmatullah semalam.

Orang politik juga tahu, amnya, ada dua-tiga lagi kerusi yang di ambang PRK. Di DUN Seputeh, PRK bakal dijalankan hasil ADUN-nya dizalimi oleh speaker Dewan dari parti lain manakala seorang Ahli Parlimen di Wilayah menanti pengadilan mahkamah bersabit jenayahnya. Sebagai seorang jurublog, penat rasanya melihat. Kita dalam proses mengalih perhatian kepada isu-isu yang lebih mendalam, tiba-tiba PRK kembali menghantui... hai...

Tak tahulah sejauh mana suara saya ini upaya kedengaran, tetapi ingin saya sarankan di sini kepada Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, seboleh-bolehnya, tolonglah aturkan supaya semua PRK ini berlangsung dengan serentak! Setidak-tidaknya, perit hasil PRK, baik dari segi terpesongnya perhatian pemimpin dan rakyat ke arah kawasan-kawasan terbabit sahaja mahupun bahaya di jalanraya hasil rombongan berkoyan-koyan ke PRK-PRK ini dapat dikurangkan.

Harapan saya adalah kita kemudian dapat menumpukan perhatian kembali kepada perkara-perkara yang lebih penting...

Anwar Ibrahim Mengaku Beliau Liwat Melalui Blognya?

Saya tersentak apabila membaca penulisan sahabat saya Jebat Must Die (JMD) yang memetik akhbar Financial Times mengenai kes liwat DS Anwar Ibrahim. Antara yang ditonjolkan oleh JMD adalah bagaimana akhbar tersebut tidak menidakkan berlakunya kejadian tersebut! Malah, akhbar tersebut cuma menidakkan yang DS Anwar kini dituduh merogol Saiful, menurut Financial Times:

"Malaysia should be embarrassed that it is threatening to send a man to prison for consensual sex with another adult."

Dialih bahasakan (dengan penjelasan): "Malaysia seharusnya malu kerana mengancam untuk menghantar seorang (DS Anwar) ke penjara kerana melakukan hubungan seks saling bersetuju (zina) dengan seorang dewasa (tak kira jantina) yang lain."

Lihatlah bagaimana akhbar Financial Times tidak menidakkan berlakunya kejadian tersebut, tetapi cuma meng'spin'kan cerita mengatakan Saiful bukan dirogol tetapi rela diliwati DS Anwar! Terlihat juga di sini bagaimana akhbar Barat tersebut sedia mempertahankan 'hak' DS Anwar untuk berzina tak kiralah dengan manusia berjantina apa sekalipun!

Kita mungkin boleh memaafkan akhbar Financial times kerana tidak melihat perbuatan zina mahupun seks sekelamin sebagai kesalahan dari segi moral Barat yang rasminya sudah lama meninggalkan lunas-lunas agama demi 'kebebasan'. Namun, yang peliknya, blog DS Anwar telah memilih untuk memetik rencana akhbar Financial Times tersebut! Betul... tak caya, kilk sahajalah link tu!

Memandangkan akhbar Financial Times tidak menidakkan berlakunya hubungan kelamin antara DS Anwar dan Saiful dan cuma menyangkal tuduhan yang ianya perbuatan rogol, bukankah ini merupakan sejenis pengakuan? Setidak-tidaknya, dengan membenarkan petikan akhbar tersebut dipaparkan pada halaman web rasmi beliau, tanpa pembetulan, bukankah DS Anwar mengiakan, mengakui, yang memang hubungan seks berlaku antara beliau dengan Saiful?

Tak kiralah sama ada hubungan seks sekelamin tu merupakan rogol, liwat atau kata kerja apa sekalipun, perbuatan sejantina sebegini haram belaka! Adakah akhirnya bibit-bibit kebenaran tentang peribadi comot DS Anwar sudah mula terbit dari rekahan imej beliau yang kian menjadi-jadi? Tu lah, hina lagi Allah S.W.T. dengan membenarkan nama-Nya digunakan sewenang-wenangnya oleh penganut agama lain! Kan dah pecah tembelang... konon 'Pejuang Islam'!

Wednesday, March 24, 2010

Searching For MCA's Soul... Part 2... The Loser, The Disgraced And The Boy Scout...

