Thursday, November 19, 2015

Mesyuarat Misteri 24 November 2015 ... Beranikah Najib II ?!?

Jurublog ini mendapat maklumat demikian malam tadi:

1 - Datuk Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO, sedang dengan 'senyap-senyap' menjemput ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ke sebuah mesyuarat di Parlimen pada 24 November 2015, bermula jam 6 petang.

2 - Ada sumber mengatakan bahawa mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat MKT yang dibawa ke hadapan dari tarikh asal 27 November 2015 mengikut takwim MKT bagi tahun 2015. Malah, mesyuarat asalnya seperti biasa dijadualkan bermula jam 3 petang di PWTC pada tarikh tersebut.

3 - Malam tadi, TS Muhyiddin Yassin (TSMY) bertolak ke luar negara dan dijangka pulang hanya pada 25 November 2015! Pada masa yang sama, DS Shafie Apdal diberitakan masih di luar negara juga sambil mengerjakan umrah!

Andaian yang boleh dengan segera dibuat dari maklumat di atas adalah, sudah ada komplot untuk menyegerakan mesyuarat MKT di tempat luar dari pemantauan para penggerak UMNO yang mungkin bersimpati terhadap TSMY, maka... adakah ini usaha untuk memecat atau menggantung keahlian TSMY sementara beliau di luar negara dan tak dapat menyelamatkan nyawa politiknya di gelanggang saksama? Begitu 'mengancam'kah tindak-tanduk TSMY sebelum ini kepada UMNO yang beliau harus dipecat atau digantung secara 'pukul curi' ini?

Jurublog difahamkan usaha menyingkirkan TSMY ada juga dilambung oleh Datuk Puad Zarkashi serta disambut dahulu oleh Datuk Azalina Othman pada mesyuarat MKT lepas, tetapi terlalu amat sangat gagal, dan topik mesyuarat beralih ke isu-isu lain. Mungkin juga ia gagal mendapat sambutan ahli-ahli MKT kerana mereka menghadapi para penyokong TSMY yang begitu ramai membanjiri jalan masuk ke Menara Tun Hussein pada hari tersebut. Ada juga mungkin tak sampai hati memecat seorang rakan setia sambil direnung wajahnya...

Kalaulah usaha sebelum ini gagal, tak hairanlah jika usaha terkini dirancang secara senyap-senyap dan tanpa kehadiran TSMY mahupun DS Shafie Apdal untuk memastikan kejayaan. Mungkinkah dalam keghairahan mereka memukul-curi, para pengomplot juga akan mengusulkan pemecatan DS Shafie, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Dr M dan TS Sanusi Junid sekali? Alang-alang kan... deme ni lupa mungkin yang ada tokoh-tokoh ini yang menjadi lebih merbahaya kepada kepimpinan UMNO bila di luar parti!

Ada juga ura-ura yang pelbagai ide baru sedang dipertimbangkan untuk memperkebalkan kedudukan DS Najib dari dijatuhkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2015). Mungkin ini sebenarnya akan diusulkan? Contohnya, ada ide yang PAU2015 akan tertutup langsung dari pemerhati luar (selain DS Rosmah) kecuali ucapan Presiden! Ada yang ingin menyekat TSMY dari merasmikan Mesyuarat Agung 3 Sayap seperti tradisinya dilakukan Timbalan Presiden. Ucapan-ucapan pembahas pula dikatakan perlu 'diluluskan' urusetia PAU2015!

Kalaulah benar ini sebenarnya agenda sebenar Mesyuarat MKT Rahsia yang sedang diatur pada 24 November, maka mungkin lebih baik juga TSMY dan mana-mana wira sebenar bangsa dikecualikan dari bersekongkol dari usaha menidakkan lagi hak ahli-ahli UMNO. Silap-silap tak lama lagi, para pemimpin lain di peringkat Bahagian dan Cawangan pun akan dirancang pemecatan mereka, alang-alang nak buat parti serta kerajaan macam hak sendiri. Inikah legasi DS Najib akhirnya? Atau sediakah beliau sedar, berundur, sebelum terlambat...

