Sunday, June 15, 2008

Pak Lah, Bukan Soai Bila Saja, Tapi Betui Ka?

Saya bersyukur apabila melihat ada kesedaran pada pihak Pak Lah bahawa rakyat tidak menerima kepimpinannya lagi. Pengakuan ini dibuat secara tidak langsung apabila Pak Lah sekali lagi mengesahkan niatnya untuk berundur dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang masih menjadi tanda-tanya adalah bila, terutama sekali apabila soal tarikh peralihan kuasa sering dielak oleh Pak Lah. Semakin keliru rakyat apabila Pak Lah kerap kali mengulang niatnya akan mempertahankan kedudukan Presiden UMNO menjelang Disember ini. Kalau nak berundur, buat apa buat kerja ni?

Busuk-busuk tarikh peralihan kuasa pun, yang ada diwar-warkan oleh orang-orang Pak Lah adalah pada tahun 2010! 'Sorry' la Pak Lah, kalau lambat macam tu nak tunggu, tiada makna, UMNO, Melayu dan Malaysia mungkin dah 'hancuq' dah kalau tunggu lama tu!

Lebih teruk lagi, walaupun sekiranya Pak Lah sendiri yang menjanjikan tarikh peralihan kuasa, ramai rakyat takkan percaya! Maaflah Pak Lah, tapi maklumlah, terlalu banyak kali sangat yang Pak Lah dah isytiharkan tentang tarikh bila akan berlaku sesuatu, tiba-tiba pada masa lain pula berlaku benda tu. Pilihanraya lagu tu... dan yang baru-baru ni pun...

Lagu ni lah saya sarankan. Rasanya ada baiknya Pak Lah tak usah bincang lagi tentang peralihan kuasa ni. Mengaku sahaja yang Pak Lah masih mahu berkuasa. Dengan cara ini, lebih jelas pilihan pemimpin lain seperti Datuk Seri Najib sama ada untuk berdiam diri atau bangun menentang Pak Lah demi kesejahteraan negara dan masa depan UMNO serta Melayu.

Lainlah kalau Pak Lah betul-betul nak berundur, baik dilakukan secepat mungkin, supaya tugas-tugas penting negara boleh diberi keutamaan semula...

No comments:

Tangential Malay Search Results