Tuesday, October 28, 2008

Akhirnya Calon Ketua Pemuda Bersuara Lebih Relevan!

Saya sebenarnya tertunggu-tunggu kenyataan yang lebih relevan dan bernas datang dari calon-calon Ketua Pemuda UMNO untuk menilai keikhlasan dan paksi perjuangan mereka. Jelas kini Datuk Mukhriz membawa wadah yang boleh diterima-pakai oleh anak-anak muda Melayu dengan jawapannya kepada cabaran Naib Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai supaya kelayakan ekuiti 30% Bumiputra untuk penyenaraian ke Bursa Malaysia dihapuskan.

Buat pengetahuan am, hasil dari adanya syarat 30% ini bermakna setiap penyenaraian baru haruslah beserta pelabur persendirian atau syarikat Bumiputra sebanyak 30% di kalangan pemegang saham awal. Yang untung bukan sahaja pelabur Bumiputra yang mampu, tetapi juga semua syarikat pelaburan yang membawa kepentingan Bumiputra, seperti PNB (ASN, ASB, dll lagi), Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Felda, Koperasi-Koperasi dan sebagainya.

Adakah saya setuju dengan pendapat Datuk Mukhriz? Mungkin bukan 100%. Tetapi yang jelas, aksi begini lebih diperlukan oleh Pemuda sekarang dari keinginan mahupun keupayaan berdebat dengan hebat...

Monday, October 27, 2008

Khairy Jamaluddin... Calon Ketua Pemuda UMNO Yang Membingungkan...

Para pelawat setia blog ini tahu saya cukup anti Khairy Jamaluddin (KJ) yang terlihat terlalu banyak penglibatan negatif dalam kerajaan, baik secara langsung atau tidak langsung. Namun, saya tetap merasa puas bila melihat beliau layak bertanding Ketua Pemuda UMNO atas dasar:
  1. Ia memberi peluang untuk mengembalikan wang yang sudah dikaut beliau dan pengikutnya kepada segolongan mangsa, baik para perwakilan mahupun peniaga kecil dan besar hasil tempias kempennya kelak.

  2. Sesuai dengan konsep menentang sistem kuota pencalonan UMNO yang sedia ada, kita mestilah memberinya ruang untuk bertanding juga, walaupun tidak berapa suka.

  3. Setidak-tidaknya, jumlah pencalonan KJ membuktikan ada juga Pemuda yang menyokongnya. Ini sering menjadi tanda-tanya semenjak beliau menang tanpa bertanding ke jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan 2004.

Tetapi nampak gaya kempen KJ bermula dengan kedudukan yang membingungkan. KJ telah mengemukakan cadangan yang debat terbuka diadakan di antara calon-calon KP. Ini cadangan menarik, tetapi hujah-hujah yang beliau kemukakan untuk menyokong cadangan beliau sedikit aneh. Komentar saya berikut merujuk laporan akhbar Utusan ini. Komentar saya:

  1. KJ menyatakan yang beliau mahukan debat tersebut kerana beliau ingin calon-calon menjelaskan 'prinsip perjuangan' masing-masing. Ini membingungkan saya kerana setahu saya, kebanyakan perwakilan Bahagian mahupun ahli Pemuda sekalipun tahu sudah prinsip perjuangan setiap calon.

    Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) mahu Pemuda Berani Berubah dari dalam, baik dari segi sikap, keterampilan mahupun tindak-tanduk dan siap mencabar supaya Peralihan Kuasa berlaku, malah dipercepatkan lagi. Datuk Seri Khir Toyo (KT) mahukan Pemuda Berani juga, tetapi lebih mengetengahkan keperluan jentera Pemuda lantang mencabar pembangkang untuk menang kembali 5+1.

    KJ pula mahu Setiakawan... Setiakawan... OK lah, mungkin KJ perlu memperjelaskan prinsip perjuangan beliau sendiri, tetapi bukankah KJ berkata baru-baru ini yang beliau ingin menyambung zaman ke'gemilangan' Pemuda di bawah kepimpinan Datuk Hishamuddin Hussein dan beliau yang sedia ada? Ke'gemilangan'... hmmm...

