- Restricting the move to Secondary Schools only, leaving Primary education very much in the current state. I seemed to think this is winding back the clock a bit... but you know, sometimes clocks need winding back.
- Suggesting such a move would be in line, and indeed should be made part of, the 1Malaysia effort - it certainly is in tune with the concept with regards to unity!
There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Wednesday, October 28, 2009
At Last, "Satu Sekolah Untuk Semua" Makes An Appearance In Parliament...
Tuesday, October 27, 2009
Berdialog Santai Sejenak Dengan YB Dato' Dr Hassan Ali Dan YB Nasaruddin Mat Isa
Pemimpin yang hadir selain tuan rumah adalah YB Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Jurublog yang hadir taklah ramai mana, kira-kira kuranglah dari 20 orang, tetapi ada juga yang dikatakan cukup berpengaruh, terutama sekali di kalangan pembaca mirip PAS serta Pakatan Rakyat. Saya seorang rasanya yang mengaku blogger UMNO manakala penjemput saya, Mahaguru58, terkenal dengan 'berkecualinya' dalam segala hal kecuali yang dipercayai BENAR!
- Salah-betul pendirian mereka, kedua-dua pemimpin PAS ini kelihatan sopan dan berlaku benar dalam memberi penjelasan. YB Nasa dengan terus terang menjelaskan mandat yang diamanahkan kepada beliau oleh majlis-majlis kepimpinan/ulama PAS untuk berbincang dengan UMNO di mana sesuai sejak PRU-12. Intipatinya tidak boleh saya huraikan di sini, tetapi beliau selesa juga mengatakan perbincangan dengan UMNO tidak berhasil.
- Dato' Hassan juga memberi kepastian kepada jurublog ini yang sebab beliau tidak ingin meninggalkan Pakatan Selangor adalah kerana beliau dan pemimpin PAS sebaris dengannyalah satu-satunya suara mempertahankan hak umat Melayu Islam Selangor di dalam kerajaan Pakatan tersebut! 'Melayu' yang lain kelihatan kelu apabila berdepan dengan DAP mahupun dicabar ahli PKR yang bukan Islam!
- Kedua-dua pemimpin ini kelihatan agak hormat terhadap TG Nik Aziz, sehingga tidak membalas bidasan Tok Guru, selain menjelaskan harapan mereka yang mesyuarat khas pada hari Rabu akan meleraikan segala persengketaan. Malah, apabila ditanya tentang pengetahuan TG Nik Aziz tentang keputusan kepimpinan mahupun Dewan Ulama PAS, mereka kelihatan tersipu-sipu menjelaskan yang Tok Guru sering tidak hadir!
- Berdasarkan di atas, saya rasa harus ada keyakinan pada pengikut PAS untuk terus yakin akan kepimpinan YB Nasa, dan utama sekali, umat Islam di Selangor, tak kiralah parti mana, sepatutnya menyokong usaha-usaha Dato' Hassan yang betul! Ini termasuklah usahanya menghalang arak dijual meleluasa di Selangor (akta negerinya pun yang UMNO/BN luluskan dahulu!) dan mempertahankan maruah Melayu dari tohmahan Harbi di SelCAT!
Kini sebenarnya saya merasa pelik sedikit... rupa-rupanya sudah ada banyak blog PAS yang menggunakan kehadiran saya dan memutar-belitkan perjalanan majlis semata-mata untuk membantai Dato' Hassan dan YB Nasa! Tak patut, dan tak matang! Padahal saya hadir bukan sebagai 'orang UMNO' tetapi ahli Muslim Bloggers' Alliance! Mungkinkah ini hasilnya politik fanatik dan taksubkan ikon tertentu di dalam PAS, seperti TG Nik Aziz, sehinggakan ia kini seolah-olah makan tuan! Wallahualam...
Sunday, October 25, 2009
Memahami Nik Aziz...
