Wednesday, June 25, 2008

Parti Kelentong Rakyat?

Sebagai seorang yang sudah lama memerhati tikam-tepis politik, saya cukup faham niat PKR apabila pemimpin-pemimpinnya kadang-kala melakukan perkara yang kurang munasabah. Memang kalau hendak merebut kuasa, kadang-kadang kenalah buat benda yang kurang masuk akal, asalkan popular. Tambah pula kalau parti politik yang terlibat mengamalkan prinsip 'matlamat menghalalkan cara' seperti PKR.

Malang bagi PKR, ada tindak-tanduk kepimpinannya, termasuklah kepimpinannya yang tidak rasmi, yang tahap tidak munasabahnya sudah semakin sah kelentong.

Contoh yang paling dramatik adalah tindakan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang baru-baru ini membuat deklarasi statutori tentang kes Altantuya yang kurang munasabah. Mana lojiknya membuat deklarasi yang ada orang memberitahu beliau tentang sesuatu. Kalau macam itu, saya pun boleh buat deklarasi statutori yang DS Anwar Ibrahim sebenarnya agen Zionis dan melakukan pelbagai korupsi serta berlaku tidak bermoral ... !!

Kemudian, bila dibaca dengan teliti, dibilangnya Pak Lah tahu, KJ tahu, siap ada Sultan tahu tentang apa yang dia bilang! Tambah lagi, apa yang dia kata semua orang ini tahu? Bahawasanya isteri Timbalan Perdana Menteri kita yang lazimnya sibuk dengan majlis di hotel-hotel mahu pula meredah hutan (tempat tu dekat Meru, bukan di pekan beb!) semata-mata nak tengok 'penterjemah' Mongolia yang paling terkenal di dunia diletupkan dengan bom! Tak lojik! Kelentong!

La Jeffrey Kitingan pula mula buat kelentong. Dia mungkin iri hati sikit tengok RPK dan Anwar sahaja yang glamer. Di Sabah pula, sekarang Yong Teck Lee semakin hari kian menghero lebih dari dia. Maka si Jeffrey ni pun
tulislah surat kelentongnya sendiri. Saya sebenarnya tak boleh komen tentang hal minyak kerana kerja saya, maka memadai sajalah saya mengutarakan pendapat peribadi saya yang Jeffrey kelentong! Tak lojik, tak munasabah beb!

Parti PKR memang sudah banyak kali kantoi kelentong sebelum ini - ya lah, dengan U-Tube kenyataan Tun Dr M yang dipotong sesuka hati, gambar-gambar palsu Altantuya yang Tian Chua menjaja sangat dulu, lepas tu bila wakil rakyat PKR berbasikal 'simbolik' ke Parlimen pun, dekat-dekat je, lepas tu naik kereta balik! Tetapi kelentongnya yang terbaru semua terlalu hebat!

Ini belum campur kerja kelentong rasmi kerajaan pimpinan PKR di Selangor lagi! Saya tahu yang DS Anwar Ibrahim, seorang yang memimpin PKR walaupun bukan seorang ahli parti, memang pakar kelentong sana-sini, sampai ke peringkat antarabangsa sekalipun! Kalau tak hebat kelentong, macam mana lah Anwar boleh begitu dikawani kedua-duanya Arab dan Yahudi!

Tetapi pemimpin PKR yang lain harus sedar, mereka tidaklah sehebat Anwar dalam hal kelentong ni. Lagipun, mereka bukan sahaja ahli, tetapi pemimpin parti tersebut! Jadi, janganlah kuat kelentong sangat sebab nak mengebat dalam usaha merebut kuasa, membadawikan diri! Risikonya... Parti Kelentong Rakyat dikenalnya nanti!

5 comments:

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

ting tong ting tong ... hehehe .. banyak sangat perkataan ting tong ting tong tu ... nanti marah pulak orang yang ting tong ting tong tu!

whackthembugger said...

I agree with you that PKR is good at kelentong the rakyat; what do you expect from the low caliber of elected representatives who won mostly because of protest votes. It’s the DAP that’s running the show for PR.

But I wonder if the RPK SD resembles a PKR kelentong. DSAI is PKR’s adviser (the defacto leader) and yet not a PKR member to-date. DSAI acts alone without the knowledge of PKR members; perhaps he has the advice of foreign elements with RPK is his good poodle.

I also wonder who the informer is in the RPK SD; some even pointed the finger at SIL. Is SIL in cahoots with DSAI & RPK or is he playing with fire? If SIL has any hand in the accusations in this SD irrespective he has commented otherwise, SIL is the biggest KELENTONG of them all.

Pak Malau said...

Ini bukan cerita baru, dari pada arsenik, sampai suntikan hiv dan juga lakonan sakit belakang, itulah PKR. Tapi itu bukan isu, buktinya PKR tinggal satu kerusi tahun 2004, walhal PKR secara konsisten menggunakan kelentong untuk pancing undi dan provok rakyat.

Isunya adalah kabinet takda otak dan takda telur paklah sejak 2004. Semua keputusan hanya dirubber stamp saja oleh kabinet ini, walhal semua datang dari KJ dan sekutu. Untuk pengetahuan, bukan saja intelek yang bekerja dengan syarikat minyak seperti saudara saja dapat merasai kebodohan keputusan-keputusan (Kabinet?) paklah, malah semua peringkat rakyat, waima tukang sapu, penoreh getah dan juga pesawah dapat melihat ini semua. Kebodohannya bersinar dan berkilau, semua orang dapat melihat.

PKR hanya menadah tangan, mengutip undi protes, maka itulah penyanyi karaoke pun boleh jadi MP sekarang ni. Jadi hentikanlah kerissauan tentang PKR, PKR hanyalah sampah. Ia terpaksa dikitar semula bila rakyat terdesak akibat keputusan-keputusan rejim bedebah ini.

mCrossings said...

Lately ni macam banyak pula publisiti kepada Ezam.

MSM dah bagi audience kat ezam to "hentam" PKR / Anwar.

MT dah pun accept dia ke UMNO.

And suddenly si Ezam ni dah jadi hero UMNO.

Bila dah jadi hero UMNO, boleh la lepas ni hentam orang UMNO yang tak sebulu dgn AAB.

Not surprised lepas ni Ezam akan buat banyak statement.

Desperado said...

Salam semua...

Anwar memang bijak setelah mengalami kejatuhan yang dasyat sebelum ini. Beliau banyak belajar dari kesilapan dan sedang mengatur strategi dan memanipulasi situasi...BUT HE IS NOT A KIND OF GUY YOU WANT TO SLEEP WITH... Don't let anwar success with his hypcrites paty...

izinkan saya link kan blog anda ke blog saya...

www.pilihananda08.blogspot.com

Tangential Malay Search Results