There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Tuesday, May 17, 2011
Saya Obes... Peringatan Dari Situasi Ayah
Wednesday, May 11, 2011
Berita Ayah Dan Usaha Membereskan Urusan
Monday, May 09, 2011
Campaign Against Reading Tun Dr M's Memoir
- "Why would you want to give Mahathir your money by buying his book?" This is by far the most ridiculous reason for not buying Tun's book. If you don't want to buy, just don't buy. Why worry about whether he makes money from the book?
- "The book is too expensive!" This is almost as bad as 1. and is used against Malaysians who don't usually buy biographies... or even books!... but would consider buying Mahathir's Memoirs. Let me say that the Memoir is among the cheapest biographies to be found and if the RM100 is still a problem, then SAVE UP or wait for the soft-cover version la.
- "Mahathir said this in his book, actually wrong, then he said, actually wrong, then this also he wrote not right... ad nauseum!" I actually saw comments like this in Twitter accounts of young PKR politicos. The problem is, the comments came just a couple of hours after the book was launched! I just replied - wow, you read the whole almost 1000 pages already ka can comment so much? There was silence in reply. They just pretended.
- "Mahathir is old news, no longer relevant. Better buy something on Najib or Anwar." The "better buy Najib" line is smart, making the statement seem reasonable and apolitical. I actually find this argument a little narrow-minded in nature. I suppose the same guys would have people stop reading about Prophet Muhammad pbuh, Buddha or Jesus Christ?
The arguments go on, but in the end, this campaign to stop people reading Tun Dr M's Memoirs are by those who either hate him, oppose his ideas, or worse, fear the truth that he may expose, or further expose about the leaders they themselves idolise... which is why PKR politicos and other Anwaristas tend to be the most anti to the reading of Tun's Memoirs.
Which is ironic, as in the end, those who hate Mahathir and believe they are right to do so should be the ones reading the Memoirs so as to gain more ammunition to attack him no? And in the end, the attempt to stop people reading on Mahathir is futile... his Blog is still well visited, and that is current!
Friday, April 22, 2011
Gempaknya Gagasan Blogger ASEAN!
MARBC pertama ini bakal diberikan pengiktirafan rasmi dengan penerimaan Tun Dr Mahathir sebagai penaung penganjurnya, BlogHouse Malaysia, dan perasmian oleh DS Najib Tun Razak esok. Insya'Allah, kita bergerak ke hadapan. Saya juga tak sabar menanti apa lagi pengalaman yang dapat ditimba sepanjang hujung minggu ini!
Saturday, April 09, 2011
Ngauman MAYC Menggegar KBS
Tuesday, April 05, 2011
Building A New Society Whilst Saving An Old One
Sunday, March 06, 2011
An ETP Driven Return To Blogging
Tuesday, January 11, 2011
TS Syed Hamid Fails... Again!
2 days ago, this blogger got the news that the AGM of the Malaysian Association of Youth Clubs, MAYC, which TS Syed Hamid organised and gave birth to a committee he endorsed as valid, was deemed invalid by the Registrar of Youth! Yes indeed, it seemed the Registrar of Youth agreed with the 55 protests they recieved over 2 weeks from within days of the fake AGM, held on 26 September 2010, that the AGM was... fake! ... or rather 'invalid'... or should I say, ILLEGAL!
Of course, considering TS Syed Hamid and his cronies Tuan Syed Rahman Tuan Kuning, Tuan Hashim Tuan Yaakob, et al, failed to call an AGM of MAYC for 5 years, 5 YEARS(!!!), for fear that TS Syed Hamid gets toppled by someone more responsible, one would consider TS Syed Hamid's failure at MAYC a norm. However, the situation is made worse by the blatant approach that was taken leading to the AGM's failure!
Among the complaints this blogger understands was lodged against TS Syed Hamid's AGM were:
- The AGM was called by a Committee that did not have quorum nor locus standi to call an AGM.
- Legitimate delegates from Member Clubs or District and State representatives were not notified, let alone invited, to the AGM.
- Even members of TS Syed Hamid's Committee were not invited to the AGM! Pictures of the event showed that a minority of his Committee members were on stage!
