Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Pergerakkan Pemuda Lari Dari Halatuju

Setelah menapak ke 10 negeri setakat ini dalam usaha memahami masalah Pemuda di peringkat Cawangan, suatu yang jelas terbukti adalah ramai di kalangan Pemuda, terutama sekali dari golongan lebih berpengalaman, merasa gelisah tentang halatuju kita. Ramai yang menimbulkan isu-isu perlaksanaan seperti terlihat pada projek BL1M, tetapi dalam keselesaan berteh-tarik, isu halatuju pasti timbul.

Ramai tidak memahami kenapa Pemuda pada peringkat pusat begitu membisu walaupun dalam isu yang membabitkan akidah ummah seperti tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh pendakwah agama lain! Bukankah tugas Pemuda untuk mempertahankan hak ummat Islam di negara kita ini selain dari memajukan Agenda Melayu ke hadapan? Kalau bukan, apakah halatuju yang ingin dibawa oleh kepimpinan Pemuda yang sedia-ada?

Inilah sebabnya kebanyakan perwakilan Pemuda yang sempat bertemu-bual agak sedia untuk menerima wadah Hidup Melayu! Tiada yang salah tentang wadah tersebut. Ia sesuai walau pada zaman ini kerana ia wadah perjuangan parti UMNO, yakni Persatuan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Perwakilan Pemuda gembira ada yang saya ingin menumpukan diri serta Pemuda ke arah perjuangan Agenda Melayu, bukan seronok beraktiviti sahaja dengan rakan-kongsi Barisan Nasional.

Thursday, January 28, 2010

Sayunya Pabila Adab Melayu Pudar Di Alam Maya...

Difikirkan episod hilang peradaban Melayu dengan penghinaan Al-Marhum DYMM Tuanku Iskandar Syah, Sultan Johor, yang mangkat pada 22/1/2010, berakhir dengan penangkapan blogger Aduka Teruna. Namun, diperlihatkan oleh teman-teman blogger bahawa fenomena hilang adab di kalangan warga web Melayu memang menjadi-jadi. Tak kiralah penghinaan tersebut terhadap Sultan mahupun arwah Presiden negara jiran yang juga beragama Islam, semua ini tak beradab!

Bila difikirkan lagi, hilangnya adab terhadap Sultan Johor merupakan kemuncak penghakisan adab para penulis blog, terutama sekali blog politik, dalam sepak-terajang di alam maya. Mungkinkah ada baiknya kita semua merenung penulisan sendiri. Kiranya penghakisan adab ini juga sudah tertera di laman blog sendiri, mungki kita juga telah menyumbang kepada hilangnya adab Melayu sehinggakan Sultan yang mangkat boleh dicerca begitu rupa.

Ini menyalahi adab Melayu, mahupun Akhlak Islam melarang kata-kata buruk terhadap arwah, tak kiralah Sultan yang disemadi beristiadat mahupun si papa yang mayatnya berhari terbujur kaku di kaki lima.

Walaupun peribadi sudah membenci, mungkin cara meluahkan perasaan harus berpada-pada, diiringi fakta semata-mata. Contohnya, pembaca lazim blog ini mengetahui yang saya 'kurang setuju' dengan 'kepimpinan' Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO. Namun, dari saya menghetamnya seperti dahulu sejurus setelah beliau dilawan exconya sendiri, lebih baik saya menyatakan yang dia sudah tidak relevan lagi dan beredar ke topik lain.

Kembali ke topik pokok yakni adab Melayu di alam maya yang kelihatan terhakis; marilah kita bertekad yang apabila sudah arwah seseorang, maka haruslah dikenang dengan hormat, baik dan penuh teladan, tak mengira kawan atau lawan. Kalau ada yang ingin mempelajari dengan bercontoh, sudilah membaca warkah mengenang Al-Marhum Sultan Iskandar nukilan seorang rakyat dan sahabat Baginda.

Friday, August 21, 2009

Kejijikan Imej Calon Pemimpin Malayu-Islam Menenggelamkan Isu... Setibanya Ramadhan!

Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pasir menjijikan saya. Saya jijik melihat bagaimana calon-calon parti-parti Melayu beragama Islam diperburukkan imejnya semata-mata untuk mengejar kemenangan. Lihat sahaja calon BN, sdr Rohaizat, bagaimana masalah firma guamannya, yang jika benar menjadi isu, sudah tentu sudah terhalang pencalonannya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Lihat pula calon PAS, ada juga isu yang boleh menidakkan imejnya yang kononnya luhur!

Disamping itu, saya semakin sakit hati melihat telatah, mahupun masalah peribadi pemimpin besar Melayu juga semakin comot terpampang di kalangan rakyat. Lihat sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, yang kononnya tokoh korporat, kini terdedah bagaimana beliau seorang penghutang besar! Selain itu, bertelingkah pula dengan pemiutangnya BANK ISLAM... katanya kini YAB MB Pakatan Selangor diarah mahkamah membayar hutangnya!

Tak cukup pemimpin UMNO segala kecomotan diheret ke depan rakyat berbilang kaum negara kita, fitnah tidak tak kiralah... persepsinya buruk benar, terutama sekali selagi ikon-ikon korupsi masih bebas ber-Harrier ke sana-sini! Kini, nampak gaya pemimpin Melayu Pakatan pun kelihatan begitu pincang sekali! Katalah yang kes liwatnya Anwar isu basi, tetapi dari segi korupsi, nampak gaya pemimpin Melayu ISLAM Pakatan pun 2 X 5 juga! Apa, tidak ada alternatif lainkah kita?

