Sunday, January 11, 2009

Gaza - Kenapakah Israel Menyerang Sekarang? Apakah Tindakan Susulan Yang Sesuai?

Pembunuhan beramai-ramai masyarakat Palestine di Gaza oleh rejim Zionis Israel yang berhelah serangan balas terhadap Hamas bermula dengan agak mengejut. Kenapakah ia berlaku sekarang, padahal kegiatan Hamas memperjuangkan hak rakyat Palestine tak pernah putus-putus, cuma sekadar berubah kehangatan serangannya sesekala? Sudah tentu ada sesuatu yang mencetuskan keganasan terbaru ini.

Blogger ini mula-mula memikirkan pemimpin rejim Israel, Ehud Olmert, tidak perlu mempopularkan diri sebagai membunuh 'pengganas' kerana beliau tidak akan terlibat lagi pada pilihanraya umum Israel pada 10 Februari ini. Namun kini tercetus pula pemikiran yang mungkin peperangan ini akan digunakan beliau untuk kekal di tampuk kuasa. Selain itu, ada juga kemungkinan keganasan tersebut didalangi para perebut jawatan Perdana Menteri (PM) Israel yang lain.

Buat pengetahuan, Menteri Luar Tzipi Livni, Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Ketua Pembangkang, Benjamin Netenyahu semua bakal merebut kerusi PM tersebut. Malah rakyat Israel sendiri berfikir keganasan terbaru di Gaza akibat kemelut politik dalaman Israel, yang kini menyebabkan parti Buruh pimpinan Ehud Barak semakin popular! Alangkah sedihnya yang kematian ratusan anak-anak kecil tak berdosa di Gaza semata-mata kerana rebutan kedudukan PM Israel!

Selain sebab politik, ada juga kemungkinan besar tindakan terkini rejim Israel adalah akibat tekanan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Kenapa? Ini bukan soal sumbangan senjata mahupun bantuan lain seperti penyelidikan dan dana dari AS ke Israel. Ini soal kesempitan ekonomi tersebut kini mengancam sumbangan dana AS ke negara Mesir bernilai ribuan juta USD setahun!

Mesir merupakan negara teluk yang paling berupaya mengancam atau setidak-tidaknya menumpulkan bilah Israel yang terhunus di leher rakyat Palestin. Tentera Mesir terkenal sebagai satu-satunya tentera Arab moden yang berjaya merebut kembali terusan Suez dari Israel pada Yom Kippur (dikenali juga sebagai perang Ramadhan atau perang Oktober). Namun kemampuannya terkunci sejak pembunuhan Anwar Sadat dengan 'rasuah' dana dari AS.

Malang bagi Israel, rasuah dana AS ke Mesir kini ternyata terancam akibat kemelesetan ekonomi, terutama dengan ketibaan Barack Obama. Memandangkan Presiden Hosni Mubarak semakin terancam kedudukannya akibat kerapatan hubungan kerajaannya dengan negara-negara durjana tersebut, putusnya dana AS pasti akan mengancam hubungan dua hala Mesir<->Israel. Mesir pasti akan lebih bersedia membantu masyarakat Palestin dalam menangani keganasan Israel.

Oleh itu, ada juga kemungkinan yang Israel kini mengganas kerana inilah peluang terakhir untuk melakukan demikian sebelum kekuatan Mesir untuk menangani ancaman ketenteraannya dilepaskan dari gari rasuah dana AS! Oleh itu, ekonomi juga mungkin penyebab pembunuhan beramai-ramai anak-anak kecil yang tak berdosa tersebut.

Beginilah berolah sejarah keganasan Israel dan Barat, di pacu kepentingan politik persendirian ataupun keperluan ekonomi dalaman, tanpa bersifat perkongsian. Mungkinkah kita perlu mengolah cara lain untuk menangani keganasan Israel, selain kecaman, rundingan dan boikot, yang walau murni niatnya, terlihat terbatas kejayaannya sebelum ini? Mari kita fikirkan bersama...

5 comments:

aboudiabydoo said...

You said "rundingan dan boikot, yang walau murni niatnya, terlihat terbatas kejayaannya sebelum ini".

Betul tu Bro Akhram, tapi ada 2 faktor yang mesti kita consider:-

1. Masa tu capaian internet dan blogs tidak sehebat sekarang, di mana list barangan utk diboikot dsb nya tak sampai ke khalayak ramai.