- Illegitimate delegates were 'signed-in' as representing member clubs and whole states delegations to the AGM! To 'make-up' the numbers, even school-children, many 16 of age and below and not even qualifying to be MAYC members yet, we bussed in from across Selangor and god knows where else to attend the AGM!
Nevertheless, despite managing to get the Secretary General (KSU) of the Youth and Sports Ministry (KBS) to officiate the AGM, for all it's failure, TS Syed Hamid's AGM is now declared, invalid, NULL AND VOID!
Interestingly, it was on the back of scheming surrounding this AGM that this blogger questioned plans by TS Syed Hamid and his cronies to 'sapu' assets of MAYC into a foundation or 'Yayasan' controlled by them. This questioning via the media was what led to TS Syed Hamid declaring this blogger a liar and slanderer in a national newspaper! It would appear, as TS Syed Hamid's failure mounts, this blogger's case against him for defamation strengthens...
End note, if TS Syed Hamid is such a failure that he can't even manage a Youth club properly, failing even fulfilling basic steps like having an AGM, should we the people trust him as chairman of our Land Public Transport Commission (SPAD)? Can maybe someone whisper a concern to DS Najib? Maybe it is finally time to put this monumental failure in cabinet-level leadership of the past decade to pasture... without further danger to future generations... in fact, even ours!
Friday, December 31, 2010
Dosa Yang Menghantui Tan Sri Syed Hamid Albar
- MAYC tetap sah sebagai sebuah organisasi berdaftar? Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pendaftar Belia (ROY) kemudian tak mengambil tindakan ke?
- Macamana dengan peruntukan kerajaan? Kenapa ratus-ribuan hingga berjuta-juta ringgit wang rakyat terus menerus dihulurkan ke MAYC apabila minit Mesyuarat Agung tidak dilaporkan?
- Bagaimana dengan audit yang harus dilaporkan untuk menjamin ketelusan dan menjamin hak ahli-ahli kelab-kelab gabungan MAYC?
Ah, di sinilah TS Syed Hamid belajar menyalah-gunakan kuasa beliau! Beliau kan seorang Menteri! Mana ROS dan kemudian ROY kemudian berani mengambil tindakan! Selepas itu, beliau masih megah sebagai Pengerusi SPAD konon! Inilah masalahnya, semata-mata kerana beliau berkuasa, dosanya begitu mudah sekalikah dimaafkan?
Rasanya sudah cukup TS Syed Hamid terselamat dari pengiraan dosanya. Ini hanya permulaan kisah dosa-dosa Syed Hamid yang akan kita terus dedahkan menjelang saman jurublog terhadapnya.
Wednesday, December 29, 2010
Meraikan Orang Yang Bertanggungjawab Atas Kejayaan Pasukan Bolasepak Malaysia
Pada 1989, Tun Dr M mengisytiharkan cuti bukan sekadar meraikan kemenangan bolasepak ataupun pingat-pingat sukan SEA yang lain. Yang diraikan juga adalah penglibatan rakyat dalam menjayakan sukan SEA tersebut. Pada waktu itu, Malaysia bukanlah semaju sekarang, namun hebat dalam pelbagai olahraga dan sukan seperti hoki, sepak takraw dan bolasepak.
Bezanya dengan situasi dihadapi DS Najib adalah, sudah begitu lama rakyat Malaysia mendahagakan kejayaan sukan seumpama semalam, maka pengisytiharan cuti menumpukan rakyat kepada pentingnya Malaysia kembali setidak-tidaknya sebagai kuasa serantau dalam arena sukan. Namun kunci kepada kejayaan berterusan Malaysia dalam arena sukan adalah penglibatan individu yang membawa kemenangan kepada pasukan.
Individu manakah yang saya maksudkan? Dalam hal ini, saya tidak memaksudkan para pemain sahaja. Saya juga tidak memaksudkan ahli-ahli politik mahupun pemimpin persatuan, walaupun menteri yang lazimnya silih berganti mahupun pengaruh istana, ampun Tuanku. Yang saya maksudkan adalah penglibatan pakar-pakar kesukanan pembawa kejayaan, khususnya K Rajagobal yang ternyata kehebatannya sebagai jurulatih bolasepak Malaysia.
Maka jurublog ini berharap, dalam keghairahan kemenangan, dan perebutan hasil darinya, janganlah kita lupa untuk meraikan para hero di sebalik tabir seperti K Rajagobal dan pasukan teknikalnya sekaligus memastikan keunggulan bolasepak negara untuk dekad depan.
