Para Pemuda Akar Umbi yang amat-amat sayangkan Dato' Mukhriz. Esok 2/4/2009 Khamis, DMM akan melawat bilik gerakan BN di Bukit Selambau pada jam 2 ptg. Jom turun beramai-ramai untuk beri support!
There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Tuesday, March 31, 2009
Menanti Hero Melayu Baru Di Bukit Selambau...
Sunday, March 29, 2009
Kita Kalah Pemilihan Pemuda...
- Kita Pemuda UMNO diherdik secara langsung oleh para perwakilan induk sebagai pengkhianat kerana melanggar saranan Datuk Seri Najib untuk Berani Berubah.
- Pemuda juga harus malu yang pilihan ~38% dari kita, KJ, di-'boo' oleh perwakilan induk, orang-orang tua kita, setiap kali namanya sahaja disebut.
- Kita Pemuda juga kalah apabila ditanya orang kampung bertubi-tubi kenapa harus KJ dipilih apabila akar-umbi lebih gemar yang lagi dua, apatah lagi rakyat tertarik dengan Dato' Mukhriz.
- KJ sendiri harus ditanya kenapa kalau beliau pilihan popular majoriti Pemuda, kenapa polis harus mengiringinya kesini-sana sewaktu persidangan partinya sendiri, padahal pemimpin lebih tinggi darinya selamba berlegar di Riverside bersama Perwakilan.
APAKAH YANG BERLAKU PADA HARI-HARI TERAKHIR PEMILIHAN?
Satu buku telah diterbitkan sejurus sebelum pemilihan Pemuda, bukan Tuah dan Sial tetapi positif untuk KJ, yang menunjukkan beliau bakal menang. Kebanyakan perwakilan Pemuda tidaklah memandang serius kandungan buku tersebut, kerana berdasarkan pecahan sokongan antara 3 calon Ketua Pemuda yang dipaparkan bagi negeri mereka sendiri, ramai dapat melihat ramalan buku tersebut tidak tepat, malah lebih bersifat dakyah.
Namun, KJ menang dengan nisbah yang seumpama ramalan buku tersebut. Setelah berehat sepanjang hujung minggu selepas kekalahan kita, saya mula menganalisa kejadian sepanjang hari-hari terakhir pertandingan. Hasil pemantauan tersebut, saya menyedari yang buku tersebut merupakan sebahagian dari 'forward defence' atau hujah mempertahankan kemenangan mengejut KJ.
Buat pengetahuan mereka yang berminat tetapi tidak terlibat:
- Pada minggu terakhir pertandingan, jelas kepada semua perwakilan yang perlumbaan ke jawatan Ketua Pemuda hanyalah antara Dato' Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo. Dianggar kedua-duanya ada undi jitu sekitar 200+ dari kubu-kubu yang tegar, manakala tugu KJ di Perak dan Kelantan sudah pun pecah, di mana undi jitu beliau hanya sekadar 100+. Namun, perebutan undi masih rancak untuk sekitar 200 undi yang masih 'liar'.
- Selesai ucapan DS Najib yang terlihat menyokong Dato' Mukhriz dengan menyebut slogan Berani Berubah pada perasmian mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri, kem DS Khir kelihatan bersedia untuk aktiviti 'malam akhir', tetapi keesokan harinya, para pengikutnya kelihatan sedia bersantai dengan geng Mukhriz sambil tersenyum-tawa, sedia menerima kekalahan.
- Pengiraan undi Pemuda tergendala selama 4 jam hasil bantahan wakil-wakil calon kerana pada hemah mereka, kertas-kertas undi serta pengira undi yang terdiri dari para pelajar UITM terletak terlalu jauh untuk dipantau. Pengiraan undi hanya bermula pada jam 6.30 petang. Pengiraan undi dikatakan diulang paling kurang 4 kali!
