Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Kenyataan Calon Ketua Pemuda Malaysia, Akhramsyah Sanusi, Bersabit Keputusan Pemilihan 2013

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu pada pemilihan ini. Jalinan hubungan serta persahabatan baru yang terjalin dari Masjid Tanah ke Penampang, JB ke Bachok, Pokok Sena ke Kuantan, serta banyak lagi, amatlah dihargai.

Saya juga ingin merakamkan rasa puas hati bahawa setidak-tidaknya sepanjang tempoh 3 minggu lepas, laungan Hidup Melayu kembali ke bibir Pemuda setelah meninggalkannya begitu lama. Jelas Pemuda mahukan laungan tersebut kembali dan saya harap pemenang-pemenang pemilihan menyedari hakikat yang masih perlunya ada peranan Pemuda sebagai pendesak, bukan beraktiviti liberal dan progresif semata-mata.

Terdapat pelbagai perkara boleh dipelajari dari pemilihan ini, yang banyak sekali perlu diperbaiki. Contohnya, tata-etika berkempen yang berubah-ubah sehingga terlalu memberi kelebihan kepada penyandang mana-mana jawatan, jelas terlihat pada keputusan sayap-sayap Pemuda dan Wanita. Pengalaman saya dalam melalui pertandingan ini insya Allah akan saya rakamkan dalam sebuah buku untuk diamati oleh semua yang berminat.

Di sini, saya ingin merakamkan juga rasa syukur saya yang mahkamah rayuan telah menolak rayuan majalah Kristian Herald untuk membolehkannya menggunakan Kalimah Allah. Ini merupakan kejayaan gabungan NGO Islam serta Melayu dalam mempertahankan hak serta aqidah ummah. Saya juga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua umat Islam.

Akhir kata, saya ingin mengesyorkan semua perwakilan UMNO yang layak memilih barisan kepimpinan UMNO yang baru pada 19 Oktober ini, pilihlah Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang Naib Presiden kita. Terima kasih.

Ikhlas, Akhramsyah Sanusi
Di Perkarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya

Wednesday, October 09, 2013

Kenyataan Akhramsyah Sanusi, Calon Ketua Pemuda, Tentang Tohmahan Tony Pua Terhadap Utusan Dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)

KENYATAAN AKHBAR
Tarikh : 10 Oktober 2013 Masa : 9.00 pagi Tempat : Sunway Hotel, Seberang Perai, Pulau Pinang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Terima kasih di atas kesudian rakan-rakan media untuk hadir ke sidang media hari ini.
Sidang media ini diadakan dengan tujuan untuk menyatakan pendirian saya mengenai isu penghinaan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua ke atas Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akhbar Utusan Malaysia.


Anjing Yang Setia

Tony Pua mungkin tersilap merujuk gelaran "anjing" kepada ROS dan akhbar Utusan Malaysia itu, yang sebenarnya ditujukan kepada dirinya sendiri kerana beliau dilihat begitu setia dan konsisten ‘menyalak' demi mempertahankan tuannya dalam parti DAP. 

Sebagai graduan salah sebuah universiti tersohor di dunia, adalah agak meragukan sekiranya Tony Pua tidak faham punca sebenar (root cause) tentang isu pemilihan CEC berbanding dengan pemikiran seekor anjing.

Untuk makluman semua, yang buat pemilihan CEC adalah parti DAP, yang tidak menghantar surat jemputan kepada perwakilan adalah di kalangan pengurusan tertinggi DAP, yang tidak tahu menggunakan perisian Microsoft Excel adalah juga di kalangan pengurusan DAP dan yang paling penting aduan yang dibuat kepada ROS adalah dari kalangan ahli-ahli DAP sendiri.

Justeru itu, mengelarkan ROS dan Utusan Malaysia sebagai ‘anjing' UMNO dan mengaitkan ketiga-tiganya adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan logik akal manusia. Ini berbeza dengan tabiat dan pemikiran seekor anjing yang pasti akan menyalak setiap kali tetamu datang ke rumah tuannya, walaupun sebenarnya tetamu tersebut adalah daripada kalangan saudara terdekat tuannya.

Perlu diingat UMNO dahulu pun pernah diharamkan ROS pada tahun 1988. Ini menunjukkan kewibawaan dan profesionalisma ROS dalam menjalankan tugasnya memantau pertubuhan-pertubuhan termasuk DAP juga.

("Maybe Oxford grads are just good to be barking dogs", which I believe it is not true)


Kesimpulan

Saya secara peribadi serta mewakili rakan-rakan Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh pelusuk tanahair ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak ROS yang telah menjalankan tugas mereka berdasarkan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP. Ini menunjukkan bahawa walaupun sebagai agensi kerajaan di bawah pentadbiran parti Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO, ROS tidak memilih bulu dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka walaupun aduan-aduan tersebut dibuat oleh ahli-ahli parti pembangkang sekaligus menunjukkan ketelusan, kepercayaan dan kebergantungan rakyat kepada agensi kerajaan yang selama ini dilabelkan dengan pelbagai persepsi negatif.

Kami juga ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia yang berterusan melaksanakan tanggungjawab sosialnya dalam membawa suara akar umbi ahli DAP yang mahukan satu proses pemilihan parti DAP dijalankan secara telus, walaupun selama ini Utusan Malaysia seringkali dikaitkan sebagai milik parti UMNO dan hanya membawa suara orang Melayu sehingga dituduh sebagai akhbar bersifat rasis. Kini terbukti tuduhan tersebut tidak benar kerana Utusan juga menjadi penyambung lidah dan keluh kesah ahli-ahli akar umbi DAP yang majoritinya bukan Melayu.

Sebagai seorang ahli UMNO, sebuah parti yang meletakkan kesucian agama Islam sebagai salah satu asas penting dalam penubuhan dan perlembagaannya, saya mendesak Tony Pua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli UMNO, kakitangan ROS dan kakitangan Utusan Malaysia di atas tindakannya yang begitu biadap dan celupar sehingga melangkaui batas serta nilai-nilai murni kehidupan masyarakat yang selama ini hidup harmoni dan memahami serta menghormati pegangan agama masing-masing serta sensitiviti antara pelbagai kaum.

AKHIR SEKALI, SAYA INGIN MENGESYORKAN AGAR SETIAUSAHA AGUNG DAP, YAB LIM GUAN ENG, MELETAK JAWATAN ATAS KEGAGALANNYA MENTADBIR DAP SEHINGGAKAN MENGAKIBATKAN DAP KINI DI AMBANG PEMBATALAN PENDAFTARANNYA. MUNGKIN TUGAS YAB LIM SEBAGAI KETUA MENTERI PULAU PINANG TERLALU BERAT UNTUK DIPIKUL BERSAMA DENGAN TUGAS SETIAUSAHA AGUNG PARTI DAP, WALLAHUALAM PUNCA KEGAGALANNYA, TETAPI JANGANLAH BIARKAN PEMIMPIN PARTI DAP LAIN MENJADI MANGSA SEMATA-MATA UNTUK MENUTUP KECACATAN PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB YAB LIM SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG DAP.

"Demi Agama, Bangsa dan Tanahair"


Yang Ikhlas,

AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI

Wednesday, September 25, 2013

Pergerakkan Pemuda Lari Dari Halatuju

Setelah menapak ke 10 negeri setakat ini dalam usaha memahami masalah Pemuda di peringkat Cawangan, suatu yang jelas terbukti adalah ramai di kalangan Pemuda, terutama sekali dari golongan lebih berpengalaman, merasa gelisah tentang halatuju kita. Ramai yang menimbulkan isu-isu perlaksanaan seperti terlihat pada projek BL1M, tetapi dalam keselesaan berteh-tarik, isu halatuju pasti timbul.

Ramai tidak memahami kenapa Pemuda pada peringkat pusat begitu membisu walaupun dalam isu yang membabitkan akidah ummah seperti tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh pendakwah agama lain! Bukankah tugas Pemuda untuk mempertahankan hak ummat Islam di negara kita ini selain dari memajukan Agenda Melayu ke hadapan? Kalau bukan, apakah halatuju yang ingin dibawa oleh kepimpinan Pemuda yang sedia-ada?

Inilah sebabnya kebanyakan perwakilan Pemuda yang sempat bertemu-bual agak sedia untuk menerima wadah Hidup Melayu! Tiada yang salah tentang wadah tersebut. Ia sesuai walau pada zaman ini kerana ia wadah perjuangan parti UMNO, yakni Persatuan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Perwakilan Pemuda gembira ada yang saya ingin menumpukan diri serta Pemuda ke arah perjuangan Agenda Melayu, bukan seronok beraktiviti sahaja dengan rakan-kongsi Barisan Nasional.

Thursday, September 19, 2013

Teks Ucapan Pada Sidang Akhbar Mengumumkan Tawaran Diri Untuk Dipilih Ke Jawatan Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia Oleh Akhramsyah Sanusi

Assalamualaikum Warahmatullah i Wabarakatuh,
 
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia,
 
Terima Kasih atas kehadiran semua di sini pada hari ini, baik dari kalangan wakil media dan terutama sekali kawan-kawan yang sudi melepaskan diri dari tugas harian untuk bersama-sama.
 
Nama saya Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, lazimnya dikenali sebagai Akhram sahaja. Sebagai pengenalan, saya seorang anak kelahiran DEB (Dasar Ekonomi Baru). Pendidikan awal saya di Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau, Pulau Pinang sehinggalah berjayanya saya menggenggam segulung ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London semua hasil dasar kerajaan pimpinan UMNO yang berlandaskan Dasar Ekonomi Baru.
 
Dengan bermodalkan ilmu tersebutlah, saya berjaya menarik perhatian sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terkemuka mengambil saya sebagai serorang profesional. Selama 16 tahun saya bertugas sebagai seorang jurutera, konsultan sehingga kini mencapai peringkat pengurusan syarikat tersebut. Dalam masa itu, saya berpeluang bekerja di luar negara, menimba ilmu serta pengalaman teknikal mahupun organisasi, untuk kemudian di bawa pulang demi memajukan negara bangsa. Segala peluang serta kejayaan ini bertitik-tolak dari perjuangan UMNO, dan saya bersyukur atas pengorbanan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjasa terhadap kami generasi muda.
 
Namun, sejak kebelakangan ini, telah tertimbul rintihan pada peringkat akar-umbi parti, terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka. Segala usaha serta dasar kerajaan yang baik dilancarkan, tetapi kurang mengena sasaran, dan ini menimbulkan kerunsingan. Rintihan akar umbi Pemuda juga timbul tentang sentuhan kepimpinan yang dikatakan tak cukup kerap sampai ke bawah. Dan lebih parah lagi, ada orang muda yang kini menuduh Pemuda sebagai tidak lagi mendesak, tidak lagi menjulang obor perjuangan Agenda Melayu.
 
Oleh itu, memandangkan rintihan kawan-kawan, jiran-jiran serta penyokong tentang perlunya perubahan kepimpinan Pemuda, saya dan keluarga saya telah mengambil keputusan mengorbankan kerjaya saya untuk menawarkan diri, dengan rendah diri, sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Agenda yang akan saya bawa insya Allah sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda yang baru adalah menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu yang seharusnya menjadi tanggungjawab Pemuda UMNO. Oleh itulah, laungan Pemuda haruslah tidak lain dari HIDUP MELAYU!
 