Tuesday, December 28, 2010
Blogger Menyaman Bekas Menteri Pak Lah
Saya mengakhiri dengan beberapa hujah menangkis alasan lain yang diajukan akan kenapa saya tak patut menyaman TS Syed Hamid Albar:
- Beliau seorang bekas Menteri BN yang harus dihormati, disegani dan banyak berjasa? Saya tidak setuju yang ini melepaskan beliau dari segala dosa, kalaupun benar beliau seorang Menteri yang banyak berjasa! TS Syed Hamid Albar sebenarnya membuktikan beliau seorang Menteri yang lembap pada zaman Pak Lah, yakni sejurus terlepasnya dari pimpinan Tun Dr M. Beliau terlibat dalam kes terbatalnya Jambatan Bengkok, kes jual-beli pasir kepada Singapura, kes hilangnya Pulau Batu Putih, dan paling parah sekali, beliau menyalah-gunakan ISA dengan memenjarakan seorang wartawan, kononnya untuk 'menyelamatkan' wartawan tersebut! Malah boleh dikatakan tindak-tanduk dan celarunya TS Syed Hamid merupakan antara penyumbang terbesar kepada merudumnya prestasi BN di PRU12.
- TS Syed Hamid perlu dijaga namanya kerana beliau memegang tanggungjawab penting sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)? Sebenarnya, di bawah teraju TS Syed Hamid, SPAD hingga kini masih tak dapat bergerak kerana belum dipinda akta seperti diperlukan walaupun sudah berbulan berlalu. Malah dalam debat mempercepatkan pembinaan MRT di Kuala Lumpur, TS Syed Hamid dan SPAD langsung tidak memainkan peranan dalam membuat keputusan! Pada saya ini membuktikan sama ada TS Syed Hamid hanya digulakan kedudukan tidak relevan di SPAD untuk mengubat kekecewaannya apabila perlantikannya ke Pengerusi Tabung Haji ditarik balik atau... TS Syed Hamid tidak 'perform' sebagai pengerusi SPAD dan harus ditukar untuk merelevankannya kembali!
- Jurublog tidak patut menyaman kerana ini memberi gambaran buruk tentang perebutan dalam peralihan kuasa MAYC? Jurublog sebenarnya harus bertindak sebelum keputusan selanjutnya diambil oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tentang hal kesahihan AJKnya untuk menerajui MAYC kerana isu ini isu peribadi. TS Syed Hamid Albar telah mencabar kewibawaan jurublog secara peribadi, walaupun berkait dengan MAYC. Jurublog ada maruah sendiri untuk dijaga. Lagipun, TS Syed Hamid sudahpun terlalu lama membenarkan mereka yang berkepentingan diri berpeleseran di MAYC. Tak hairanlah bila melihat mewahnya hidup Tn Syed Rahman Tn Kuning, Setiausaha Agung MAYC pilihan TS Syed Hamid (rujuk gambar mahligai bergaraj 8-keretanya di Kuala Terengganu seperti di bawah) sementara Kelab-Kelab gabungan MAYC 5 tahun kehausan. Mungkinkah ini sebabnya si 'Siak', budak Sik yang tak pernah menjadi ahli MAYC sekalipun beria benar menerima jawatan tersebut?



Saya ternanti-nanti maklumbalas pembaca tentang hal ini. Kalau ganas sikit, maaf le, dah lama sabar, dan bila perbicaraan bermula, dah tak boleh blog pulak dah! Terima kasih.
Thursday, December 09, 2010
Wikileaks Breathing New Life To The Relevance Of Blogs Debate...
Thursday, November 04, 2010
Bantuan Banjir Utara Oleh MAYC Kebangsaan
Tuesday, November 02, 2010
Menanti Galas... Dan Batu Sapi Juga Agaknya... Sementara 1Malaysia Dilupakan Sahaja...
Thursday, October 28, 2010
Apakah Kedudukan MAYC Menjelang Akhir Oktober? Masih Celaru...