- Berita 'kemenangan' KJ dan Dato' Seri Shahrizat Jalil mula diterbitkan oleh Malaysiakini sekitar masa pengiraan undi untuk Pemuda bermula. Saya pada mulanya menganggap ini sebagai dakyah pembangkang, tetapi kini merumuskan ini sebahagian dari 'forward defence' KJ lagi. Semua yang hadir di PWTC tahu yang DS Shahrizat bakal menang maka menggandingkan ini dengan 'kemenangan' KJ membawa 'mengesahkan berita' tersebut.
- Berita awal dari bilik pengiraan undi menyatakan Dato' Mukhriz menang, dan beliau memasuki dewan sekitar jam 9 malam. Namun keputusan rasmi masih belum diterbitkan. Sekitar jam 11 malam, KJ tiba dan keputusan kemenangan beliau, bersama dengan gandingan exco yang tak diduga, diumumkan. Majoriti perwakilan ternganga, baik di dalam dan di luar dewan.
BAGAIMANAKAH KJ BOLEH MENANG?
Punca kemenangan KJ adalah ~200 undi 'liar' atau yang 'belum dikunci' menjelang hari mengundi. Dari segi mathematik, undi tersebut memang cukup untuk memastikan kemenangan KJ asalkan ia dikunci dengan baik. Namun, dengan berselendangkan bau kekalahan, tak mungkin KJ dapat meraih undi tersebut kecuali dengan 'pemangkin' yang baik. Ye lah, ada yang panggil 'garam', ada juga menyebut 'barang', tapi saya katakan 'mangkin' di sini untuk mengelak tuduhan...
Pada masa ini, ada 2 tuduhan yang dilemparkan ke arah KJ dan sekutunya, yakni:
- Berlaku salah-laku pengiraan undi exco Pemuda, yang sekiranya terbukti, akan menimbulkan tanda-tanya juga terhadap kesahihan kemenangan KJ.
- KJ membeli undi pada malam terakhir, sekitar RM10k-20k, dan pengagihan sebenarnya bermula pada malam sebelumnya. SPRM dihalang bertindak kerana dikatakan pengagihan dilakukan juga DI SERI PERDANA!
NAMUN, PADA HEMAH SAYA, INI SEMUA TIDAK PENTING...
Saya tidak terlibat dalam mana-mana usaha ini. Ini kerana saya merasakan usaha ini tidaklah penting dari konteks ketentuan nilai di dalam Pemuda UMNO sekarang.
Pendek kata, apakah pentingnya sama ada KJ menang kerana salah-laku pengiraan undi ataupun rasuah. Malah, jika KJ menang tanpa muslihat sekalipun, apakah nilai yang dipegang perwakilan yang sedia memilih seorang pemimpin yang bukan sekadar belum matang tetapi membawa hina dengan cacat-cela pada perilakunya sebelum ini?! Dan sekiranya KJ syumul sekalipun, kenapakah pula kita memilih pemimpin yang terbukti ditolak oleh rakyat?
Persoalan saya yang sebelumnya, yakni 'Untuk Apa Perjuangan?', terlihat tidak terjawab oleh terlalu ramai calon dan perwakilan Pemuda tahun ini. Jika ada pun harapan pada UMNO, ia terlihat dengan keputusan majoriti kaum dewasa yang bukan sahaja memilih Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden menurut lunas-lunas perjuangan yang ada nilainya.
Namun bibit-bibit keciciran nilai juga sudah mula ternampak di kalangan perwakilan induk apabila calon seperti Datuk Abdul Azeez Rahim terpilih sementara tokoh-tokoh lebih berwibawa seperti Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Syed Ali Al-Habshee tidak sampai undinya ke Majlis Kerja Tertinggi. Saya yakin keciciran ini amnya berputik dari Pemuda...
PERJUANGAN BELUM SELESAI
Ternyata perjuangan kita belum selesai, tetapi setidak-tidaknya, persoalan, dialog, 'Untuk Apa Perjuangan?' sudah dimulakan. Niat saya bukan untuk popular, tetapi untuk mencelikkan mata. Walaupun saya redha dalam kekalahan, saya sedih yang KITA KALAH. Semoga kekalahan ini menjadi titik pemulaan kesedaran dan pembaharuan, kiranya tidak, sia-sialah segalanya dan mangsanya pasti zuriat Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...