It has been difficult to fathom how things have come to pass at MCA. From a near ideal appearance of potency in leadership (no pun intended) by the combination of the youthful DS Ong Tee Keat and experienced DS Chua Soi Lek as President and Deputy respectively, augemented with characters such as DS Liow Tiong Lai and DS Ng Yen Yen as VPs, it looked to be ready to recover from the devastation of PRU 12. It is hence unfortunate to see things come to pass as they have.

Now DS Ong Tee Keat is being challenged for the Presidency by the man he succeeded, TS Ong Ka Ting, the man who shouldered the responsibility for the massive losses incurred by the MCA at PRU 12. This presents a particular quandry for MCA. Many would agree that what MCA needs now is a leader who can unite the party, something that DS Ong Tee Keat had patently failed to do. It is no wonder then that we find him trailing in the polls despite being the incumbent!

However, few insiders will really agree that TS Ong Ka Ting is the ideal replacement as President. OK, so, there is all this rhetoric about how he is still 'respected' in the party. Nevertheless, many in the party would quietly agree that it was TS Ong and his brother's manuevering of MCA candidates that shares part of the blame, with Pak Lah's weak leadership, for creating a pre-election rift in the MCA leading to the subsequent Chinese electorate's rejection of BN and MCA.

For MCA, this leaves the party with only one other choice to unite the party, the 'Hollier Than Thou' DS Chua Soi Lek! However, this is a man that, having being caught with his pants down, remain unrepentant! OK, so, if he needed care only of the moral sensitivities of his more forgiving core Chinese constituemts, he may be fine, but as a senior BN leader, DS Chua has to be a morally acceptable to all religions and creeds... and he wants to be THE Chinese leader for ALL Malaysians!

And so, MCA is now left to choose as their President, an Election Loser, a Disgraced Poltician and a Boy Scout! Boy Scout? Well, everyone knows that what redeems DS Ong Tee Keat to the Rakyat in general is his apparent steadfast course in resolving the Port Klang Free trade Zone (PKFZ) issue, including bringing all the corrupt involved to book! That the MCA Youth Chief, somewhat implicated in the scandal, is opposed to DS Ong adds further spice to it.

Unfortunately, the Rakyat's sympathy towards DS Ong Tee Keat is not in line with political reality. You see, DS Ong, being a 'Boy Scout', has been rather naive in his years in power. There is an attempt to 'reform' MCA being pursued whilst he's been its president. The effort may have started as something else, but at least at present, the aim is to make MCA a 'true' political party, divorced from special interest groups, such as not just triads, but also business and education...

... hold on, MCA not representing Chinese business and education groups? What the...? So, what's the point of the MCA then!? Hello, putting aside that a political party not tied to 'special interests' is an oxymoron... how is it even conceivable that the MCA would not be working hand-in-hand with Chinese NGOs and 'special interest' groups like in the past? Kicking out any triad influences is OK, but surely cutting off Dong Jiao Song would be political suicide... oh... DS Ong...

In addition to all the mess described above, it seems no one serious about who leads the MCA in the long term is really focussed on the 28 March MCA Presidential elections. This is because, whoever becomes President this time around will only hold the post for 1 year, following which there will be another election, where... jeng, jeng, jeng... the TRUE PRESIDENT of MCA that will lead the charge into PRU 13 will emerge...

So if we don't focus on the next MCA President, should we be focussing on the candidates for Deputy then? One candidate has already declared his rival should really be running for President! Perhaps DS Liow simply being cautious when running for Deputy? Perhaps DS Liow is continuing to take advice from his mentor and some time protector, TS Lim Ah Lek? Perhaps knowing what a mess this election will be, TS Ong Ka Ting was asked to contest to protect DS Liow?

Whatever it is that is really happening behind the scenes, to an outsider, even an informed one, it appears MCA is still lost. Ironically, I believe TS Lim Ah Lek himself should take over the MCA rather than leave it to TS Ong simply to protect his protege of unproven worthiness. If it is only for 1 year, why not? Else, the second irony is, perhaps DS Chua Soi Lek is the best choice after all! Disgraced to some, perhaps, but at least he's neither as divisive nor a puppet President.

Monday, March 08, 2010

Searching For MCA's Soul...

I get confused about my party UMNO, often-times, but have to say, MCA's recent turmoil beats PKR's mess even! At least PKR is not confused about who leads it... its President right? No... its Advisor... eh? How can? Both are busy with PKR Advisor's case now, so is it the Deputy President? What, that socialist? No la, PKR is now run by the VP who's the husband of the party Advisor's ex-ehm-ehm... eh? Aiya, confuse la! Let's focus back on MCA!

