Selain keluarga, kawan-kawan terdekat Ayah pun mungkin baru sahaja mengetahui yang Ayah, Tan Sri Sanusi Junid, kini dalam keadaan merisaukan kesihatannya. Kiranya dilawat sekarang, mungkin ada menyedari di sebalik senyum Ayah adalah kepenatan dari berjalan naik-turun tangga rumah sekalipun yang dahulunya tiada. Menurut para doktor, walaupun Ayah 18 tahun muda umurnya dari Tun Dr M, namun jantung Ayah lebih tua 'umur'nya berbanding Tun.
Sewaktu bersarapan tadi, jurublog ditegur Ayah kerana sudah terlalu sedikit menulis. Jurublog juga melihat Ayah sibuk membereskan urusan memandangkan doktor mungkin mengesa beliau ke rumah sakit semula tak lama lagi. Teguran dan inspirasi dari usaha beliau menggerak hati jurublog untuk menulis semula, sekaligus menjawab suatu persoalan terkini tentang MAYC yang dilontarkan kepada Ayah sebagai fitnah yang harus dicuci.
Jurublog telah diberitahu oleh seorang pemimpin veteran bahawa seorang pemimpin Belia MAYC yang didukung oleh TS Syed Hamid dan Tuan Syed Rahman telah menuduh yang Ayah, TS Sanusi, bercita-cita untuk mengaut atau merampas harta MAYC, termasuklah Wisma Belia. Fitnah ini bukan sekadar tidak benar tetapi ternyata dibuahkan oleh seorang pemimpin MAYC yang tidak mengetahui sejarah walaupun mengatakan dirinya 'orang lama'.
Buat pengetahuan, kompleks Wisma Belia terdiri dari 2 bangunan utama yakni Wisma Belia dan Wisma Tunku. Wisma Belia telah dibina hasil titik peluh arwah Tunku Abdullah dan Tun Dr Mahathir apabila menerajui MAYC, tetapi Wisma Tunku terbina hasil usaha TS Sanusi Junid. Malah, modal asal pembinaan Wisma Tunku juga datangnya dari sumbangan ikhlas TS Sanusi ke MAYC! Bagaimana?
Pada awal tahun 70-an, arwah Ibnu Sutowo yang pada masa itu merupakan kepala Pertamina telah memohon bantuan nasihat dari bekas Menteri Kewangan Jerman, Karl Schiller. Herr Schiller telah menghubungkan Ibnu Sutowo dengan bekas muridnya di University of Hamburg, seorang 'banker' dari Malaysia bernama Sanusi Junid. Banker tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Ibnu Sutowo, maka telah ditawarkan 'ganjaran' oleh Ibnu Sutowo.
TS Sanusi dari umur muda memang sudah berintegriti orangnya, maka, beliau telah memohon supaya Ibnu Sutowo tidak memberi ganjaran tersebut secara langsung kepada beliau, sebaliknya dihadiahkan ke 2 organisasi kesayangan serta pimpinannya. Maka TS Sanusi telah menyalurkan 30% syer syarikat Tugu Insurance Malaysia - 15% diberikan ke Koperasi Shamelin dan 15% kepada MAYC. TS Sanusi tidak mengambil walau satu sen pun dari ganjaran tersebut.
Beberapa tahun kemudian, MAYC telah ditawarkan untuk menjual 15% syer Tugu Insurance ke sebuah syarikat Bumiputra. Syarikat itulah sekarang merupakan Arab-Malaysian Assurance! Hasil dari penjualan syer Tugu Insurance tersebutlah menjadi modal asas kepada pembinaan Wisma Tunku. Ini adalah hanya satu contoh dari pelbagai sumbangan TS Sanusi untuk menyuburkan kewangan MAYC sewaktu beliau memegang jawatan Presiden Kebangsaan.
Apabila Shamelin membina Taman Shamelin Perkasa, 2 buah lot kedai telah ditawarkan dengan harga berpatutan tanpa rebutan kepada MAYC. Ini masih lagi merupakan sebahagian dari aset MAYC yang membawa hasil. Banyak juga aktiviti perniagaan lain yang digerak maju sehingga apabila hutang MAYC tercabar pada akhir tahun 90-an hasil krisis ekonomi, MAYC mampu menyusun kewangan untuk membayar RM 50 ribu sebulan ke Danaharta untuk menebus hutang.
Jurublog pernah berkali-kali mendengar Tuan Syed Rahman mengatakan seolah-olah beliau dan Tuan Hashim telah menyelamatkan kewangan MAYC dari kononnya hutang-hutang menggunung pada zaman pentadbiran TS Sanusi. Tetapi fitnah Tuan Syed Rahman pula mematikan fitnah pemimpin Belia yang didukunginya, kerana apakah logiknya TS Sanusi merebut harta MAYC sekiranya betul MAYC parah kewangannya seperti diwar-warkan Tuan Syed Rahman?
Logikkah? Mungkinkah seorang pemimpin yang pada umur 30-40-an, menyumbang harta jutaan ringgit ke MAYC seperti TS Sanusi pada akhir hayatnya tiba-tiba rakus ingin merampasnya pula? Kalau terbalik mungkin bolehlah percaya! Fitnah seperti ini sebenarnya terlalu senang ditolak oleh golongan veteran yang tahu akan hal sebenar; bagaimana MAYC parah kewangannya hasil Tuan Syed Rahman & co melanun sejak Mesyuarat Agung MAYC tidak dipanggil lagi.
Namun apabila fitnah jijik mula disebarkan oleh seorang pemimpin Belia yang konon tahu dan dibisikkan ke anak muda Belia yang belum diajar sejarah, maka pembetulan haruslah dijalankan. Orang tua seperti TS Syed Hamid dan Tuan Syed Rahman mungkin faham sudah tiba masanya untuk mereka memohon ampun maaf kepada Ayah atas fitnah dan penghinaan mereka ke atas sejarah kepimpinan beliau. Semoga yang muda pula tidak terus membuta menanam dosa.
2 comments:
Dalam hidup ini ada dua jenis manusia. Pertama yang kuat takwanya kepada Allah swt. Kedua, yang mempersendakan Nya. Yang kedua inilah yang membuat fitnah disana-sini sesuai dengan hasratnya untuk sendiri membolot harta MAYC. Makanya Allah swt telah sediakan syurga dan neraka apabila diakhirat nanti. Orang-orang yang menabur fitnah ini sudah tentunya ditempatkan dineraka jahanam. Tugas kita sekarang adalah untuk mendoakan agar TS Sanusi sihat saperti sediakala untuk terus berkhidmat untuk bangsa dan ugama. Sama-sama kita mendoakannya. Amin.
Saya berdoa agar Tan Sri Sanusi selamat sejahtera.
Lupakan seketika orang yang memfitnah, Berdoalah kepada Allah agar kesihatan kita dala kedaan baik.
"Doa orang yang teraniaya dan terfitnah akan dimakbulan Allah. Insya Allah. Amin".
Post a Comment