Mungkin sia-sia tidaknya pengajaran akan mula terjawab pasca aksi Pemuda di Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Wallahualam...
Monday, March 23, 2009
Lama Sangat Pertandingan Sampai Blog Pun Keciciran...
Kalau tergerak hati tu, di masa terdekat, mungkin saudara/i pun boleh melonjakkan nama saya di matahati perwakilan! Wallahualam...
Ini yang saya sedang sampaikan kepada mereka dalam masa 48 jam terakhir ini sebelum undi mula dibuang:
Assalamualaikum,
Sementara saudara mempertimbangkan layak tidaknya calon-calon menduduki kepimpinan Pemuda UMNO pusat, izinkan saya berkongsi sedikit isi hati. Dalam pada itu, saya juga berterima kasih atas sokongan dan peluang berbicara dengan kawan-kawan semua tempohari, serta berharap persahabatan yang terjalin berpanjangan, apa jua keputusan pemilihan kelak.
KU BERTANYA KEPADA TUN DR MAHATHIR
Di suatu majlis pada bulan puasa lepas, saya berpeluang mengajukan pertanyaan kepada YABhg Tun Dr M,”Bagaimanakah kita menjawab bila anak muda Melayu kita yg
sudah lupa mencabar;Untuk Apa Perjuangan yang merujuk kepada era Merdeka, bila penjajah sudah pergi lama sangat dah?
Untuk Apa Perjuangan Agama, bila masjid kini bercambah-cambah & tiang masjid lazimnya lebih dari jemaah?
Untuk Apa Perjuangan, apabila Bahasa sudah sedia dimartabatkan melalui sekolah, berkumandang di media, hingga pemimpin DAP pun sudah ‘terror’ berbahasa Melayu?
Untuk Apa Perjuangan, apabila makmur sungguh Melayu hingga terlalu banyak harta terdengar diselewengi dengan alasan ‘Hak Istimewa’?”
JAWAPAN TUN TAK DISANGKA
Tun Dr M menjawab (lebih kurang) dengan selamba lazimnya,“Betui ka? Betui ka Perjuangan sudah selesai? Macam mana perjuangan Agama selesai bila jemaah sampai melimpah keluaq dari Masjid bila sembahyang Jumaat & Hari Raya? Saya tak rasa ini menggambarkan masjid kita pun cukup...
Tambah lagi bila murtad meleluasa & anak-anak muda Melayu sendiri jadi kepala membuat dosa...
Apa yang orang Melayu nak banggakan tentang kemakmuran negara apabila orang kita yang susah pun masih ramai. Penyelewengan tidak membuktikan kita sudah senang. Ramai yang kaya ‘orang lain’ dan bukan orang kita.”
Tun kemudian mengulas kembali kata-katanya perihal Melayu sejak awal kepimpinannya lagi. Beliau mengingatkan yang sejarah merupakan petunjuk hak mahupun salah-silap kita sebagai suatu bangsa. Bangsa yang terlalu senang leka dilamun ‘hak’ sementara ‘hak’ disamun orang lain dengan suka-suka sahaja.
KENAPA DISOAL ‘UNTUK APA PERJUANGAN’ HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?
Pada saya, khusus tentang Hak Istimewa Orang Melayu, ramai anak muda dan intelek kita sendiri mempersoalkannya kerana jiwa Melayu Muda sudah menjadi terlalu kerdil akibat perceraian dari sejarah.Sejarah yg saya maksudkan bukan sejarah yang diajar di kelas-kelas, itu akademik. Ini sejarah perjuangan yang menunjukkan pengorbanan kita yang tak putus-putus untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.
