There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Thursday, May 28, 2020
SUK BERSATU PATUT BERUNDUR DIRI KERANA MELAMPAUI KUASA DAN HILANG KEPERCAYAAN AHLI
Friday, January 22, 2016
Apa Patut Rakyat Yang Meluat Tentang Isu MB Kedah Patut Buat? ... Bantah TPPA La!
Setelah melihat segala drama serta usaha jijik bagi membuang DS Mukhriz Mahathir dari jawatan MB Kedah oleh barisan pemimpin UMNO Kedah yang Korup lagi Kenyang dari Putrajaya, jurublog ini telah membuat rumusan. Rasanya tindakan ini, yang ura-uranya didalangi dari pejabat DS Najib sendiri, terlalu cetek akal dan tergesa-gesa kiranya memang niat sebenarnya adalah untuk membuang DS Mukhriz. Maka melihat senario nasional, usaha ini sebenarnya digerakkan untuk mengalih perhatian Rakyat dari isu TPPA!
DS Najib, dengan bantuan DS Mustapa Mohamad, DS Wahid Omar serta (sudah tentu) Datuk Ahmad Maslan, sedang berusaha memaksa Ahli Parlimen kita untuk menyetujui penyertaan Malaysia ke dalam Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). TPPA merupakan usaha terkini Amerika Syarikat untuk mengikat Malaysia serta negara lain yang terlibat dengan lebih erat kepadanya sekaligus menjauhi pesaing-pesaingnya seperti negara China dan Rusia yang tak dijemput pun menyertai TPPA!
Maka melalui 'Trade Agreement' atau 'Perjanjian Perniagaan' konon, di mana 88% dari perjanjian 6000+ mukasurat tersebut tak ada kena mengena pun tentang perniagaan! Punyalah power TPPA ini sehingga Tok Pa sendiri terpaksa mengakui lebih 20 Akta akan terpaksa dipinda sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA! Itu yang beliau akui... lagi benda-benda lain apa lagi yang kita tak ketahui? Yang jelas, DS Najib nampak begitu ghairah inginkan Malaysia menandatangani TPPA dengan tergesa-gesa seawal bulan depan!
Malang bagi DS Najib, kredibilitinya sudah tiada, sehinggakan tak kiralah berapa banyak gambar beliau berdoa dalam ihram di Mekah dikongsi ramai, Rakyat malah lebih meluat dan tertanya-tanya, DS Najib, DS Rosmah dan kawan-kawan pergi Mekah tu dengan Riba 1MDB ke, dengan derma Pak Arab mana-mana ke atau dengan duit Rakyat! Maka alangkah terkejut DS Najib yang kumpulan yang bertentangan sebelum ini seperti Perkasa dan Bersih, sudi turun padang berarak membantah TPPA bersama-sama pada esok, Sabtu, 23 Januari, bermula jam 2 petang di Dataran Merdeka.
DS Najib pada awalnya ingin mengembirakan rakan main golfnya di Hawaii masa banjir besar dahulu, Presiden Obama, dengan menunjukkan Malaysia menyokong TPPA dengan memaksa persetujuan Parlimen terhadap perjanjian tersebut. Tapi kini, bukan sekadar parti pembangkang semua bersatu hati ingin menolak TPPA, tetapi Ahli Parlimen BN pun dah goyang, memandangkan kelihatan Rakyat Malaysia jelas kebanyakkan menolaknya! Malah, Malaysialah negara di mana Rakyatnya paling ramai menolak TPPA berbanding negara lain!
Kiranya penolakkan TPPA dilihat jelas dari perhimpunan esok, macam mana DS Najib nak eksyen, menayang kepada Obama yang TPPA sudah dipersetujui Parlimen Malaysia? Kalau pun beliau dapat memaksa majoriti Ahli Parlimen BN menerima TPPA, takkah nampak pelik serta tak demokratik bila Parlimen membuat keputusan bertentangan dengan hasrat Rakyat! Maka dalam kegawatan inilah, minda-minda yang sebelum ini cukup bijak melaksanakan GST, ucapan Kangkung, selain pelbagai ide hebat lain, mencadangkan agar politik Kedah diganggu...