Terima Kasih. Saya membuka majlis kepada soalan...
 
Ikhlas dari Calon Anda, Akhramsyah Sanusi

Sunday, September 15, 2013

Salam Hari Malaysia: Pemimpin Harapanku

Blogger ini agak terkejut apabila penulisan tentang niat bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia semalam mencetuskan perbincangan rancak di Media Sosial Malaysia sehingga melonjak ke Media Arus Perdana. Syukur alhamdulillah, niat saya agar perbincangan demi menempatkan Pemuda  UMNO sekali lagi sebagai penggerak agenda Melayu sudah bermula. Ini memperteguhkan lagi niat untuk menjadi calon pemilihan Ketua Pemuda.
 
Semalam saya telah mengunjung ke Pasir Salak untuk menyertai program Ambang Hari Malaysia yang dimajukan oleh teman akrab saya, penyandang gelaran Juara Sajak Patriotik Gapena sekarang, saudara Azmi Ismail. Berikut sajak yang saya sampaikan...
 
Pemimpin Harapanku
 
Pemimpin,
Padamu Ku Amanahkan Masa Depan Negara Bangsa,
 
Tak Ku Peduli Warna Kulit Mu,
Asal Melayu Di Jiwa,
Asal Malaysia Di Hati,
Bukan Sekadar Manggis dan Pisang,
Yang Gelap dan Kuning Di Luar,
Tetapi Putih Penjajah Di Dalam...
 
Tak Ku Peduli Tubuh Mu,
Kurus, Gemuk atau Sasa,
Asal Tubuh Mu Sedia Berdiri,
Menahan Bedil dan Peluru,
Menahan Dari Tertimpa Anak Cucu Waris Ku...
 
Tak Ku Peduli Asal Mu,
Miskin, Kaya, Bangsawan Atau Jelata,
Asal Yang Makmur Rakyat Semua,
Bukan Yang Rakus-Rakus Di Sisi Mu Sahaja...
 
Tak Ku Peduli Ilmu Mu Dari Mana,
Biar Pondok,
Mahupun Dari Menara Gading Nun Jauh Di Sana Datangnya,
Asalkan Minda Mu Diperah Untuk Kesejahteraan Kita Semua,
Bukan Ilmu Menjadi Selendang Riak Semata-Mata...
 
Ku Ingin Pemimpin...
Yang Mendengar Apabila Ku Merintih,
Ku Ingin Pemimpin...
Yang Lantang Bila Diri Ku Terkedu,
Ku Impikan Pemimpin...
Yang Tegak Benar Di Lautan Kepalsuan,
Ku Rindukan Pemimpin...
Yang Berjuang Untuk Ku Mati-Matian!
 
Pemimpin,
Pada Mu Terpikul Harapan Negara Bangsa,
Jangan Kau Sia-Siakan Amanah Ini,
 
Untuk Ku, Untuk Mu,
Ku Mahu Pemimpin Bangun!
Ku Mahu Pemimpin Gagah Ke Hadapan!
Ku Mahu Pemimpin Ikhlas, Berani,
Sedia Mengabdikan Diri
Demi Memimpin Ku Ke Malaysia Jaya...
 
Ikhlas Nukilan,
Akhramsyah Sanusi
Pasir Salak, 15 September 2013
 
Calon Anda...
 

Saturday, September 14, 2013

Apakah Di Sebalik Niat Blogger Ini Bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Beberapa blog serta halaman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.
 
Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.
 
Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKAN AGENDA MELAYU.
 
Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.
 
Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.
 
Ikhlas dari calon anda... Akhramsyah Sanusi

Tuesday, June 01, 2010

Rombakan Cabinet Yang Melegakan Lagi Mengecewakan

Akhirnya jelas kepada semua, rupa-rupanya, rombakan cabinet DS Najib hanyalah tertumpu kepada parti-parti komponen MCA dan MIC sahaja. Perkara ini mungkin melegakan begitu ramai pemimpin UMNO, terutama penyandang jawatan, terutama sekali mereka yang kelihatan tidak efektif ataupun dicemuh oleh rakyat. Namun atas sebab yang sama, Rakyat juga pasti ramai kecewa yang begitu ramai pemimpin yang ditolak mereka masih dikekalkan oleh DS Najib.

Buat masa ini, jurublog ingin menumpukan perhatian kepada muka-muka baru dalam kabinet secara amnya. Saya sebenarnya gembira mendengar YB Datuk Wira Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana beliau dari Kedah. Dengan kedudukan beliau sebagai Naib Presiden MCA yang kini berkementerian, mungkinkah ini akan membantu usaha MCA Kedah untuk menarik kembali undi bangsa Cina ke BN di negeri tersebut?

Malangnya, gembira saya tidak setanding kecewa apabila melihat DS Ong Tee Keat digugurkan langsung dari kabinet. Tahulah beliau kalah, tetapi DS Chua Soi Lek telah mengesyorkan beliau dikekalkan, apatah lagi kerana popularnya DS Ong TK baik di kawasan Parlimennya mahupun di kalangan Rakyat yang mahukan isu skandal PKFZ diselesaikan. DS Ong TK terserlah sebagai tokoh pembenteras rasuah yang meggasak isu PKFZ! Ada apa-apakah disebalik penggugurannya?

Kecewa lagi apabila mendengar akan perlantikan calon DS Samy Vellu, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri. Kecewa kenapa? Di tempatnya sendiri, Hulu Selangor, beliau tak cukup popular untuk dicalonkan bertanding PRK baru-baru ini, apakah perlantikannya akan menguntungkan BN? Mungkinkah ia hanya sekadar membantu DS Samy mempertahankan legasinya kelak?

Akhir kata, saya tak kenal anak DS Chua Soi Lek. Beliau mungkin berbakat benar orangnnya dan layak menduduki jawatan Timbalan Menteri. Malangnya, memandangkan ayahnya merupakan Presiden MCA, ini akan mewujudkan imej nepotisma dilemparkan ke atas DS Chua dan MCA sekali lagi. Ramai faham dan simpati apabila YB Chua dicalonkan mengantikan ayahnya ke Parlimen Labis pada PRU12, tetapi perlantikannya ke Timbalan Menteri mungkin keterlaluan...

Yang kita harapkan adalah rombakan kabinet untuk menyuntik semangat dan tenaga baru kepada kabinet DS Najib menjelang PRU13. Paling kurangpun, pengguguran 1-2 Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ternyata tidak membantu, malah menjejaskan harapan BN menjelang PRU13. Nampak gaya, harapan tak tercapai kali ini. Wallahualam ...

Monday, April 26, 2010

Pengajaran Dari 'Kekalahan' BN Dan 1Malaysia Di Hulu Selangor

Bersambung dari penulisan bahasa Inggeris tentang perkara ini, berikut merupakan luahan hati jurublog tentang apa yang tak kena tentang usaha BN di Hulu Selangor. Di harap ada yang berminat untuk mengambil perhatian dan iktibar dari kalangan pembaca.

Menarik sekali yang tinjauan jurublog tetang 'kegagalan' BN dan gagasan 1Malaysia dalam menang PRK Hulu Selangor dipersetujui peninjau lain. Menurut tinjauan penulis Aganda Daily, BN menang hasil kenaikan jumlah pengundi yang keluar membuang undi berbanding PRU-12. Malah, undi yang diterima oleh PKR lebih tinggi dari calon sebelumnya. Data yang dikongsi sedemikian seharusnya menibulkan cemas kepada BN, memandangkan:
  1. PKR kini kelihatan semakin pincang bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di Hulu Selangor sendiri sepanjang tempoh PRK dengan larinya para pemimpin dan wakil rakyatnya keluar parti.

  2. Faktor 'calon orang luar' yakni terpilihnya Datuk Zaid Ibrahim kelihatan tidak memberi kesan yang ketara kepada penyokong tegar PKR mahupun Pakatan di Hulu Selangor. Ternyata kepada ramai yang sekiranya Datuk Dr Hariri menjadi calon, kemenangan berkemungkinan di tangan PKR!

  3. Segala tohmahan dan cerca-merba yang dilontarkan kepada DS Anwar Ibrahim juga tidak nampak berkesan. Para pengundi seolah-olah sedia memilih parti pimpinan beliau walaupun penuh dengan kepincangan.

  4. Kerajaan negeri Selangor tidaklah begitu hebat pencapaiannya setakat ini. Malah, begitu banyak usaha pembangunan yang tertangguh dan isu seperti salah-langkah Pakatan menuduh SPRM sebagai pembunuh Teoh Beng Hock seharusnya merapuhkan kewibawaan kerajaan tersebut.

Namun, walaupun menghadapi semua yang diatas, PKR masih mampu mencabar! Paling membimbangkan sekali adalah penolakkan pengundi Cina di Hulu Selangor terhadap BN, termasuk gagasan 1Malaysia dan tawaran pembinaan Sekolah Cina di kawasan Parlimen tersebut! Sememangnya pengundi Cina lazimnya tidak begitu tegar sokongannya terhadap BN, berlandaskan ide yang kuasa BN perlu ada timbal baliknya. Namun, mungkin sokongan sekadar 50% telah diharapkan.

Tetapi terlihat sokongan Cina kepada calon BN merudum ke hanya ~25%! Sebab kenapa sokongan begitu lemah sekali dari golongan ini masih dalam pertimbangan. Ada yang menuding jari ke arah kelemahan MCA dan Gerakan meraih undi. Ada juga yang menyalahkan Kamalanathan kerana sudi melayan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa, yang juga dikatakan menyebabkan penurunan undi India dari 70% ke 60% untuknya.

Penolakkan undi Cina, malah persoalan kenapa corak pengundian begitu dipengaruhi faktor bangsa, seperti kehendak pengundi Melayu, termasuk yang menyokong BN, supaya calon Melayu diketengahkan, haruslah mencemaskan DS Najib dan para penggerak gagasan 1Malaysia. Jelas, 1Malaysia masih belum dihayati secukupnya untuk menebus benteng perbezaan pendapat antara bangsa dalam pelbagai isu. Malah, mungkin akan timbul suara nakal untuk dikecualikan bangsa Cina dari agenda BN, dan ini haruslah dielakkan sama-sekali!

Tetapi jurublog sendiri merasakan dari segi menarik undi, ada intipati kempen BN yang mungkin tidak begitu berhasil dan harus dirombak semula. Usaha mendekati pengundi seperti berkempen rumah ke rumah dan terutama sekali gerak-kerja Datuk Ahmad Maslan yang memberi penumpuan kepada pengundi dari kawasan Felda adalha contoh-contoh positif yang harus dikekalkan. Tetapi, ada juga unsur kempen berbentuk negatif BN yang kini sudah kurang berkesan, seperti:

  1. Penggunaan bekas pemimpin pembangkang, khususnya bekas ahli PKR untuk 'mendedahkan' salah-laku DS Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Pembangkang. Ini dilihat oleh ramai pengundi sebagai usaha peribadi melepaskan pekung di dada kerana kecewa dan marah terhadap DS Anwar. Maklumat yang dibawa oleh mereka mungkin menarik perhatian mereka, tetapi cara dan niat pembawa begitu mudah disangsi pendengarnya.