PERCERAIAN SEJARAH MELUPAKAN KITA AKAN MUSUH
Amat menyakitkan hati saya bila melihat anak-anak muda Melayu kini ada yang termakan dakyah pembangkang dan melaung Lim Kit Siang sebagai hero mereka! LIM KIT SIANG yang antara PENCETUS 13 MEI apabila beliau KENCING ATAS TIANG BENDERA MALAYSIA sewaktu berarak MENUNTUT PEMIMIPIN MELAYU KELUAR 40 tahun yang lepas.Saya tahu 40 tahun lama sudah, tetapi adakah mungkin makhluk sebegini hina berubah isi hati, atau mungkinkah ia berubah hanya di depan mata? Bukti Lim Kit Siang masih busuk hati apabila kuncu-kuncu anak buahnya Teresa Kok berkomplot
menidakkan hak azan berkumandang di udara dan menyamakan kerajaan negeri BN yang jatuh seolah babi panggang!
PERCERAIAN SEJARAH MEMBUAT KITA MENGABAIKAN HERO
Yang menyedihkan saya lagi adalah apabila melihat HERO sejarah kita seperti arwah Tun Ghafar Baba, yang bertanggungjawab mendapatkan sumbangan emas Melayu Melaka untuk membeli kapalterbang buat Tunku Abdul Rahman terbang memperjuangkan Merdeka, kini dilupakan. Tetapi salah siapakah ini? SALAH BUDAYA PEREBUTAN KEPIMPINAN UMNO!Tun Ghafar Baba tumpas dalam pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1993. Beliau kalah, tetapi beliau masih berjasa, namun kenapakah beliau begitu diketepikan? Kenapakah beliau tidak terus dihargai, malah dipergunakan untuk mendidik anak muda sebagai hero lama?
KERANA KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI KINI MENDAHULUI KEPENTINGAN BANGSA
Kerana atas dasar kepentingan politiklah, bukan saja sekadar hero-hero lama yang sudah kalah dan bersara sahaja dilupakan, malah penglipur-lara sejarah politik kita pun, disekat dari berbicara dgn Pemuda!Lihat sahaja nasib Tan Sri Abdullah Ahmad ‘Kok Lanas’, seorang penulis dan penglipur-lara berpengalaman yang tetap kritis dan ligat fikirannya ke hari tua. Hero kita yang perjuangannya membawa diri dari kabinet, ke Bangsa-Bangsa Bersatu sampai masuk ISA pun!
Namun, kerana beliau begitu tajam kata bila terlihat salah pada kepimpinan kita, digunakan alasan apa sahaja untuk mengenepikannya... dan gantinya? Diselitkan seorang pengampu kelas satu, Datuk Kalimullah Hassan, yang hasil usahanya sepanjang mengambil tempat hero kita tak lain dari meraih kekayaan untuk dirinya dan membawa kelekaan mendampingi pemimpin teratas.
ZURIAT KITA APA NASIBNYA JIKA TAK TERJAWAB ‘UNTUK APA PERJUANGAN’?
Kita yang bergelumang dalam politik UMNO mungkin faham ‘Untuk Apa Perjuangan’… janganlah kita bawa sangsi diri...Masalahnya adalah bagaimana anak muda Melayu yang lain hendak faham ini, kerana…
Kebingungan kita pun bila UMNO hari ini menjadi medan mempertahankan peribadi, keluarga dan kedudukan pemimpin semata-mata. Hampir sekali ajal merapati UMNO, yang begitu berjasa membela nasib Melayu. Manakah akan kulindungi masa depan anak dan zuriatku sebagai rakyat Melayu kiranya UMNO tiada? Sepanjang 5 tahun lepas pun, bila hak kita dicabar, bukan sahaja oleh kafir harbi DAP, malah segelintir teman-teman BN kita, kenapakah kepimpinan UMNO bukan sekadar bisu tapi LENA!
ADAKAH PILIHAN LAIN UNTUK MEMPERTAHANKAN ZURIAT
MELAYU?