    Mungkin ini masalah KJ sendiri. Apa kata KJ sahaja mengadakan beberapa majlis, lengkap dengan soal-jawab "Q&A" terbuka dengan ahli-ahli yang hadir? Walaupun stail KJ sekarang yang bergerak meja ke meja selepas ucapannya di majlis-majlis terlihat lebih intim, tetapi beliau nampaknya sendiri mengakui ia kurang upaya menjelaskan prinsipnya.

  2. Sebagai seorang yang dicalonkan ke Exco Pemuda, saya telah dinasihatkan yang kita tidak boleh berkempen untuk pemilihan kali ini. Ini menurut kod etika parti yang terkini. Tetapi KJ, sebagai seorang berjawatan dalam parti dan menantu Presiden, nampak begitu beria-ia mahu berkempen. Adakah ini bermakna yang sebenarnya kita dibenarkan berkempen sempena pemilihan Mac depan, atau mungkin beliau sahaja yang dibenarkan berkempen?

  3. KJ yang mencadangkan debat tersebut diadakan, tetapi kemudian mengharapkan seseorang memberitahu beliau tempat, masa dan tarikh ia diadakan. Ini membingungkan kerana sebagai orang No. 2 dalam Pemuda sekarang, semestinya KJ bertanggungjawab mengatur sendiri usaha debat ini. Tambah pula ini cadangan beliau. Adakah beliau mengharapkan orang lain mengurus untuknya? Beginikah gaya kepimpinan beliau?

  4. KJ berpendapat yang debat Pemuda tersebut akan merapatkan rakyat lagi kepada UMNO. Ini saya rasa satu ide yang pelik dan terlalu riak untuk diakui oleh anak muda kita. Bukankah lebih penting untuk sesuatu parti dalam kerajaan melaksanakan janji pilihanrayanya bagi merapatkan diri dengan rakyat dari memperagakan tikaman lidah pemimpin-pemimpin mudanya?

    Malah, intipati 'Prinsip Perjuangan' yang dicadangkan KJ pun bukanlah persoalan yang menarik perhatian rakyat kebanyakan. Buat pengetahuan KJ, rakyat kini lebih berminat tentang isu ekonomi, kos hidup, jenayah, peralihan kuasa segera bagi membolehkan kerajaan menangani masalah negara dengan lebih cepat, dll.

    Debat terbuka tentang 'Prinsip Perjuangan' pada hemah saya akan hanya menambah kecemuhan rakyat terhadap Barisan Nasional dan UMNO, yang kelihatan masih 'syok sendiri'. Lebih teruk lagi, ia mungkin juga menjadi modal baru pembangkang untuk menjelekan Pemuda di kaca mata anak-anak muda yang ingin ditarik kembali ke parti.

  5. Berbalik kepada alasan perlunya calon menjelaskan prinsip perjuangan, tidak bolehkah ini ditangani dengan memastikan media arus perdana memberi ruang sama banyak kepada DMM dan KT seperti diberi kepada KJ? Malah, memandangkan 'prinsip' KJ pun masih kabur walaupun begitu banyak liputan 'khas' tentangnya, apa kata media arus perdana memberi lebih perhatian kepada DMM dan KT menjelang Mac 2009? Pasti lebih berkesan dari debat!

Maaflah kalau kebingungan saya tentang hal ini pun kelihatan keterlaluan, tetapi ini semua haruslah diperjelaskan. Mungkin cara terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah dengan kita mengadakan sebuah majlis di mana ide debat ini diperjelaskan oleh KJ dan kemudian beliau berpeluang menangani segala persoalan melalui sesi soal-jawab atau "Q&A". Kemudian kita adakan majlis yang sama dengan kedua-dua calon lain.

Eh, kalau macam tu, mungkin kita boleh buat majlis macam ini untuk hal-hal Pemuda yang lain dan diadakan di seluruh pelusuk negara! Ke dengan forum bersama ke? Eh, tapi bukankah ini cara UMNO yang lazim? Adalah sedikit kelainan yang mungkin boleh diolah berikutan ide lebih bernas Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya UMNO menyediakan pentas khas untuk semua calon mengetengahkan nilai dan pendirian, tak kira 'keupayaan'.

Syukur adanya pemimpin Negori yang cerdik dan matang fikiran seperti Datuk Rais...