"Unlimited power is apt to corrupt the minds of those who possess it""Kuasa tanpa had sering mengkorup minda pemegang kuasa tersebut"
Saturday, October 24, 2009
Budget 2010: Suspicious Quality Of Criticism Detected...
- DS Anwar was reading from text, and the material must have been very unfamiliar as he seemed to stutter in presenting some technical stuff. he is a very practiced parrot though, so many probably would forgive him this.
- DS Anwar was more comfortable then speaking off the cuff, without aid of the text and all the technical economics material, speaking about 'transparency' and 'governance'. Same old story then, with no real criticism of the budget's salient points...
- DS Anwar also made mistakes ala-Lim Kit Siang, but on credit card taxes rather than TV licenses. He complains that some 2 Million rakyat now have to pay taxes on credit cards, stating this as being 'significant', as opposed to 'small' benefits elsewhere. Hmmm, I get a RM500 tax rebate for my broadband in 2010, the smallest of the benefits, and only have to pay ~RM200 of credit card taxes... and only the high income folk pay... Hmmm...
- Even as DS Anwar attempts to criticise by being 'global', he fails. E.g. he compares Malaysia's reduced ability to attract FDI to China and India's supposed recent strength. In the first place, what he is impliying is WRONG, all countries have suffered reduced cross-border investments over the course of the crisis, and China particularly weathered it the same way as Malaysia, by increased local activity. The there is size of economy, phasing, etc...
Sunday, October 18, 2009
UMNO Meniti Perubahan? Analisa Perjalanan Perhimpunan Agung UMNO, Oktober 2009
- Pengekalan YB Datuk Seri Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung menunjukkan kesediaan Najib menerima khidmat veteran UMNO asalkan mampu masih cemerlang.
- Perlantikan YB Dato' Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan menunjukkan usaha DS Najib mempermudakan kepimpinan parti.
- Menarik sekali, pilihannya sebagai Bendahari UMNO, YB Datuk Seri Husni Hanadzlah yang terkenal bersih dari kecomotan rasuah, melambangkan betapa beliau mementingkan usaha membenteras gejala politik wang di dalam parti. (Sesuai dengan itu juga, DS Husni kini menjawat kedudukan Menteri Kewangan II)
Pada ucapan penggulungan, DS Najib juga menjawab desakan, khususnya dari Pemuda, supaya ditingkatkan peruntukan wang, terutama kepada sayap tersebut, untuk menggerakkan program. DS Najib telah MENOLAK desakan tersebut, sambil memberi nasihat yang masih ada terlalu banyak perlu dibuat oleh kepimpinan UMNO, terutama di akar-umbi, yang tidak memerlukan peruntukan, seperti tidak sombong dan sedia beramah mesra secara langsung dengan pengundi.
Ternyata DS Najib mahukan UMNO berubah, terutama sekali dengan melepaskan UMNO dari ketagihan duit sebagai penyelesai seribu-satu masalah. Sememangnya duit bukannya penyelesai, malah tempohari, seringkali membawa masalah kepada UMNO. Halatuju UMNO supaya berkhidmat dengan sukarela dan terbuka kepda rakyat telah diperjelaskan. Kini terpulanglah kepada ahli UMNO untuk menyahut cabaran Presidennya...
Wallahualam...
Friday, October 16, 2009
Hari Kedua Perhimpunan Agung... Rasanya Terlalu Suntuk Acara...
Semalam, gembira bercampur asyik mendengar ceramah pemimpin yang pernah dibisukan suara dari rakyat, mahupun ahli UMNO oleh rejim Pak Lah.
Seperti 'Pok Li', Ketua Bahagian Dungun yang dimarahi Pak Lah kerana berani menuntut kembali pengurusan royalti minyak oleh kerajaan negeri. Semalam suaranya kembali berkumandang di Dewan... sambil kekal berani menyindir teman-teman di Kelantan!
Anak-anak muda pun bergegas ke Dewan bila mendengar Dato' Ishak Ismail, Ketua Bahagian Seremban, berdetum suaranya yang dahulu juga dihilangkan Pak Lah kerana marah atas kesetiaan beliau kepada Tun Dr M.