  2. Penumpuan keterlaluan terhadap kepincangan peribadi DS Anwar Ibrahim sepanjang kempen juga mungkin kurang wajar. Ada pengundi sehingga mempersoalkan relevan tidaknya DS Anwar diserang, dan kerana ianya bertalu-talu, begitu mudah untuk para pengundi berhenti mendengar lagi tentang kealpaan beliau. Mempersoalkan keperibadian calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, mungkin lebih relevan, tetapi juga tak seharusnya melepasi had.

  3. Pemantauan terhadap pengundi luar, yakni 25% dari para pengundi, masih agak lemah. Malah, BN seolah-olah terkejut apabila faktor pengundi luar timbul kembali dan membahayakan kedudukan calon. Kebanyakan pengundi luar tidak berapa memperdulikan apa yang diperkatakan di padang kempen, tetapi lebih peka terhadap isu di tempat bermastautin atau isu-isu nasional. maka Datuk Zaid mungkin lebih relevan sebagai calon mereka!

  4. Walaupun BN telah berjaya mengelakkan dari turunnya pemimpin-pemimpin BN yang dicemuh rakyat seperti DS Samy Vellu dan YB Khairy Jamaluddin ke medan kempen mengelak tertolaknya BN oleh pengundi, masih ada lagi pemimpin BN yang cuma berdaya 'mentuba' usaha kita untuk menang. BN haruslah memastikan pemimpin sedemikian terus disisihkan dan pemimpin baru yang sedia diterima seperti Datuk Ahmad Maslan terus diketengahkan.

Dalam membuat pemerhatian di atas, jurublog tidak mengakui diri lebih tahu dari mereka yang menggerakkan kempen BN di Hulu Selangor. Tetapi ini menjadi sekadar sumbangan untuk memperbaiki peluang BN menjurus ke PRU-13 kelak. Risiko yang dihadapi BN masih tinggi dan penguasaan 2/3 Parlimen mahupun kerajaan negeri Selangor masih sekadar impian sekiranya kedudukan BN tidak terus diperbaiki.

Lagipun, jurublog pun pasti ada kesilapan semasa berkempen...


Thursday, March 25, 2010

Kembalinya Musim Pilihanraya Kecil...

Berbulan-bulan rakyat Malaysia menikmati keamanan hidup tanpa pilihanraya kecil (PRK). Semestinya, ancaman PRK bakal ada senantiasa menghantuo kita, baik hasil perletakkan jawatan, lompat parti, kes jenayah, kes politik mahupun kematian. Kini, seolah-olah PRK bakal masuk musim kembali dengan perletakan jawatan seorang ADUN MCA di Perlis disusuli kembalinya Ahli Parlimen Hulu Selangor kerahmatullah semalam.

Orang politik juga tahu, amnya, ada dua-tiga lagi kerusi yang di ambang PRK. Di DUN Seputeh, PRK bakal dijalankan hasil ADUN-nya dizalimi oleh speaker Dewan dari parti lain manakala seorang Ahli Parlimen di Wilayah menanti pengadilan mahkamah bersabit jenayahnya. Sebagai seorang jurublog, penat rasanya melihat. Kita dalam proses mengalih perhatian kepada isu-isu yang lebih mendalam, tiba-tiba PRK kembali menghantui... hai...

Tak tahulah sejauh mana suara saya ini upaya kedengaran, tetapi ingin saya sarankan di sini kepada Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, seboleh-bolehnya, tolonglah aturkan supaya semua PRK ini berlangsung dengan serentak! Setidak-tidaknya, perit hasil PRK, baik dari segi terpesongnya perhatian pemimpin dan rakyat ke arah kawasan-kawasan terbabit sahaja mahupun bahaya di jalanraya hasil rombongan berkoyan-koyan ke PRK-PRK ini dapat dikurangkan.

Harapan saya adalah kita kemudian dapat menumpukan perhatian kembali kepada perkara-perkara yang lebih penting...

Saturday, December 26, 2009

Bergunakah Serangan Politik Terhadap Tun Dr M?

Nampak gaya, walaupun sudah sebegitu lama Tun Dr M bersara, masih ramai yang tergerak hati untuk terus menyerangnya. Terkini suatu percubaan dari Barry Wain, seorang penulis yang memang kritis terhadap Tun Dr M sekian lama. Mungkin kerana geramnya terhadap Tun, terlanjur pula kali ini beliau menuduh, tanpa landasan fakta yang utuh, kononnya Tun Dr M secara peribadi merugikan negara sebanyak RM100 Ribu Juta sepanjang 22 tahun sebagai PM.

Tuduhan tanpa sandaran fakta selain ungkapan pendapat tersebut, tercetak di dalam buku,"Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times". Ada ura-ura mengatakan buku ini mungkin diharamkan, namun ini disyaki helah pembangkang sahaja untuk mempopularkan buku tersebut. Buku tersebut tidak mengancam keamanan mahupun kesejahteraan negara. Malah, intipatinya juga tidak mengancam keutuhan kerajaan sekarang.

Mungkin kerana itulah, apabila pemimpin DAP, Lim Kit Siang (LKS), cuba mempopularkan buku tersebut dengan menyarankan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat tuduhan Barry Wain tersebut, Tun Dr M dengan rela mengesyorkan kerajaan untuk membenarkan buku tersebut dijual. Malah Tun seolah-olah lebih seronok sekiranya laris jualan buku tersebut untuk memperkuatkan kes saman terhadap Barry Wain dan yang bersekutu dengannya.

Sebagai pemerhati, kita juga agak seronok melihat Tun Dr M dengan begitu santai menghadapi tohmahan serta serangan peribadi terhadap beliau, baik yang langsung (penulisan Barry Wain) mahupun tidak langsung (saranan LKS yang tuduhan barry disiasat). Jawapan Tun bukan sekadar menepis prasangka buruk terhadapnya, malah sekaligus menyerang kewibawaan pemimpin DAP tersebut serta kesahihan tuduhan melulu Barry Wain.

Di negara Barat, kes seperti ini mungkin tidak timbul kerana takutnya seseorang penulis akan akibat sekiranya tuduhan melulu tanpa sandaran fakta akan membawa muflis apabila disaman oleh yang terfitnah. Tetapi di Malaysia, oleh kerana khabar angin sedia diterima sebagai fakta sementara surat layang dan blog menjadi penyalur maklumat yang dipercayai, para penulis mungkin tidak berhati-hati... sehinggakan 'Barry Wain' pun boleh berjangkit sama!

Namun, kepada saya sebagai penulis, isu siapa yang dituduh, bersalah-tidaknya penulis dan gelabahnya LKS tidaklah berapa penting. Pada saya, adalah lebih penting kita bertanya sama ada bergunakah kerja menyerang Tun Dr M ini? Saya malah berasa hairan apabila LKS melatah sama! Malah, LKS siap menyarankan supaya puluhan, mungkin ratusan ribu ringgit rakyat dibelanjakan semata-mata untuk 'menyiasat' tuduhan tidak bermakna terhadap Tun!

Apakah manfaat kepada rakyat yang diharapkan dari LKS dalam menyarankan Tun Dr M terus diserang kewibawaannya? Selain kepentingan politik peribadi LKS, penulis merasakan tiada manfaat lain yang boleh dicapai. Ketelusan? Ketelusan haruslah ada makna. Maka, kalau kita berjaya 'menteluskan' suasana dengan penyiasatan tuduhan Barry Wain, apakah ia memberi manfaat selain 'pengajaran'? Bukankah pengajaran sudah terkandung dalam buku yang sama?

Adakah Suruhanjaya DiRaja yang disarankan LKS berupaya membawa hukuman ke atas tuduhan Barry Wain? Rasanya tidak. Ini bukan sahaja kerana bukti tuduhan Barry Wain tidak ada. Beliau malah hanya sekadar meminjam ungkapan pendapat kritis terhadap usaha-usaha pembangunan Tun Dr M yang kerap di kitar-semula oleh media kongkongan Yahudi. Tambah pula, kalaupun ada kesalahan urus-tadbir Tun, pengundilah yang seharusnya menghukumnya, bukan mahkamah!

Kini terlihat pengkomplot dalam tuduhan melulu tanpa asas terhadap Tun Dr M tercari-cari jalan keluar dari salah-laku mereka. Dipergunakan pula teman-teman pro-Singapura di Malaysian Insider untuk menyarankan Tun Dr M menyaman Barry Wain tanpa berlengah lagi. Ini semua kerja karut yang juga tak membawa manfaat! Ingat, saya tidak memohon aksi yang lebih beradab terhadap Tun, kerana mungkin ada yang tak faham, tetapi kupohon usaha lebih berguna!

Tun Dr M seorang negarawan ulung yang sudah bersara. Hebatnya beliau sehingga nasihatnya dipinta dari seluruh pelusuk dunia. Malah musuhnya Amerika Syarikat juga pernah memohon sedikit maklum-balas bagaimana menangani pengganas sejurus selepas pengeboman pada September 11. Gerak-kerja Tun memantau dan melindungi ekonomi negara dari merudum terus sewaktu krisis ekonomi pada akhir '90-an kini menjadi asas menangani krisis yang terbaru.

Adalah lebih berguna bagi kita rakyat Malaysia, tak kiralah dari fahaman politik mana sekalipun, melapangkan dada dan memanfaatkan masa yang masih ada bersama Tun dengan menimba ilmu, pengalaman, baikpun apa-apa pengaruh tersisa padanya di arena dunia untuk memperbaiki masa depan negara-bangsa. Kerja mencomotkan nama Tun tidak memanfaatkan, malah memincangkan kita kerana status beliau sebagai ikon yang memasyhurkan nama negara.

Malaysia tidak ada Pele atau Maradona. Jauh dari itu Tiger Woods atau Roger Federrernya. Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole David belum dapat menggoncang dunia. Kita belum lagi melahirkan saintis hebat seperti Einstein atau Nicola Tesla dan alhamdulillah Nordin Mat Top hanya dicaci-cacai di Indonesia, belum ada Usamah yang bersembunyi di celah Gua Niah. Kita tak perlu Tom Cruise atau Bono sebagai hero kita. Yang kita ada Mahathir sahaja...

Makanya bukan sekadar tiada gunanya menyerang Tun Dr M selain untuk kepentingan politik, tetapi perbuatan berterusan sebegini merugikan negara. Manfaat yang boleh diberi dari mendekatinya pasti bergunung lebih dari melemaskan imejnya di mata dunia dengan debu-debu tuduhan berbaur fitnah dan tohmah tunasan iri hati terhadap beliau. Kalau geram nak memburukkan nama seorang tokoh, bidas sahaja Lee Kuan Yew yang tiada nilai bagi kita...

Thursday, December 17, 2009

Kepimpinan Melayu Menjelang Maal Hijrah

Tahun ini saya menyambut Maal Hijrah di Langkawi. Bukannya dengan perarakan anjuran UMNO, Belia atau mana-mana kumpulan masjid. Tetapi sambil membawa keluarga bercuti, menziarah tempat-tempat istimewa bagi saya sewaktu muda, seperti Lubuk Semilang yang masih dingin air terjunnya dan Hj Ramli, tak ubah lewat dihidang juadah lazatnya!