Kemaskini...

Saya diperingati oleh blog Another Brick In The Wall bagaimana KJ sebenarnya suka mengelak dari berdebat sebelum ini. Lihat sahajalah bagaimana baru-baru ini pun, beliau lebih selesa berdebat dengan kuncu Anwar dan kuncu Oxford yang sejenis dengannya. Namun harus juga saya betulkan sedikit fakta saudara Voice. KJ sebenarnya hadir di forum anjuran Johns Hopkins yang disebut, tetapi dibelasah teruk oleh arwah sahabat saya Adlan Benan Omar.

Mungkin kerana itulah beliau langsung lari dari mana-mana jemputan berdebat dengan Adlan selepas itu. Malah beliau juga tertuduh menyekat Adlan dari diterima balik ke pangkuan UMNO selesai taubat dari zaman PKR-nya. Yang si Ezam tak apa pula...

Wednesday, October 22, 2008

How Will Life Be Under A Pakatan Rakyat 'Ketuanan Rakyat' Government?

  1. There will be no freedom of the press. We thought that the Teresa Kok inspired madness ala-Singapore was temporary, and that polite engagement and ridicule would curtail further madness, but it seems not! Now, PAS has jumped into the bandwagon! I mean, we understand the PKR boys hating any negative press coverage about Anwar, but supposedly liberal DAP? And 'Islamic' PAS too?

  2. Economics will be run by populist rhetoric. It is troubling enough for me to see the Selangor government going all populist with free water, Perak's free land, and both Selangor and Penang's free municipal rates. But recently the Selangor government announced that they are moving away from privatisation by taking over Syabas. This also soon after Tan Sri Khalid's expressed view that the state government would benefit more from a cash sale of its land to developers than to go on JV's to jointly develop state property. He then gave an example based on cash returns, ignoring capital/equity appreciation benefits in his analysis. Huh??? By the way, this is also to curtail cronies benefitting from these JV deals. But past CEO's of state GLC's involved will not be sacked, but retained to 'fix things'. HAH???

  3. MP's will not act on merit but according to party lines. I found the re-branding of Langkawi from being Langkawi Geopark to Langkawi Jewel of Kedah by the PAS state government to be inward-looking and narrow-minded, seeing as the Geopark brand has by far greater value to the tourist islands. I hence find it galling that criticism of this was absent from the opposition bench, the same opposition bench that seems to now find the idea of changing the name of Jalan Alor to Jalan Kejora by DBKL so objectionable! So is the Langkawi re-branding less objectionable because it's a PAS initiative, or because it was done to a 100% BN voting constituency?

  4. ... I'm sure this is to come, together with 5, 6, ad nauseum... Maybe it's a good thing for BN to have lost 5+1 states in March!

Tuesday, October 21, 2008

Bahaya 'Bradley Effect' Untuk Mukhriz

Di Amerika Syarikat sekarang, calon di hadapan, Barrack Obama, kini sedang dinasihati akan bahaya 'Bradley Effect', yakni fenomena di mana pengundi berkulit putih malu alah memberi maklumat akan mengundi calon berkulit hitam, tetapi akhirnya mengundi yang berkulit putih. Ini kerana ada kebimbangan pengundi kulit putih tersebut akan dituduh berbaur perkauman.

Di Malaysia pula, kini calon popular untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, haruslah waspada akan fenomena yang sama di Malaysia. Namun fenomena 'Bradley Effect' ala Malaysia ini berlainan sedikit, kerana para calon perwakilan Pemuda, sama ada Ketua, Naib Ketua dan G2 Pemuda Bahagian semua mengakui calon pro-Mukhriz kerana takut kalah pemilihan di peringkat Bahagian.

Ini juga mungkin menjelaskan kenapa Mukhriz kini mendahului KJ dan Datuk Seri Khir Toyo secara mendadak dari segi pencalonan Pemuda Bahagian.

Yang membimbangkan lagi, para pemerhati politik juga ada menyatakan yang walaupun jika Pemuda Bahagian tertentu mencalonkan Mukhriz, tak tentu perwakilan yang menang adalah penyokong setianya. Ditambah pula dengan fenomena terbaru di mana Datuk Reezal Merican Naina Merican dan pengikutnya kini bertanggungjawab membawa pencalonan KJ sambil mengalahkan penyokong Mukhriz di Bahagian yang ketandusan pengikut regunya tersebut.

