Thursday, June 05, 2008

Melindungi UIAM Dari Gejala Politik Dan Hadhari

Pada hari Khamis, 5 Jun 2008, Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan kepada media arus perdana dan media alaf baru akan niatnya untuk turut kekal sebagai Presiden UIAM. Sudah tentu tindakan beliau mengecewakan pihak-pihak tertentu yang giat mencanangkan pemecatannya dan sekelompok yang mengesyorkan pengundurannya secara senyap.

Yang menarik sekali adalah bagaimana TS Sanusi merujuk kepada pendapat Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Nordin, bahawa beliau tidak perlu berundur dari jawatan Presiden UIAM asalkan kedudukannya tidak digunakan untuk politik. TS Sanusi juga menjelaskan bahawa DYMM Sultan Pahang sahajalah boleh memecat Presiden UIAM atas nasihat Perdana Menteri... nasihat Pak Lah sendiri lah ya, bukan mana-mana anasir dari tingkat 4!

Saya sendiri lega dengan keputusan tersebut kerana UIAM insya'Allah akan kekal terselamat dari gejala politik dan dakyah Islam Hadhari buat seketika lagi.

Pada masa yang sama, Tan Sri Sanusi juga menyatakan kesediaannya untuk disiasat Biro Pencegah Rasuah (BPR) bila-bila masa kerana beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan. Beliau mengulas sikit tentang perkara ini kerana perasaan kurang puas hatinya terhadap tindakan Tingkat 4 menghatar BPR untuk
menyiasat IIUM Holdings sejurus selepas TS Sanusi mula berkempen untuk Mukhriz di Jerlun para PRU-12.

Alhamdulillah, siasatan BPR telah mendapati tiada korupsi di IIUM Holdings mahupun ada juga orang yang tidak putus-putus mewarwarkan fitnah mengenainya. Mungkin adanya musuh sejahat ini adalah lumrah hidup ahli politik, walau yang 'bekas'. Tetapi yang membimbangkan adalah bagaimana usaha menolak BPR ke IIUM Holdings kelihatan disubahati Tingkat 4, mungkinkah ini juga berlaku tanpa pengetahuan Pak Lah?

Setidak-tidaknya, saya sendiri semakin membanggai Ayah saya TS Sanusi yang ingin terus kekal berbakti di UIAM sambil melanjutkan tradisi ketua-ketua IPTA dahulu yang begitu lantang menegur dan kritikal terhadap kerajaan, seperti Ainuddin Wahid dan Engku Aziz. Dan mereka juga dahulunya kritikal dari luar UMNO namun berjaya sesekali mengubati sedikit masalah Melayu dan parti.

Usaha membuang kanker dan parasit dari UMNO memerlukan suara lantang yang semakin menyaring dari IPTA seluruh negara... tak kira lah ahli UMNO ataupun tidak...

Untuk pendapat yang lebih neutral tentang hal ini, layarilah...

Wartawan berhemah ini pula mengutarakan anjakan pemerhatian yang lebih jauh... dan ia kemudian meruncing di sini...

1 comment:

A Voice said...

From Truth on my blog ....

Utusan Malaysia

Keputusan Sanusi tidak boleh dipertikai - Khaled

SHAH ALAM 6 Jun - Tiada pihak yang boleh mempertikaikan hak Presiden, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Sanusi Junid untuk tidak meletak jawatannya walaupun beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang keputusan memecat atau melantik Presiden UIAM terletak di bawah kuasa Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

"Apa yang Sanusi kata itu betul, hanya Ketua Perlembagaan berkuasa memberhentikan atau melantik Presiden UIAM, bukan menteri.

"Dalam Perlembagaan UAIM tidak ada menyatakan menteri atau orang tertentu sahaja boleh yang boleh dilantik sebagai Presiden. Kuasa ini terletak pada Ketua Perlembagaan," katanya ketika ditemui di akhir pemukiman Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Semalam, Sanusi menyatakan beliau tidak akan meletak jawatan dan terus memegang jawatan Presiden UIAM sehingga tamat tempoh pada 2010, walaupun ada tekanan daripada pelbagai pihak.

Sanusi dilaporkan berkata, mengikut Perlembagaan UIAM Bahagian IV(20)(iii), Presiden boleh menulis surat kepada Ketua Perlembagaan untuk meletak jawatan atau jawatannya boleh ditamatkan oleh Ketua Perlembagaan atas nasihat Perdana Menteri.

Sanusi berkata, beliau percaya tidak akan dipecat kerana mempunyai hubungan baik dengan Sultan Pahang kecuali dinasihatkan oleh Host Member iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kedudukan Sanusi sebagai Presiden UIAM diperkatakan ekoran keputusan beliau menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yakin tidak ada pihak yang membuat desakan meminta Sanusi meletak jawatan sebaliknya bekas Menteri Besar Kedah itu sengaja mengada-adakan cerita untuk mencari publisiti.

"Tidak ada orang desak dia letak jawatan, dia sahaja buat sensasi untuk tarik perhatian orang," katanya.

Elleh ... macam tak ada orang tuntut. UMNO PAk lah penuh dengan bongok macam Azalina, Ismail SAbri, Musa Sheikh Fadzir dan satu masa dulu seorng bernama Khaed Nordin.

Tangential Malay Search Results