Berbulan-bulan rakyat Malaysia menikmati keamanan hidup tanpa pilihanraya kecil (PRK). Semestinya, ancaman PRK bakal ada senantiasa menghantuo kita, baik hasil perletakkan jawatan, lompat parti, kes jenayah, kes politik mahupun kematian. Kini, seolah-olah PRK bakal masuk musim kembali dengan perletakan jawatan seorang ADUN MCA di Perlis disusuli kembalinya Ahli Parlimen Hulu Selangor kerahmatullah semalam.
Orang politik juga tahu, amnya, ada dua-tiga lagi kerusi yang di ambang PRK. Di DUN Seputeh, PRK bakal dijalankan hasil ADUN-nya dizalimi oleh speaker Dewan dari parti lain manakala seorang Ahli Parlimen di Wilayah menanti pengadilan mahkamah bersabit jenayahnya. Sebagai seorang jurublog, penat rasanya melihat. Kita dalam proses mengalih perhatian kepada isu-isu yang lebih mendalam, tiba-tiba PRK kembali menghantui... hai...
Tak tahulah sejauh mana suara saya ini upaya kedengaran, tetapi ingin saya sarankan di sini kepada Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, seboleh-bolehnya, tolonglah aturkan supaya semua PRK ini berlangsung dengan serentak! Setidak-tidaknya, perit hasil PRK, baik dari segi terpesongnya perhatian pemimpin dan rakyat ke arah kawasan-kawasan terbabit sahaja mahupun bahaya di jalanraya hasil rombongan berkoyan-koyan ke PRK-PRK ini dapat dikurangkan.
Harapan saya adalah kita kemudian dapat menumpukan perhatian kembali kepada perkara-perkara yang lebih penting...
1 comment:
Anda bosan ? Anda suka ? Saya berpendapat mainan politik hanya di kalangan orang melayu sahaja - yang tidak menyedari lagi bahawa bangsanya sedang di tindas dalam negeri yang maju ini, yang dimajukan oleh keturunan Cina ...
bahawa ada bangsanya yang digaji kan oleh orang CinA dengan dana RM15 sehari untuk memelihara 2 orang anak yang 1nya lagi bersekolah - tanpa bapa ?
Tidak hairankah anda ?
Post a Comment