Perjuangan pastinya belum selesai dengan pencalonan... waspada dalam BERANI BERUBAH!

Monday, October 20, 2008

This Blog May Be Sued Soon... COOL!

It would seem YB Ms. Teresa Kok is on a suing spree. LOL... COOL! Maybe she'll sue me for this blog posting too. Then I can also be 'glamer'!

Seriously though, Teresa can hardly be considered colour-blind can she... oh well, maybe we'll give her some credit. Maybe she's just 'insensitive' of the feelings of other races and religions. Or maybe she's just insensitive of Malays and Muslims. I mean, how else would you explain why she celebrated BN's loss of 5 States by having her supporters slaughter and roast 5 pigs, each pig representing a state, in March. As a Kedahan, I take exception to Teresa symbolising Kedah as a pig...

Wonder how the Muslims in Perak, Selangor, Penang, KL and indeed Kelantan would feel!

Whoever is advising YB Teresa should probably ask her to calm down in case she either drives herself over the edge or ultimately makes herself, and her party, again unvoteable by Malays. The prolonging of this saga only shines a spotlight on her racism, not healthy for a Malaysian politician. Sure, suing is the way to go in Singapore, which is where the DAP probably got the idea from, elder brother Lee at the PAP, but not here, as their friend Uncle Kali would advise them.

So guys, if you think this posting is not enough for me to get sued, please advise me. I need the hits... LOL

Wednesday, October 15, 2008

Is Hypocrisy Becoming A 'Liberal' Trait, Or Are Our Opposition Really Not That Liberal?

My fellow bloggers have been joking around that with Pak Lah leaving, there won't be much for us to blog about. However, part of the reason I began blogging, this restlessness, was due to my frustration at the hypocrisy of our leaders being played out in a 'free press' which in reality was a propaganda machine for an increasingly irresponsible regime.

I hence now find little issue really with continuing my blogging as hyprocrisy remains a problem among leaders in Malaysia, and interestingly, most recently showcased quite dramatically by the supposed 'liberal' opposition.

There is a quote of Voltaire's that the so called liberal leaders of DAP would likely swear by, that is,"I do not agree with what you say, but I will defend to the death your right to say it." Probably on the basis of this quote, the so-called liberals of the party continue to defend the actions of the Sin Chew reporter who was ISA'ed, Raja Petra Kamaruddin who's still in ISA, and the All-Blogs leadership duo Ahiruddin "Rocky" Attan dan YB Jeff Ooi when sued by NSTP.

You saw this behaviour of defending free speech even when the 'speech' became a little unsavoury, such as when Sasterawan Negara Shahnon Ahmad wrote his piece "SHIT" as a critique of the Mahathir leadership of the late 1990's. And of course, I have written before of what Malays, especially those on the web, have had to endure with patience over the years, both in Malay and English... inciteful garbage that of course the 'liberals' at DAP defend.

But it would seem that the Malay nationalist press do not share the protection of these DAP leaders. It would seem that even inciteful garbage against Malays, similar to what Datuk Ahmad Ismail said about the Chinese and so reported by Sin Chew, cannot be criticised by Utusan Malaysia. Neither is Utusan allowed to publish news that portray the possible racism of a non-Malay leader, nor would it be forgiven when errors of such reporting were properly retracted.

Interestingly, it seems to these people, even Rocky shouldn't post anything that is at least concilliatory of Utusan's actions, however fair, or report and publicise acts to defend the rights of Utusan as a part of the press by UMNO.

A kind observer would criticise and part excuse the acts of these DAP leaders in particular as partisanship. I think this is being too kind. I call this hypocrisy, and even dare denounce these sort of selective actions and advocacy as RACISM, RACISM and RACISM, however civilised your packaging. And just because the DAP managed to get some of their Muslim political allies and confused Malays on their side doesn't make it less so.

DAP a liberal party? My foot!

Pencalonan...