Mana bisa diharap Parti Kelentong Rakyat, PKR, yang berpaksikan kejaran kuasa seorang lagi sang rakus yang berbuih 'Ketuanan Rakyat' dibibir sahaja?
Dibibir sahaja... bukan sahaja dari segi retorik yg tidak berdasar fakta, membohongi rakyat, tetapi dari segi pelaksanaan dasar yang melekakan dengan sementara tetapi lambat-laun akan membawa naya.Sama juga, mana bisa kita berharap kepada parti yang dakyah Islamnya membencikan Melayu sehingga sanggup segelintir pemimpinnya ditunggangi kafir harbì di Perak berbayar sekadar tempias kuasa? Dakyah asobiyahnya terutama sekali mengakibatkan Melayu membenci identiti bangsanya sendiri, semua gara-gara politik.
Padahal Rasulullah s.a.w. sendiri menerima keutamaan terhadap kaum sendiri sebagai fitrah, dan menjatuhkan hukum asobiyah hanya kiranya kita menzalimi kaum lain. Dan bagaimanakah mungkin UMNO menzalimi kaum lain, apabila dasar kita memakmurkan semua sehingga PRU ke PRU, undi masih majoritinya diraih Barisan Nasional… hinggalah PRU12.
UNTUK APAPUN PERJUANGAN, UMNO HARUS DIKEMBALIKAN
KEPADA MELAYU…
Untuk apapun perjuangan kita, sama ada idealisma Melayu baru, mahupun semudah faham masa depan zuriat kita, pada hemah saya, harus dikembalikan UMNO kepada Melayu dengan segera.Harus dikembalikan UMNO kepada arus perjuangan asalnya, dengan bersejarah, sebelum bukan sekadar pemimpin berketagih kedudukan sahaja yang menghancurkannya.
Harus segera dibebaskan UMNO dari cengkaman maut wang yang ketandusan sejarah, nilai dan budi, sebelum ia ketandusan anak muda Melayu pewaris bangsa.
PULAU BATU PUTIH PENENTU PERTANDINGAN
Yang menentukan bertandingnya saya sebagai calon exco Pemuda bukanlah pencalonan yang banyak mahupun desakan kawan-kawan. Niat sudah lama ada, tetapi penentunya disampaikan pada malam berita tentang keputusan Pulau Batu Putih di mana kalah kita.Yang kalah itu mungkin lambat-laun, marah cara mana pun, harus kita terima. Tetapi yang lebih menyayat hati bagi saya adalah adegan di mana rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, satu-persatu, ditunjukkan pada kacamata TV menyatakan mereka ‘menerima kekalahan’ tersebut.
Pada malam itu, isteri saya meluahkan rasa hatinya, yang beliau rela apa sahaja pengorbanan asalkan usaha saya berpolitik dapat membantu mempertahankan masa depan anak-anak, zuriat kami, dari terlelong maruah dan begitu sedia ‘menyerah kalah’ seperti yang terpapar menerima keputusan Pulau Batu Putih.
JADI UNTUK APAKAH PERJUANGAN SAYA?
Saya rasa soalan ini tidak penting. Yang penting adalah untuk apa perjuangan saudara sendiri? Malah, adakah saudara sekelian lagi berjuang, sedang bersenang dengan kawan-kawan atau syok sendiri berpesta UMNO pemilihan ini?Saya amat gemar bertembung dengan calon-calon, terutama sekali calon-calon ‘swasta’ yang tiada undi kerana bukan perwakilan, kerana pada masa itulah saya paling selesa bertanya,”Saudara Bertanding Untuk Apa?”
Adakalanya kawan-kawan calon-calon lain tercengang dengan soalan saya. Tercengang lagi mereka apabila saya sedia meluahkan niat saya bertanding… kerana
masa depan zuriat, kerana saya ingin mencelikkan mata Pemuda akan ruang melopong di kalangan masyarakat muda yang tak terisi pun oleh wadah Pemuda UMNO sekarang.