Dalam tempoh 10 hari sejak saya terakhir memblog, nampak gaya isu hangat yang berapung di jaring maya amnya masih sama, soal Kepimpinan Melayu. Pembaca mungkin bingung membaca hal ini, tetapi kepada saya jelas bahawa Kepimpinan Melayu merupakan isu lazim terapung malah tenggelamnya terlalu sekejap sebelum timbul semula sepanjang beberapa tahun sudah lamanya.

Kepimpinan Melayu lain dari Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu adalah retorik. Ia retorik yang ditimbulkan oleh golongan penulis dan pendidik nasionalis Melayu untuk menaikkan semangat bangsa Melayu. Ia tidak pernah diutarakan untuk diterima oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia, hanya khusus untuk orang Melayu menghayati sejarah sebagai tuan tanah bumi Tanah Melayu.

Terkadang pada suatu masa dahulu, Ketuanan Melayu tersisip sebagai retorik pembawa makna di dalam kursus-kursus Biro TataNegara (BTN). Mungkin dari sinilah sekalian dengan pembacaan penulisan retorik Melayu oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, Ketuanan Melayu mula dikelirukan dengan asas kepimpinan Malaysia sejak Merdekanya Malaya, yakni Kepimpinan Melayu.

Kepimpinan Melayu adalah ide bahawasanya sebagai kaum asal dan amnya teramai jumlahnya di Tanah Melayu, bangsa Melayu tidak boleh lari dari tanggungjawab memimpin di Malaysia. Asalnya Melayu memberikannya hak sejarah untuk memimpin manakala keramaian bangsa memberikan hak demokrasi yang mengutamakan suara teramai diikuti kehendaknya dahulu.

Kepimpinan Melayu mungkin terlihat jelas haknya untuk terus diterima di Malaysia, tetapi anggapan ini salah jika pemimpin Melayu hanya berpaut kepada hak sejarah mahupun ramainya Melayu semata-mata. Sebabnya adalah kerana Malaysia negara yang mempunyai golongan minoriti yang besar mahupun berpengaruh, terutama sekali dari segi ekonomi.

Islam sendiri mengajar yang hak sejarah mahupun majoriti sesuatu kaum tidak dengan sendiri menjadi asas kepimpinan sesuatu negara. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. memerintah walaupun kaum Yahudi di situ dapat memberikan jalinan sejarah lebih lama bertapak di situ dan ramainya mereka sehingga boleh berpecah kepada 3 puak! Namun Rasulullah s.a.w. dan golongan Arab-Islam memerintah...

Pengajaran Rasulullah s.a.w. dan masanya memerintah di Madinah menunjukkan bahawa golongan minoriti boleh memerintah asalkan:
  1. Minoriti bersatu-padu sementara Majoriti berpecah-belah.
  2. Minoriti menunjukkan kebolehan memerintah lebih handal dari Majoriti.

Alhamdulillah, mungkin berdasarkan pengajaran inilah, UMNO pernah berjaya memimpin Perikatan kemudian Barisan Nasional sekaligus Malaysia sejak merdekanya; kerana pemimpin Melayu tidak leka atas dasar hak sejarah mahupun ramainya kita semata-mata. Jelas juga yang bergoncangnya Kepimpinan Melayu sekarang adalah kerana bangsa berpecah-belah politiknya dan kelemahan bersemarak apabila pentadbiran Pak Lah gagal mentadbir di mata rakyat.

DS Najib kini terlihat sedang berhati-hati mengukir jalan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Kepimpinan Melayu. Usahanya mungkin sudah mula berjaya dan bukti tidak langsungnya adalah serangan terkini Pakatan terhadap institusi-institusi yang mengutuhkan Kepimpinan Melayu seperti BTN. Tetapi pada hemah saya, yang paling membahayakan usaha DS Najib dan pemimpin lain untuk menyuburkan kembali Kepimpinan Melayu bukanlah komplot Pakatan ...

Lebih membahayakan lagi adalah apabila ahli kabinet DS Najib memperagakan kenakalan ataupun mungkin kegopohan berpolitik seperti dipertunjukkan Datuk Nazri Aziz tempohari. Terkini pula, terlihat kerakusan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong seorang Ketua Pemuda UMNO yang hebat cita-citanya! Mengalpakan lagi apabila seorang pegawai politik DS Najib sendiri dipertikaikan kewibawaannya.

DS Najib dan barisan pemimpin terdekat dengannya, termasuklah TS Muhyiddin, haruslah peka mendengar baik suara rakyat baik dari blog mahupun laporan jalanan berganding dengan nasihat orang-orang lama seperti Tun Dr M yang sejarahnya masih menggilap obor Kepimpinan Melayu. Adalah lebih baik Kepimpinan Melayu diutuhkan dengan kisah-kisah hero tak didendang kita ataupun bahan sejarah mentadbir yang hebatnya diakui dunia...

... dari diberi muka berterusan kepada primadona penghancur warisan Kepimpinan Melayu 1Malaysia...

Selamat Menyambut Maal Hijrah!

Monday, December 07, 2009

Mari Berceramah Kepada BTN...

Tempohari, saya dijemput untuk memberi ceramah kepada pemimpin-pemimpin Biro Tata-Negara yang menjadi bahan kecaman Pakatan baru-baru ini. Topik yang di minta saya bincangkan adalah bersabit 'Cabaran Pendidikan' pada masa kini. Saya menganggap topik ini cukup bebas untuk menyentuh pelbagai perkara, termasuklah perlunya:
  1. Cabaran yang timbul hasil dakyah anti-1Malaysia yang menidakkan sejarah, malah memperindahkan dusta semata-mata untuk menarik minat masyarakat muda.
  2. Perlunya BTN mengemaskinikan CARA perisiannya DISAMPAIKAN kepada generasi muda bagi menyahut cabaran tersebut.
  3. Menjelaskan bagaimana generasi berteknologi maklumat harus dihormati 'kelainannya' serta untung-rugi di sebalik layanan tersebut.

Sebagai seorang yang pernah dikursus mahupun memberi ceramah dalam aktiviti BTN, peluang diberi tidak saya sia-siakan dengan mempersoalkan perisian BTN. Ini terutama sekali memandangkan BTN kini dipimpin oleh seorang veteran pembina program jatidiri, Datuk Saghul Hamid dan tokoh-tokoh Belia lama seperti 'Pak Long' Wahab yang sudi hadir pada ceramah saya.

Soalan tentang 1Malaysia timbul juga pada sesi dialog saya, dan hubungan antara konsep 1Malaysia dan pengajaran Tata-Negara dahulu jelas pada saya. Pada saya, 1Malaysia merupakan usaha DS Najib untuk memperingatkan rakyat Malaysia tentang sejarah perpaduan kita sebagai sebuah negara-bangsa yang tidak mengamalkan asimilasi, tetapi menghormati kelainan dalam persekutuan pelbagai dalam 1 gagasan. Paksi sejarah ini sesuai dengan peranan BTN.

Kerana itulah saya merasa agak kecewa mendengar cerca keluar semula dari mulut DS Nazri Aziz menuduh kononnya Tun Dr Mahathir seorang bersifat perkauman atau 'racist' kerana amnya bersependapat dengan saya, bahawa BTN tidak perlu dirombak kurikulumnya, cuma sekadar diperbaiki sahaja mungkin. Kita tahu DS Nazri mungkin kepingin menelan malu dari latahnya tempohari tentamg perlunya kurikulum BTN dirombak, tetapi kenapa harus dihina Tun Dr M?

Apakah DS Nazri sudah lupa yang Tun Dr M-lah yang membuka jalan politik luas untuk beliau, semata-mata kerana mengingati kawannya, arwah Tan Sri Abdul Aziz dahulu? Atau mungkin DS Nazri masih membawa dendam lama kerana pemimpin kesayangannya Pak Lah sudah tiada lagi di tampuk kuasa? Atau mungkin juga DS Nazri malu kerana menyedari beliau salah dan sudah terjebak dalam perangkap pembangkang yang lebih licik dielak oleh Datuk Ahmad Maslan?

Bukti kesalahan DS Nazri Aziz menjadi jelas apabila beliau kini disokong sekaligus diperkudakan pendakyah-pendakyah yang mengapi-apikan perbalahan antara kaum di Malaysia. Seperti biasa, contoh 1-2 diketengahkan yang memutar-belitkan bisa dirasa pendakyah menindakkan sejarah apabila hadir dan dipersembahkan kebenaran beralaskan sejarah dalam kursus BTN.

Kalau hendak dikatakan BTN itu maksum dan tak pernah salah langkah pun tidak. Pada zaman BTN dikuasai oleh DS Anwar Ibrahim pada suatu masa dahulu, ia digunakan untuk menyebarkan dakyah yang beliaulah pemimpin bagaikan nabi yang akan menyelamatkan negara dari salah langkah Tun Dr M! Pak Lah juga banyak menyalah-gunakan BTN pada zaman beliau Perdana Menteri. Tetapi BTN sekarang kelihatan sudah kembali kepada tujuannya yang asal.

Mungkinkah ini merunsingkan pihak Pakatan, yang BTN kini sudah kembali ke niat asalnya dan kian berjaya membetulkan dakyah palsu pembawa perpecahan. kalau tidak, kenapakah kerajaan Pakatan Selangor dan Penang takut bebenar untuk membolehkan kakitangan dan para pelajar hadir kursus-kursus BTN? Saya rasa atas dasar ini, ada baiknya para pemimpin Pakatan sendiri dijemput menyertai program BTN!

Mungkin DS Nazri Aziz pun patut hadir ke kursus BTN itu sama...?

Sunday, December 06, 2009

Nasib Korban Seorang Pejuang

Datuk saya, Junid bin Cut Li, lahir di Acheh pada zaman pergolakan ekonomi antara 2 perang dunia. Atas sebab peribadi, beliau meninggalkan Acheh dan menyertai ayahnya yang pada masa itu sedang berniaga sambil bermukim di Yan Kedah. Keluarga Junid termasuklah Nyak Gam, seorang peniaga masyhur, pejuang kemerdekaan dan sahabat Tun Dr Mahathir.

Junid telah dinikahkan kepada nenek saya Juariah binti Nyak Osman, yakni anak mandur Cut Li yang juga dari keturunan Tengku Bintang. Tengku Bintang merupakan salah seorang dari 3 Tengku bersaudara yang dikirim oleh kerajaan Acheh ke Sultan Kedah untuk membantu membenteras lanun di pesisir pantai negeri Kedah pada akhir abad ke-19.

Walaupun Junid seorang yang bertalian keluarga dengan para pemimpin masyarakat di Tanah Melayu dan beliau sendiri terlibat dalam aktiviti menentang penjajah, beliau tidak pernah diiktiraf sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Malah, begitu aneh sekali dilihat isterinya yakni nenek saya menyertai dan aktif dalam kaum ibu UMNO padahal 'Tok Junid' seolah-olah tersisih dari memegang peranan dalam organisasi.