Perit lagi, usaha menjijikkan keperibadian orang ini menyembunyikan isu-isu penting bagi masyarakat Melayu. Contohnya di Permatang Pasir sahaja, kenapakah ADUN PAS tiada dalam Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, terutama sekali memandangkan PAS-lah pembawa majoriti undi Melayu ke Pakatan. KeAdilan cuma membawa undi pembelot UMNO dan golongan muda Melayu liberal. Apakah Melayu berpaksi Islam tiada tempat dalam kerajaan megeri?

Isu ini menjadi lebih penting apabila kita melihat, Ketua Pegawai Ketua Menteri DAP Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Jelutong, YB Jeff Ooi, sendiri menggambarkan sifat anti-NGO Islamnya, dengan melabelkan Jemaah Islah Malaysia, JIM, suatu NGO profesional Islam, sebagai golongan ekstremis! Adakah ini menunjukkan kerajaan Pulau Pinang anti-Islam, dan Ketua Menterinya rajin berarak Maulud Nabi semata-mata mengabui mata umat Islam di Pulau Pinang?

Oleh itu, apakah maknanya apabila Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang tak diundi tetapi kekal di tampuk kuasa PAS atas dasar hormat, menyelar masyarakat Islam yang tidak menyokong PAS? Tidakkah ini menggusarkan hati orang-orang bukan Islam? Kalau pemimpin tertinggi PAS tidak menerima orang Islam yang bukan separti dengannya, adakah ini bermakna orang bukan Islam lebih mudah diterima olehnya?... kalau bukan kerana politik?... Ikhlaskah kepimpinan begini?

Isu-isu di atas jauh lebih penting dari kejijikan yang boleh dihamburkan ke atas mana-mana calon pemimpin Melayu Islam di Malaysia. Kenapakah yang ini tidak diketengahkan? Kenapakah orang PAS tidak rajin mempersoalkan kenapa Exco kerajaan negeri Perak pimpinan BN bersedia memberi tempat kepada semua pemimpin parti komponen kerana mereka menyumbang undi, sementara PAS yang membawa kemenangan Pakatan terus tersisih di Pulau Pinang?

Fikirlah teman-teman seagamaku... Ramadhan sudah tiba...

Thursday, July 02, 2009

Antara Ketua Pengawas Dan Pemangku Ketua Pemuda - Bhgn II

Saya pernah menulis bagaimana konflik kian mekar di Pemuda UMNO antara 'Ketua Pengawas'nya, YB Khairy Jamaluddin atau KJ dengan 'Pemangku' Ketua Pemuda, YB Dato' Razali Ibrahim. Kini pertembungan antara kedua-dua pemimpin ini pasti meruncing hasil 'pengiktirafan' PAS bahawa Dato' Razalilah pemimpin Pemuda yang lebih sesuai berinteraksi dengan Ketua Pemuda Pas, Nasharuddin Hassan Tantawi.

Ini jelas apabila Razali dan Nasharuddin bersama-sama terlihat berusaha menghidupkan lagi muafakat demi perpaduan Melayu menerusi cadangan "wacana" antara Pergerakan Pemuda kedua-dua parti yang merupakan usaha terkini PAS untuk merapati jurang persefahaman dengan UMNO. KJ tak nampak pun...

Tiba-tiba... terbit pula KJ dengan sidang akhbarnya sendiri tentang usaha tersebut! Wah, sang Ketua Pengawas boleh pula mencadangkan yang perbincangan tidak patut 'dihadkan' kepada hal Islam dan perpaduan Melayu sahaja, tetapi isu-isu semasa juga! WOI! Orang Melayu bimbang tentang hal ni! Tau la sdr KJ minat 'isu-isu semasa', tapi biarla kita FOKUS tentang yang penting untuk orang Melayu, bukan sekadar isu diminat KJ! Dahlah lepas KJ SIBUK PULAK NAK JEMPUT PEMUDA BN LAIN JOIN SAMA! SABOTAJ KE?

Hari ini, Karpal Singh memberi sebab kenapa KJ tidak layak menjadi pemimpin Pemuda dalam perbincangan serius seumpama diterajui YB Dato' Razali dan Nasharuddin... Karpal tempik yang KJ "KORUPSI!" dalam Parlimen! Malang bagi UMNO yang kali ini Karpal di buang Dewan kerana menyatakan yang benar dipersetujui oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri...

Thursday, April 23, 2009

Has Najib And UMNO Copped Out On Malay Rights?

When DS Najib announced that 27 services sub-sectors were being liberalised, meaning specifically that the 30% Bumiputra equity quota requirement was to be rescinded, the response was varied across the nation. As intended, the news rippled out and is already affecting the regional as well as international business and political communities' perception of Malaysia.

However, as is always the case in Malaysia, discourse on the immediate economic benefits of this surprise move by DS Najib so soon after taking power is being slowly drowned by the furore over what this means for Malay and Bumi Rights. Some have even directly questioned whether DS Najib, and by extension, due to the muted response, whether UMNO has abandoned Malay Rights.