34 comments:

Anonymous said...

Mintak penyokong rapat TSMY dan Shafie Afdal mintak mereka tukar jadual sikit dan balik bagi menghadziri mesyuarat MKT 24 November tuh. Supaya, kalau timbul usul nak pecat depa, mereka boleh pertahankan diri dan beri segala fakta dan hujah mengapa MKT tak patut buat begitu.

Mesti ada keadilan. Mereka Ahli MKT dan mesti di benarkan - dan tidak di halang atau di cari helah - menyekat mereka hadzir di mana mana mesyuarat MKT.

Dayus mereka yang cuba buat begitu. Dlm kata kata lain, tarak atau sudah hilang bola.

Anonymous said...

Kalau mereka cuba pecat TSMY dan SA cara mengadakan mesyuarat MKT di masa mereka berdua di luar negeri, mereka sudah desperate ke? Takut riuh mereka yang mahukan Najib letak jawatan di Pwehimpunan Agong UMNO di 4 Disember?

Aku rasa UMNO akan berpecah seribu kalau mereka cuba buat gitu. Dah melampau sangat le.

Anonymous said...

Apasal nak pecat TSMY dan DSSA? Kan depa dah kata depa tak buat salah, sayangkan UMNO, maukan UMNO kuat, menang PRU14?

Quantum Metal Consultant said...

Untuk memecat Muhyiddin dan yang sealirannya bukanlah sesuatu yang sukar jika mendapat lampu hijau dari Orang Yang Paling Berkuasa Di Malaysia.

Pemecatan tanpa kehadiran akan merumitkan keadaan danbtidak mungkin UMNO sekaldai itu untuk melaksanakannya.

Anwar sendiri di pecat atas kehadirannya di tengah kegilaan penyokongnya.

Apakah Muhyiddin lebih merbahaya dari itu (?)

Anonymous said...

sdr kluangman,

Sakaldai tu mungkin tak pedulikan perkara merbahaya atau tidak. Saya khuatirkan mereka dah desperate, mcm cicak putus ekor. Sekarang takda penyelesaian pun yang nampak isu 1MDB dan RM2.6 bilion itu. Laporan Ketua Odit Negara yang terakhir di jangka memutihkan kesemua nya.
Tak tentu bila.

Laporan PAC pun tak tau bila. Dari cara Pengerusi PAC Hassan di perbodohkan mengata "cari makan", boleh di jangka laporan dia pun akan memutihkan segala nya.

Rakyat tentu tak puas hati. Mungkin akan di laungkan di PAU 4 Disember. Pihak berkuasa UMNO tentu aturkan supaya yang berbahath ha nya yang sanggup memutihkan apa saja. Tapi nampak mcm kartun plak PAU itu.

Saya harap akan bergoncang hingga Najib di gantikan.

Anonymous said...

Hahaha, "ada ide yang PAU2015 akan tertutup langsung dari pemerhati luar (selain DS Rosmah)"?

Rosmah mesti ada di sana sini ke? Dah teuk betul keadaan, kan?

Anonymous said...

Ada yang ingin menyekat TSMY dari merasmikan Mesyuarat Agung 3 Sayap seperti tradisinya dilakukan Timbalan Presiden? Kalo betul, puak ini mesti menyokong usul supaya TSMY dan DSSA di pecat di mesyuarat senyap MKT 24 November.

Mcm ungrateful ingrate Cina Bukit mereka tuh. Kan TSMY dan DSSA tak ke sana sini coba gulingkan Njib? Ha nya tanya fasal 1MDB dan RM2.6 bilion bai pihak rakyat?

berasiam said...