Hari ini, pesanan seperti dari wakil Pulau Pinang akan keperluan kebajikan bukan sekadar rakyat atau ahli, tetapi juga pemimpin UMNO di peringkat akar-umbi, disulami bedilan ke arah pembangkang seperti peringatan wakil Melaka, "sunat berjanggut, bukan berlagak!"
Hari ini, Dato' Rozai Safian dari Kedah di hujung barisan pembahas usul membedil yang 'menantu' menyebabkan kita kalah PRU12, namun nampak gaya 'menantu' tak sedar-sedar lagi! Katanya 'menantu' tersebut parti-parti komponen BN, tetapi perwakilan di Dewan faham menantu mana disindir...
Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan, pemindaan perlembagaanlah perubahan yang paling memberangsangkan bagi UMNO pada era DS Najib. Ini bukan sahaja dari segi meramaikan pengundi untuk jawatan Majlis Tertinggi termasuklah Presiden dan Timbalannya dengan menyerahkan undi ke 140 ribu wakil Bahagian. Ini hanya alat teknikal dalam usaha menghalang politik wang.
Yang lebih hebat adalah bagaimana sistem kuota pencalonan untuk pertandingan ke jawatan dimansuhkan tanpa ditukar-ganti dengan alat penghalang lain. Malah, DS Najib memimpin Majlis Tertinggi yang menolak beberapa cadangan seperti kelayakan umur untuk bertanding Ketua Pemuda, perlunya pernah menjadi Naib Presiden sekiranya mahu dicalonkan Timbalan, dll.
Ini menunjukkan keterbukaan pemimpin teratas parti untuk dicabar oleh sesiapa yang mahu! Tak perlu kedudukkan yang tak tertanding untuk pemimpin teratas parti, seperti 'Mursyidul Am' atau 'Penasihat' bagi UMNO!
Tikaman lidah dalam seloroh bersambung apabila DS Zahid Hamidi men'tibai' kembali Dato' Ishak Ismail sebentar tadi. Insya'Allah, terasa kesuburan debat kembali juga ke UMNO.
Namun, persoalan yang masih belum terjawab adalah sama ada perubahan teknikal dalam perlembagaan parti ini cukup untuk membetulkan nilai yang kian rapuh-reput menular hingga ke akar-umbi parti. Wallahualam... sama-sama kita usahakan...
Uploaded from my HTC TytnII
Wednesday, October 14, 2009
Twittering From UMNO AGM
Will be twittering on developments as long as my HTC's batt allows. Check out this blog's sidebar!
Apakah Sebabnya Kita Sibuk Bersidang?
Sunday, October 11, 2009
Bagan Pinang: Jangan Riak Menyusul Riang
- Jentera rasmi kempen BN lambat bersiap-sedia di Bagan Pinang, malah 'Command Center' masih berkecamuk sehari selepas penamaan calon! Nasib baik jentera Bahagian Teluk Kemang pimpinan TS Isa sudah bersedia walau sebelum penamaan calon!
- Ada beberapa pemimpin BN yang muncul tidak disukai rakyat, terutama sekali Ikon-Ikon Korupsi. Malah, DS Samy Vellu dihalang dari memasuki kawasan Sua Betong oleh pemimpin-pemimpin masyarakat estet! TS Isa terpaksa bergegas ke Sua Betong untuk meleraikan keadaan sejurus pulangnya DS Samy dengan hampa.
- Amnya, ramalan kemenangan TS Isa muncul awal kerana budi dan jasa beliau kepada masyarakat Teluk Kemang yang berbilang kaum sepanjang 3 dekad lamanya. Malah, kebimbangan hanya wujud bersabit adanya pengundi baru yang mungkin tidak mengenali beliau. DS Anwar Ibrahim sendiri tidak berupaya mengaibkan TS Isa semasa berkempen kerana takut ia menyebabkan pengundi yang hadir, adapun sedikit, jauh hati dengan PAS.