I wasn't actually planning to write on this as I did not expect people to be surprised, but they are! There seems to have been the following different types of responses:
  1. The normal pro-government media stance... but informative at least.

  2. The pro-view, which is typically from the business community, both Malay and non-Malay!

  3. The anti-view, which is being held by many ultra-Malays... interestingly, many who are vocal on this view are not involved in business!

  4. The opportunist view, as usual the PKR boys think this was all DS Anwar's idea in the first place and that DS Najib is stealing it... grow up!

Why was I not surprised? Because even if we aren't too bound by the WTO due to the on-going breakdown of trade talks and there being worse offenders, Malaysia has signed up to AFTA, the ASEAN Free Trade Agreement, and being a leading light in ASEAN, we have to open up these sectors to ASEAN competition by 2010 anyway! Doing this early, at a time when our economy is arguably stronger than Thailand's and Singapore's has its advantages.

Being an ultra myself, and even knowing the above, I was still a little taken aback at how zen I was when the announcement was made. I know I'm not a pro-Najib fanatic, so I have done some soul searching about why I'm so relaxed about this... then it occured to me... for many of these service industries that are being liberalised:

  1. Even if international competition wants to come in, IT CANNOT SUCCEED WITHOUT LOCAL PARTNERS! This includes industries such as transport and tourism.

  2. There are some services in these sectors that MUSLIM MALAYS/BUMIS DON'T WANT TO BE INVOLVED IN ANYWAY AS IT IS PARTLY NON-HALAL! So, removing the 30% cap doesn't cause any loss to Malays, as we would not be interested in participating anyway. In fact, if said sectors are hence developed post cap removal, the resulting employment, and if you have scrupples, even indirect Halal employment, will be good for Malays.

  3. There is always the regulatory lever that the government can apply to safeguard not just Bumi, but Malaysian rights. Significant area would be in Healthcare. We can learn much from how the US, Australia and West Europeans do this.

I do have a couple of caveats though in my guarded indifference, if not enthusiasm, over this new policy move:

  1. I would oppose this if it ends up being a precursor to us signing up to the USFTA, which I believe is detrimental to the country's well-being, sovereignity and with even less benefit to be imagined now that the US economy is a mess and they have become more inward looking.

  2. I would oppose excessive liberalisation of the Financial sector... but we'll have to wait and see what gets announced there...

And the answer to the question as titled, I is believe NO. DS Najib and UMNO HAVE NOT COPPED OUT on Malay Rights... not yet anyway... hopefully not ever!

Sunday, November 16, 2008

Reformis Bogel Atau Kezaliman PR Terhadap Penduduk Miskin Yang Patut Diwartakan?

Saya dilanda kecewa apabila melihat isu kezaliman kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terhadap penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) kini diremehkan oleh isu Reformis yang syok ingin membogelkan diri! Sehingga semua organisasi yang tersentuh isu ini, baik akhbar harian, pihak kerajaan negeri malah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri rancak memperkatakan niat protes bogel pula!

Soalnya, kenapakah cadangan protes tak senonoh ini diketengahkan? Bukankah lebih penting bagi semua pihak memberi lebih perhatian terhadap kezaliman kerajaan PR Selangor yang bakal menaikkan sewa penduduk PPR, yang amnya dari golongan miskin, lebih dua kali ganda dari RM124 ke RM250? Dahlah tu, nak dinaikkan sewaktu kemelesetan ekonomi dan inflasi melanda rakyat tersebut pula!

  • Bukankah pemimpin yang menzalimi rakyat, terutama golongan berkeperluan, lebih berat dosanya dari membogelkan diri wahai ilmuan JAIS?

  • Bukankah peranan akhbar mewar-warkan berita dan memantau isu yang penting untuk rakyat, bukan sensasi sahaja wahai pemberita?

  • Bukankah ini masa untuk pemimpin kita bersuara menentang kezaliman, dari membiar isu dicuri oleh 'Reformis' yang terlihat mengejar glamer sahaja?
Manalah tak ketinggalan masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya, kiranya begini lekehnya kita memantau dan menangani isu masyarakat...

Saturday, September 20, 2008

Kad Hari Raya Untuk Pak Lah

Nampak gaya seolah-olah Pak Lah sudah semakin hampir pergi. Mungkin juga kerana berkat Ramadhan, Allah S.W.T. membuka jalan untuk kebaikan ini buat rakyat Malaysia yang tawakal kepadaNya.

Namun Allah tidak akan mengurniakan kebaikan ini tanpa usaha. Oleh itu, apakah cara terbaik untuk rakyat marhaen memastikan Pak Lah berundur secepat mungkin dan dengan penuh kehormatan? Dengan penuh perasaan ghibtah terhadap kejayaan Kickdefella diberi perlindungan oleh polis baru-baru ini, saya mendapat ilham.

Bagaimana kalau kita semua, seluruh rakyat Malaysia, menhantarkan kad Hari Raya kepada Pak Lah yang berisikan segala hasrat yang dipendam. Begini lebih kurang saya bercadang untuk menulis sebagai pesanan Hari Raya untuk Pak Lah:

Assalamualaikum Pak Lah. Sempena Hari Raya Aidul Fitri, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya serta memohon maaf sekiranya kata-kata dan penulisan hamba Allah ini sepanjang pemerintahan Datuk Seri mengguris hati. Walaupun saya sedar apa yang ditulis dan dikatakan tentang kelemahan pentadbiran Datuk Seri benar belaka, namun pasti menimbulkan juga perasaan sakit hati yang menjadi tumpuan permohonan maaf ini.