Siapa pasang perangkap, siapa pula yang jadi umpan, siapa yang akan terjerat. Suka agaknya lebih banyak cawangan panggil sidang akhbar tolak presiden. Dan mungkin ada yang akan ambil tindakan undang2. Janganlah perasan PAS dah jinak maka akar umbi UMNO akan jadi pak pacak pada segala tindak tanduk pemimpin. Kalangan ketua bahagian mungkin mampu dikawal, ketua cawangan tidak mungkin semuanya berdiam diri. Ketua cawangan dipilih terus oleh akar umbi. Yang lain2 tu perwakilan yang pilih tapi perasan mereka sangat berkuasa. Cash is not king

Anonymous said...

anwar dipecat oleh org yg berani iaitu dr M
ni najib la...
expect less than yhe expected

Anonymous said...

Klu TSMY dipecat.. keseluruhan UMNO, dan mgkn juga BN, akan musnah dlm PRU akn dtg. PM dan TPM akan bertukar org! Kesian nasib org melayu selps itu.

Anonymous said...

Hapuskan menteri-menteri melayu,lenyapkan kaum melayu,Malaysia akan maju dan damai...

Anonymous said...

Hahaha, maka keluar lah anjing DAP Red Bean di 2:17 am. Jenis yang di rakamkan di dalam buku buku yang di tulis oleh professor professor sejarah, saperti berikut:

Here is what Professor C.P. Fitzgerald says in his book, "A Short Cultural History of China" (600+ pages) - he lived in China for 5 years to research and gather material for that book:

The phrase "origin of the Chinese people" is in itself misleading.

1. Chinese culture took root in the plains of Manchuria, a foreign country until after World War II

2. The northern provinces have always to some degree been mixed with "peoples from the Mongolian steppes"

3. The southern and central provinces of China were, before the northerners moved southwards, "covered" by non-Chinese, the Miao, small in size and who the Chinese were contemptuous of.

4. The south was originally occupied by "aboriginal tribes". The ancestors of most of the migrants to Malaya/ sia came from the south. The Professor said, "A large proportion of the population of the south calling itself 'Chinese' is in fact descended from one or other of the aboriginal races" - page 6. Many living in the interior, in the hills and the highlands. Even in modern times, in Yunnan and Kueichou, tribesmen number half the population.

The southerners comprise the following major groups:

a. Fukienese, "a separate stock, mixed with immigrants from the north and the Yangtze Valley" and speaking "a peculiar dialect".

b. Cantonese, also speak a somewhat alien language, a form of old Chinese - the south was colonized by the northerners, colonization completed in the 7th Century - some 800 years after China was formed as a political entity by Chin Shih Huang Di.

c. Hakkas, of Kuantung province, known as "guest families" - they speak a peculiar dialect, despised by the Cantonese and do not inter marry. These people were said to have come from the north, running away from frequent Mongol invasions that culminated in the conquest of China by Genghis Khan in the 13th Century.

So, if any of you are referred to as descendants of the Miao (who are aborigines and non-Chinese), or other aborigines of south China, don't blame me, I'm just a messenger of the news. You can't also blame Professor Fitzgerald any more because he died some years ago.

Anonymous said...

Tujuan mengeluarkan salinan penulisan di atas ia lah bagi menyedarkan penganut2 dan pengikut2 DAP bahawa keturunan mereka tidak lah hebat sehingga tak mahu menghormatkan dan mematuhi Perlembagaan negara ini.

Dan jangan biadap dan kurang ajar, saperti Naib Pengerusi DAP, Tengku Aziz, sendiri kata Lim Guan Eng itu biadap di masa dia cabut keluar dari DAP 1-2 tahun dahulu.

Kita membicarakan tajuk "Mesyuarat Misteri 24 November 2015 ... Beranikah Najib II ?!?", nate itu alih alih keluar dengan komen saperti di 2:17 a.m itu - tidak lain dan tidak bukan, biadap dan kurang ajar Cina Bukit pendatang DAP lah dia.

Jenis yang perlu di nyahkan dari negara ini. Orang orang yang bernama di negara ini pun pernah berkata jenis saperti itu patut berhijrah dari sini.

Anonymous said...

berasiam di atas kata "Kalangan ketua bahagian mungkin mampu dikawal, ketua cawangan tidak mungkin semuanya berdiam diri."