Ini adalah kerana Tok Junid bukan rakyat Tanah Melayu. Lebih parah lagi, kerana menentang kemasukkan Acheh ke dalam Republik Indonesia, beliau juga bukan rakyat Indonesia, tetapi tergolong dalam kumpulan tanpa kerakyatan atau 'stateless'. IC beliau pada masa itu juga bukan merah tetapi menurut Ayah, berwarna lain, mungkin hijau atau putih.

Namun, kedudukan beliau yang tanpa kerakyatan tidak mematahkan semangat juang Tok Junid untuk terus menuntut kemerdekaan Malaya, terutama sekali dengan kedudukan isteri, anak-anak serta kaum kerabatnya sebagai rakyat berdaftar.

Tok Junid meninggal dunia sebelum Merdeka, namun kalaulah hidup, beliau tidak mungkin menerima kewarganegaraan serta-merta, kerana tiada sesiapa yang memperjuangkan kerakyatan beliau seperti MCA dan MIC untuk kaum Cina dan India. Ingatlah yang kewarganegaraan Malaya hanya pasti kepada orang Melayu berkelahiran Tanah Melayu menjelang kemerdekaan dan dihadiahkan kepada mereka yang diperjuangkan MCA serta MIC di bawah prinsip Jusoli.

Kerana faktor sejarah inilah Chin Peng sehingga kini bukan rakyat Malaysia manakala Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Mydin dan ratusan lagi pejuang komunis sedia diterima kerakyatan mereka setamat keganasan dengan perjanjian Haadyai. Nasib Tok Junid dan Chin Peng ini juga bukanlah janggal, tetapi lazim di serata dunia. Contohnya, apabila perjanjian Helsinki ditandatangani untuk mengamankan Acheh, ramai juga pejuang GAM yang terjebak tanpa kerakyatan!

Chin Peng seorang yang telah berjuang untuk komunisma. Perjuangan asalnya menentang penjajahan Jepun di bawah payung komunis Cina telah diubah supaya menuju sasaran Inggeris sekembalinya penjajah tersebut ke Tanah Melayu. Masalah Chin Peng dan kepimpinannya adalah beliau mentafsirkan kerjasama pemimpin Melayu dan masyarakat India serta Cina untuk mencapai kemerdekaan secara aman sebagai kegiatan 'tali-barut'.

Dari segi sejarah, mungkin pentafsiran awal Chin Peng ada asasnya, kerana apabila Inggeris berusaha menubuhkan Malayan Union, yakni berusaha menukarkan Tanah Melayu dari 'lindungan' kepada 'jajahan' para pemimpin masyarakat Cina dan India menyokong padu usaha Inggeris. Malah, sekiranya kedudukan Raja-Raja Melayu tidak terancam dan kewarganegaraan tidak dipermurahkan, mungkin pemimpin Melayu pun akan tetap lena.

Tetapi, setelah patahnya usaha Malayan Union, pemimpin masyarakat ketiga-tiga kaum ini semakin lama kian sepakat menuntut kemerdekaan. Malah, perpecahan awal UMNO dan MCA serta penubuhan MPI oleh Dato' Onn Jaafar telah membersihkan parti-parti Perikatan dari anasir-anasir pro-Inggeris yang amnya memautkan harapan mereka kepada ketokohan Dato' Onn supaya pemergian Inggeris setidak-tidaknya boleh diperlambatkan.

Kerana itulah, kecualilah Chin Peng buta sejarah, hilang ingatan, tak sampai maklumat atau kabur hubungan dengan realiti, beliau haruslah mengakui yang keganasannya merebut kuasa, walaupun setelah merdeka, bukan usaha untuk mencapai kemerdekaan semata-mata. Jika benar ia untuk merdeka, seharusnya beliau meletakkan senjata dan berganding bersama Tun HS Lee memperjuangkan kemerdekaan atau setidak-tidaknya menyerah sejurus selepas 31 Ogos 1957.

Kini beliau begitu berharap untuk kembali ke Setiawan sehingga sanggup pula diperkudakan oleh golongan yang juga ketagih kuasa versi abad ke-21. Cara golongan ini mungkin lebih halus dan aman, yakni dengan menidakkan sejarah dan menyerongkan paksi moral masyarakat muda, sehingga seorang ketua pengganas boleh ditafsirkan semula sebagai 'mangsa' kerajaan BN.

Namun dalam menidakkan sejarah Chin Peng, golongan perebut kuasa ini terlupa bahawa terlalu ramai dari kami masih segar ingatan tentang datuk-nenek mahupun ayah-ibu atau sanak-saudara yang juga merupakan mangsa komunis. Begitu manis sekali kata-kata yang Chin Peng harus 'dimaafkan' seperti komunis lain yang boleh kembali ke kampung mereka. Sebenarnya, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Mydin dan lain-lain tidak dimaafkan, tetapi bernasib baik!

Tak pernah saya dengar pun teori yang komunis ini semua dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Tetapi oleh kerana sejarah perjanjian kemerdekaan, mereka ini terpaksa diterima kembali sebagai warganegara! Yang Melayu, secara otomatik kerana lahir di Tanah Melayu, sementara bekas komunis bukan Melayu diusahakan kerakyatannya oleh MCA dan MIC atas dasar simpati, lalu diserap ke dalam masyarakat dengan bantuan NGO-NGO seperti organisasi belia MAYC.

Yang tinggal di luar hanyalah Chin Peng dan beberapa kerat yang lain. Masalah Chin Peng adalah bodoh-sombongnya - padahal apa yang perlu hanyalah untuk beliau meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan memohon bantuan MCA untuk memperjuangkan nasibnya. Tetapi ini tidak, malah beliau sedia diperkudakan untuk menidakkan sejarah oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab!

Chin Peng seharusnya menerima kenyataan. Beliau salah dalam keganasannya yang dahulu sekaligus kalah dalam pertempuran senjata mahupun perebutan matahati masyarakat Malaya serta Malaysia. Beliau tidak layak diterima sebagai rakyat Malaysia menurut perjanjian pra-kemerdekaan sekiranya tidak menerima sejarah serta prinsip Jusoli dan selagi terlalu bodoh-sombong untuk memohon bantuan MCA.

Chin Peng seharusnya lebih matang dari ini. Sekiranya merasakan dirinya masih betul dalam kekalahan, beliau seharusnya menerima nasibnya, pengorbanannya sebagai seorang pejuang. Terlalu ramai pejuang dan masyarakat kita mati atas arahannya, maka seharusnya beliau bersyukur sahaja yang hidupnya masih bebas walau kalah perjuangan! Mungkin dengan cara ini, beliau akan terlihat lebih bermaruah dalam ingatan, sepertilah Tok Junid dihargai keturunannya hingga kini.

Tuesday, November 17, 2009

Masa Depan Anwar Semakin Cerah?


Gambar foto DS Anwar minum bersama DS Najib di Parlimen menjadi topik perbincangan pagi ini. Jelas sekali masa depan DS Anwar semakin cerah... Sejak minggu lepas, banyak berita yang pasti menggembirakan DS Anwar:

  1. Serangan terbaru beliau terhadap DS Najib melalui Malaysia-Today mengingatkan kembali segelintir rakyat akan fitnah-fitnah lapuk terhadap DS Najib. Namun boleh lagi DS Anwar dilayan dengan senyum-tawa di Perlimen. DS Anwar pasti merasa sungguh kehebatannya.

  2. Beliau dilantik penasihat ekonomi dengan gaji RM 1! Saya rasa gaji tu tak penting, sudah pasti DS Anwar cukup berpengalaman untuk meraih lebih dari RM 1 gajinya dari jawatan tersebut! Tambah pula, jawatan tersebut akan memberinya 'glamer free' memandangkan banyak usaha ekonomi kroni-kroni DAP bakal diumumkan di Selangor... pasti DS Anwarlah akan dikatakan pemankinnya!

  3. DUN Kota Siputeh bakal dikosongkan, dan memandangkan 'faktor Mukhriz' tidak timbul serta calon terbaik UMNO iaitu ADUN sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif akan dipertikaikan pencalonan semulanya, ada lah peluang DS Anwar nak menebus malu di Bagan Pinang di sebuah kubu tradisi PAS.

  4. PAS semakin bergoncang hasil kerja kuncu-kuncu DS Anwar, baik cyber-trooper Anwar bertopengkan PAS mahupun pemimpin PAS yang berjiwa ABIM (ramai benar ni!), IKD (Kamaruddin Jaafar, dll) atau Yayasan Anda (Husam Musam, dll). Sekarang TG Nik Aziz pun terdedah ada unsur Rasuah dan Nepotisma dalam gerak kerjanya! Seronoklah DS Anwar!

  5. Anak buah kesayangannya Azmin Ali semakin gagah di PKR dan berjaya menunjukkan 'kejantanan' beliau dengan menyingkir Dato' Zaid Ibrahim dan Dato' Jeffrey Kitingan. Manalah tak bangga DS Anwar, sehingga 'fan' beliau KJ pun turut berusaha menaikkan nama Azmin dengan menyerangnya... padahal Azmin Ali tak relevan pun sebagai seorang pemimpin peringkat nasional...

Ah, gembira sungguh DS Anwar, pasti.... cuma ada kes liwat aje...

Friday, November 13, 2009

PAS Kata Bai'ah Talak Tiga Salah? Eh... Dah Tanya TG Nik Aziz Belum?

Saya tahu PAS mengamalkan bai'ah talak 3, bukan dari YB Khalid Samad, tetapi dari seorang Ahli Perlimen dari Kelantan. Semasa beliau menjelaskannya, ada pemimpin atasan PAS yang turut hadir mengangguk setuju. Maka, saya merasa agak terkejut apabila melihat 'spin' dari Datuk Mustafa Ali yang kononnya PAS tak pernah buat kerja bai'ah ini.

Sebenarnya, walaupun saya tak setuju dengan perilaku lazim PAS menjelang pilihanraya tersebut, ada hikmahnya kerana:
  1. Ia menjadi suatu lagi bukti sah yang PAS mengalatkan agama untuk politik. Ia mengesyorkan jurublog ini bahawa pilihannya untuk tidak menyokong PAS kerana takut terpesong perjuangan adalah betul.

  2. Ia mengesyorkan bahawa intipati perjuangan PAS sebenarnya tidaklah begitu kuat berpaut di hati walau pemimpinnya yang cukup hebat sehingga boleh menjadi calon pilihanraya sehingga memerlukan bai'ah sedemikian. Maka adalah harapan untuk kita memikat ahli PAS walau betapa tinggi jawatan pun untuk kembali ke arus asal perjuangan UMNO. (PAS kan serpihan...)

  3. Ia memberi tanda kepimpinan PAS sendiri tidak yakin akan kualiti calon-calon pilihanrayanya. Kalau begitu, apakah patut mengundi menaruh kepercayaan kepada mereka? Apakah 'bai'ah' wakil rakyat PAS terhadap Rakyat lebih diperlukan.

  4. Bai'ah seperti ini lambat-laun akan melalaikan PAS terhadap kesetiaan pemimpinnya, sehingga suntikan semangat perjuangan sebenar mungkin diabaikan. Contoh terbaik adalah YB Khalid Samad sendiri yang kini lebih merupakan wakil rakyat DAP dari PAS! Padahal yang berjawatanlah patut selalu diperingati...