2. Keganasan Israel atas Palestin sejak blog dan internet menular mcm sekarang tak pernah seteruk ini.

Masa tu, org mcm aku ni tak berapa komited pun nak boikot. Sekarang nmpaknya seruan untuk gerakan boikot sgt kuat. Menjadi tanggungjawab rangkaian bloggers Islam untuk nurture keazaman ini menjadi satu tsunami boikot.

Aku menyumbang secara kecil2an, dgn cara membuat blog menyeru boikot, sambil menceritakan pengalaman aku memboikot di sini.

www.aboudiabydoo.blogspot.com

Kalau boleh link kan thank you sangat Bro.

Tapi balik pada isu boikot, popular bloggers like you should keep at it, rather than discourage it or play it down. Money talks bro!

Moshe said...

Saya fikir boikot barangan keluaran Amerika dan Israel tidak akan mmeberi kesan kepada ekonomi mereka kerana datangnya hanya dari umat Islam sahaja, itu pun tidak menyeluruh, sebagaimana yg kita faham umat Islam itu sendiri berpecah belah.

Untuk menghentikan keganasan Israel, kita perlu memiskinkan Amerika dan perkara yg Umat Islam mampu lakukan dgn berkesan jika negara2 Islam mahu hanya satu iaitu boikot penggunaan USD seperti cadangan Tun Mahathir dan percayalah Amerika akan jadi bangkrap dan tak dapat buat apa2 untuk mmbantu Israel. Tapi masalah umat Islam mutakhir ini ialah banyak bercakap tak ada tindakan dan tidak bersatu di bawah panji Islam malah asyik bertelagah, berpolimik berpanjangan.

aboudiabydoo said...

Dear Moshe,

Hanya satu ye? Boikot USD ye? Jadi tolong ceritakan macam mana caranya saudara Moshe sedang boikot penggunaan USD, dan bagaimana pula cara keluarga terdekat, sahabat2 seofis, jiran2, sanak saudara saudara Moshe sedang boikot USD.

Kita nak cari jalan yang semua orang boleh buat. Bukan nak fikir apa yang sesetengah golongan je boleh buat. Kalau macam tu saya pun boleh bagi cadangan supaya China atau Rusia atau Pakistan bomb nuklear kan sahaja Israel. Lagi mudah!

Tapi kalau apa yg kita cadangkan tu tak relevan dgn kita, bukan benda yang kita buat, tak yah cadangkan.

Tun seru untuk org2 biasa supaya boikot barang Israel tu ada sebab. Kalau benda tu mustahil untuk berkesan, Tun pun tak cadangkan. Dia bukan bodoh.

www.aboudiabydoo.blogspot.com

Kamal Sanusi said...

Kita hanya mampu bercakap, memberi 1001 macam cara nak menekan Israel dan US.

Hakikatnya, bukan pertama kali pencerobohan Israel, dah berkali-kali.

Setiap kali ia berlaku, setiap kali jugalah rakyat Malaysia pelbagai peringkat menyuarakan bantahan.

Setakat suara ajer lah... Israel dah berjaya di dalam memecahbelahkan umat Islam dengan pelbagai strategi yg kita sendiri tidak sedar.

Lanjutan dari strategi halus inilah mereka semakin berani & ganas kerana tahu tiada tindakbalas (selain suara) dari umat Islam di dunia ini. Tinggal hanya org di Gaza saja melawan berseorangan.

Tindakan susulan yg sesuai adalah umat Islam harus bersatu padu kembali. Lepas tu baru boleh dilaksanakan segala mak nenek idea yg diutarakan.

wanbaki said...

islam nak bersatu macam mana??????
baik islam bersatu dengan DAP.... hooooo hoooo.... best best... islam nak bela babi lagi... ok apa..duit untung juai babi bleh salurkan ke pelestine...
itu laaaaaa... kembali kepada islam yang sebenar. Bukan islam parti. Bukan UMNO, Bukan PAS.... tunjuk perasaan PAS group lain, UMNO group lain...
Kalau boleh buat tungjuk perasaan tak kira PAS UMNO PKR....
Alamak meluatnya aku nak cakap pasal ni.

Tangential Malay Search Results