- Pengakuan pihak penyiasat yang bantahan diterima ROY tentang Mesyuarat Agung 26 September jauh lebih banyak dari yang diterima membantah Mesyuarat Agung 31 Julai. Begitu banyak bantahan yang diterima sehingga ROY tak dapat bertemu dengan semua pembantah, malah bantahan terus menerus diterima tanpa putus!
- Kerunsingan ROY yang sekiranya kedua-dua Mesyuarat Agung MAYC terbatal, maka ada risiko kuasa mentadbir MAYC akan direbut kembali oleh AJK TS Syed Hamid, atau lebih khusus lagi, oleh Tuan Syed Rahman. Malah, ada sekumpulan pemimpin MAYC, baru mahupun veteran, yang mengesyaki ini memang rencana Tuan Syed Rahman untuk melanjutkan cengkaman mautnya ke atas MAYC.
- Implikasi pembatalan Mesyuarat Agung 26 September adalah ia menjadi mercu tanda kegagalan muktamad TS Syed Hamid dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Presiden MAYC! Dahlah 5 tahun tak mampu melaksanakan Mesyuarat Agung, apabila dilaksanakan, hanya kerana terpaksa hasil ancaman Mesyuarat Agung 31 Julai dan kemudian, penuh kepincangan sehingga boleh terbatal!
Atas dasar perkara 3. di atas, ada juga para pemimpin MAYC yang merasakan tidak mungkin ROY berani bertindak membatalkan Mesyuarat Agung 26 September. Ini kerana, TS Syed Hamid tempohari dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD. Maka, sekiranya TS Syed Hamid terbukti tiada keupayaan mentadbir sebuah persatuan belia sekalipun, apakah mungkin beliau ada keupayaan memikul tanggungjawab memimpin SPAD!
TS Syed Hamid memang lazim diburu kontroversi, bukan sekadar di MAYC, tetapi juga dalam tempoh beliau beraksi sebagai seorang 'Menteri Kanan', terutama sekali pada zaman pentadbiran Pak Lah. Contohnya:
- Sebagai seorang Menteri Luar, beliau terlibat dalam keputusan membatalkan pembinaan 'Jambatan Bengkok' sebagai usaha menambat hati para pemimpin Singapura. Keputusan ini menimbulkan kemarahan oleh segenap lapisan masyarakat yang merasakan sebagai seorang anak kelahiran Pulau Pinang yang diberi tempat di Kota Tinggi, TS Syed Hamid seharusnya lebih menghargai budi dan aspirasi rakyat Johor.
- Usaha Malaysia mempertahankan hak atas Pulau Batu Putih di mahkamah antarabangsa, ICJ, juga mula terungkai pada zaman beliau sebagai Menteri Luar. Walaupun keputusan diturunkan sejurus selepas TS Syed Hamid meninggalkan jawatan tersebut, penggunaan gambar-gambar palsu yang membawa padah terhadap integriti para peguam Malaysia di mahkamah berlaku sewaktu TS Syed Hamid masih bertanggungjawab.
- Sebagai Menteri Dalam Negeri pula, TS Syed Hamid bertanggungjawab atas penyalah-gunaan kuasa ISA apabila memenjarakan seorang wartawan Sin Chew atas alasan 'menyelamatkan' yang dipenjarakan tersebut!
- Baru-baru ini, TS Syed Hamid dipanggil sebagai saksi perbicaraan kes rasuah Ketua Pengarah Imigresen untuk menyangkal tuduhan yang rasuah diambil semata-mata untuk mengisi tabung politik beliau! Mungkin inilah yang menyebabkan beliau begitu sensitif hingga sedia menudah sembarangan orang pemfitnah dan pembohong!
Kembali ke MAYC, harus dinyatakan di sini bahawa pelbagai persoalan yang timbul sekarang tentang Mesyuarat Agung 26 September hanyalah berbangkit kerana cara Mesyuarat Agung tersebut diuruskan. Para ahli kelab-kelab gabungan mungkin bersedia memaafkan kepincangan seperti Mesyuarat Agung tersebut dipanggil oleh suatu AJK yang tidak lagi sah, malah, tidak mencukupi kuorum, dsb. Tetapi yang paling tak boleh diterima adalah budaya pilih kasih oleh Tuan Syed Rahman.