- Ramai yang hadir membantu TS Isa atas dasar mengenang budi beliau, baik di Teluk Kemang, mahupun di seluruh Negeri dan Negara. Ini menaikkan nama baik beliau pada perhatian masyarakat Bagan Pinang.
- Apabila kelihatan jelas TS Isa bakal menang, maka berpusu-pusulah manusia digelar 'pemimpin-pemimpin BN' yang bergegas untuk 'menompang' menang! Sudah tentu ada yang ikhlas, seperti TS Muhyiddin Yassin yang begitu rancak bergerak dalam kempennya setiap malam serta hari. Tapi yang lain... tiba2 terbit pulak!
Contoh Risalah anti-Isa yang disebar 'last-minute' oleh Pakatan Rakyat, namun, tak lut!
Cukuplah bedilan awal peringatan jurublog ini kepada UMNO dan BN di ambang kemenangan ini. Analisa lebih mendalam harap dapat dilanjutkan tak lama lagi...
Saturday, October 10, 2009
Terdesakkah Pakatan Di Bagan Pinang?
- T-Shirt 'Molek Doh' PAS Kelantan
- Jeket PAS Baling
- Bandana PAS Perak
- Lencana Urusetia PKR rata-rata negeri
Apabila DS Anwar beredar ke lokasi lain dan calon PAS, Zulkifli Omar, mula berucap, majoriti hadirin pun beredar dengan DS Anwar. Malah, penjual Sate pun siap matikan arangnya untuk berpindah sama! Jelas sekali penonton ceramah DS Anwar yang meramaikan suasana tersebut orang luar amnya! Yang tinggal beberapa kerat mendengar calon PAS tu mungkinlah orang Bagan Pinang, itu pun kita boleh sangsi!
Pakatan terdesak, kerana di Bagan Pinang, kelihatan UMNO dan BN jelas masih bernyawa, terutama di matahai masyarakat Melayu! Maka kalau kalah pun TS Isa, jelas ia membuktikan yang bukan sahaja undi Pos tiada penyelewengan yang disengajakan, tetapi Pakatan didukung oleh kaum bukan Melayu amnya. Ye lah, kaum bukan Melayu memang tak habis gusar lagi dengan DS Samy Vellu, TS Koh Tsu Koon, dsb.
Malah, kehadiran kurang dari 20 orang di ceramah Hj Hadi tempoharilah pencetus cemas di kalangan pemimpin PR. Ia menimbulkan persoalan, dimanakah sokongan rakyat yang kononnya jitu di rata negara untuk Pakatan 'Rakyat'? Ia pasti menjejaskan semangat juang penyokong Pakatan, malah menjejaskan dakyah yang UMNO serta BN kian pupus di kalangan pengundi baru. Maka turunlah berduyun-duyun penyokong luar ke Bagan Pinang untuk meramaikan suasana!
Malangnya, mereka semua bukan pengundi Bagan Pinang! Maka pasti menangkah BN pada hari ini? Wallahualam... masih di tangan tuhan yang menggerakkan hati pengundi di sini...
Buat pengetahuan, pemantauan terkini menunjukkan sokongan Isa 60:40 PAS di Bagan Pinang. Kini jentera membawa pengundi ke pusat mengundi menjadi penentu kemenangan. Kiranya UMNO/BN kalah sekarang, kemungkinan besar kerana leka...
Sunday, October 04, 2009
At Last, Somewhere To Put MIC's Spare Garland Of Slippers...
Saturday, October 03, 2009
Kalau Betul Undi POS BN Kontrol...
- Bayangkan, berbuih mulut penceramah PAS, sakit jari pengkomen 'cyber-trooper' Pakatan dan berdenyut otak blogger anti-BN menghentam bagaimana undi Pos '100%' dikawal oleh UMNO. Tiba-tiba, tak perlu media-masa, blog-blog (kalau orang muda nak percaya), termasuk yang simpati kat Pakatan pun, sedia menangkis dakyah ini! Bergantung sumber, PRU-12, PAS mendapat ~1200-1600 undi POS Bagan Pinang! Amendenye yang BN kontrol?
