Malam tadi jurublog ini betul-betul seronok berhujah di Astro Awani - ye lah, cerita pun tentang Pilihanraya Presiden USA, pilihan antara Obama dan Romney. Isu tersebut memberi peluang seseorang yang beraspirasi untuk menunjukkan keperihatinan tentang dunia luar sekaligus kelincahan berhujah tanpa batasan oleh kerana risiko topik hampir pasti tidak akan menjejaskan senario lokal sama-sekali, baik dari segi politik, ekonomi, sosial... agama.
Jurublog Tengah Ghairah Berhujah Di Astro Awani |
Ini terlihat berbeza sungguh dengan pendekatan YB Nurul Izzah Anwar, mungkin akibat beliau merasakan dirinya tetiba lebih ahli tentang ilmu agama dari hal politik USA, kini dirinya sudah terjerumus dalam isu getir buatan sendiri. Tetapi kita mungkin sukar juga untuk menyalahkan beliau, kerana Papanya pun lebih kurang begitu! Kan DS Anwar Ibrahim di antara orang yang paling corot pengetahuan agamanya namun cukup riak sehingga naik ke mimbar untuk berkhutbah?
Dalam hal DS Anwar, mungkin beliau tidak ada pilihan. DS Anwar memang corot pengetahuan dalam pelbagai hal, sehinggakan bidangnya sendiri, Pengajian Melayu, sekalipun beliau takat boleh lepas dengan General Degree sahaja, maka beliau mungkin merasakan lebih mudah bantai cakap agama dari benda lain! Kalau YB Mat Sabu boleh buat dengan habis belajar takat SPM je, apa salahnya DS Anwar buat mungkin fikirnya?!
Tapi masalahnya, YB Nurul Izzah tak perlu buat begitu! Beliau lebih cerdik dari Ayahnya dengan kelulusan akademik yang lebih menyegankan - ye lah, benih maknya DS Wan Azizah kan seorang doktor pakar mata! Jadi apalah YB Nurul Izzah buat sampai naik pening dah sekarang, tengok gambar bawah peningnya beliau sekarang? Ni sekarang teman-teman lama Papanya Hj Ismail Mina dan YB Datuk Dr Hassan Ali pun dah steady nak bantai YB Nurul Izzah di Kelab Sultan Sulaiman pada Khamis 8 November, 8 malam!
Nurul Izzah Anwar kan dan PENING sebab tak biarkan isu Agama dijawab Tok Guru je! (NST pic) |
Padahal banyak bebenor hal yang boleh diceritakan tentang Obama-Romney nih! Contohnya, bagaimana US$2.6 BILLION(!) telah dibelanjakan oleh kempen Presiden Amerika Syarikat tahun ni! Ini belum lagi termasuk wang kempen untuk Senate serta Dewan Perwakilan Kongres deme! Ah, tapi mungkinkah YB Nurul Izzah tak mahu bercerita sangat tentang Obama-Romney sebab ada sebenarnya risiko buat partinya dan Papanya? Yelah, parti pun duitnya dari Soros & Co kan? Mungkin orang yang sama juga yang membiaya kempen Obama-Romney?!
Takpelah, yang penting, diharap semua ahli politik muda yang tak berapa berilmu agama, walau yang ingat dia ahli sebab ada kertas dari pusat kajian Islam di Oxford, sedar sikit sekarang yang tak wajar berceloteh perkara agama bila diri sendiri pun belum cukup ilmu di dada. Ini bukan zaman Papa lagi, nak muhong tentang apa-apa pun susah, apatah lagi hal agama!
No comments:
Post a Comment