Maaf sebab lama tak menulis. Buat masa sekarang, saya agak kesibukan bekerja, menyelesaikan hal keluarga dan sedikit-sebanyak terlibat dalam kempen pencalonan pemilihan UMNO.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada Kepimpinan, Perwakilan dan Ahli Pemuda UMNO Bahagian-Bahagian tersebut atas kesudian mencalonkan saya untuk bertanding untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Kebangsaan.

Ini termasuklah Pemuda UMNO Bahagian Langkawi, Alor Star, Kampar, Setiawangsa, Subang Jaya, Pontian, Johor Bharu, Cheras, Tebrau dan Batu Pahat. Budi baik saudara sekelian amat saya hargai. Terima kasih juga kepada individu-individu yang begitu ramai berjasa kepada saya dalam membawa hasrat ini ke hadapan, terutama sekali Big Dog, "Dato' Boss" ANSARA, Denang serta kenalannya yang kini ramai menjadi kenalan saya dan tak boleh dilupakan, geng kita di Utara.

Tak lupa juga diajukan terima kasih kepada ramai kawan yang memahami dan menghormati prinsip saya walaupun mungkin kini sedang berlawan, terutama sekali Datuk Seri Khir Toyo dan pasukannya. Musuh nyata kita bersama sampai bila-bila hanyalah dua sepanjang pertandingan ini, Khairy Jamaluddin dan gurunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun kelihatan saya cukup sudah pencalonan untuk bertanding, saya masih mengesyorkan teman-teman yang berniat untuk mencalonkan saya, terutama sekali dari bahagian-bahagian di negeri selain bahagian di atas supaya teruskan sahaja niat tersebut kiranya sudi, untuk memastikan tiada aral melintang menyebabkan hilang kelayakan saya bertanding kelak.

Namun saya tidak tamak. Kiranya saudara merasakan ada baik mencalonkan yang lain memandangkan saya sudah cukup pencalonan, dipersilakan. Malah saya juga ingin mendorong saudara untuk mempertimbangkan pencalonan teman-teman saya berikut, yang agak baru dalam asam-garam politik, namun mungkin dapat membawa perisian baru dalam politik pemuda, yakni:

  1. Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki yang boleh dilayari pendapatnya di http://www.asyrafwajdi.com/

  2. Dr Faizal Bin Tajuddin yang penulisannya membela Melayu

Saya memohon pelayar warkah ini untuk menghubungi saya melalui komen atau e-mail kiranya ada berita baru tentang pencalonan saya atau berniat untuk membantu sekarang atau kemudian. Saya juga memohon jasa baik mereka yang mungkin mengetahui tentang maklumat pencalonan saya dari Bahagian-Bahagian lain tolong ajukan ke sini, takut ada yang belum menerima pernyataan penghargaan dari saya.

Pemuda Mesti Berani, BERANI BERUBAH!

Lawan Tetap Lawan, Lawan Setiakawan...

Wednesday, October 08, 2008

Tahniah Pak Lah, Namun Waspada, Dalang-Dalang Membawa Curiga...

Syukur Alhamdulillah di hati masyarakat Melayu apabila mendengar berita yang Pak Lah telah mengisytiharkan niatnya untuk bersara dari jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri menjelang Mac 2009. Rakyat Malaysia juga amnya menerima baik keputusan Pak Lah, walaupun ramai yang masih tertanya-tanya kenapa beliau harus menunggu begitu lama dan tidak meletakkan jawatan serta-merta untuk membolehkan pemulihan UMNO dan kelemahan kerajaan ditangani.

Malah dalam ucapan beliau semalam, Pak Lah sendiri telah mengakui kelemahan kepimpinan dan pentadbirannya, termasuklah usaha-usaha berumur 3, 2 dan 1 tahun yang masih ingin dikerjakannya dalam masa 4-5 bulan sebelum berundur. Namun mungkin inilah cara UMNO menghormati pemimpin walau di penghujung riwayat politiknya, masih diberi muka. Rakyat pasti akan terus memerhatikan kuasa kini di tangan siapa dengan harapan perubahan yang diingini didahulukan.