Ya, Politik Kedah diganggu bukan nak jatuhkan DS Mukhriz sebenarnya, tapi saja nak alih pandang Rakyat dari isu lebih besar, yakni TPPA!
Oleh itu, jurublog ini sarankan, kalaulah betui hangpa semua dok geram pasai celaru hak geng Datuk Bashah ni dok buat kat kepimpinan DS Mukhriz di Kedah, berilah balasan setimpal kepada dalang-dalang sebenar isu ini di Putrajaya. Turunlah beramai-ramai ke Dataran Merdeka, Sabtu, 23 Januari 2016, 2 petang untuk bersama-sama menolak ide tebaru dan terbusuk DS Najib yakni TPPA!
Kita berjumpa di sana... insya Allah...
Sunday, October 13, 2013
Kenyataan Calon Ketua Pemuda Malaysia, Akhramsyah Sanusi, Bersabit Keputusan Pemilihan 2013
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu pada pemilihan ini. Jalinan hubungan serta persahabatan baru yang terjalin dari Masjid Tanah ke Penampang, JB ke Bachok, Pokok Sena ke Kuantan, serta banyak lagi, amatlah dihargai.
Saya juga ingin merakamkan rasa puas hati bahawa setidak-tidaknya sepanjang tempoh 3 minggu lepas, laungan Hidup Melayu kembali ke bibir Pemuda setelah meninggalkannya begitu lama. Jelas Pemuda mahukan laungan tersebut kembali dan saya harap pemenang-pemenang pemilihan menyedari hakikat yang masih perlunya ada peranan Pemuda sebagai pendesak, bukan beraktiviti liberal dan progresif semata-mata.
Terdapat pelbagai perkara boleh dipelajari dari pemilihan ini, yang banyak sekali perlu diperbaiki. Contohnya, tata-etika berkempen yang berubah-ubah sehingga terlalu memberi kelebihan kepada penyandang mana-mana jawatan, jelas terlihat pada keputusan sayap-sayap Pemuda dan Wanita. Pengalaman saya dalam melalui pertandingan ini insya Allah akan saya rakamkan dalam sebuah buku untuk diamati oleh semua yang berminat.
Di sini, saya ingin merakamkan juga rasa syukur saya yang mahkamah rayuan telah menolak rayuan majalah Kristian Herald untuk membolehkannya menggunakan Kalimah Allah. Ini merupakan kejayaan gabungan NGO Islam serta Melayu dalam mempertahankan hak serta aqidah ummah. Saya juga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua umat Islam.
Akhir kata, saya ingin mengesyorkan semua perwakilan UMNO yang layak memilih barisan kepimpinan UMNO yang baru pada 19 Oktober ini, pilihlah Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang Naib Presiden kita. Terima kasih.
Ikhlas, Akhramsyah Sanusi
Di Perkarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya
Thursday, April 02, 2009
PR Berbedil Basi, BN Bersenjata Olahan Baru & Berkesan Kembali...
Tuesday, October 28, 2008
Akhirnya Calon Ketua Pemuda Bersuara Lebih Relevan!
Monday, October 27, 2008
Khairy Jamaluddin... Calon Ketua Pemuda UMNO Yang Membingungkan...
- Ia memberi peluang untuk mengembalikan wang yang sudah dikaut beliau dan pengikutnya kepada segolongan mangsa, baik para perwakilan mahupun peniaga kecil dan besar hasil tempias kempennya kelak.
- Sesuai dengan konsep menentang sistem kuota pencalonan UMNO yang sedia ada, kita mestilah memberinya ruang untuk bertanding juga, walaupun tidak berapa suka.
- Setidak-tidaknya, jumlah pencalonan KJ membuktikan ada juga Pemuda yang menyokongnya. Ini sering menjadi tanda-tanya semenjak beliau menang tanpa bertanding ke jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan 2004.