Pada Mesyuarat Agung 31 Julai, kami yang hadir bertekad untuk hadir juga ke mana-mana Mesyuarat Agung yang mungkin menyusul dari malu-alahnya Tuan Syed Rahman. Namun selepas itu, ramai pemimpin kelab-kelab gabungan terkilan apabila melihat begitu banyak kelab gabungan tidak dijemput ke Mesyuarat Agung 26 September. Malah, kelab MAYC yang TS Syed Hamid menjadi ahli pun tak dijemput! Sebabnya? Sebab menyokong Mesyuarat Agung 31 Julai mungkin?
Ramai mengesyaki yang ini kerana Tuan Syed Rahman takut dipersoalkan tentang salah-laku pentadbiran selama lebih 5 tahun, terutama sekali di hadapan TS Syed Hamid. Ada kemungkinan TS Syed Hamid sendiri tidak perasan akan kelembapan pentadbiran Tuan Syed Rahman sehingga MAYC yang dahulunya gagah dengan lebih 900 kelab gabungan dan ratusan ribu ahli individu, kini tinggal segenggam lebih 300 kelab sahaja, itu pun atas usaha AJK Penaja pimpinan YB Suraya Yaacob.
Mungkin inilah sebabnya logo Harimau MAYC yang dicadangkan Tuan Syed Rahman untuk MAYC terbuang lidahnya! Alhamdulillah, kita mengembalikan lidah tersebut menjelang 31 Julai.
Niat saya dan teman-teman murni, untuk menyelamatkan MAYC. Oleh itu, kiranya ROY memutuskan samada mengesahkan mahupun membatalkan Mesyuarat Agung mana-mana pun, kami sedia terus menjalankan tanggungjawab. Kami dipilih memimpin MAYC bukan oleh ROY dan bukan oleh TS Syed Hamid. Kami dipilih oleh warga ahli MAYC sendiri. Masa depan MAYC tak patut dibiarkan bergantung kepada yang tersurat pada beberapa helai kertas...
Apabila bermesyuarat, jawatankuasa MAYC Kebangsaan 31 Julai menumpukan masa kepada aktiviti-aktiviti yang membina kemampuan ahli dan mengharumkan nama MAYC. Kami tidak sibuk memikirkan harta atau mengagihkan jawatan Pengarah syarikat-syarikat MAYC kepada ahli jawatankuasa TS Syed Hamid. Kami tak rasa terhalang pun tanpa kertas Hitam-Putih dari ROY, apatah lagi tanpa restu orang seperti Tuan Syed Rahman. Tanggungjawab kami kepada ahli...
Perjuangan Belum Selesai...
Kiranya sudi, saksikanlah saya di Astro Awani, program Meja Bulat, pada 8.15pm, Jumaat, 29 Oktober.
Tuesday, October 12, 2010
The 'Glamour' Of Police Reports
Monday, October 04, 2010
THE INSULT AGAINST TUN DR MAHATHIR BY THE POLITICIAN YB AZMIN ALI IS AN ABHORENT ACT HEAVILY CONDEMNED BY THE YOUTHS OF MALAYSIA (MAYC)
- MAYC heavily condemns the insult against former MAYC Vice President and national icon, Tun Dr Mahathir Mohamad, by the politician YB Azmin Ali when speaking at the PKR Gombak Branch Annual General Meeting in Ampang yesterday. YB Azmin in his speech referred to Tun Dr Mahathir as "individu yang sedang 'tersungkur' di Australia", or “the person who has fallen in Australia”, without due consideration of the feelings of Tun’s family, nor that of the majority of Malaysians of all races and religions who hold the former Prime Minister in such high regard.
- MAYC rejects such crass and abhorrent acts as displayed by the politician YB Azmin Ali made worse by his intention to contest for the PKR Deputy Presidency. As a leader and Member of Parliament, YB Azmin should be an example to youths where the behavior of a leader should be exemplary in its decency, even against a ‘political enemy’. This is among the core values that needs to be upheld, together with respect for the elderly, especially those which have sacrificed and performed great deeds to the nation such as Tun Dr Mahathir Mohamad.
- The MAYC Executive Committee also pray for Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir’s health. May he quickly recover and be in the protection and grace of Allah SWT.
Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi
Presiden MAYC Kebangsaan
Tuesday, September 28, 2010
Too Good Not To Share: That Okay Song
Some things are too good not to share! Youths of today expressing themselves. Sit up and listen oh siapa perasan are 'leaders'! Don't judge, just listen, and TRY to understand!