Tetapi di sinilah pada hemah saya para pejuang UMNO harus waspada. Terlihat semalam masih ada para pemimpin dan ahli UMNO yang ingin Pak Lah kekal selama yang boleh. Mereka pasti terdiri dari yang berkepentingan, seperti setiausaha politiknya, Datuk Reezal Merican, yang telah begitu memautkan masa depan politiknya kepada Pak Lah. Mungkinkah mereka akan bertindak lebih agresif lagi dalam masa 4-5 bulan sementara Pak Lah masih memegang kuasa?

Maka pada masa kita dalam UMNO berkongsi syukur, gembira dan lega, sementara disaksikan langkah peralihan kuasa jelas mara ke hadapan, wajiblah kita berwaspada. Yang mementingkan diri di kalangan pengikut Pak Lah mungkin akan terus menimbulkan pergolakkan, termasuklah mencalonkan Pak Lah semula sebagai Presiden UMNO! Pak Lah sudah terbuka hati ingin pergi. Biarlah beliau bersara dengan cara bermaruah dan sedikit hormat yang kekal pada dirinya

Sunday, October 05, 2008

Percaturan Terakhir Rejim Pak Lah Menjelang 8 Oktober?

Ternyata apa yang dilakarkan sebelum ini tentang kemelut di peringkat MKT pada bulan Ramadhan kian membawa kenyataan baru buat UMNO. Berita yang menyusup dari mulut ke mulut, sms lagi sms dan kini blog berblog adalah persetujuan 4 mata Pak Lah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang Presiden UMNO sekarang tidak akan mempertahankan jawatannya menjelang Mac 2009, malah akan berundur dari jawatan-jawatan kerajaannya pada 8 Oktober ini.

Namun sudah tentu reaksi pertama sesiapa yang menerima berita ini adalah,"Betul ke? Boleh percaya ke Pak Lah akan kotakan janji yang ini, apabila terlalu banyak sebutan manis dahulu beliau ingkari?"

Jelas sekarang yang Pak Lah sedang membuat percaturan terakhir demi menyelamatkan riwayat politiknya, cita-cita menantunya, kekayaan anaknya dan kesenangan penyokong setianya yang lain. Di antara gerakan beliau:

  1. Menghantar perutusan demi perutusan merayu Najib supaya menyokong kehendaknya untuk kekal lama sedikit lagi di tampuk kuasa. Ini telah dicuba beberapa kali dan tetap gagal.

  2. Atas nasihat menantunya KJ yang tersayang, disuruhnya Datuk Zahid Hamidi bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, walaupun bekas Ketua Pemuda tersebut lebih layak dan hampir tentu menang jika Naib Presiden sahaja menjadi sasarannya.

  3. Digerakkan jalinan sahabatnya untuk memberi gambaran yang akar umbi masih mahukan Pak Lah kekal sebagai Presiden UMNO. Ini bakal disusul pula dengan satu lagi mesyuarat MKT, diikuti mesyuarat BN, di mana usul mengekalkan beliau akan dipertahankan habis-habisan.

  4. Sebagai langkah berjaga-jaga, ahli-ahli Tingkat 4 akan disusup masuk ke pejabat DS Najib. Ini bukan semata-mata menjaga kedudukan beliau sekarang, tetapi juga untuk memastikan sekiranya pupus riwayat politik Pak Lah, peninggalannya seperti KJ, Kamal dan hubungan 'erat' sengan Singapura kekal abadi!

Fasal 2, 3 dan 4 akan dihuraikan lagi...

Datuk Zahid Hamidi Diperkudakan Khairy

Ayahanda Datuk Zahid Hamidi merupakan murid Tok Guru Abdullah Fahim, yakni nenda Pak Lah, di Sekolah Agama Idrisiah Kuala Kangsar. Oleh itu, bagi meleraikan kesangsian kepadanya sebagai penyokong Anwar Ibrahim dahulu, Datuk Zahid telah berikrar setianya kepada Pak Lah sebagai Perdana Menteri, kononnya berasaskan wasiat ayahnya. Kerana itulah Zahid diangkat ke kabinet pada zaman Pak Lah.