- Kalaulah betul PAS tak berharap mendapat undi Pos, kenapakah ini menjadi isu yang mengancam pemilihan Zulkifli Omar sebagai calon PAS hingga ke saat terakhir? Kenapakah kekuatan calon PAS sebelum ini, Hj Ramli bin Ismail, untuk meraih undi Pos sebagai seorang pesara askar menjadi satu faktor yang dipertimbangkan?
- Setelah memfitnah kerajaan BN dan SPR begitu lama perihal salah-laku dalam pengurusan undi Pos, bersediakah PAS meminta maaf sekiranya setelah terlaksanannya cadangan mereka supaya peti undi POS disimpan di bawah jagaan oleh pegawai SPR, bukan askar dan polis, tidak membawa lebih undi kepada mereka? Adakah PAS bersedia memohon maaf kepada pihak askar dan polis yang kewibawaannya turut tercelar melalui cadangan mereka?
- Bilakah PAS bercadang untuk memohon maaf setelah berkali-kali dibilang, kini sekali lagi diperjelaskan yang mereka, mahupun BN, tidak dibenarkan berkempen di kem askar oleh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia, bukan SPR mahupun kerajaan, kerana faktor keselamatan negara. Adakah dakyah mereka akan terus berkumandang seperti biasa?
Pada hemah jurublog ini, baguslah undi pos banyak di Bagan Pinang. Bolehlah membantu orang faham hal sebenar di sebalik dakyah ini... kalau mereka mahu ingin betul-betul faham la! Setidak-tidaknya, kalau TS Isa Samad kalah atau menang pun tipis nanti, adalah untung pada BN dengan menghilangkan mitos 'BN kontrol undi pos' ni, macamlah dongeng 'undi hantu' kini ghaib memandangkan tak lojik teori pengundi hantu bila Pakatan menang besar di PRU12!
Bolehlah juga kita semua celik sama yang mungkin polis dan tentera ini banyak mengundi BN bukan kerana aibnya mereka atau teraniaya melalui undinya, tetapi sebab ahli beruniform ini bersetuju dengan BN sebenarnya! Ya lah, samalah macam 1601 pengundi Pos di Chempaka, pasti ramai juga yang mengundi Nik Aziz kan? Hehehe...
UP: Saya dah sampai padang... malam ini telah dijemput berucap di kampug Bagan Pinang. Kalau sudi, mailah! Paling-paling boleh lepas geram membu kat saya! :-)
Thursday, October 01, 2009
Kenapa BN Seharusnya Kalah Di Bagan Pinang... Dan Kenapa Tan Sri Isa Samad Bakal Menang...
Terlalu ramai kawan, apatah lagi lawan, yang bakal marah kepada jurublog ini kerana menulis bagaimana seharusnya BN kalah di Bagan Pinang. Tetapi ada baiknya ini ditulis oleh orang UMNO, supaya dilihat sebagai sebahagian dari renungan dan usaha memperbaiki parti dari dalam dan bukan propaganda politik semata-mata. Kenapakah BN seharusnya kalah di Bagan Pinang?
- Fitnah berganding layanan buruk terhadap seorang jaguh politik UMNO tempatan yang walau masih disayangi rakyat sehinggakan mendahului calon lain dalam pilihan, dibiar nama baiknya comot tanpa pembetulan.
- MIC kekal porak-peranda termasuklah di Teluk Kemang, di mana pemimpinnya, walau bertelingkah dengan Presidennya, masih tak lalu dipilih masyarakat India, apatah lagi meraih undi untuk calon UMNO!