Tetapi nampak gaya kempen KJ bermula dengan kedudukan yang membingungkan. KJ telah mengemukakan cadangan yang debat terbuka diadakan di antara calon-calon KP. Ini cadangan menarik, tetapi hujah-hujah yang beliau kemukakan untuk menyokong cadangan beliau sedikit aneh. Komentar saya berikut merujuk laporan akhbar Utusan ini. Komentar saya:
- KJ menyatakan yang beliau mahukan debat tersebut kerana beliau ingin calon-calon menjelaskan 'prinsip perjuangan' masing-masing. Ini membingungkan saya kerana setahu saya, kebanyakan perwakilan Bahagian mahupun ahli Pemuda sekalipun tahu sudah prinsip perjuangan setiap calon.
Datuk Mukhriz Mahathir (DMM) mahu Pemuda Berani Berubah dari dalam, baik dari segi sikap, keterampilan mahupun tindak-tanduk dan siap mencabar supaya Peralihan Kuasa berlaku, malah dipercepatkan lagi. Datuk Seri Khir Toyo (KT) mahukan Pemuda Berani juga, tetapi lebih mengetengahkan keperluan jentera Pemuda lantang mencabar pembangkang untuk menang kembali 5+1.
KJ pula mahu Setiakawan... Setiakawan... OK lah, mungkin KJ perlu memperjelaskan prinsip perjuangan beliau sendiri, tetapi bukankah KJ berkata baru-baru ini yang beliau ingin menyambung zaman ke'gemilangan' Pemuda di bawah kepimpinan Datuk Hishamuddin Hussein dan beliau yang sedia ada? Ke'gemilangan'... hmmm...
Mungkin ini masalah KJ sendiri. Apa kata KJ sahaja mengadakan beberapa majlis, lengkap dengan soal-jawab "Q&A" terbuka dengan ahli-ahli yang hadir? Walaupun stail KJ sekarang yang bergerak meja ke meja selepas ucapannya di majlis-majlis terlihat lebih intim, tetapi beliau nampaknya sendiri mengakui ia kurang upaya menjelaskan prinsipnya. - Sebagai seorang yang dicalonkan ke Exco Pemuda, saya telah dinasihatkan yang kita tidak boleh berkempen untuk pemilihan kali ini. Ini menurut kod etika parti yang terkini. Tetapi KJ, sebagai seorang berjawatan dalam parti dan menantu Presiden, nampak begitu beria-ia mahu berkempen. Adakah ini bermakna yang sebenarnya kita dibenarkan berkempen sempena pemilihan Mac depan, atau mungkin beliau sahaja yang dibenarkan berkempen?
- KJ yang mencadangkan debat tersebut diadakan, tetapi kemudian mengharapkan seseorang memberitahu beliau tempat, masa dan tarikh ia diadakan. Ini membingungkan kerana sebagai orang No. 2 dalam Pemuda sekarang, semestinya KJ bertanggungjawab mengatur sendiri usaha debat ini. Tambah pula ini cadangan beliau. Adakah beliau mengharapkan orang lain mengurus untuknya? Beginikah gaya kepimpinan beliau?
- KJ berpendapat yang debat Pemuda tersebut akan merapatkan rakyat lagi kepada UMNO. Ini saya rasa satu ide yang pelik dan terlalu riak untuk diakui oleh anak muda kita. Bukankah lebih penting untuk sesuatu parti dalam kerajaan melaksanakan janji pilihanrayanya bagi merapatkan diri dengan rakyat dari memperagakan tikaman lidah pemimpin-pemimpin mudanya?
Malah, intipati 'Prinsip Perjuangan' yang dicadangkan KJ pun bukanlah persoalan yang menarik perhatian rakyat kebanyakan. Buat pengetahuan KJ, rakyat kini lebih berminat tentang isu ekonomi, kos hidup, jenayah, peralihan kuasa segera bagi membolehkan kerajaan menangani masalah negara dengan lebih cepat, dll.