Ingin juga saya mengesyorkan Datuk Seri mengambil kesempatan dari ucapan sempena 1 Syawal ini untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan oleh atau atas nama pentadbiran Datuk Seri. Insya'Allah, rakyat Malaysia akan memaafkan Datuk Seri sekiranya ucapan yang sama diakhiri dengan pengisytiharaan perletakan jawatan Datuk Seri dari semua jawatan kerajaan dan UMNO pada tarikh sebelum 9 Oktober 2008.

Mungkin bahasanya perlu saya perbaiki, tetapi bagaimana? Mahukah rakyat Malaysia mengajukan permohonan seumpama ini kepada Pak Lah sempena Hari Raya Aidul Fitri ini? Inilah masa dan peluang terbaik untuk kita bersama-sama memastikan pemergian Pak Lah dari tampuk pemerintahan secara terhormat. Mari kita usahakan bersama...

Wednesday, September 10, 2008

MKT UMNO Pimpinan Pak Lah Tidak Lagi Mengutamakan Kepentingan Melayu?

Nampak gaya MKT UMNO bukan lagi Melayu yang punya. Nampak gaya seperti tak terlayan pun isu kemasukan semula Tun Dr M ke UMNO. Malah, Datuk Ahmad Ismail seolah-olah dizalimi sekali dengan digantung 3 tahun oleh MKT selepas perbincangan selama 3 jam!

3 JAM TAK CUKUP UNTUK MENERIMA SEMULA TUN DR M KA?!

3 JAM DAN AGENDA BANGSA LAIN DIBINCANGKAN SAHAJA?!

Tetapi jangan bimbang Datuk Ahmad Ismail. Menurut trend Pak Lah, kalau dah digantung tu, sekiranya Datuk terus lantang, ada peluang dilantik Menteri! Tak percaya, tanya Dato' Zaid Ibrahim...

Adakah kemungkinan digantung oleh UMNO atau setidak-tidaknya dilayan buruk oleh MKT pimpinan Pak Lah apabila mempertahankan hak dan sejarah Melayu itu boleh menjadi sumber kebanggaan. OK-lah kalau macam itu, mari kita ahli UMNO beramai-ramai terus membincangkan isu 'pendatang' ini dengan lantang sekali bakal menggantikan suara lantang Datuk Ahmad Ismail yang sudah digantung.

Busuk-busuk pun, MKT Pak Lah gantung kita pulak! Bangga betui la ...

Kemaskini 1...

Seorang pemberi komentar kruel telah mengutara tuduhan tersirat yang Datuk Ahmad Ismail bersekongkong dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memporak-perandakan BN menjelang 16 September 2008. Begini maklum-balas saya (diubah-suai sedikit dari segi bahasa dan penambahan perisian):
Melayar blog tersebut, boleh dikatakan kemungkinan Datuk Ahmad Ismail masih bertindak untuk Anwar Ibrahim itu ada. Tetapi kita juga harus sedar, pada suatu masa dahulu, majoriti ahli UMNO juga penyokong Anwar, termasuklah Tun Dr M sendiri. Tetapi kita tidak boleh membuat andaian beliau masih menyokong Anwar berdasarkan sejarah silam, fakta tidak mencukupi dan berbaur fitnah jadinya. Lagipun ini tidak penting!

Kalaupun Ahmad bersekongkong dengan Anwar hingga kini, ini tidak bermakna MKT UMNO bertindak wajar dengan penggantungnya. Kes hasutan Ahmad masih di bawah siasatan polis, maka itu boleh dijadikan helah untuk setidak-tidaknya menunda tindakan sehingga ia selesai. Dan kenapakah ia tidak dirujuk ke Jawatankuasa Disiplin UMNO dahulu?

Sekiranya Pak Lah ingin sangat menunjukkan keprihatinan UMNO, kenakan hukuman tertunda atau 'suspended sentence' pun jadilah. Ini akan memberikan kita masa untuk pernilaian sebenar dibuat dengan saksama dan bermaruah.

Yang lebih penting untuk Melayu adalah kembalinya Tun Dr M ke pangkuan. Maka kenapakah pengembalian Tun ke UMNO tidak diutamakan sebelum hal ini? Ini parti siapa? Tindakan MKT melambatkan ketibaan Tun Dr M ke pangkuan tidak mengutamakan Melayu langsung!

Dan nampak gaya, keamanan yang konon diharapkan oleh tindakan MKT pun belum tiba. Gerakan dan MCA pun masih cengil... konon hukuman ke atas Datuk Ahmad tak cukup beratlah dan belum mahu menyambung tali silaturahim dengan UMNO Pulau Pinang lagi! Buat malu UMNO dan orang Melayu sahaja!

Tuesday, September 09, 2008

Antara Ahmad Ismail, Tun Dr Mahathir Dan Ezam Mohd. Nor

Hari ini akan berlangsung mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO dengan agenda utamanya untuk menangani isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang kononnya berbaur perkauman. Menarik sekali, isu tersebut bukanlah yang terpenting untuk ditangani oleh Pak Lah dan ahli MKT UMNO pada hari ini.