- UMNO masih lagi dibuai mimpi yang ia,"Bukan asyik kalah, tetapi masih belum menang... ?!?!?!" Buaian mimpi ini membuat UMNO cuai dan berlaku acuh-tak acuh tentang keputusan yang harus diambil untuk menghembuskan nyawa baru ke dalam parti.
Kalau nak diikutkan, keputusan siapakah calon di Bagan Pinang seharusnya mudah, tetapi yang itu pun tertangguh bersabit perkara di atas! Padahal permainan propaganda Pakatan Rakyat sudah berjalan dengan rancak sekali! Lagi ditunda keputusan calon, lagi melaratlah situasi untuk BN. Oleh itu, sebelum mengupas fasal-fasal tersebut, ingin saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana dipilih juga akhirnya dan syabas kepada kepimpinan UMNO.
Hero Linggi Kewibawaan Dicabuli, Pemimpin Dah Berganti Bila Nak Diampuni?
Kenapakah Tan Sri Isa Samad masih popular dalam UMNO. Malah, kenapakah beliau masih dipilih calon ADUN, sejurus selepas melangkah tanpa halangan ke jawatan Ketua Bahagian Teluk Kemang tempohari? Kerana amnya orang UMNO tahu, Tan Sri Isa sepatutnya tak dihukum gantung keahlian dan dilucutkan jawatannya kerana rasuah oleh Lembaga Disiplin UMNO beberapa tahun lalu. Ini kerana beliaulah calon Naib Presiden paling bersih pada Pemilihan UMNO 2004!
Kenapa beliau dihukum jua dan dengan berat sekali memandangkan 'kesalahannya' adalah sudi hadir majlis penyokongnya yang dibiaya sendiri oleh para penganjur, memandangkan ada orang yang sogok duit dan bagi kontrek kelas F baru-baru ini kena 'amaran' sahaja, ada dihuraikan di sini, sini, sini dan sini. Tak perlulah kita persoalkan lagi konspirasi menjatuhkan Tan Sri Isa dahulu. Pendek kata, ada orang takut beliau naik menjadi Timbalan Presiden parti kelak!
Tetapi, memandangkan kepimpinan UMNO pun dah berubah, kenapakah kes beliau tidak dibuka semula untuk memberi keadilan sebenar kepada beliau? Malah, banyak kes Lembaga Disiplin UMNO zaman Pak Lah patut dibuka semula. Ada yang kerana yang dihukum 'bersalah' seperti Tan Sri Isa... bukan bersalah rasuah, tetapi menjadi saingan politik kepada Ikon-Ikon Korupsi. Ada pula hukuman terlalu ringan dikenakan Ikon Korupsi dan yang bersekutu dengannya...
Hasilnya, orang luar mahupun beberapa kerat ahli yang baru masuk UMNO, yang tak tahu menahu tentang hal konspirasi dalaman sebegini, semua memikirkan TS Isalah antara perasuah besar dalam UMNO! Ini adalah fitnah kepada peribadi TS Isa yang harus diperbetulkan. Apabila dia terlihat calon ADUN terbaik untuk bahagiannya, barulah terfikir, terhegeh-hegeh memikirkan macam mana nak mengubat dosa ini! Kerana dosanya bakal mengancam masa depan parti!
Lebih buruk lagi, ada pula orang yang untung dari konspirasi dahulu, tak sedar diri! Yelah, orang tak reti politik, naik tinggi dalam Bahagian pun kena 'parachut' oleh Pak Lah! Yang tak sedar diri, berkempen ke sana-sini di Negeri mengata TS Isa pilihan calon yang buruk! Apa, dia tak sedar ke yang orang Teluk Kemang, pengundi Bagan Pinang, ramai GERAM sebab TS Isa kena pejatuh dahulu! Diorang tahu, kalau tak, mungkin pemimpin kampung mereka inilah sekarang jadi TPM!