Debat terbuka tentang 'Prinsip Perjuangan' pada hemah saya akan hanya menambah kecemuhan rakyat terhadap Barisan Nasional dan UMNO, yang kelihatan masih 'syok sendiri'. Lebih teruk lagi, ia mungkin juga menjadi modal baru pembangkang untuk menjelekan Pemuda di kaca mata anak-anak muda yang ingin ditarik kembali ke parti. - Berbalik kepada alasan perlunya calon menjelaskan prinsip perjuangan, tidak bolehkah ini ditangani dengan memastikan media arus perdana memberi ruang sama banyak kepada DMM dan KT seperti diberi kepada KJ? Malah, memandangkan 'prinsip' KJ pun masih kabur walaupun begitu banyak liputan 'khas' tentangnya, apa kata media arus perdana memberi lebih perhatian kepada DMM dan KT menjelang Mac 2009? Pasti lebih berkesan dari debat!
Maaflah kalau kebingungan saya tentang hal ini pun kelihatan keterlaluan, tetapi ini semua haruslah diperjelaskan. Mungkin cara terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah dengan kita mengadakan sebuah majlis di mana ide debat ini diperjelaskan oleh KJ dan kemudian beliau berpeluang menangani segala persoalan melalui sesi soal-jawab atau "Q&A". Kemudian kita adakan majlis yang sama dengan kedua-dua calon lain.
Eh, kalau macam tu, mungkin kita boleh buat majlis macam ini untuk hal-hal Pemuda yang lain dan diadakan di seluruh pelusuk negara! Ke dengan forum bersama ke? Eh, tapi bukankah ini cara UMNO yang lazim? Adalah sedikit kelainan yang mungkin boleh diolah berikutan ide lebih bernas Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya UMNO menyediakan pentas khas untuk semua calon mengetengahkan nilai dan pendirian, tak kira 'keupayaan'.
Syukur adanya pemimpin Negori yang cerdik dan matang fikiran seperti Datuk Rais...
Kemaskini...
Saya diperingati oleh blog Another Brick In The Wall bagaimana KJ sebenarnya suka mengelak dari berdebat sebelum ini. Lihat sahajalah bagaimana baru-baru ini pun, beliau lebih selesa berdebat dengan kuncu Anwar dan kuncu Oxford yang sejenis dengannya. Namun harus juga saya betulkan sedikit fakta saudara Voice. KJ sebenarnya hadir di forum anjuran Johns Hopkins yang disebut, tetapi dibelasah teruk oleh arwah sahabat saya Adlan Benan Omar.
Mungkin kerana itulah beliau langsung lari dari mana-mana jemputan berdebat dengan Adlan selepas itu. Malah beliau juga tertuduh menyekat Adlan dari diterima balik ke pangkuan UMNO selesai taubat dari zaman PKR-nya. Yang si Ezam tak apa pula...
Tuesday, October 21, 2008
Bahaya 'Bradley Effect' Untuk Mukhriz
Di Malaysia pula, kini calon popular untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, haruslah waspada akan fenomena yang sama di Malaysia. Namun fenomena 'Bradley Effect' ala Malaysia ini berlainan sedikit, kerana para calon perwakilan Pemuda, sama ada Ketua, Naib Ketua dan G2 Pemuda Bahagian semua mengakui calon pro-Mukhriz kerana takut kalah pemilihan di peringkat Bahagian.
Ini juga mungkin menjelaskan kenapa Mukhriz kini mendahului KJ dan Datuk Seri Khir Toyo secara mendadak dari segi pencalonan Pemuda Bahagian.
Yang membimbangkan lagi, para pemerhati politik juga ada menyatakan yang walaupun jika Pemuda Bahagian tertentu mencalonkan Mukhriz, tak tentu perwakilan yang menang adalah penyokong setianya. Ditambah pula dengan fenomena terbaru di mana Datuk Reezal Merican Naina Merican dan pengikutnya kini bertanggungjawab membawa pencalonan KJ sambil mengalahkan penyokong Mukhriz di Bahagian yang ketandusan pengikut regunya tersebut.
Perjuangan pastinya belum selesai dengan pencalonan... waspada dalam BERANI BERUBAH!