Saya bukan berniat menyinggung perasaan di sini, tetapi amnya, masyarakat Melayu tidaklah begitu mementingkan isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail buat masa ini. Ini kerana kami pernah mendengar kenyataan dan perbuatan yang lebih berbaur perkauman dari pemimpin-pemimpin semua parti, baik BN mahupun bukan BN, di Malaysia. Perbezaannya, orang Melayu amnya tidaklah sesensitif kaum Cina.

Tengok sahajalah bagaimana orang Melayu tak berapa kisah pun tentang penghinaan yang dihamburkan kepada kami yang kononnya mensia-siakan DEB. Orang Melayu juga tak berapa kisah apabila seorang anak Cina yang mempermainkan azan dan lagu Negaraku betapa dipertahankan perbuatannya oleh pemimpin Cina. Malah bila Islam dipertikaikan kedudukannya, kami tetap sabar menangkis segala usaha dan dakyah dengan emosi yang ala kadar sahaja.

Di internet, rata-rata sentimen anti-Melayu meleluasa, seperti persoalan yang sering ditimbulkan tentang sama ada Melayu benar-benar penduduk 'asal' Malaysia. Kami tak menuntut maaf kerana kesedaran bahawa wujudnya tamadun Melayu di Semenanjung ini sejak sebelum Masihi lagi. Malah, bila dibilang hero ulung Melayu Hang Tuah itu sebenarnya seorang Cina sekalipun, kami tak marah

Ini pun belum masuk cerita Hindraf lagi, yang menuduh Melayu pembunuh, penyamun, penyeleweng dan macam-macam lagi! Diraikan pula pemimpin Hindraf sehingga sekarang ada yang dah jadi wakil rakyat hasil tuntunan undi bukan Melayu... dan juga Melayu! Begitu pemaaf sekali Melayu!

Jadi orang Melayu amnya mungkin hairan sedikit dengan kemarahan yang ditujukan terhadap Ahmad Ismail oleh kaum Cina. Ada juga yang terkilan kerana ada pula pemimpin Melayu yang merasakan perlunya UMNO meminta maaf atau menyatakan kekesalan tentang kenyataan ini. Namun kepada orang Melayu, isu Ahmad Ismail bukanlah isu terpenting yang harus ditangani MKT UMNO hari ini.

Lebih penting bagi orang Melayu amnya, dan ahli-ahli UMNO khususnya, MKT UMNO haruslah meluluskan kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO hari ini. Tak perlulah MKT menunggu borang permohonan keahlian Tun Dr M. Benarkan sahaja pendaftaran Tun Dr M di Cawangan beliau dihidupkan semula. Semalam Tan Sri Muhyiddin sudah pun menyatakan persetujuan Tun untuk kembali ke pangkuan UMNO. Nah, tunggu apa lagi!

Inilah masanya Pak Lah dan kepimpinan UMNO menunjukkan budi-bahasa mereka terhadap pemimpin Melayu yang berjasa. Setidak-tidaknya, keinginan Tun Dr Mahathir untuk kembali ke UMNO haruslah diraikan dengan lebih semangat dari penerimaan semula Ezam Mohd. Nor tempohari.

Ezam, yang bukan sekadar meninggalkan UMNO, tetapi memburuk-burukan kepimpinan negara di Indonesia, memecah-belahkan lagi Melayu melalui PKR dan menghambur hina merata-rata dengan NGO-nya begitu diraikan kembalinya dahulu. Maka wajiblah MKT UMNO menyambut kepulangan Tun Dr M dengan lebih hebat lagi! Si Ezam bekas musuh perosak bangsa manakala Tun Dr M penabur budi dan pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air!

Maka di sini ingin saya rakamkan harapan ramai ahli muda UMNO yang kerdil ini supaya MKT mengutamakan kepentingan Melayu hari ini. Utamakanlah pengembalian pendekar Melayu ulung lagi berjasa kita, Tun Dr Mahathir, ke pangkuan UMNO sebelum kehendak kaum lain dilayani dengan apa-apa keputusan terhadap Datuk Ahmad Ismail.

Kemaskini 1...

Diharap pelayar halaman ini juga sudi membaca sendiri kenyataan akhbar Datuk Ahmad Ismail tentang isu yang membabitkannya, samada dengan ringkas atau yang berkait dengan pelbagai kenyataan dan pendapat lain. Lihat sahajalah betapa remehnya isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang diwar-warkan oleh orang bukan Melayu. Padahal beliau pernah berjasa besar kepada mereka dahulu! Jelas pemimpin Melayu patut mengutamakan kepentingan Melayu dahulu!

Kemaskini 2...

Nampak MKT UMNO bukan lagi Melayu punya. Nampak seperti tak terlayan pun isu kemasukan semula Tun Dr M ke UMNO. Malah, Datuk Ahmad Ismail dizalimi sekali dengan digantung 3 tahun oleh MKT selepas perbincangan selama 3 jam!

