Lebih sebulan berlalu tanpa terbitan baru di sini. Ini kerana jurublog ini melalui 2 perubahan yang menjadikan tumpuan masa. Jurublog telah beralih tugas di tempat kerja dan kini memikul tanggungjawab lebih. Pada masa sama, jurublog bersama dengan teman-teman belia lain bertungkus-lumus menjayakan Mesyuarat Agung MAYC Kebangsaan yang pertama sejak tahun 2005, kemudian dipilih menjadi Presidennya yang baru!
Akibat terpikulnya tanggungjawab sebagai Presiden MAYC, blog ini sudah tidak boleh lagi secara melulu memaparkan pendapat peribadi jurublog tanpa mengambil kira impak terhadap organisasi yang dipimpin. Namun begitu, jurublog juga berniat untuk mengekalkan keikhlasan paparan pendapat dalam perkongsian maklumat serta pemikiran dengan pembaca. Lebih baik jurublog tidak komen tentang isu-isu dari berlaku hipokrit di blog sendiri!
Diharap para pembaca dapat juga membantu dengan cadangan serta nasihat membina untuk membantu jurublog menjalani tanggungjawabnya yang baru ini.
1 comment:
Tahniah atas pelantikan tuan sebagai Presiden MAYC yang baru. Berikut ialah sedikit cadangan untuk memperkasakan hala tuju organisasi ini.
(1) Kembali aktif ke dalam kampus. Beri peluang mereka berlatih sebagai pentadbir, perancang dan pemikir. Jangan sekat mereka dari menyerap pelbagai bentuk pendedahan yang dalam jangka masa yang panjang akan mematangkan pertimbangan dan kepimpinan mereka.
(2) Kembangkan sayap MAYC di setiap kampung berJKKK sebagai kaunselor pendidikan dan alam internet sebagai pengkritik beretika.
FAKEH KHALIFAH SAKA
Post a Comment