Sejak mula kerja balik di Malaysia, saya berpeluang lebih berinteraksi dengan kawan dan lawan dalam UMNO. Baru-baru ini diketengahkan kepada saya teori baru, bahawasanya Khairy Jamaluddin al-Oxfordi hanya akan sekadar mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Disember ini.
Ini tidaklah begitu mencemaskan, cuma membingungkan dan merunsingkan. Bingung kerana kalau betui 'KJ' sedaq yang dia adalah punca besar kekalahan BN dan UMNO di PRU-12 baru-baru ini, awat dia tak pi 'cuti' sat dari politik ni? Runsing kerana kalau boleh, majoriti Pemuda UMNO pun tak mau kat dia lagi!
Tetapi mencemaskan bila ada cerita yang la KJ nak pasang kroni dia pulak sebagai 'proksi'nya di jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ada 3 nama yang diwar-warkan, tetapi semuanya ada kekurangan sendiri sebagai calon.
Norza Zakaria kelihatan terlalu rapat dengan KJ, jadi nampak sangat nanti dia calon siapa. Si Ezam Md Nor pulak orang UMNO masih ada yang terlalu meluat kat dia sebab derhaka bersama Anwar Ibrahim. YB Shaziman Abu Mansor pulak kelihatan berpotensi, tapi malangnya mai dari negeri sama dengan KJ!
Ni cerita saja takat ni, wallahualam betui daknya. Tapi cemas... cemas... Camana nak pebaik UMNO kalau ada orang pasang calon lagu ni!
2 comments:
Aziz Sheikh Kadir juga pernah disebut dan dikatakan telah bergerak sebagai bakal proksi KJ untuk jawatan berkenaan. Mungkin dia lebih sesuai kerana berasal dari utara, walaupun ibu KJ juga orang sana.
Tujuan utama KJ meletakkan proksinya bukanlah untuk memenangi jawatan berkenaan tetapi lebih kepada untuk mengharubirukan suasana. Ditakdirkan proksinya kalah dan dia menang sebagai Naib, dia akan menggunakan kedudukan dan wang ringgitnya untuk membeli pengaruh melumpuhkan Pemuda, sebagaimana mertuanya melumpuhkan Umno ketika ini. Dengan kata lain, KJ akan mensabotaj Ketuanya supaya imej yang menang dipandang rendah oleh ahli.
Pemuda will go no where if the skunk SIL keeps lurking around behind the scenes.
His type of plundering and money politics will only kill Pemuda. So expunge him completely from the Party is in Pemuda’s best interest. So Pemuda and UMNO, kill him politically before you are all killed.
Post a Comment