Well, the MCA of today would be is a GREAT example on how too much democracy is NOT a good thing. Here we have a party that was synonymous with 'big business', which should be securing the Chinese cake from erosion under the New Economic Model. On top of that, its President, from being a champion of chair throwing youths of the past, survived recent failure in cyberspace, to have evolved into a champion against corruption by his handling of the PKFZ issue.

Instead of charging along strongly into the future, we have with MCA a party that is exercising democratic destruction in all its pride and glory! OK, it must be admitted, the handling of Holier Than Thou 'strong'man DS Dr Chua Soi Lek could have been better in the past, but the 'peace plan' seemed to be working. DS Dr Chua was having the time of his life grinding DS Liow Tiong Lai's political reputation into the ground by ridicule... in open press as well!

Now, everyone has to wait and seewhat is to become of the MCA. And whilst many may smack their lips at the weeks of headlines sure to showcase myriad twist and turns that is also part of over-democracy's crass appeal, I lament. I kinda liked the Ong Tee Kiat - Chua Soi Lek Combo. It felt right somehow for the Chinese. A younger reformist partnering with an old-guard grassroots man. The resolution of the PKFZ scandal would have been the beginning of many things...

Which then leads to the question... is PKFZ the reason why OTK's leadership has always been on shaky ground? Is PKFZ or its beneficiaries the real killers of MCA? And when the dust settles after the 28 March MCA AGM, after its orgy of over-democracy, would MCA be left stronger? Or would 'democracy' leave MCA an empty shell... still searching for its soul?

Wednesday, March 03, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah: Saya Setuju Dengan Pak Lah!

Teramat jaranglah perkara ini berlaku, sehingga tergerak saya dari fokus kerja untuk merakamkannya... saya setuju dengan Pak Lah! Jangan salah sangka, ini bukan bermakna saya sekarang sudah berubah haluan, tetapi kalau musuh terkeji pun cakap betulnya kita harus sokong, apatah lagi nasihat pemimpin lama yang walaupun banyak salah, telah pun kalah dan budi lepasnya masih dikisah.

Kenyataan Pak Lah yang manakah menggerakkan saya untuk menulis perkara ini? Kenyataan yang saya petik di sini:

Abdullah bagaimanapun mengingatkan BN supaya tidak menganggap kerapuhan pakatan pembangkang ketika ini secara automatik akan menjadikan BN lebih kuat.

''Yang lebih penting saat ini ialah BN dan UMNO kena pastikan ia lebih kuat dan mampu untuk berjasa memperjuangkan program-program pembangunan untuk rakyat," katanya.

Kata beliau: ''Setakat nak kuat hanya apabila pembangkang menghadapi masalah, kekuatan itu kelak akan meleset.

''Yang penting, biarlah apa yang kita cakapkan sebelum ini hendakkan pembaharuan dapat meyakinkan rakyat bahawa BN tetap teguh dan mampu membela nasib mereka."


Saya rasa ahli politik dari planet Marikh atau mana-mana alam songsang lain sahajalah yang ada kemungkinan tidak bersetuju dengan pendapat Pak Lah di atas. Malah, kepimpinan BN kini harus waspada akan kelekaan yang mungkin mula menular di kalangan akar-umbi mahupun diri mereka sendiri apabila melihat Pakatan, terutama PKR, begitu kucar-kacir.

Kalaulah saranan untuk bermuhasabah diri ini tidak cukup, ingatlah yang tunjang kekuatan Pakatan bukannya PKR, tetapi PAS, dan parti tersebut masih utuh walau dilanda gelombang-badai dalamannya sendiri. Jangan diharap kekuatan parti PAS akan terhakis sepertimana PKR dengan terserlahnya kerakusan kuasa dan dosa liwat DS Anwar. Malah, PAS mungkin menjadi lebih kuat dengan punahnya PKR!

Akhir kata, apakah mungkin Pak Lah kini sudah bangun dari lena yang hampir menghancurkan negara di bawah tampuk kepimpinannya dahulu? Kata-kata di atas mengingatkan kita akan Pak Lah yang lama, pasca PRU-11! Apa yang berbeza dengannya dahulu dengan sekarang ya? OH YA! TINGKAT 4 DAH TAK ADA! Silap-silap, KJ pun dah lama tak bisik kat dia! Alhamdulillah....

Tangential Malay Search Results