Kalangan Ketua Bahagian pun ada 60 yang tidak mengeleuarkan resolusi menyokong Najib di mesyuarat atahunan nya yang di lakukan di bulan Julai-Ogos yang lalu. Di sebutkan dek pihak berkuasa UMNO beberapa hari yang lalu, menjelang mesyuarat MKT UMNO pada 24 November ini dan PAU pada 4 Disember ini.

Itu pun belom di kira mereka yang bertukar fikiran akibat serangan terhadap 1MDB dan RM2.6 bilion di ekaun peribadi Najib, bertalu talu sejak itu hingga sekarang, hampir hujung November.

Anonymous said...

Setiausaha Kerja UMNO semalam mengatakan tidak ada "slot for debate" di PAU 4 Disember kali ini.

Nampaknya "tangan ghaib" (hidden hands) dah berkerja lagi. Yang membikin Gani Pattail alih alih di lucutkan jawatan Peguam negara nya atas alasan sakit yang tiada doktor pun keluarkan sijil begitu. Yang bikin pegawai2 tinggi Polis dan SPRM di tukar tempat kerja juga secara alih alih. Nasib lah Tuhan telah merestukan Sembahayang Hajat di pejabat SPRM itu dan "tukar mengejut" itu telah di "flip flop"kan.

Begitu berani sekali UMNO buat demikian. Tapi saya fikir kalau Najib berani memecat TSMY dan DSSA di masa mereka di luar negara, sumaph seranah puak puak UMNO yang berkenaan akan mengakibatkan porak peranda lah parti yang telah menjaga dan memajukan hak dan kepentingan Melayu selama lk 60 tahun ini. Jika demikian, memang lah Najib menderhaka kapada bangsa Melayu. Tiada ma'af bagi nya.

Anonymous said...

Zaman Tun Dr Mahathir sampai UMNO di haramkan dan UMNO Baru di tubuhkan, tapi dia pegang 2\3 majoriti selama 22 tahun.

Najib tak boleh di harapkan. Kalau TSMY dan DSSA di pecat, UMNO akan berborai, dah kalah majoriti vote di PRU13, akan kalah langsung dan UMNO\BN bungkus di PRU14.

Anonymous said...

Najib dan kuncu kuncu nya dah desperado, aku takut depa membabi buta, tak kira berani ke tak lagi dah.

Anonymous said...

Setia Usaha Agong UMNO Teuku Adnan semalam kata spekulasi berkenaan mesyuarat MKT pada Nov 24 ada lah "orchestrated apparently to cause disunity in the party."

Dia menidakkan tuduhan mesyuarat itu di bawak kedepan 3 hari dari Nov 27 kerana Timbalan Presiden TSMY dan Naib Presiden DSSA berada di luar negara.

Dia kata, "Mesyuarat itu telah di bawak ke depan untuk memberi masa yang cukup bagi menyediakan Perhimpunn Agung UMNO mulai 8 hingga 12 Disember."

Dia juga kata bahawa laporan Jawatankuasa Disiplin ke atas beberapa pemimpin parti akan di sampaikan kapada MKT untuk membuat keputusan.

"Terletak di atas MKT lah bagi membuat keputusan atau tidak ... itu (apa yang di tanya pemberita) ha nya "rumours going around," kata nya.

Kesimpulan dari apa yang di kata nya: mungkin MKT akan membuat keputusan memecatkan TSMY dan DSSA.

Harap TSMY dan DSSA balik awal dan menghadziri mesyuarat MKT itu supaya boleh mempertahankan diri mereka jika dan bila usul begitu di kemukakan.

Anonymous said...

Malaysiakini memetik laporan Sinar Harian yang mengatakan 34 lagi cawangan UMNO mendesak Najib meletak jawatan. Cawangan cawangan itu dari Negri Sembilan, Selangor, Johor, Perak and Sabah yang membuat pengumuman semalam.