UNTUK APA PERJUANGAN PERWAKILAN?
Tetapi soalan, ‘Untuk Apa Perjuangan?’ dan ‘Saudara Bertanding Untuk Apa?’ ini bukan sahaja relevan untuk calon kepimpinan Pemuda UMNO pusat, tetapi juga semua perwakilan menjelang 25 Mac 2009. Malah soalan ini sama relevan baik untuk pemegang jawatan sepenggal, yakni KP dan NKP, mahupun G2 yang membawa suara akar-umbi.Apapun niat saudara dalam menghadiri persidangan UMNO kali ini, ingatlah, undi saudara bukanlah pembawa hasrat saudara sendiri, terutama kini apabila kita UMNO, mahupun Melayu, menghadapi zaman getir. Pilihlah yang terbaik
dari kami calon-calon di semua peringkat. Harapan saya, ia juga yang terbaik
untuk masa depan zuriat Melayu dunia dan akhirat.Selamat Bersidang…
Tuesday, March 10, 2009
Belanjawan Baru Mengejutkan...
- Terlihat jelas usaha membaiki keadaan untuk pekerja 'makan gaji', terutama yang berpendapatan sederhana ke rendah.
- Usaha untuk memberansangkan pertumbuhan pekerjaan ataupun menampung kegawatan hidup penganggur mahupun yang baru kehilangan kerja melalui pakej latihan, dsb.
- Insentif tradisional seperti ransangan pembelian rumah, mahupun kreatif, yakni bon pelaburan syariah yang menjamin pendapatan golongan penabung wang dari golongan pendapatan sederhana sekaligus memampatkan perbendaharaan kerajaan dengan 'pinjaman' dari rakyat pelabur.
Tetapi yang lebih menggalakkan bagi saya adalah petanda yang dibawa oleh jalan-cara, ketelusan dan keberanian DS Najib dalam membentang belanjawan ini, contohnya:
- Bagaimana DS Najib berani serta telus mengakui tahap kegawatan ekonomi, sehingga berkemungkinan susut sebanyak -1% dan paling baik boleh diharapkan pun berkembang hanya sekadar 1%. Pengakuan ini lain sekali dari cara Pak Lah yakni sering mengwar-warkan berita baik dalam usaha menyembunyikan isu buruk yang menggunung terpampang di mata rakyat.
- DS Najib juga membentangkan pakej yang agresif sekaligus tidak diduga oleh mana-mana pihak. Permainan media efektif di mana jumlah yang lebih rendah di gembar-gemburkan sementara kerajaan menggubal pakej yang lebih komprehensif memberikan kesan positif menjelang pembentangan. Pakej tersebut juga terlihat jitu dan bukanlah 'setengah masak' seperti lazim dialami rakyat sepanjang 5 tahun lepas.
- Pakej ini juga serasi dengan prinsip neo-Keynesian yang diamalkan oleh Tun Dr Mahathir untuk menangani krisis ekonomi pada akhir tahun 90-an, namun berlainan berdasarkan pelbagai insentif tidak langsung, sesuai dengan kematangan ekonomi Malaysia. Ini menunjukkan kematangan perbendahraan di bawah pimpinan DS Najib yang mengekalkan yang baik dari pemimpin dahulu sambil menimba ide baru untuk abad baru.
Dari segi politik, ternampak pihak pembangkang, termasuklah pemimpin mereka, DS Anwar Ibrahim, terkedu. DS Anwar sebenarnya terperangkap, kerana kalau beliau menyokong pakej ataupun menyatakan ia terlalu kecil, ini menunjukkan beliau mengakui kesalahannya 10 tahun dahulu dan mengakui kebenaran cara Tun Dr M menangani krisis ekonomi dahulu.
Tetapi sekiranya beliau membidas pakej ini sebagai terlalu besar dan membazir, ternyata beliau masih kekal dengan ide lapuknya yang telahpun ditinggalkan oleh sekutu-sekutu ekonominya di Barat yang lazimnya kini menggunakan jalan-cara yang dipelopori Tun Dr M.