3 JAM TAK CUKUP UNTUK MENERIMA SEMULA TUN DR M KA?!

3 JAM DAN AGENDA BANGSA LAIN DIBINCANGKAN SAHAJA?!

Tetapi jangan bimbang Datuk Ahmad Ismail. Menurut trend Pak Lah, kalau dah digantung tu, sekiranya Datuk terus lantang, ada peluang dilantik Menteri! Tak percaya, tanya Dato' Zaid Ibrahim...

Wednesday, July 09, 2008

Racun Untuk UMNO... Sempena Ulangtahun Tun Dr M...

Sudah dikemaskini di penghujung

Hari ini, 10 Julai 2008, akan dibancuh lagi racun untuk UMNO. Pada perjumpaan mereka pagi ini, Pak Lah akan memujuk, kemudian memaksa Datuk Seri Najib untuk menyokong usul yang kedudukan No 1 dan 2 parti tidak dipertandingkan menjelang pemilihan UMNO Disember ini.

Setuju-tidak Najib, usul ini akan dibawa ke mesyuarat MKT pada jam 3 petang untuk 'diputuskan'. Pada jam 5 petang, Pak Lah akan mengumumkan 'keputusan' ini di 'taklimat khas' beliau kepada kesemua 191 ketua UMNO bahagian dan kepimpinan empat sayap parti (G6) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Jika Najib, pemimpin-pemimpin di MKT atau G6 gagal menolak racun ini, kita 'orang-orang bawahan' dalam parti wajib berontak! Sebelum lebur warisan kuasa Melayu yang perlu untuk menjamin masa depan anak-cucu kita... dan leburnya semata-mata untuk menjaga kepentingan Pak Lah, seorang pemimpin yang tiada kesanggupan selain memperkasakan dan memperkayakan keturunannya sendiri...

Mari kita nobatkan sesiapa saja pemimpin yang bangun berontak terlebih dahulu pada majlis-majlis hari ini... kerana inilah pemimpin masyarakat Melayu. Keputusan 'tiada-pertandingan' oleh MKT yang dirancang pengumumannya hari ini tidak sesuai dengan perlembagaan parti, maka cawangan-cawangan tak salah memberontak dari segi undang-undang parti. Ayuh kita berontak... atau bersorak kalau racun dimatikan perjalanannya oleh pemimpin sebenar... kalau ada...

10 Julai 2008 juga adalah ulangtahun ke-83 Tun Dr Mahathir... zalim sungguh Pak Lah memilih hari ini untuk menabur racunnya...

Tambahan/Kemaskini:
  1. Menurut seorang YB, surat yang dikeluarkan menjemput G4 sahaja, bukan G6 seperti diwartakan. G4 ke, G6 ke, parah juga!... tetapi terima kasih kepada YB berkenaan.

  2. Malaysian Insider pula melaporkan yang Pak Lah bakal mengisytiharkan tarikh letak jawatan pada bulan Jun tahun 2010. HAH! 2010! Lamanya! Apa lagi harta negara yang nak dilelong sampai nak kekal berkuasa selama itu! Tunku Abdul Rahman yang kalah PRU 1969 tak seteruk Pak Lah pun tak kekal lama tu selepas kekalahannya!

  3. Baru sahaja Malaysian Insider nak psi-war kita, dah ada dah blogger yang mempersoalkan ketelusan dan kejujuran Pak Lah tentang tarikh pemergiannya. Al maklumlah... flip-flop-flip-flop...

Sunday, May 04, 2008

Tun Dr M Stating The Obvious For A Multi-Racial Country?

Tun lamented in his blog that "A Weak Government is not good for Multi-racial Malaysia" . This is such an obvious notion that it is embarassing to me that he needs to remind us.

Lets not ponder on old examples like Indonesia in the late 90's, South Africa during Apartheid or indeed Europe over the period of the 'War on Terror'. One only needs to reflect upon what has been happening in Malaysia over the past month to see.

The government of Malaysia is so weak that it is finding difficult decisions impossible to take. The on-going issue of food shortages, which could have been addressed by the tweaking the subsidies system, continues to remain unsettled in the mind of the masses and in the physical absence of goods, real and contrived, across the nation. This is a basic problem which a functioning government would be able to address, so why the inability to tackle this?

It is because the government is too busy strengthening itself against all challengers such that their real job is being neglected. And in a multi-racial country, when a government is weak, 'all-comers' would include all the more negative or extreme elements endemic in a country where race-based politics is still at play, whatever the opposition propaganda likes to say. Indeed we cannot avoid it as a multi-racial country, so we'd better not hide from or denounce it, but address it.

I was informed last night that in a packed stadium in Perak recently, a senior DAP leader, one without Lim as a surname (there are a few about), declared that 'Ketuanan Melayu Sudah Tiada Lagi, UMNO Sudah Masuk Kubur'. This is not just political speak, this is hate-mongering.

That the audience was majority Malay (of the PAS and PKR variety - yes, there are still some Malays in PKR) that responded with cheers and applause is irreleant. These Malays applauded UMNO's recent problems, but in the face of incessant counter-propaganda showing what this DAP leader said for what it really means, that one race, Malays, have lost power, and that that is cause for another race, the Chinese, to celebrate, is dangerous.

What is a concern also is that the above is an escalation from early symptoms of racial show-boating since the March elections. Whilst DAP leaders were wise enough to send smses asking their Chinese supporters not to celebrate their wins too raucusly, it is widely known that Chinese butchers began openly selling pork, ham and other pig products, in open markets in majority Malay areas in Penang the day after elections. Somewhat more subtle that events leading up to May 13, but indicative of a simmering pot.