Ketua Cawangan Taman Port Dickson Utama, Mohd Isa Mohd Yasin, berkata cawangan cawangan itu memegang harapan tinggi kapada Najib di masa dia mengambil alih kuasa dari Paklah di tahun 2009. Tetapi telah kecewa.

“Kami meminta supaya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin ke atas Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Ketua Bahagian atau mana mana ahli yang mengkeritik parti," kata nya.

Mohd Isa kata dia ada sokongan dari hampir 5,000 ketua ketua cawangan lain dan ada rancangan mengadakan suatu "mega rally" di bulan depan.

“Kami yaakin mendapat sokongan lebih dari 1\4 cawangan cawangan UMNO di seluruh negara."

Dia kata tidak ada sesiapa yang menyuruh mereka buat demikian, bertindak ha nya dengan kemahuan sendiri mahukan hak bercakap bagi mereka yang patut mendapat sokongan - ketua ketua cawangan dan ahli ahli di akar umbi boleh mnyelamatkan parti.

Di bulan lalu 13 cawangan UMNO di Telok Kemang, Negri Sembilan, mendesak Najib meletakkan jawatan. Wakil wakil 20 cawangan di Sepang mengikuti langkah itu minggu lalu.

Anonymous said...

Ketua Bahagian Johor Bahru, Shahrir Samad, se orang yang telah menerima RM1 bilion dari Najib (agak nya dari RM2.6 bilion di ekaun bank peribadi dia), dan sebagai Ketua barisan belakang Ahli Ahli Parlimen BN (Backbenchers Club) kuat menyokong Najib, telah di laporkan berkata

No Umno plot to oust Muhyiddin, says Shahrir
FMT Reporters | November 22, 2015

Veteran backbench MP stands up for deputy president's loyalty to party

Anonymous said...

Pembetulan komen di 3:58 p.m. -

Shahrir terima dari Najib RM1 milion, bukan RM1 bilion.

Anonymous said...

Hah, Star Online menyebut blog ini bila melaporkan

“I do not see any plot,” said Shahrir, quoted by Star Online in response to a blog posting by the son of former Kedah menteri besar Sanusi Junid.

Free Malaysia Today pun menyebut laporan Star Online itu.

Maka lebih terkenal lah blog ini akibat nya.

Ramai yang tidak mahu TSMY, DSSA dll itu di pecat dek MKT atau pihak berkuasa UMNO.

Anonymous said...

Shahrir kata tak perlu ambil tindakan terhadap TS Muhyiddin. Dia dah buktikan kesetiaan nya terhadap Umno dan Barisan, dia ada di Parlimen bagi mengundi untuk Bajet 2016.

“.. dia ada di Parlimen masa mengundi. Walau pun mengundi itu berlaku di malam hari, dia datang, dia tunggu dan dia mengundi untuk nya. Jadi, nyata lah kesetiaan nya dengan Barisan," kata Shahrir.

Di jangka Shahrir (yang juga ahli MKT?) akan mempertahankan TSMY, DSSA dll itu jika timbul usul memecat mereka di masa TSMY dan DSSA di luar negara.

Anonymous said...

Hari ini lah loceng di bunyikan. Mesyuarat MKT akan berlangsung hari ini. Di harap jangan lah sampai bunyi siren.

Bunyi loceng sahaja sudah lah. Tidak ada peristiwa yang menggemparkan berlaku di mesyuarat itu - tidak ada pemecatan di buat dek MKT.

Kalau tidak, huru hara lah dalam parti. Menggugurkan TSMY dan DSSA dari Jemaah Menteri satu hal. Memecat mereka dari jawatan dalam parti, atau dari keahlian parti, tentu tidak boleh di terima oleh sebahagian besar ahli UMNO. Bukan sahaja penyokong tegar mereka, tapi juga yang lain lain.

Anonymous said...

Pendapat di Free Malaysia Today mengatakan bahawa Setia Usaha Agung UMNO telah brkata bahawa "the party would not simply sack anyone without going through the process."

Tidak di terangkan tapi bermakna tindakan disiplin bermula dengan "show cause letters", gantungan keahlian, di ikuti dengan "a hearing, dismissal if any, appeal, and final decision."