Punyalah terkedu pembangkang, sampai PAS pun nak bekerjasama! DAP yang sekian lama gagal menarik pelabur ke Pulau Pinang kerana 'tak gheti' pun mahukan pakej lebih besar!
Cuma satu sahaja yang kini perlu DS Najib buktikan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan menjerumus Pakatan Rakyat kekeranda sejarah 'ekonomi politik', beliau haruslah memastikan pakej tersebut dilaksanakan dengan baik. Setidak-tidaknya lebih baik daripada zaman Pak Lah... rasanya tak susah kan?
Saturday, March 07, 2009
PPSMI Dan Ekonomi Negara
Seperti biasa, Pak Lah yang tahu isu ini sudah mendidih begitu lama dan membiarkan ia membuak-buak selesai keputusan Mathematik dan Sains UPSR yang mengecewakan di luar bandar dengan diputar-belitkan berita mengenai 'kejayaannya', kini sibuk pula ingin menyelesaikannya 'dengan segera'.
Akhirnya, saya setuju dengan pendapat yang mengatakan ini permainan politik sesetengah pihak yang tidak ikhlas pun tentang hal ini. Cuma digembar-gemburkan semata-mata agenda perebutan kuasa pihak tersebut. Malah, kalau bukan kerana ada peralihan kuasa dan sudah diketengahkan isu kuasa Raja-Raja Melayu, tentu tentangan PPSMI disyaki agenda mengalihkan fikiran perwakilan UMNO dari krisis ekonomi menjelang Perhimpunan Agung pada akhir bulan ini...
Hmmm... saya lagi jalan-jalan di Sabah sekarang. Akan saya sambung...
Thursday, March 05, 2009
Apakah Perasaan Saudara/i Jika Dituduh Mengugut Bunuh Dan Diherdik Di Khalayak Ramai?
- Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut tidak merancang untuk berkonfrantasi dengan YB Karpal. Pertembungan berlaku secara kebetulan.
- Ketua-Ketua Pemuda tersebut hanya menuntut, malah memohon, penjelasan dan tidak melakukan kekasaran terhadap orang tua politik Malaysia tersebut, walaupun ada kehangatan hasil dituduh macam-macam.
- Ketua-Ketua Pemuda tersebut membuka jalan, memberi laluan untuk Karpal ke Dewan, walaupun beliau enggan memberi penjelasan di luar Dewan.
- Akhirnya, kekecohan sebenar bermula apabila Wakil-Wakil Rakyat DAP menyerbu Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut pula.
Wednesday, March 04, 2009
Coretan Hal Penubuhan Kerajaan Negeri Pokok Sena...
- Negeri Perak sudah ada nama yang elok dan bersejarah. Apakah dengan membuat mensyuarat DUN di bawah pokok Sena Pakatan Rakyat ingin menamakan semula negeri menjadi 'Sena'? Rasanya nama negeri Pasir Dua Butir pun lebih sesuai, dan harus di pajak dahulu mungkin daerahnya 999 tahun dari kerajaan negeri... itupun kalau DYMM Seri Paduka perkenan!
- Anak-anak derhaka menyalak biadap dan 'mohon derhaka' kepada Sultan tak sama hikmahnya dengan Sang Kancil menendang anjing. Apatah lagi atas kesedaran akan kebijaksanaan serta keperihatinan terhadap rakyat antara sifat-sifat murni DYMM Seri Paduka Sultan Azlan.
- Melaka berkembang maju dari tunas penubuhannya, maka insiden di bawah pokok lebih 600 tahun dahulu berniat membangunkan sebuah negeri. Tetapi di bawah pokok Sena di Perak, agendanya adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Mana ada barakah disebaliknya?