Maka pada hemah saya, orang Bagan Pinang, sebagai pengundi Teluk Kemang yang mesra dengan TS Isa sehingga sekarang, memang tak ada sebab untuk menyokong BN. Hero mereka dijatuhkan dengan hina sekali! Kenapalah rasanya di Teluk Kemang khususnya, kubu BN yang menyaksikan pelbagai pembangunan, BN kalah begitu banyak kerusi, termasuk Parlimen? Kenapakah Negeri Sembilan pun BN hampir kalah? Rasanya, unsur marah atas nasib TS Isa di antaranya...
Mengetahui ini, patutkah kita hairan yang tiada pilihan lain selain TS Isa untuk mengubati sedikit luka penduduk Teluk Kemang, termasuk Bagan Pinang? Itu pun ramai masih sedar dan tertanya-tanya, bilakah fitnah rasuah TS Isa ini akan dibersihkan dari terus menghantui politik beliau? Yang tak reti politik tapi membenci TS Isa tu sekarang terduduk la...
MIC Porak-Peranda, Masyarakat India Nak Pilih Siapa?
Sebenarnya, di atas adalah faktor yang mempengaruhi penyokong UMNO khususnya dan masyarakat Melayu serta Teluk Kemang amnya, tetapi ia cuma sebahagian sebab kenapa BN seharusnya kalah di Bagan Pinang. Maklumlah, orang UMNO ni, kadang-kadang, marah macam mana pun terhadap kepimpinan, tunggul diletak jadi calon pun diundinya! Taklah seteruk PAS, tetapi cukup supaya mungkin walaupun marah tentang hal di atas, tak cukup lari untuk kalah BN.
Yang menyebabkan BN seharusnya pasti kalah di Bagan Pinang adalah faktor Samy Vellu yang masih terus menyengkam nyawa dari masa depan tubuh politik MIC! Di Teluk Kemang, situasi MIC malah lebih teruk! Ketua MIC-nya adalah Dato S. Sothinathan, yang baru-baru ini kalah bertanding Timbalan Presiden MIC atas agenda yang anti-Samy! Dahlah di Teluk Kemang sendiri Sothinathan sekarang sudah tak popular, sampai kalah PRU-12! Alamat berpecahlah MIC Teluk Kemang!
Memandangkan masyarakat India berpotensi menyumbang 19% dari jumlah undi di Bagan Pinang dan pada PRU-12 sudah pun menunjukkan kesanggupan memilih calon PAS, faktor kesediaan masyarakat India mengundi calon BN amatlah penting! Soalnya sekarang, calon UMNO manakah yang popular di kalangan masyarakat India Bagan Pinang, yang terdiri dari pekerja estet dan keluarga. Sekiranya tiada, alamat kalahlah BN akibat kepincangan MIC untuk membantu!
Alhamdulillah, ada seorang pemimpin UMNO tempatan yang terkenal sentiasa sedia menyelesaikan masalah masyarakat India di estet. Malah, walaupun berada di luar bidang kuasa politik seketika, kemesraan beliau dan kebolehannya berkomunikasi serta bergaul dengan berseloroh telah mengekalkan dirinya dalam ingatan masyarakat India yang kalau tidak, amnya cukup tak puas hati dengan BN! Pemimpin UMNO yang dimaksudkan tersebut adalah TS Isa Samad!
Menarik sekali! Nampak gaya kesediaan masyarakat India menerima semula keterbukaan, keikhlasan dan khidmat-bakti TS Isalah yang mungkin menghidupkan kembali nyawa politiknya! Terduduk lagilah musuh-musuh UMNO TS Isa yang pengundi Melayu pun tak tentu dapat dicapai kesetiaannya, apatah lagi masyarakat bukan Melayu! TS Isa berpeluang membuktikan masih ada pemimpin UMNO yang semulajadi 1Malaysia perwatakannya...
Kalau ada pendapat yang ini tidak cukup merangkumi pendapat pengundi Cina, jangan bimbang! Jurublog ini mengesahkan maklumat ini dari sumber akar-umbi Cina dari Teluk Kemang la! Kaum Cina pun nampak gaya bersedia mengundi... TS Isa! BN belum tentu lagi, tetapi TS Isa... mungkinlah!