Monday, September 27, 2010
Mengenal Antara Betul Dengan Batil Dalam Hujah Pemimpin
- YB Lim KS memberi gambaran seolah-olah Menteri-Menteri kerajaan semua begitu berkuasa, sehingga boleh sedia menguburkan periuk nasi mana-mana pegawai kerajaan tanpa selesai perjalanan soal-siasat yang wajib dilaksanaan demi mencapai keputusan adil untuk semua pihak. Orang-orang muda harus dididik yang seorang menteri sekalipun haruslah mematuhi undang-undang dan peraturan.
- YB Lim KS memberi gambaran seolah-olah asal adanya suara bantahan lantang tentang salah-laku seorang pekerja kerajaan sudah memadai untuk dipecat! Alangkah zalimnya sekiranya demikian! Tidakkah lebih baik penyiasatan dijalankan dahulu untuk mendapatkan keputusan yang lebih adil. Lagi pun, penerimaan suara yang paling deras sahaja selalu seolah menerima, malah memaafkan kekerasan!
- YB Lim KS memberi gambaran seolah-olah sekiranya tindakan lambat diambil dari yang beliau harapkan, ianya kerana kehendak menteri semata-mata dan beragenda politik. Mungkinkah ini memberi gambaran keperibadian beliau sendiri sebagai pemimpin politik? Adakah semua tata-bicara YB Lim KS untuk merebut kuasa politik sahaja? Di manakah kebenaran?
Hidup penuh peraturan, walau cara berjalan atau makan-minum. Untuk orang Islam, sunatnya ada, kepada yang bukan, kelazimanlah setidak-tidaknya menjadi aturan. Kalaulah begitu, sudah tentu peraturan mesti wujud untuk mengadili sesuatu kesalahan, kerana kalau tidak, kebatilan akan membawa kezaliman sebelum pun kebenaran dapat bersua muka! Yang diperlukan adalah sabar. Ini yang sepatutnya dididik oleh YB Lim KS, bukan tohmahan sembarangannya.
Sebenarnya, mungkin tak patut saya menggunakan salah-laku YB Lim KS sebagai contoh di sini. Beliau seorang ahli politik pembangkang yang belum berpengalaman mentadbir. Lebih baik saya mempersoalkan kepada seorang pemimpin kerajaan yang pernah menjalankan tugas sebagai menteri.
Contohnya semalam, YB TS Syed Hamid menuduh saya dan teman-teman berlaku salah kerana tak mengikut perlembagaan MAYC dalam menjalankan Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan pada 31 Julai. Tetapi masalahnya, TS Syed Hamid mengajar kami, kerana MAYC pimpinannya melanggar perlembagaan selama 5 tahun dengan tidak mengadakan Mesyuarat Agung! Nasib baiklah kami tak menerima pengajarannya yang ini dihalalkan oleh kedudukan menterinya dahulu.

Mungkinkah YB Lim KS belajar atau mengambil iktibar tentang pentadbiran dari TS Syed Hamid? Melihat TS Syed Hamid gembira menerajui MAYC tanpa berMesyuarat Agung, tanpa perlu menyediakan kunci kira-kira setiap tahun, tanpa menghormati apa-apa peraturan, sekadar berlandaskan kedudukan dan kuasa menterinya, apakah mungkin YB Lim KS mendapat didikan pentadbiran dari orang yang seumpama TS Syed Hamid dalam hal tersebut?
Alhamdulillah, Menteri Pelajaran kita, TS Muhyiddin Yassin, bukan begitu orangnya. Saya bersyukurlah yang sekolah-sekolah kebangsaan yang ada di bawah penjagaannya pasti mendidik anak-anak tentang peraturan hidup, termasuklah kebenaran yang membawa keadilan, agar menjauhi kebatilan benih kezaliman. Pegawai kerajaan yang begitu hina dipandang rakyat pun boleh diadili dengan saksama di bawah kementeriannya. Inilah yang harus diteladani Belia.
Monday, September 20, 2010
Alternative Of What Namewee And Other Youths Should Think Of Building With New Media
Honestly, this acapella rendition of Katy Perry's and Bruno Mar's original seems so much better... at least inspirationally!