Friday, December 31, 2010

Dosa Yang Menghantui Tan Sri Syed Hamid Albar

Seperti ramai bekas pemimpin, dalam banyak-banyak peninggalan TS Syed Hamid Albar, tidaklah semuanya yang manis lagi berupaya mengharumkan nama beliau. Malah, ada juga jasa-budi peninggalannya yang bukan sekadar membusukkan namanya, tetapi nanah dan jangkitannya terus menular sehingga memberi kesan negatif berterusan pada negara.

Ramai kini mengetahui tugas terkini TS Syed Hamid adalah sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat, SPAD. Apabila dilantik, diwar-warkan bahawa tugas beliau di SPAD amatlah penting, namun TS Syed Hamid terbukti begitu tidak relevan dalam debat mempercepatkan pembinaan MRT di Kuala Lumpur. Malah, peranan beliau begitu samar sehingga perlu ditonjol-tonjolkan pula dengan isu-isu seperti bas ekspres, padahal yang diperkatakannya hampas.

Sebenarnya, TS Syed Hamid dan SPADnya tidak relevan kerana sejak beliau dilantik, ia masih belum mendapat mandat serta bidang kuasa yang seharusnya diluluskan parlimen. Namun, ini tidak menghalang TS Syed Hamid membuat kenyataan dan berpura-pura terlibat dalam usaha membangun pengangkutan awam negara, seperti terminal Bandar Tasik Selatan. Malah, kini terbit pula cerita beliau ingin melantik konsultan Halcrow sebagai penasihat SPAD.

Tetapi SPAD belum wujud sebenarnya belum ada apa-apa kuasa pun di sisi undang-undang! Ah, kalau begitu, mana mungkin TS Syed Hamid bergerak sebagai pengerusinya? Ini mungkin menghairankan para pembaca yang bukan ahli MAYC atau tidak mengambil tahu tentang krisis organisasi kami. TS Syed Hamid sebenarnya menimba pengalamannya memimpin MAYC, yakni, terus berkuasa walaupun sesudah 5 tahun tidak menjalani AGM! Mandat takde tapi berkuasa!

Pada tahun 2005, TS Syed Hamid hampir dijatuhkan dari kedudukan Presiden oleh seorang anak muda berumur 33 tahun. Calon muda yang menentang TS Syed Hamid sengaja dipilih muda kerana usaha menjatuhkan beliau sekaligus digandakan dengan keinginan menghina beliau yang sudah lama menimbulkan kemarahan ahli-ahli kelab gabungan MAYC. Pada tahun 2005, TS Syed Hamid telah kekal Presiden dengan membatalkan pencalonan belia 33 tahun tersebut!

TS Syed Hamid sedia menyalahguna kuasa untuk kekal berkuasa! Beliau tahu beliau bakal kalah terhina, maka dibatalkan pencalonan lawannya. Selepas pengalaman pahit AGM MAYC 2005, TS Syed Hamid tidak lagi memanggil Mesyuarat Agung selama 5 tahun, sehinggalah tahun 2010 apabila beliau dipaksa melakukan demikian oleh team jurublog ini. Tetapi, kalau 5 tahun tidak ber AGM, bagaimanakah:
  1. MAYC tetap sah sebagai sebuah organisasi berdaftar? Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pendaftar Belia (ROY) kemudian tak mengambil tindakan ke?
  2. Macamana dengan peruntukan kerajaan? Kenapa ratus-ribuan hingga berjuta-juta ringgit wang rakyat terus menerus dihulurkan ke MAYC apabila minit Mesyuarat Agung tidak dilaporkan?
  3. Bagaimana dengan audit yang harus dilaporkan untuk menjamin ketelusan dan menjamin hak ahli-ahli kelab-kelab gabungan MAYC?

Ah, di sinilah TS Syed Hamid belajar menyalah-gunakan kuasa beliau! Beliau kan seorang Menteri! Mana ROS dan kemudian ROY kemudian berani mengambil tindakan! Selepas itu, beliau masih megah sebagai Pengerusi SPAD konon! Inilah masalahnya, semata-mata kerana beliau berkuasa, dosanya begitu mudah sekalikah dimaafkan?

Rasanya sudah cukup TS Syed Hamid terselamat dari pengiraan dosanya. Ini hanya permulaan kisah dosa-dosa Syed Hamid yang akan kita terus dedahkan menjelang saman jurublog terhadapnya.

3 comments:

Unknown said...

Salam Sdra Akram,
Selamat berjuang Bro.! About time si hamid dapat his payback days!

Njah said...

Assalammualaikum Saudara Akram.
Sebagi rakyat Johor, terasa amat gembira apabila pembinaan Tambak Bengkok dalam berjalan lancar untuk disiapkan. Tak sabar untuk melihat air bersih mengalir semula di Selat Terberau. Apabila pembinaannya dibatalkan oleh bekasa Perdana Menteri dan disokong pula oleh orang yang pernah menyokong pembinaan semasa zaman Dr Mahatir. Orang Johor memang melewat.

A Voice said...

Si botak ni lah yang menyebabkan johor kalah pulau batu putih

Tangential Malay Search Results