  5. Pendedahan penyelewengan fungsi deen Islam ini parti akan menggoncang persepsi rakyat, terutama sekali masyarakat Islam, walau yang makan-minum-tidur berpaksikan PAS, terhadap segala aspek parti tersebut; baik dakyah kewujudannya langsung terhadap kewibawaan pemimpinnya... Buktinya? Spin Datuk Mustafa Ali kan untuk menangani masalah ini?

  6. dll

  7. dll

  8. dsb...

Namun walau ada pelbagai hikmah yang melemahkan PAS dari amalan Bai'ah ini, memanglah bagus ia didedahkan sekarang, malah ahlinya haruslah berterima-kasih kepada UMNO, BN serta barisan jentera medianya kerana menegur secara bertubi-tubi agar PAS kembali ke jalan benar. Ini kan tanggungjawab sesama Islam, dan mungkin dengan cara ini, UMNO juga dapat menunjukkan kepada PAS bagaimana seteru harusnya tegur-menegur, tanpa perlunya kafir-mengkafir...

Dari segi tokoh, 'spin' Datuk Mustafa Ali juga mengesyorkan pengamat sejarah ini bahawa mungkin ada harapan beliau menyertai UMNO suatu hari nanti. Beliau sendiri mengakui kesalahan PAS dengan menidakkan bai'ah ini, maka mungkinkah Datuk Mustafa juga akan mengikut jejak langkah bekas Presiden PAS, arwah Datuk Asri Muda, yang sempat menyertai UMNO sebelum meninggalnya sebagai petanda maafnya dari dosa PAS mengkafirkan UMNO pada zaman kepimpinannya.

Eh, tapi... Datuk Mustafa dah periksakah dengan TG Nik Aziz tentang hal ini? Soalnya, kerajaan TG dah memastikan bai'ah ini 'halal', setidak-tidaknya di negeri Kelantan, melalui Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002. Malah, akhbar pro-Pakatan Sinar adapun mendedahkan betapa 'halal'nya bai'ah sebegini menurut Mahkamah Syariah Kelantan.

Eh, tapi ini mengelirukan... kalau mahkamah syariah TG Nik Aziz khabar bai'ah ini 'halal', kenapa Datuk Mustafa rancak sekali dengan 'spin'-nya? Janganlah sampai patah harapan TG Hj Hadi agar selesai perkara dengan timbulnya kekeliruan baru antara dua paksi PAS lagi!

Saya mengharap Datuk Mustafa dan pemimpin-pemimpin PAS lain yang insaf selamatlah dari dalang-dalang yang menusuk nista, fitnah dan benci ke telinga TG Nik Aziz sekarang. TG Nik Aziz pun anak buah ulama utama yang membawa PAS masuk BN dahulu, TG Hj Mat Nur Teliar, TG Hj Mat Nur Selising dan TG Hj Umar Daud kan? Mungkin ada pemumpin PAS yang ikhlas serta insaf mahu memperingati beliau yang ketiga-tiga ulama ini arwahnya sebagai ahli UMNO...

Tuesday, October 27, 2009

Berdialog Santai Sejenak Dengan YB Dato' Dr Hassan Ali Dan YB Nasaruddin Mat Isa

Dua malam sudah, saya berpeluang menyertai perbincangan di rumah Dato' Dr Hassan Ali. Beliau telah menjemput beberapa blogger, saya rasa dengan niat untuk mengambil peluang berinteraksi bersama pelopor media yang paling rancak menghentamnya, sekalian Dato' Mustapha Ali dan YB Nasaruddin Mat Isa. Apabila diperkenalkan, tuan rumah tidak terlalu terkejut, malah ramah meraikan kehadiran saya ke Majlis, manakala pemberita Sinar dihalang masuk!

Biasanya majlis tertutup dengan blogger diadakan oleh pemimpin politik sama ada untuk memberi penjelasan 'kedudukan sebenar' pada hemah mereka ataupun bagi memantau suasana di alam maya. Dari nada serta tatacara majlis semalam, matlamat jangkamasa pendek adalah untuk memantau suasana sementara jangkamasa panjangnya bagi menjalin silaturrahim antara pemimpin yang hadir dengan juru-jurublog.

Pemimpin yang hadir selain tuan rumah adalah YB Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Jurublog yang hadir taklah ramai mana, kira-kira kuranglah dari 20 orang, tetapi ada juga yang dikatakan cukup berpengaruh, terutama sekali di kalangan pembaca mirip PAS serta Pakatan Rakyat. Saya seorang rasanya yang mengaku blogger UMNO manakala penjemput saya, Mahaguru58, terkenal dengan 'berkecualinya' dalam segala hal kecuali yang dipercayai BENAR!

Apa yang dibincangkan? Macam-macam, tapi pokok-pangkalnya adalah kemelut PAS di Selangor. Terus-terang saya katakan di sini yang Dato' Hassan mahupun YB Nasa kedua-duanya terus-menerus mengesyorkan semua yang hadir bahawa mereka setia dengan perjuangan PAS. Malah, hentam-sindir UMNO sikit pun ada, walaupun saya sudah diperkenalkan terpacak di depan mata. Tetapi mereka kelihatan resah yang ahli PAS sendiri enggan faham kedudukan mereka.

Pada hemah saya:
  1. Salah-betul pendirian mereka, kedua-dua pemimpin PAS ini kelihatan sopan dan berlaku benar dalam memberi penjelasan. YB Nasa dengan terus terang menjelaskan mandat yang diamanahkan kepada beliau oleh majlis-majlis kepimpinan/ulama PAS untuk berbincang dengan UMNO di mana sesuai sejak PRU-12. Intipatinya tidak boleh saya huraikan di sini, tetapi beliau selesa juga mengatakan perbincangan dengan UMNO tidak berhasil.

  2. Dato' Hassan juga memberi kepastian kepada jurublog ini yang sebab beliau tidak ingin meninggalkan Pakatan Selangor adalah kerana beliau dan pemimpin PAS sebaris dengannyalah satu-satunya suara mempertahankan hak umat Melayu Islam Selangor di dalam kerajaan Pakatan tersebut! 'Melayu' yang lain kelihatan kelu apabila berdepan dengan DAP mahupun dicabar ahli PKR yang bukan Islam!

  3. Kedua-dua pemimpin ini kelihatan agak hormat terhadap TG Nik Aziz, sehingga tidak membalas bidasan Tok Guru, selain menjelaskan harapan mereka yang mesyuarat khas pada hari Rabu akan meleraikan segala persengketaan. Malah, apabila ditanya tentang pengetahuan TG Nik Aziz tentang keputusan kepimpinan mahupun Dewan Ulama PAS, mereka kelihatan tersipu-sipu menjelaskan yang Tok Guru sering tidak hadir!

  4. Berdasarkan di atas, saya rasa harus ada keyakinan pada pengikut PAS untuk terus yakin akan kepimpinan YB Nasa, dan utama sekali, umat Islam di Selangor, tak kiralah parti mana, sepatutnya menyokong usaha-usaha Dato' Hassan yang betul! Ini termasuklah usahanya menghalang arak dijual meleluasa di Selangor (akta negerinya pun yang UMNO/BN luluskan dahulu!) dan mempertahankan maruah Melayu dari tohmahan Harbi di SelCAT!
Politik kita ketepikan dahululah kalau yang Dato' Hassan buat tu betul! Penyokong BN terutama sekali orang-orang UMNO haruslah matang fikiran dalam hal ini. Kalau betul usahanya, kita sokong, tapi bila PRU/PRK, berentap lagi! Sebab pertelagahan kita dari segi prinsip masih belum punah. Tetapi yang betul, kena sokonglah...

Kini sebenarnya saya merasa pelik sedikit... rupa-rupanya sudah ada banyak blog PAS yang menggunakan kehadiran saya dan memutar-belitkan perjalanan majlis semata-mata untuk membantai Dato' Hassan dan YB Nasa! Tak patut, dan tak matang! Padahal saya hadir bukan sebagai 'orang UMNO' tetapi ahli Muslim Bloggers' Alliance! Mungkinkah ini hasilnya politik fanatik dan taksubkan ikon tertentu di dalam PAS, seperti TG Nik Aziz, sehinggakan ia kini seolah-olah makan tuan! Wallahualam...

Sunday, October 25, 2009

Memahami Nik Aziz...

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, seorang ikon party yang imejnya merupakan asas kekuasaan PAS di Kelantan, kini dipertikaikan kewibawaannya.

Agak malang bagi beliau yang usahanya mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) ala-MCA untuk mengganyang 3 tokoh kepimpinan parti bukan sekadar diperlekehkan dan diubah menjadi 'Mesyuarat Khas'. Kini kelihatan beliau tertuduh menimbulkan ide EGM ini, bukan atas dorongan DS Anwar Ibrahim, tetapi semata-mata untuk menyembunyikan berita perlantikan menantunya ke jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd.

Namun sekiranya lebih ramai mengetahui asal-usul politik PAS-nya TG Nik Aziz, mungkin mereka akan lebih memahami yang seolah-olah mementingkan diri sebegini merupakan titik-tolak perjuangan politik beliau.

TG Nik Aziz dahulunya seorang penceramah agama di bawah naungan Kemas. Ya, Tok Guru pun berasal dari jentera dakwah UMNO sendiri, seperti juga Hj Hadi Awang dan tak jauh berbeza dengan kedudukan pendakwah kerajaan seperti Datuk Hassan Ali, Ismail Kamus serta ramai lagi yang menidakkan budi demi mengejar kuasa... apa nak buat, dah nak kiamat!

Pada tahun awal 60'an(?), TG Nik Aziz memohon dinaikkan pangkat ke Penyelia Kemas atas dasar kualiti kerjanya sambil mengharapkan ihsan kerajaan melihat anaknya agak ramai. Malangnya bagi beliau, walaupun Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada masa itu menyokong kenaikkan pangkat beliau, arwah Tan Sri Mohamad Yaacob, Menteri Besar Kelantan, tidak bersetuju malah menyarankan jawatan tersebut diberikan kepada seorang yang lebih layak.

Apabila mendapat berita penolakkan permohonan naik pangkat tersebut, TG Nik Aziz marah. Malangnya, konsep kesabaran yang sebahagian dari iman lari dari pemikiran, lantaran itu, beliau meninggalkan KEMAS dan terus menyertai PAS! Susahlah nak kata TG Nik Aziz masuk PAS sebab memperjuangkan Islam, ternyata beliau menyertai kerana hangat dekat Menteri Besar tersebut (semasa itu pemimpin Perhubungan negeri) sebab tak dapat naik pangkat!

Ini mungkin menjelaskan sedikit kenapa TG Nik Aziz bersedia menidakkan agama, malah membuat pelbagai hujah yang agak senget semata-mata untuk menghentam UMNO! Mungkin walaupun sudah mencapai nikmat kuasa sekian lama, dendam beliau sebab tak dapat naik pangkat dahulu masih belum reda! Namun pada hemah saya, telatah Tok Guru kini kelihatan kian buruk berpunca dari salah satu larangan yang kerap membawa kecundang kepada pemimpin, riak.