Tapi yang menarik perhatian ia lah kata kata nya bahawa laporan Jawatankuasa Displin parti itu akan di kemukakan kpd mesyuarat MKT hari ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum Akramsyah. Boleh contact ASAP please? Your neighbor Bandar Kinrara.
Text your phone number please .
miyek9@gmail.com , Thanks.

Anonymous said...

4:04 pm kata, kalau TSMY dan DSSA di pecat, huru hara lah dalam parti. Ini boleh di bayangkan dari keadaan sekarang:

1. di mesyuarat tahunan bahagian bahagian UMNO Julai-Ogos yang lalu, 59 Bahagian tidak membuat usul menyokong Najib.

2. Bulan lalu, 13 Ketuan Cawangan di Telok Kemang, Negri Sembilan meminta Najib letak jawatan.

3. Pada masa yang sama, wakil wakil 20 cawangan di Sepang juga buat begitu juga.

4. salepas itu, 108 ketua cawangan dan ketua pemuda di Johor desak Najib letak jawatan - lihat http://www.youtube.com/watch?v=phPF88vf0rw&feature=youtu.be. Wakil2 dari 108 cawangan itu dari 7 bahagian Umno di Johor – Tebrau, Pagoh, Kluang, Gelang Patah, Labis, Pasir Gudang, Kulai


5. Di hujung minggu lalu, Sinar Harian melaporkan 34 lagi Cawangan dari 5 negeri meminta Najib letak jawatan - Negri Sembilan, Selangor, Johor, Perak and Sabah. Wakil mereka, Ketua Cawangan Taman Port Dickson Utama mengumumkan begitu di suatu mesyuarat pada hari Sabtu.

Dia berkata, “We also call on the party not to take any disciplinary action on the deputy president, vice president, division chiefs or any Umno member who criticises the party,” he said.

Mohd Isa claims he has support of close to 5,000 other branch chiefs nationwide and plans a mega rally on this at a yet-to-determined venue next month. “We are confident of getting support from more than a fourth of Umno branches nationwide.”

Anonymous said...

TSMY, DSSA dll tak di pecat. Ha nya seorang pemimpin Wanita UMNO Perak di pecat. Dia pun kuat mengkritik Najib 1MDB, RM2.6 bilion. Gamak nya nak nunjukkan kpd ahli ahli UMNo lain jangan main main dengan orang yang ada "tangan ghaib/ hidden hands". Sekarang kena pecat dek "tangan terbuka/ open hands". Kesian perempuan itu. Tak adil dunia ni, mesti ramai ahli UMNO yang kata gitu.

Najib mungkin ikut apa yang di sarankan dek beberapa pihak bahawa elok jika dia simpan TSMY dan DSSA. Boleh ada "check and balance" jika yang lain spt DSAZ ada rancangan sesuatu terhadap politik Najib di masa hadapan. Dalam dunia politik, tiada siapa sebagai musuh atau kawan. Ha nya ada dalang dan kenalan.

Anonymous said...

Bekas Menteri Zainudin Maidin kta Najib mendakwa keputusan untuk menggantikan peranan Timbalan Presiden UMNO oleh ketua-ketua sayap UMNO sendiri telah diputuskan oleh mesyuarat MKT UMNO. Alasan yang diberikannya adalah atas permintaan ketua-ketua berkenaan sendiri.

Dia kata Najib sedar bahawa alasan yang Najib diberikan itu tidak dipercayai oleh ahli UMNO apatahlagi orang ramai. Itu adalah hasratnya sendiri yang "takut dan gementar untuk hadapi ucapan Muhyiddin."

Jika tidak, Muhyiddin tentunya akan menggunakan pentas yang sangat penting itu untuk mendedahkan segala-galanya. Beliau sedar bahawa ucapannya sedang ditunggu oleh rakyat diseluruh negara.

Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan mengangkat maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli UMNO,tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara.