Menjelang Syawal, Datuk Shabery Cheek telah menimbulkan seribu tanda-tanya dengan teori beliau yang mungkin akan ada 'kuda hitam' muncul mencabar kedudukan Timbalan Presiden UMNO. 'Bola tanggung' ini disambut pengisytiharaan Datuk Zahid akan niatnya bertanding untuk jawatan tersebut. Datuk Shabery juga seorang yang diberi kepercayaan oleh Pak Lah sebagai 'generalnya', setelah beliau berpaling tadah dari gurunya KuLi.

Permainan media Datuk Shabery bukan seperti wayang kulit kelaziman UMNO, malah berunsur kebaratan... ala Tingkat 4. Sememangnya ide untuk Datuk Zahid bertanding Timbalan Presiden bukannya datang sendiri, dan tidak pernah dicetuskan oleh bekas tuan politiknya DS Najib. Beliau sebenarnya diarahkan oleh Pak Lah untuk bertanding. Kononnya ini untuk memastikan TS Muhyiddin yang dianggap Pak Lah sebagai dalang kejatuhannya, tidak 'menang percuma'.

Pada mulanya, saya pun memikirkan pencalonan Datuk Zahid sebagai Timbalan merupakan suatu cara untuk memecah-belahkan gandingan Najib-Muhyiddin demi menyelamatkan Pak Lah dari kubur politik. Tetapi menurut seorang ahli Majlis Tertinggi, Datuk Zahid diarahkan demikian untuk menyelamatkan hidup politik Khairy Jamaluddin! Teori terbaru adalah, KJ merancang untuk ber-'cai' dengan Datuk Zahid sebagai calon Ketua Pemuda beliau!

Tetapi kelihatan seperti usaha menyelamatkan Pak Lah mahupun menantunya melalui pencalonan Datuk Zahid mungkin gagal ala 'lompat kerusi' Anwar Ibrahim, dengan tiba-tiba munculnya begitu ramai calon-calon Timbalan Presiden lain, termasuklah kuda yang 'lebih hitam', Ketua Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Inilah bahananya bila KJ ingin bermain kuda-kuda politik, akibat dia 'tak reti', menjadi olokan pula akibatnya pemilihan UMNO nanti!

Pergerakkan Jalinan Sahabat Pak Lah

Pada hari ini, timbul pula fenomena baru. Rupa-rupanya setelah lebih seminggu gagal mempertahankan Pak lah menerusi kempen sms dan khabar angin yang tak menjadi, Datul Reezal Merican dan Che Alwi 'Al-Ketereh' kini berusaha menggerakkan usaha baru untuk menyelamatkan Pak Lah. Mereka merancang untuk mendapatkan nombor IC atau Pasport Ketua-Ketua Bahagian, kononnya sebagai tanda rayuan akar-umbi supaya Pak Lah kekal berkuasa.

Apa? HAHAHAHAHAHAHA!

Itulah reaksi awal saya apabila mendengar tentang usaha baru ini. Tetapi ada lagi. Kononnya di antara yang memukul canang membantu Reezal dan Che Alwi adalah tidak lain dari Tan Sri Senator Jins Samsuddin bersama sekelompok besar sahabat-sahabat lama Pak Lah! Betul, percaya lah...

HAHAHAHAHAHAHA!

Memang melucukan, tetapi tetap merbahaya, kerana dengan modal inilah mereka merencanakan mesyuarat MKT UMNO untuk diadakan sebelum 8 Oktober bagi membolehkan lagi usaha mendesak pengekalan kuasa Pak Lah. Atau mungkin rencana mereka untuk menggunakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sudah pun dijadualkan pada jam 3.30 petang Rabu ini?

Kan teman setia Pak Lah, TS Koh Tsu Koon, baru sahaja menang kedudukan Presiden Gerakan tanpa bertanding, selesai menggoreng hidup-hidup maruah tokoh politik Melayu Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail. Malah salah seorang calon Pemuda Gerakan pun baru-baru ini ada mengatakan UMNO patut mendapatkan persetujuan parti komponen BN lain untuk menggantikan Pak Lah... ada ka! Kureng...

Waspadalah semua ahli, terutama pemimpin UMNO, Pak Lah dan para pengikutnya kelihatan bersedia melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa..

