Thursday, May 01, 2008

Hari Raya Komunis Yang Lebih Bermakna Dari Kemarinnya

Semalam seharusnya hari bermakna bagi negara. Pihak pembangkang tidak pernah sekuat sekarang dan mempunyai peluang menunjukkan hujah yang tajam dan nyaring suara bermakna. Malangnya, singa tua pembangkang, YB Karpal Singh hanya berupaya melemparkan kata-kata buruk terhadap peribadi seseorang tanpa membawa apa-apa wadah, mahupun yang usang. Padahal beliau veteran.

Semalam juga (dilaporkan hari ini), begitu gah sekali YB Ronnie Liu, seorang lagi pembangkang veteran tetapi kini ahli kerajaan Selangor, menunjukkan fail permohonan menjadi ahli Majlis-Majlis perbandaran di seluruh negeri. Dengan bangga beliau menyatakan ahli majlis yang bakal dilantik akan terdiri dari para profesional, penyokong parti mahupun bekas-bekas pegawai kerajaan, seolah-olah ini semua perkara baru.

Dikatakan juga ACA dan Bank Negara akan menyiasat latar-belakang calon-calon sebelum dilantik. Ehem, Encik Ronnie, ini pun perkara biasa yang dilakukan dahulu... Tak tahulah, mungkin YB Ronnie saja nak buat-buat macam ini semua perkara baru... macam tuduh pengundi hantu dulu la! Kalaulah memang tak tahu, saya harap YB-YB Pakatan Rakyat yang baru berkerajaan tidak semuanya seperak ini! Di Penang pun kena cari orang BN juga untuk menjana ekonomi!

Maka 30 April menjadi tarikh sedih kerana ia memperagakan kepincangan mendadak Pakatan Rakyat pimpinan Pulau Pinang dan Selangor, bukan sahaja dari segi kebudak-budakan menyusun pentadbirannya, tetapi juga ketiadaan nilai dalam usaha membangkang pada peringkat Parlimen Persekutuan! Hari sedih untuk negara, mahupun diakhiri dengan acara yang cukup bermakna bagi saya...
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/04/30/mukhriz-kelemahan-pm-flip-flop-abdullah-tangani-masalah-sebab-no-1-rakyat-tolak-bn/

Alhamdulillah, hari ini, Hari Buruh atau Hari Raya Komunis/Sosialis, membawa harapan baru kerana Tun Dr M sudah mula berblog!... www.chedet.com

2 comments:

Budak Melayu said...

You made some good suggestions during the dialog organized by SMM. I hope we could share ideas.

budak melayu
dilemmamelayu.blogspot.com

A M Ubaidah S said...

No problem. I'll posting something soon on that. Lets link up.

Tangential Malay Search Results