Sayangnya, ilmu pada TG Nik Aziz memang ada dan beliau mampu mengolah kefahamannya dengan indah, seperti di dalam video 15Malaysianya. Namun kerana riak, riak ilmu, riak kuasa dan pengaruh, riak dipuja, segala keindahan yang mampu dibawa oleh beliau bakal terhakis bersama dengan nama baik serta jasa-baktinya. Yang menyusahkan lagi adalah apabila anasir-anasir negatif, seperti DS Anwar Ibrahim, kini kelihatan lebih dekat dengan Tok Guru dari ulama!

Di dalam memahami kisah TG Nik Aziz, yang sudah sekian lama kelihatan tanpa had kuasanya, baik di negeri Kelantan mahupun di dalam arena politik dalaman PAS, kita mengambil iktibar dari kata-kata bekas Perdana Menteri Inggeris, William Pitt the Elder, yang pernah mengatakan:


"Unlimited power is apt to corrupt the minds of those who possess it"

"Kuasa tanpa had sering mengkorup minda pemegang kuasa tersebut"
Wallahualam...

Saturday, October 10, 2009

Terdesakkah Pakatan Di Bagan Pinang?

Saya kembali ke Bagan Pinang buat kali ke empat malam tadi menjelang akhirnya tempoh berkempen. Teman-teman sini bercerita bagaimana DS Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz turun padang sejak Jumaat untuk membantu kempen calon PAS yang kelihatan tidak memberansangkan. Namun, bibit-bibit terdesaknya Pakatan Rakyat di Bagan Pinang kelihatan menjadi-jadi malam tadi.

Saya telah memikirkan yang usaha menidakkan kesahihan undi Pos, walaupun PAS memenangi ~1600 undi Pos di Bagan Pinang pada PRU-12 dan pengetahuan umum orang politik yang DS Najib Tun Razak pun pernah hampir kalah Parlimen Pekan dahulu kerana undi Pos, telah dianggap ini semua usaha untuk mengaburi rakyat akan sebab PAS bakal kalah di Bagan Pinang. Namun kini jelas tersirat di dalam 'wayang' PAS ini adalah usaha menarik undi Pos itu sendiri! Halus sekali...

Jadi, wayang undi Pos bukanlah tanda terdesaknya PAS, dan pergaduhan Pemuda PAS dan UMNO malam tadi juga tidak menjadi petanda. Sehinggakan anggota polis yang cuba meleraikan pun ditibainya oleh Pemuda PAS! Namun kekasaran di PRK-PRK sudah menjadi lumrah sekarang; pada penamaan calon sahaja dapat dilihat jelas golongan wanita diherdik oleh penyokong PAS, khususnya yang dari luar... Jadi kasarnya Pakatan di Bagan Pinang bukan petanda terdesak.

Yang menjadi petanda sebenarnya terlihat semalam apabila saya menghadiri ceramah DS Anwar Ibrahim di Desa Rusa. Di situ, terlihat ramai sungguh manusia yang mendengar dengan khusyuk! Pasti akan dikatakan sampai 5 ribu yang hadir, tetapi yang dilihat mata jurublog ini pun jumlahnya tak lekeh, ~800 orang kut... Masalahnya satu sahaja... di sini-sana terlihat jelas yang hadir memakai:
  • T-Shirt 'Molek Doh' PAS Kelantan
  • Jeket PAS Baling
  • Bandana PAS Perak
  • Lencana Urusetia PKR rata-rata negeri

Apabila DS Anwar beredar ke lokasi lain dan calon PAS, Zulkifli Omar, mula berucap, majoriti hadirin pun beredar dengan DS Anwar. Malah, penjual Sate pun siap matikan arangnya untuk berpindah sama! Jelas sekali penonton ceramah DS Anwar yang meramaikan suasana tersebut orang luar amnya! Yang tinggal beberapa kerat mendengar calon PAS tu mungkinlah orang Bagan Pinang, itu pun kita boleh sangsi!

Pakatan terdesak, kerana di Bagan Pinang, kelihatan UMNO dan BN jelas masih bernyawa, terutama di matahai masyarakat Melayu! Maka kalau kalah pun TS Isa, jelas ia membuktikan yang bukan sahaja undi Pos tiada penyelewengan yang disengajakan, tetapi Pakatan didukung oleh kaum bukan Melayu amnya. Ye lah, kaum bukan Melayu memang tak habis gusar lagi dengan DS Samy Vellu, TS Koh Tsu Koon, dsb.

Malah, kehadiran kurang dari 20 orang di ceramah Hj Hadi tempoharilah pencetus cemas di kalangan pemimpin PR. Ia menimbulkan persoalan, dimanakah sokongan rakyat yang kononnya jitu di rata negara untuk Pakatan 'Rakyat'? Ia pasti menjejaskan semangat juang penyokong Pakatan, malah menjejaskan dakyah yang UMNO serta BN kian pupus di kalangan pengundi baru. Maka turunlah berduyun-duyun penyokong luar ke Bagan Pinang untuk meramaikan suasana!

Malangnya, mereka semua bukan pengundi Bagan Pinang! Maka pasti menangkah BN pada hari ini? Wallahualam... masih di tangan tuhan yang menggerakkan hati pengundi di sini...

Buat pengetahuan, pemantauan terkini menunjukkan sokongan Isa 60:40 PAS di Bagan Pinang. Kini jentera membawa pengundi ke pusat mengundi menjadi penentu kemenangan. Kiranya UMNO/BN kalah sekarang, kemungkinan besar kerana leka...

Saturday, October 03, 2009

Kalau Betul Undi POS BN Kontrol...


Semalam penamaan calon di Bagan Pinang. Seperti biasa saya tak 'turun padang' untuk aktiviti yang tak membawa undi ini. Biasanya perarakan penamaan calon memang seronok, terutama sekali untuk penyokong yang datang dari jauh, sesetengahnya memang untuk meraih undi, tetapi bukan sedikit bagi 'menunjuk muka' atau semata-mata 'melancong' ke pilihanraya kecil terkini. Nasib baik saya tak pergi, rupa-rupanya cuaca buruk hinggakan hujan penumbuk pun turun sama!

Pada saya lebih penting saya mengkaji dan berhujah sedikit tentang hal undi Pos ni. Saya berharap, PAS janganlah terus-menerus cerita tentang hal undi Pos ni. Bukan, apa, semakin lama, semakin berbunyi sebagai alasan kekalahan dan orang pun semakin muak mendengarnya! Macamlah undi Pos tu tak boleh di pantau! Antara masalah ditimbulkan dari terlebih masaknya hal undi POS ini untuk PAS adalah:
  1. Bayangkan, berbuih mulut penceramah PAS, sakit jari pengkomen 'cyber-trooper' Pakatan dan berdenyut otak blogger anti-BN menghentam bagaimana undi Pos '100%' dikawal oleh UMNO. Tiba-tiba, tak perlu media-masa, blog-blog (kalau orang muda nak percaya), termasuk yang simpati kat Pakatan pun, sedia menangkis dakyah ini! Bergantung sumber, PRU-12, PAS mendapat ~1200-1600 undi POS Bagan Pinang! Amendenye yang BN kontrol?

  2. Kalaulah betul PAS tak berharap mendapat undi Pos, kenapakah ini menjadi isu yang mengancam pemilihan Zulkifli Omar sebagai calon PAS hingga ke saat terakhir? Kenapakah kekuatan calon PAS sebelum ini, Hj Ramli bin Ismail, untuk meraih undi Pos sebagai seorang pesara askar menjadi satu faktor yang dipertimbangkan?

  3. Setelah memfitnah kerajaan BN dan SPR begitu lama perihal salah-laku dalam pengurusan undi Pos, bersediakah PAS meminta maaf sekiranya setelah terlaksanannya cadangan mereka supaya peti undi POS disimpan di bawah jagaan oleh pegawai SPR, bukan askar dan polis, tidak membawa lebih undi kepada mereka? Adakah PAS bersedia memohon maaf kepada pihak askar dan polis yang kewibawaannya turut tercelar melalui cadangan mereka?

  4. Bilakah PAS bercadang untuk memohon maaf setelah berkali-kali dibilang, kini sekali lagi diperjelaskan yang mereka, mahupun BN, tidak dibenarkan berkempen di kem askar oleh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia, bukan SPR mahupun kerajaan, kerana faktor keselamatan negara. Adakah dakyah mereka akan terus berkumandang seperti biasa?

Pada hemah jurublog ini, baguslah undi pos banyak di Bagan Pinang. Bolehlah membantu orang faham hal sebenar di sebalik dakyah ini... kalau mereka mahu ingin betul-betul faham la! Setidak-tidaknya, kalau TS Isa Samad kalah atau menang pun tipis nanti, adalah untung pada BN dengan menghilangkan mitos 'BN kontrol undi pos' ni, macamlah dongeng 'undi hantu' kini ghaib memandangkan tak lojik teori pengundi hantu bila Pakatan menang besar di PRU12!

Bolehlah juga kita semua celik sama yang mungkin polis dan tentera ini banyak mengundi BN bukan kerana aibnya mereka atau teraniaya melalui undinya, tetapi sebab ahli beruniform ini bersetuju dengan BN sebenarnya! Ya lah, samalah macam 1601 pengundi Pos di Chempaka, pasti ramai juga yang mengundi Nik Aziz kan? Hehehe...

UP: Saya dah sampai padang... malam ini telah dijemput berucap di kampug Bagan Pinang. Kalau sudi, mailah! Paling-paling boleh lepas geram membu kat saya! :-)

Thursday, October 01, 2009

Kenapa BN Seharusnya Kalah Di Bagan Pinang... Dan Kenapa Tan Sri Isa Samad Bakal Menang...

Terlalu ramai kawan, apatah lagi lawan, yang bakal marah kepada jurublog ini kerana menulis bagaimana seharusnya BN kalah di Bagan Pinang. Tetapi ada baiknya ini ditulis oleh orang UMNO, supaya dilihat sebagai sebahagian dari renungan dan usaha memperbaiki parti dari dalam dan bukan propaganda politik semata-mata. Kenapakah BN seharusnya kalah di Bagan Pinang?

  1. Fitnah berganding layanan buruk terhadap seorang jaguh politik UMNO tempatan yang walau masih disayangi rakyat sehinggakan mendahului calon lain dalam pilihan, dibiar nama baiknya comot tanpa pembetulan.

  2. MIC kekal porak-peranda termasuklah di Teluk Kemang, di mana pemimpinnya, walau bertelingkah dengan Presidennya, masih tak lalu dipilih masyarakat India, apatah lagi meraih undi untuk calon UMNO!

  3. UMNO masih lagi dibuai mimpi yang ia,"Bukan asyik kalah, tetapi masih belum menang... ?!?!?!" Buaian mimpi ini membuat UMNO cuai dan berlaku acuh-tak acuh tentang keputusan yang harus diambil untuk menghembuskan nyawa baru ke dalam parti.