A strong government would be able to curtail such behaviour without needing to knock any heads or utilising the ISA. Leaders of a strong government would just voice out against such negative racial attitudes in the public arena with moral leadership and bring the nation's attention to more important things to be addressed in this increasingly difficult world Malaysian face.

But a weak government, with as weak a leader as Pak Lah the way he is now... it is a recipe for disaster... Do we really need Tun Dr M to tell us what should be obvious?

Sunday, April 20, 2008

Hah, Tun Salleh? Siapa Tu? Melayu Macam Mana?

Gebung-gebang dalam media baru-baru ini tentang Tun Salleh Abas lah, betapa Pak Lah nak bayar duit 'ampun' lah, nak betulkan salah-silap akhir dekad 80'an lah... apa ni? Anak-anak muda sekarang ramai tertanya-tanya, apalah penting sangat soal menyelesaikan perkelahian lebih 20 tahun lalu, sehingga masalah masyarakat kurun ke-21 ini tidak terlihat diutamakan dahulu?

OK lah, Pak Lah nak sangat kita bincang tentang perubahan kehakiman, kita bincang. Sekarang akan diadakan suruhanjaya untuk mencalonkan nama hakim. Tetapi calon-calon hakim tersebut masih harus dipertimbangkan untuk dicadangkan oleh PM bagi diperkenankan perlantikan oleh DYMM YDP Agong kan? Jadi perbezaan BESAR dalam proses ini apa sebenarnya?

Mungkin yang bezanya adalah siapa yang mencalonkan hakim? Tapi yang mencalonkan hakim sekarang adalah Ketua Hakim Negara. Itu pun pasti dengan dibincangkan dahulu bersama-sama para hakim tertinggi yang lain. Tak layak ke hakim-hakim yang sedia ada mencalonkan hakim-hakim baru? Yang dimasukkan sebagai orang-orang baru untuk mencalonkan hakim ini siapa?

Kawan saya membuat pemerhatian yang pada majlis bersama Tun Salleh Abas dan Dewan Peguam di mana pengumuman tentang suruhanjaya tersebut dilakukan, terlihat begitu ramai hadirin yang ada merupakan ahli Dewan Peguam, kebanyakannya berbangsa India dan Cina. Yang Melayunya beberapa kerat sahaja. Jadi kenapakah peguam-peguam bukan Melayu tersebut begitu bertepuk-sorak gembira apabila Pak Lah mengumumkan penubuhan suruhanjaya tersebut?

Oooh, cakap sahajalah Pak Lah... Pak Lah nak beri lebih banyak hak memilih calon hakim kepada peguam-peguam bukan Melayu. Nak kurangkan sedikit pengaruh para hakim Melayu yang beragama Islam dalam memilih hakim-hakim di masa akan datang. Sebab itulah Dewan Peguam begitu meraikan pengumuman Pak Lah. Dengan cara ini, boleh lah mereka mempengaruhi pemilihan calon yang sealiran dengan mereka, yakni sekular, anak buah firma besar, Hadhari...

Bukankah Dewan Peguam sama yang dengan begitu keras membantah cadangan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Halim supaya diserapkan lebih banyak pendekatan syariah Islam ke dalam undang-undang negara sempena 50 tahun Merdeka? Dewan Peguam inilah yang menyokong sangat kes Lina Joy dulu dan macam-macam lagi lah.

Jadi di manakah generasi Muda Melayu dan umat Islam Malaysia dalam mempengaruhi perubahan dalam sektor guaman, kehakiman, perundangan dan menegakkan keadilan di Malaysia? Tergadai teruskah kuasa kita? Semata-mata kerana asyik memerhati atau terlalu melulu taksub bersorak di tepi gelanggang perkelahian tokoh-tokoh tua tentang hal-hal yang semakin tiada makna?

Di manakah suara kita yang seharusnya membantah hakisan kuasa dan pengaruh Islam pada badan kehakiman, yakni salah satu dari 3 tiang kekuasaan Melayu di Malaysia? Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa...

Sunday, March 02, 2008

Yang Ku Ingin Menjelang 8-3-8

Ku ingin anakku berlari selamat di taman,
Ku ingin isteriku tersenyum belanja lumayan di pasaran,
Ku ingin kocekku tak kerana hutang beratnya,
Ku ingin zuriatku Islam tanpa had harinya,
Ku rindu sekali rasa percaya terhadap pemimpinku,
Ku tak mahu lagi hina ditertawa musuh bangsa, negaraku,
Apakah akan ku nikmati ini semua menjelang tarikh keramat tilik Cina 8/3/2008?