Dari terus-menerus menjalankan aktiviti menipu rakyat dan mensensasikan usaha mengaut balik kuasa yang dahulunya disalah-gunakan, lebih baik ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat Perak bermusahabah diri dahulu. Inikah yang rakyat mahu? Ini bukan keperluan seperti yang diancam oleh kemelesetan ekonomi sekarang. Dari membuat kerja lapuk yang tiada hasilnya, ada baiknya mereka mencari ilham serta ide yang lebih berguna untuk rakyat.
Masalahnya, ketua nasionalnya si Anwar Ibrahim pun tak tahu hal menyelamatkan ekonomi dari krisis - hampir ranap ekonomi negara dibuatnya pada tahu 1997-1998 dahulu! Apakah beliau sedia menelan malu dan mengakui ide Tun Dr M pada masa itulah yang diguna-pakai di seluruh dunia untuk menangani kemelesetan sekarang? Maka mungkin terperangkap PR, tak mampu menjiwai masalah rakyat dan menangani, tinggallah mereka dengan sensasi sahaja.
Alangkah sedihnya bila yang kononnya bertuankan rakyat redup minda, lapuk ide dan tiada upaya memperjuangkan rakyat tersebut... Kerana kuasa pula bersedia berwayang kulit walau di bawah teduhan pokok Sena... Inilah perjuangan deme...
Monday, March 02, 2009
Demi Rakyat, Tumpuan Kita Seharusnya... Ekonomi Beb, Dah Nak Tsunami Dah!
- KuLi pun dok kata suruh tumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi. Ni dok sibuk lagi pasai politik pasai pa? Macamlah orang muda faham apa untung-ruginya menjadi ahli "KuLi Fan Club".
- Depa tak sedaq ka yang dengan menunda Perhimpunan Agung serta Pemilihan tahun ini, Pak Lah akan kekal berkuasa sehingga selesai pula isu penundaan ni. Padahal, kita dah tau negara perlukan kepimpinan baru dari la ni, nak tunda pula peralihan kuasa?! Yang dulu KuLi nak Pak Lah pi secepat mungkin, depa ni tak dengaq juga ka?!
- Dah le tu, kalau tunda barang sehari Perhimpunan Agung, siapa nak atuq PRK-PRK 3 Bukit yang nak mai bulan April ni? Apa, nak biaq UMNO semakin merudum semangat melalui kekalahan di 3 Bukit sementara kepimpinan kita celaru? Yang depa ni nak bantu KuLi ka, ingin pebetui UMNO ka, nak angkat Anwar Ibrahim?!
Celaru macam-macam politik pula hari ni. Padahal, rakyat pun dah beramai-ramai geleng kepala. Kira kalau semua rakyat berambut basah masa melihat gelagat di atas ni, nescaya bah, banjir-lah di negeri-negeri Pakatan Rakyat dari guguran air gelengan kepala kita semua!
La ni, rakyat semakin panik pasai ekonomi! Wei, tsunami dah nak mai dah! Kat sesetengah tempat tu, dah melanda pun, sampai sudah ada suami tak bekerja, isteri tak berbelanja, anak tak berkasut tanpa lubang dan silap hari, keluarga pun tak berumah, kena balik kampung! Dah la kampung tu bukan ada hasil apa... kelapa sawit pun harga dah takdak apa!
Kepada yang berminat memahami sedikit lagi punca meleset segala ini, layari nukilan Op Ed yang ringkas menyentuh bagaimana merudumnya ekonomi Amerika Syarikat serta Eropah kini menjejas ekspot, dan secara langsung, pendapatan rakyat kita...
Saya dah mula berpolitik, tetapi dengan agenda ikhlas untuk berbakti kepada rakyat. Kepala ni dah nak pecah ingin bersuara tentang masalah dan mencari jalan melontar ilham kepada yang berupaya melaksanakannya dalam kerajaan. Tetapi kalau ahli politik sibuk sangat berpolitik, bilakah masanya untuk berbakti? Atau mungkinkah politik mereka saja syoq sendiri, bukan lagi tentang kepimpinan yang membakar diri semata-mata agama, bangsa dan tanah air? Wallahualam...