Kalau nak diikutkan, keputusan siapakah calon di Bagan Pinang seharusnya mudah, tetapi yang itu pun tertangguh bersabit perkara di atas! Padahal permainan propaganda Pakatan Rakyat sudah berjalan dengan rancak sekali! Lagi ditunda keputusan calon, lagi melaratlah situasi untuk BN. Oleh itu, sebelum mengupas fasal-fasal tersebut, ingin saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana dipilih juga akhirnya dan syabas kepada kepimpinan UMNO.

Hero Linggi Kewibawaan Dicabuli, Pemimpin Dah Berganti Bila Nak Diampuni?


Kenapakah Tan Sri Isa Samad masih popular dalam UMNO. Malah, kenapakah beliau masih dipilih calon ADUN, sejurus selepas melangkah tanpa halangan ke jawatan Ketua Bahagian Teluk Kemang tempohari? Kerana amnya orang UMNO tahu, Tan Sri Isa sepatutnya tak dihukum gantung keahlian dan dilucutkan jawatannya kerana rasuah oleh Lembaga Disiplin UMNO beberapa tahun lalu. Ini kerana beliaulah calon Naib Presiden paling bersih pada Pemilihan UMNO 2004!

Kenapa beliau dihukum jua dan dengan berat sekali memandangkan 'kesalahannya' adalah sudi hadir majlis penyokongnya yang dibiaya sendiri oleh para penganjur, memandangkan ada orang yang sogok duit dan bagi kontrek kelas F baru-baru ini kena 'amaran' sahaja, ada dihuraikan di sini, sini, sini dan sini. Tak perlulah kita persoalkan lagi konspirasi menjatuhkan Tan Sri Isa dahulu. Pendek kata, ada orang takut beliau naik menjadi Timbalan Presiden parti kelak!

Tetapi, memandangkan kepimpinan UMNO pun dah berubah, kenapakah kes beliau tidak dibuka semula untuk memberi keadilan sebenar kepada beliau? Malah, banyak kes Lembaga Disiplin UMNO zaman Pak Lah patut dibuka semula. Ada yang kerana yang dihukum 'bersalah' seperti Tan Sri Isa... bukan bersalah rasuah, tetapi menjadi saingan politik kepada Ikon-Ikon Korupsi. Ada pula hukuman terlalu ringan dikenakan Ikon Korupsi dan yang bersekutu dengannya...

Hasilnya, orang luar mahupun beberapa kerat ahli yang baru masuk UMNO, yang tak tahu menahu tentang hal konspirasi dalaman sebegini, semua memikirkan TS Isalah antara perasuah besar dalam UMNO! Ini adalah fitnah kepada peribadi TS Isa yang harus diperbetulkan. Apabila dia terlihat calon ADUN terbaik untuk bahagiannya, barulah terfikir, terhegeh-hegeh memikirkan macam mana nak mengubat dosa ini! Kerana dosanya bakal mengancam masa depan parti!

Lebih buruk lagi, ada pula orang yang untung dari konspirasi dahulu, tak sedar diri! Yelah, orang tak reti politik, naik tinggi dalam Bahagian pun kena 'parachut' oleh Pak Lah! Yang tak sedar diri, berkempen ke sana-sini di Negeri mengata TS Isa pilihan calon yang buruk! Apa, dia tak sedar ke yang orang Teluk Kemang, pengundi Bagan Pinang, ramai GERAM sebab TS Isa kena pejatuh dahulu! Diorang tahu, kalau tak, mungkin pemimpin kampung mereka inilah sekarang jadi TPM!

Maka pada hemah saya, orang Bagan Pinang, sebagai pengundi Teluk Kemang yang mesra dengan TS Isa sehingga sekarang, memang tak ada sebab untuk menyokong BN. Hero mereka dijatuhkan dengan hina sekali! Kenapalah rasanya di Teluk Kemang khususnya, kubu BN yang menyaksikan pelbagai pembangunan, BN kalah begitu banyak kerusi, termasuk Parlimen? Kenapakah Negeri Sembilan pun BN hampir kalah? Rasanya, unsur marah atas nasib TS Isa di antaranya...

Mengetahui ini, patutkah kita hairan yang tiada pilihan lain selain TS Isa untuk mengubati sedikit luka penduduk Teluk Kemang, termasuk Bagan Pinang? Itu pun ramai masih sedar dan tertanya-tanya, bilakah fitnah rasuah TS Isa ini akan dibersihkan dari terus menghantui politik beliau? Yang tak reti politik tapi membenci TS Isa tu sekarang terduduk la...

MIC Porak-Peranda, Masyarakat India Nak Pilih Siapa?


Sebenarnya, di atas adalah faktor yang mempengaruhi penyokong UMNO khususnya dan masyarakat Melayu serta Teluk Kemang amnya, tetapi ia cuma sebahagian sebab kenapa BN seharusnya kalah di Bagan Pinang. Maklumlah, orang UMNO ni, kadang-kadang, marah macam mana pun terhadap kepimpinan, tunggul diletak jadi calon pun diundinya! Taklah seteruk PAS, tetapi cukup supaya mungkin walaupun marah tentang hal di atas, tak cukup lari untuk kalah BN.

Yang menyebabkan BN seharusnya pasti kalah di Bagan Pinang adalah faktor Samy Vellu yang masih terus menyengkam nyawa dari masa depan tubuh politik MIC! Di Teluk Kemang, situasi MIC malah lebih teruk! Ketua MIC-nya adalah Dato S. Sothinathan, yang baru-baru ini kalah bertanding Timbalan Presiden MIC atas agenda yang anti-Samy! Dahlah di Teluk Kemang sendiri Sothinathan sekarang sudah tak popular, sampai kalah PRU-12! Alamat berpecahlah MIC Teluk Kemang!

Memandangkan masyarakat India berpotensi menyumbang 19% dari jumlah undi di Bagan Pinang dan pada PRU-12 sudah pun menunjukkan kesanggupan memilih calon PAS, faktor kesediaan masyarakat India mengundi calon BN amatlah penting! Soalnya sekarang, calon UMNO manakah yang popular di kalangan masyarakat India Bagan Pinang, yang terdiri dari pekerja estet dan keluarga. Sekiranya tiada, alamat kalahlah BN akibat kepincangan MIC untuk membantu!

Alhamdulillah, ada seorang pemimpin UMNO tempatan yang terkenal sentiasa sedia menyelesaikan masalah masyarakat India di estet. Malah, walaupun berada di luar bidang kuasa politik seketika, kemesraan beliau dan kebolehannya berkomunikasi serta bergaul dengan berseloroh telah mengekalkan dirinya dalam ingatan masyarakat India yang kalau tidak, amnya cukup tak puas hati dengan BN! Pemimpin UMNO yang dimaksudkan tersebut adalah TS Isa Samad!

Menarik sekali! Nampak gaya kesediaan masyarakat India menerima semula keterbukaan, keikhlasan dan khidmat-bakti TS Isalah yang mungkin menghidupkan kembali nyawa politiknya! Terduduk lagilah musuh-musuh UMNO TS Isa yang pengundi Melayu pun tak tentu dapat dicapai kesetiaannya, apatah lagi masyarakat bukan Melayu! TS Isa berpeluang membuktikan masih ada pemimpin UMNO yang semulajadi 1Malaysia perwatakannya...

Kalau ada pendapat yang ini tidak cukup merangkumi pendapat pengundi Cina, jangan bimbang! Jurublog ini mengesahkan maklumat ini dari sumber akar-umbi Cina dari Teluk Kemang la! Kaum Cina pun nampak gaya bersedia mengundi... TS Isa! BN belum tentu lagi, tetapi TS Isa... mungkinlah!

Mimpi UMNO Tidak Kalah, 'Belum Menang' Menjadi Helah...

Strategi UMNO sepanjang PRK-PRK yang lepas di Semenanjung, di mana semuanya KALAH, dan yang memang nak kalah, KALAH TERUK(!), semuanya rapuh. Sebabnya yang nyata adalah tiga:

  1. Pilihan calon yang tak dapat diterima pengundi. Ini jelas berlaku terutama sekali di 2 PRK, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Yang di Kuala Terengganu tu bolehlah salahkan Pak Lah, tetapu Permatang Pasir menunjukkan masalah pilihan calon melarat... mungkin yang memilih calon di Permatang Pasir tu tak reti kut?

  2. Apabila calonnya baik dan BN berpeluang menang, mulalah perosak harapan datang 'berkempen' sama untuk menumpang nama 'penyebab' kemenangan! Contohnya, di Bukit Selambau, bila nampak nak menang, tiba-tiba terbitlah Samy Vellu dan lain-lain pemimpin yang dibenci, mengingatlan pengundi India khususnya serta seluruh masyarakat akan kenapa BN patut kalah! Calon Manek Urai pula dikait dengan Ikon Korupsi... konon Pemuda kan?!

  3. UMNO masih dilamun mimpi kemenangan lama, kerap terlupa akan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat sekarang. Di Bukit Gantang, petanda BN bakal kalah sepatutnya tampak dari jauh! DS Nizar merupakan calon tepat bagi PAS bukan kerana beliau baru dijatuhkan dari jawatan MB Perak pada masa itu. Ibu berketurunan Cina beliau memang dari Bukit Gantang, sebahagian masyarakat minoriti terbesar di sana. Susah BN nak menang!

Lamunan mimpi seperti inilah mungkin antara penyebab kenapa, sementara Pakatan bukan sekadar berusaha menang, malah sudah menyediakan alasan atau 'spin' mereka akan sebab mereka bakal kalah, ada pula pemimpin UMNO yang sibuk menunjukkan pengaruh mereka dalam memilih calon. Ini bukan seperti Tun Dr M yang memberi pendapat yang jitu, kaya dengan makna tak kiralah baik-buruknya. Ini pemimpin yang sibuk mencari keuntungan dari pastinya menang BN.

Tabiat 'mengelamun' seperti inilah meyakinkan jurublog ini yang BN tidak mengharapkan kemenangan dari perlaksanaan apa-apa strategi untuk Bagan Pinang. Mungkin lamunan ini berterusan kerana mereka tidak sedar yang seharusnya BN kalah di Teluk Kemang atas sebab-sebab di atas.

Maka Kembalilah Hero 'Comot' Yang Dianiaya... Sebagai Penyelamat!


Namun alhamdulillah, pemimpin teratas BN, DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin, ternyata tidak dilamun mimpi lagi. Mereka faham yang BN harus menjamin kemenangan di Bagan Pinang, bukan sahaja untuk menunjukkan keupayaan BN untuk menang kembali, tetapi untuk mempertahankan majoriti tipis BN di DUN Negeri Sembilan. Sekarang bukan masa lagi pun untuk memikirkan imej BN buat jangkamasa panjang, tetapi untuk memastikan BN menang.

Alhamdulillah mereka juga tidak hidung tinggi memikirkan BN pasti menang di kubunya di Bagan Pinang. Syukur mereka mengetahui yang atas sebab-sebab di atas, BN seharusnya kalah di mana-mana PRK sekitar Teluk Kemang. Syabas kerana mereka sedar yang Tan Sri Isa Samad adalah calon tepat untuk mengesyorkan kemenangan di Bagan Pinang. Usaha masih perlu ada, tetapi mungkin BN sudah kembali ...

Wallahualam... kita sama-sama perhatikan...

Tangential Malay Search Results