Nukilan di atas hasil rasa gelisah saya sebagai seorang ahli UMNO yang melihat Barisan Nasional seolah terkapar-kapar pada pilihanraya ini. Di antara yang membimbangkan saya adalah:
  1. Kebimbangan terhadap peningkatan kos hidup belum ditangani dengan efektif sepanjang musim pilihanraya ini. Hanya harga minyak yang diperbicarakan, tetapi kebimbangan sedia ada hasil isu gula, minyak masak dan tepung yang saling berganti. Usaha kerajaan menangani ini sama ada diketahui tidak berkesan atau menimbulkan kebingungan.
  2. Perasaan tentang kehilangan berterusan adik Sharlinie berubah dari kebimbangan menjadi kerunsingan apabila dimaklumkan bahawa usaha polis terpaksa dikurangkan supaya perjalanan pilihanraya boleh dipantau. Sudah tentu ini bukan menggambarkan niat pemerintah? Bukankah keselamatan anak-anak murapakan antara tanggungjawab utama.
  3. Sebagai anak Kedah, terguris hati bila diisytiharkan yang peperangan politik paling sengit sedang berlaku di Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Tidakkah para pemimpin teratas sedar akan keadaan yang melanda Kedah kini, terumbang-ambing hasil penamaan calon yang kurang sesuai dan ketiadaan para ulama UMNO yang berupaya mempertahankan Islam Hadhari?

Namun dari segi politik, UMNO dan BN mungkin sekali bernasib baik yang para pembangkang di negara kita ini masih agak pincang idea, upaya dan pengalamannya. Ya lah, niat sendiri-sendiri mungkin baik, tetapi keikhlasan dan kewibawaan mereka terus menjadi tanda-tanya. Contohnya:

  1. Sejauh manakah upaya rakyat Melayu menerima DAP yang ternyata mewar-warkan niat untuk membawa keadilan sejagat antara kaum dan menjayakan Bangsa Malaysia sebagai muslihat untuk melupuskan hak istimewa orang Melayu. Bayangan hubungan erat mereka dengan dalang PAP Singapura tetap menimbul kesangsian...
  2. Yang si Anwar pula, tak habis agenda untuk memastikan paling kurang adalah satu kerusi Parlimen yang bakal dipegang PKR untuk diambil-alih olehnya sejurus tamat tempoh pengharaman beliau dari politik. Sekali lagi terlihat ini perjuangan Anwar, bukan perjuangan rakyat. Sampai Hidraf yang ekstrimis pun ditunggang olehnya.
  3. Di arena web pula, usaha murni Raja Petra Kamaruddin mengeluarkan Deklarasi Rakyat menjadi bahan tertawa. Pembangkang tertawa sebab mereka dapat tumpang gratis usaha besar yang tidak mampu dihasilkan oleh mereka sendiri. Yang Kerajaan tertawa sebab senang sahaja mereka berkata..."kalau pembangkang berkuasa, mereka pun mahu terus menggunakan ISA, memasang kaki sebagai hakim, dapat kontrek"...

Walaubagaimanapun, BN harus waspada. Kini ada kemungkinan pengundi mengundi bukan kerana parti, bukan kerana sayang pembangkang, bukan kerana perkiraan untung-rugi pembangunan. Agenda pengundi sekarang mungkin melonjak menyokong pembangkang kerana marah terhadap kerajaan.

Marah pengundi kepada kerajaan kali ini bukan kerana marah kalah pemimpin seperti pilihanraya "Semangat 46" pada 1990. Bukan kerana marah kerana kesian "faktor Anwar" pada 1999. Marah kali ini kerana marah peribadi, marah yang dibara emosi yang membawa dan tak putus dibawa diri. Inilah yang patut ditangani pemimpin UMNO dan BN dalam beberapa hari ini... sebelum tarikh 8/3/2008 menjelma hakikatnya keramat buat siapa...

Wednesday, January 10, 2007

Permulaan Usaha Murni

Malaysia bakal tersungkur ke juram penguasaan asing, tetapi rakyatnya masih lena. Bangunlah rakyat Malaysia!

Menjelang pertengahan tahun 2007, kerajaan Malaysia bakal memetrai Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement - FTA) dengan Amerika Syarikat(US). Perjanjian ini kini dan kelak juga pasti dikatakan berpotensi merealisasikan impian Wawasan 2020 oleh mereka yang menjaguhinya.

Namun rakyat Malaysia amnya, dan orang Melayu khususnya, mungkin kurang menyedari yang menjelang Malaysia menyambut 50 tahun Merdeka, perjanjian USFTA inilah sesuatu perjanjian yang bakal mengembalikan Malaysia ke belenggu penjajahan kuasa Barat, kali ini oleh Amerika Syarikat.

Kami sekumpulan profesional bertekad menyertai gerakan menentang USFTA, dengan menumpukan usaha terhadap mencelikan mata masyarakat majoriti Melayu Malaysia yang harus digembeling daya serta pengaruhnya bagi memastikan kejayaan pembentengan ini.

Usaha kami yang tidak seberapa ini kini bertumpu kepada pengumpulan maklumat kadalam blog kami, dengan niat mengumpul sumber berbahasa melayu atau mengalih-bahasakan yang berbahasa Inggeris kelak. Oleh itu, kami ingin menjemput mana-mana kumpulan atau individu untuk memberi sumbangan yang sesuai untuk disertakan ke dalam blog kami, dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris sekalipun.

http://usftamalaysia.blogspot.com/

Adalah niat kami untuk kemudian mengagihkan maklumat ini dengan cara yang lebih sesuai kepada golongan yang lebih berpengaruh dengan harapan kedudukan rakyat Malaysia terpelihara dari belenggu USFTA yang sudah amnya terbukti durjana apabila dijangkiti oleh negara membangun lain sebelum ini.

Tangential Malay Search Results