- Bukankah pemimpin yang menzalimi rakyat, terutama golongan berkeperluan, lebih berat dosanya dari membogelkan diri wahai ilmuan JAIS?
- Bukankah peranan akhbar mewar-warkan berita dan memantau isu yang penting untuk rakyat, bukan sensasi sahaja wahai pemberita?
- Bukankah ini masa untuk pemimpin kita bersuara menentang kezaliman, dari membiar isu dicuri oleh 'Reformis' yang terlihat mengejar glamer sahaja?
There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Sunday, November 16, 2008
Reformis Bogel Atau Kezaliman PR Terhadap Penduduk Miskin Yang Patut Diwartakan?
Monday, November 10, 2008
Rasuah...
Saya tidak terkejut mendengar Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) dituduh rasuah oleh segelintir pemimpin UMNO hasil kejayaannya mendapat pencalonan terbanyak, tetapi ini bukan kerana Mukhriz rasuah! Apa-apa kesangsian di hati saya, ia dileraikan apabila seorang Ketua Pemuda Bahagian menceritakan tempohari,"Saya sendiri calonkan Khairy, tetapi perwakilan nak Mukhriz, nak buat apa! Satu sen Mukhriz tak belanja, 200 lebih perwakilan mengundi pencalonannya!"
Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak kerana sokongan padu dari bawah yang mahukan beliau sebagai Ketua Pemuda, dan kadangkala ini bercanggahan dengan pendapat atau kehendak para pemimpin Pemuda bahagian. Namun kenapakah beliau begitu tertuduh walau bukti satu habuk pun tak nampak? Ini kerana:
- Mukhriz sendiri tidak menyangka para perwakilan begitu menginginkan beliau dicalonkan untuk bertanding. Beliau dan kemnya dari awal lagi menyatakan kelayakannya bertanding pasti dengan pencalonan 'cukup makan'. Kalau ini gambaran beliau akan kelemahannya, ada para pemimpin yang tertanya-tanya dari manakah datang kekuatannya secara tiba-tiba!
- Ada pula pemimpin UMNO yang berpendapat rasuahlah cara termudah untuk mendapat sokongan dari ahli di mana-mana peringkat, baik Cawangan, Bahagian dan Kebangsaan. Kerana itulah apabila timbulnya fenomena sokongan 'dari bawah' seperti ini untuk Mukhriz, mereka kebingungan dan cukup bersedia buruk sangka, lalu menuduh. Sebenarnya mereka harus mencermin diri dan bertanya, kenapa saya hanya mampu main duit sahaja?
- Kemungkinan besar kekuatan sokongan akar-umbi terhadap Mukhriz telah menggemparkan bukan sahaja saingannya untuk jawatan Ketua Pemuda, tetapi pemimpin segenerasi dengannya yang kini terasa 'terancam'. Yang merunsingkan adalah bagaimana pesaing-pesaing ini cukup sedia menggunakan fitnah sebagai senjata menangani sokongan popular Mukhriz.
Tetapi tidak mengapa. Unsur-unsur negatif politik memang harus diharungi mana-mana pemimpin dalam perjuangan, namun yang penting adalah "Qulil haq walau ka nal muran" yakni ”Berkata benar walaupun pahit”. Dan di sini ingin saya lakarkan kisah rasuah yang lebih penting diperkatakan oleh perwakilan langsung ditangani oleh setiap ahli demi mengembalikan UMNO ke perjuangan asalnya.
1993: Seorang Ketua Bahagian ditanya anak buahnya bagaimana politik dibiaya. Dibawa anak buahnya dalam Perdana sekeliling desa. Ditunjuk titi baru merentas sungai. "Komisyen 5%," katanya. Kemudian ditunjuk pula bumbung baru sekolah. "Lagi 5%". Sambil menunaikan tanggungjawab sama-sama membiayai ongkos perjuangan.
2008: Anak buah kini kaya-raya walau sekadar Naib Ketua Pemuda sahaja. Dibawa Ketua Bahagian lamanya tadi dengan helikopter berlegar di udara kota. Ditunjuknya,"Tengok Dato', Jambatan, Wisma dan Asrama baru tu?" "Mana Dato'?",tanya Ketua Bahagian kembali kerana hanya terlihat tanah merah merata-rata. "Ha, Ha, Ha! 95%! 95%! 95%!,"gelak sang Dato' muda megah tak bertempat. Geleng kepala Ketua Bahagian lama...
Kita kalah kerana rakusnya pemimpin hingga terlupa tanggungjawab kepada rakyat rupanya. Bukankah sudah tiba masa untuk BERANI BERUBAH!?
Sunday, November 09, 2008
Apologies To Tun Salleh & The Other SACKED Judges, I Was Wrong...
Actually, sorry also to three of the judges in particular, as they actually got 1 Mill less than I reported. A couple of them got more than was reported, whilst one ex-judge got A LOT MORE! How JUST! Well what else can you expect from Pak Lah's inspired choice of an ex-minister, Dato' Zaid Ibrahim, who's now struggling to answer some interesting questions... was he trying to please the Bar Council?
Perhaps Dato' Zaid would take some solace from the fact that his 'successor' isn't doing too well on this issue either...
Wednesday, November 05, 2008
Are We Over-Celebrating Obama?
The above may well be a little unjust to Obama's image, but his image remains untested in the muddy waters of a global economic crisis. Previous economic crises have ended in wars as a form of resolution. We hope Obama lives up to his image and steers away from that. But for him to do so, the focus may well be for him to focus on getting the American economic ship back in order. So lets temper our euphoria a little for what Obama will do for us in the rest of the world...