Saya tersentak apabila membaca penulisan sahabat saya Jebat Must Die (JMD) yang memetik akhbar Financial Times mengenai kes liwat DS Anwar Ibrahim. Antara yang ditonjolkan oleh JMD adalah bagaimana akhbar tersebut tidak menidakkan berlakunya kejadian tersebut! Malah, akhbar tersebut cuma menidakkan yang DS Anwar kini dituduh merogol Saiful, menurut Financial Times:
"Malaysia should be embarrassed that it is threatening to send a man to prison for consensual sex with another adult."Dialih bahasakan (dengan penjelasan): "Malaysia seharusnya malu kerana mengancam untuk menghantar seorang (DS Anwar) ke penjara kerana melakukan hubungan seks saling bersetuju (zina) dengan seorang dewasa (tak kira jantina) yang lain."
Lihatlah bagaimana akhbar Financial Times tidak menidakkan berlakunya kejadian tersebut, tetapi cuma meng'spin'kan cerita mengatakan Saiful bukan dirogol tetapi rela diliwati DS Anwar! Terlihat juga di sini bagaimana akhbar Barat tersebut sedia mempertahankan 'hak' DS Anwar untuk berzina tak kiralah dengan manusia berjantina apa sekalipun!
Kita mungkin boleh memaafkan akhbar Financial times kerana tidak melihat perbuatan zina mahupun seks sekelamin sebagai kesalahan dari segi moral Barat yang rasminya sudah lama meninggalkan lunas-lunas agama demi 'kebebasan'. Namun, yang peliknya, blog DS Anwar telah memilih untuk memetik rencana akhbar Financial Times tersebut! Betul... tak caya, kilk sahajalah link tu!
Memandangkan akhbar Financial Times tidak menidakkan berlakunya hubungan kelamin antara DS Anwar dan Saiful dan cuma menyangkal tuduhan yang ianya perbuatan rogol, bukankah ini merupakan sejenis pengakuan? Setidak-tidaknya, dengan membenarkan petikan akhbar tersebut dipaparkan pada halaman web rasmi beliau, tanpa pembetulan, bukankah DS Anwar mengiakan, mengakui, yang memang hubungan seks berlaku antara beliau dengan Saiful?
Tak kiralah sama ada hubungan seks sekelamin tu merupakan rogol, liwat atau kata kerja apa sekalipun, perbuatan sejantina sebegini haram belaka! Adakah akhirnya bibit-bibit kebenaran tentang peribadi comot DS Anwar sudah mula terbit dari rekahan imej beliau yang kian menjadi-jadi? Tu lah, hina lagi Allah S.W.T. dengan membenarkan nama-Nya digunakan sewenang-wenangnya oleh penganut agama lain! Kan dah pecah tembelang... konon 'Pejuang Islam'!
5 comments:
Saya difahamkan dalam kes Liwat 1 Anwar dahulu..beberapa pakar dalam bidang masing masing dari pelbagai jabatan seperti PDRM, KDN dan BEBAS telah berintraksi dengan Anwar dan secara bahasa badan dan jawapan jawapan yang diberi, nyata memang ada berlaku perkara tersebut...
Antara bahasa biasa yang kita sendiri gunakan adalah seperti...
"Kalau saya buat pun, apa hal dia sebok sangat....."
"Alah, macamlah dia baik sangat.... "
"Tolak sekejap undang2 Islam...benda ini sebenarnya dah biasa di kalangan orang barat..."
"..salah memanglah salah, tetapi kalau dah dua dua setuju, apa nak dihebohkan..."
Banyak lagi kaedah dyang dapat digunakan untuk 'memerangkap' seseorang itu bercakap benar atau tidak.
Mungkin Wan Azizah pernah dengar Anwar bercakap sorang atau menggigau ketika tidor...
adui,u baca nik nazmi moving forward and you call yourself an engineer?
Apa lah sebabnya yang melayu ni bodoh sangat? IQ lemah, maka apa yang di tulis pun seperti budak budak darjah enam yang suka ponting sekolah
Johan5150, coldfat..kalau nak tulis..berilah sedikit fakta atau pandangan atau pendapat untuk dikongsi bersama, nak sokong Anwar, nak berbeza pendapat bukan satu masalah...
Kalau Anwar dah langgar dinding, janganlah ikut sama..
baca 'suflan' blog pasal cost of deb.
then baca buku 'moving forward'yb
nik nazmi.
then kita bincang.
Post a Comment