Mimpi UMNO Tidak Kalah, 'Belum Menang' Menjadi Helah...
Strategi UMNO sepanjang PRK-PRK yang lepas di Semenanjung, di mana semuanya KALAH, dan yang memang nak kalah, KALAH TERUK(!), semuanya rapuh. Sebabnya yang nyata adalah tiga:
- Pilihan calon yang tak dapat diterima pengundi. Ini jelas berlaku terutama sekali di 2 PRK, Kuala Terengganu dan Permatang Pasir. Yang di Kuala Terengganu tu bolehlah salahkan Pak Lah, tetapu Permatang Pasir menunjukkan masalah pilihan calon melarat... mungkin yang memilih calon di Permatang Pasir tu tak reti kut?
- Apabila calonnya baik dan BN berpeluang menang, mulalah perosak harapan datang 'berkempen' sama untuk menumpang nama 'penyebab' kemenangan! Contohnya, di Bukit Selambau, bila nampak nak menang, tiba-tiba terbitlah Samy Vellu dan lain-lain pemimpin yang dibenci, mengingatlan pengundi India khususnya serta seluruh masyarakat akan kenapa BN patut kalah! Calon Manek Urai pula dikait dengan Ikon Korupsi... konon Pemuda kan?!
- UMNO masih dilamun mimpi kemenangan lama, kerap terlupa akan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat sekarang. Di Bukit Gantang, petanda BN bakal kalah sepatutnya tampak dari jauh! DS Nizar merupakan calon tepat bagi PAS bukan kerana beliau baru dijatuhkan dari jawatan MB Perak pada masa itu. Ibu berketurunan Cina beliau memang dari Bukit Gantang, sebahagian masyarakat minoriti terbesar di sana. Susah BN nak menang!
Lamunan mimpi seperti inilah mungkin antara penyebab kenapa, sementara Pakatan bukan sekadar berusaha menang, malah sudah menyediakan alasan atau 'spin' mereka akan sebab mereka bakal kalah, ada pula pemimpin UMNO yang sibuk menunjukkan pengaruh mereka dalam memilih calon. Ini bukan seperti Tun Dr M yang memberi pendapat yang jitu, kaya dengan makna tak kiralah baik-buruknya. Ini pemimpin yang sibuk mencari keuntungan dari pastinya menang BN.
Tabiat 'mengelamun' seperti inilah meyakinkan jurublog ini yang BN tidak mengharapkan kemenangan dari perlaksanaan apa-apa strategi untuk Bagan Pinang. Mungkin lamunan ini berterusan kerana mereka tidak sedar yang seharusnya BN kalah di Teluk Kemang atas sebab-sebab di atas.
Maka Kembalilah Hero 'Comot' Yang Dianiaya... Sebagai Penyelamat!
Namun alhamdulillah, pemimpin teratas BN, DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin, ternyata tidak dilamun mimpi lagi. Mereka faham yang BN harus menjamin kemenangan di Bagan Pinang, bukan sahaja untuk menunjukkan keupayaan BN untuk menang kembali, tetapi untuk mempertahankan majoriti tipis BN di DUN Negeri Sembilan. Sekarang bukan masa lagi pun untuk memikirkan imej BN buat jangkamasa panjang, tetapi untuk memastikan BN menang.
Alhamdulillah mereka juga tidak hidung tinggi memikirkan BN pasti menang di kubunya di Bagan Pinang. Syukur mereka mengetahui yang atas sebab-sebab di atas, BN seharusnya kalah di mana-mana PRK sekitar Teluk Kemang. Syabas kerana mereka sedar yang Tan Sri Isa Samad adalah calon tepat untuk mengesyorkan kemenangan di Bagan Pinang. Usaha masih perlu ada, tetapi mungkin BN sudah kembali ...
Wallahualam... kita sama-sama perhatikan...