Pertanyaan popular ialah kenaapa Najib mahu menutup mulut Timbalan Presiden untuk menyempurnakan amalan tradisi zaman berzaman yang tidak melanggar perlembagaan parti.

Sokongan beratus Bahagian Umno nampaknya tidak memberikan keyakinan,kekuatan dan keberanian kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin seorang.

Sekatan ini juga menghakiskan lagi kewibawaan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.

Ketua Pemuda UMNO,Puteri UMNO dan Wanita UMNO janganlah membisu sebaliknhya mestilah mengesahkan dakwaan Najib bahawa mereka sendiri yang mahu memecahkan tradisi UMNO bagi membuktikan bahwa Najib benar-benar King Of Money.

Anonymous said...

Pepatah Melayu kata biar mati anak jangan mati adat. Begitu penting sekali adat di masyarakat Melayu.

Di masyarakat moden pun begitu juga. Dalam undang undang pun ada apa yang di panggil "precedence" atau tauladan. Masih di gunakan bagi mendapat kemenangan di Mahkamah. Di petik dari keadaan hingga beratus dahulu di England di mana undang undang negara kita berpunca.

Sekarang Najib nak buang adat di mana Timbalan Presiden merasmikan perhimpunan tiga sayap UMNO tu? Dah banyak puluh tahun adat tu, gamak nya bermula sejak tak lama UMNO di tubuhkan 60 tahun dulu.

Apahal kamu Najib? Kesiankan lah roh bapa kamu, Tun A Razak yang di cintai dek semua ahli dan penyokong UMNO.

berasiam said...

Sebagai KPW, apa tindakan Shahrizat untuk membela kak Midah semasa Mesyuarat MKT malam tu? Apa pula reaksi Shahrizat pada kenyataan kak Midah bahawa dia dijadikan kambing hitam kerana dia wanita yang dianggap lemah dan tidak cukup berpengaruh. Kenyataan sedemikian pasti mempunyai impak ke atas semangat Wanita Umno keseluruhannya. Apatah lagi ini kali kedua anggota wanita dipecat tanpa dipanggil membela diri. Anina Saadudin yang berterus terang mengatakan Najib kencing ahli Umno telah dipecat oleh SUA tanpa melalui MKT. Pemecatan kak Midah yang merupakan orang lama Wanita Umno pasti memberi impak yang lebih besar yang mungkin tidak terjangka oleh lelaki2 yang memecatnya. Peletakan jawatan lima orang Wanita Gopeng adalah petunjuk nyata impak negatif yang melanda Wanita Umno. Shahrizat mungkin sedang terbuai dalam keriangan kerana suami tersayang telah bebas selepas pihak pendakwaan menarik semula pertuduhan rasuah. Siapa timbalan Shahrizat? Tak kenal pun dan tak cuba bela kak Midah pun. Dema ingat Wanita Perak khususnya tidak tahu nak membalas tindakan rakus mereka itu. Duit banyak boleh upah Bangla untuk edarkan handbill masa PRU nanti kot. Lantak dema le. Bior dirasenya. Tak sior dah jadi balaci. Zahid yang orang Perak sendiri pun tak bela. Tumpur le jawabnya.

Kena tanya ku nan SUA, telur emas dah hilang Edra, jadi telur penyu ka telur puyuh.

Anonymous said...

berasiam,

Mana nak harapkan reaksi Shahrizat pada kenyataan kak Midah bahawa dia dijadikan kambing hitam kerana dia wanita yang dianggap lemah dan tidak cukup berpengaruh? Kot Shahrizat yang cadangkan Kak Midah di siasat dek UMNO HQ, beri malumat dan gulingkan dia.

Anina Langkawi dah saman UMNO ke Mahkamah. Aku tunggu Kak Midah punya keputusan nak buat apa.

Anonymous said...

Sokong pendapat berasiam bahawa ini kali kedua anggota wanita dipecat tanpa dipanggil membela diri. Pos terbaru blog ini membincangkan sama ada Kak Midah sedang mikirkan tindakan guaman.

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan








saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan


Tangential Malay Search Results