Tingkat 4 Berpindah Tuan Ke DS Najib

Bagi anak-anak muda, bukan sahaja dalam UMNO, malah di seluruh negara, perkembangan inilah yang paling menimbulkan kerunsingan di antara gerak percaturan sekitar peralihan kuasa awal ini. Rancangan melantik mentor Khairy Jamaluddin di Oxford dahulu, yakni Omar Mustapha Ong, sebagai Setiausaha Politik ataupun Penasihat Ekonomi DS Najib di Kementerian Kewangan membawa petanda jelas akan adanya rancangan ini.

Malah Omar Mustapha Ong terlihat sudah pun mengatur langkah membawa ahli tingkat 4 lain masuk ke pejabat baru mereka, walaupun sebelum perlantikan beliau diisytiharkan rasmi lagi! Di antara mereka yang sudah mula disusup masuk adalah 'penasihat media', Hardev Kaur, yang berbau perisik Singapura ala Brendan Pareira.

Bagaimanakah mungkin Omar Mustapha Ong ini berjaya menyelinap masuk ke pejabat DS Najib? Mungkin kerana beliaulah antara ahli Tingkat 4 yang paling licik sekali. Pada masa ahli Tingkat 4 berebut-rebut mencari tenggek di pejabat Pak Lah, Omar dengan sabar memohon tempat di sis DS Najib, dengan bantuan teman-temannya Abdul Razak Baginda dan Rohana Tan Sri Mahmood. Dengan cara tersebut, beliau berjaya mendapatkan label 'orang Najib'.

Namun hubungan Omar dengan Tingkat 4 tidak dapat disembunyikan, memandangkan beliaulah bekas ketua kumpulan ini sejak masa di Universiti lagi. Omarlah yang menjadi 'Tok Guru' KJ di Oxford sebagai senior beliau sehingga KJ diberi kepercayaan menjadi penyunting majalah Ethos edaran kumpulan pelajar Malaysia elitis tersebut di England.

Sempena nama majalah inilah Omar kemudian menamakan syarikat pakar perunding beliau, Ethos Consulting, yang ditubuhkan bersama rakan akrab beliau Datuk Zaki Zahid, yakni agen utama KJ di Tingkat 4 Pak Lah. Ternyata sepanjang zaman Pak Lah berkuasa, Ethos Consulting merupakan pakar perunding projek kerajaan yang paling digemari, terlibat dengan pelbagai kegagalan Pak Lah, termasuklah koridor-koridor dan peranapan industri otomotif negara.

Pembaca yang ingin tahu bolehlah melawat sendiri pejabat syarikat Omar Mustapha Ong yang kini bernama Ethos & Co, di bangunan TSH Group, syarikat berkait dengan Datuk Kalimullah Hassan. Menarik sekali, bangunan TSH ini juga menempatkan pejabat Koridor Utara atau NCER, pimpinan orang setia Pak Lah dan penghubungnya dengan Tan Sri Vincent Tan, Datuk Anuar Zaini. Ia juga merupakan pejabat Tune Money yang dipimpin Tengku Zafrul al-Avenue Capital...

Alangkah sedihnya bagi anak-anak muda se-Malaysia kiranya pemergian Pak lah tidak mematikan riwayat kuasa penderhaka generasi kami di Tingkat 4. Adalah harapan kami yang ini tidak terjadi.

Percaturan Yang Lebih Menyelamatkan KJ Dari Pak Lah?

Menarik sekali apabila dilihat percaturan terakhir tersebut di atas tak tentu menguntungkan Pak Lah sangat, tetapi jelas menguntungkan Khairy Jamaluddin dan teman-temannya di Tingkat 4. Sayang sangatkah Pak Lah kepada KJ, atau mungkinkah...

Mungkin tak patut kita persoalkan sayang Pak Lah ini. Kalaulah Pak Lah sedia bertukar kementerian sekalipun untuk menjamin kekayaan anak kandungnya, mana mungkin tidak beliau membakar dirinya demi masa depan sang menantu... Wallahualam...

Kemaskini...

Ada ura-ura menyatakan yang Pak Lah akan berusaha untuk menunda Mesyuarat-Mesyuarat Bahagian ke bulan Febuari pada hari ini! Kononnya ia memberi lebih masa bagi para pemimpin dan perwakilan Cawangan UMNO ke Bahagian untuk dibeli! MashaAllah!

Tangential Malay Search Results