Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

UMNO Bahagian Langkawi Usul Percepatkan/Batalkan Penundaan Pemilihan Parti

UMNO Bahagian Langkawi pada Mesyuarat Agung Tahunannya semalam, Sabtu, 15 Ogos 2015, telah meluluskan usul yang mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan agar dilangsungkan pada 2016 seperti dijadualkan pada asalnya. Usul tersebut sebagai usaha membatalkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) tempohari untuk menunda pemilihan tersebut selama 18 bulan ke tahun 2018 yakni selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Usul Politik yang dibentangkan oleh Hj Basri Hashim, AJK Bahagian Langkawi dari Cawangan Bayas pada asalnya hanyalah menyokong tanpa bebelah bagi menyokong kepimpinan parti. Kemudian apabila menyokong usul tersebut, Marwas Aziz, Setiausaha Cawangan Taman Huma telah mencadangkan penambahan kepada usul, mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan. Desakan mempercepatkan pemilihan hujahnya adalah berniat menunjukkan keutuhan sokongan akar-umbi terhadap kepimpinan UMNO Bahagian mahupun Kebangsaan.

Walaupun pada awalnya ada pembahas yang menggesa perwakilan menolak cadangan tambahan usul tersebut, suara tersebut ternyata sumbang apabila para perwakilan berderetan untuk menyokong penambahan usul politik agar pemilihan dipercepatkan. Akhirnya, Pengerusi Tetap terpaksa menasihatkan perwakilan yang masih ingin berkongsi pendapat berkenaan usul tersebut membawa hujah mereka ke penangguhan dan usul politik diluluskan sebulat-suara dengan penambahan usul yakni agar pemilihan parti dipercepatkan.

Mesyuarat Agung Bahagian Langkawi telah dirasmikan oleh Datuk Hj Abdul Rahman Dahlan, Ahli MKT UMNO merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sebelah pagi. Dalam ucapan perasmian, beliau telah memberi sedikit-sebanyak penerangan kedudukan kerajaan bersabit skandal 1MDB, isu derma politik RM2.6Billion serta rombakan kabinet tempohari. Namun penjelasan beliau tidak dapat meleraikan kemusykilan perwakilan yang terus meluahkan kegusaran mereka tentang isu-isu tersebut di sesi ucapan penangguhan pada penghujung mesyuarat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menyebut tentang apa-apa hubungan di antara pemecatan Peguam Negara, TS Abdul Gani Patail dengan usaha mengelak DS Najib dari dicaj tentang apa-apa jenayah dalam ucapannya di Langkawi.

Kubu kuat UMNO Barisan Nasional tersebut baru-baru ini dilanda kontroversi apabila klip rakaman ucapan penangguhan di Mesyuarat Agung Wanita Langkawi yang menyerang integriti Perdana Menteri dan Presiden UMNO, DS Najib menjadi viral ke seluruh negara. Mesyuarat Agung Pemuda Langkawi pada 7 Ogos 2015 pula telah meluluskan Usul Politik yang menyarankan DS Najib bercuti rehat sementara isu-isu seperti 1MDB disiasat sehingga selesai demi kebaikan parti.

Monday, January 23, 2012

Laksa Kaw Langkawi

My family is finishing up our pre-departure tea after a long weekend break in Langkawi. This is the second time we are enjoying the excellent Kuay Teow and of course famous Laksa that is Padang Matsirat's answer to Kuah's Laksa Penarak.


I actually enjoy eating here for another reason. This restaurant nicely showcases the evolution and growth of a family business that has remained practical and unpretentious despite its obvious success (from the steady traffic of clientele and the fact the Manager of Tun Dr M's Loaf happily recommended it).


From the pics which I hope uploads properly, you can see the point where the humble beginnings of a Laksa based restaurant with about 5 wooden table blossomed into a concern with more than double its capacity... ok ok, not sure whether it is the wooden tables that came later, but you can also see where the roof was extended.


It takes little imagination to see how this restaurant grew as Langkawi did and whilst I wish them continued success, I hope they maintain the atmosphere as it is. With the quality of food that complements all that is wprld class about Langkawi.


Laksa Kaw is in Padang Matsirat, near Langkawi Airport and can be easily found on the main road of the town across the road from the primary school.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday, February 18, 2008

Antara Tunggul, Kayu Jati Dan Buluh Muda

Dewasa ini negara dilanda pelbagai spekulasi yang lazim berlaku menjelang pilihanraya. Ada generasi tua yang dipinta malah bersedia berundur bagi memberi jalan kepada generasi muda. Ada yang telah lanjut umur namun ternyata masih berwibawa dan harus dikekalkan. Ada anak muda yang tidak segan-segan menawarkan diri untuk dipertimbangkan sebagai calon wakil rakyat.

Malangnya ada juga segolongan yang masih ingin kekal abadi dalam kedudukan enak sebagai wakil rakyat, terutama sekali di kawasan-kawasan parlimen atau DUN yang dikira 'selamat' oleh parti. Ini walaupun mungkin dari pelbagai segi, mereka ternyata sudah 'tamat tempoh' perkhidmatan. Contoh terulung di antara golongan 'tamat tempoh' adalah Datuk Paduka Abu Bakar Taib, ahli Parlimen Langkawi.

Datuk Bakaq seperti dikenali oleh masyarakat Langkawi, merupakan anak pulau yang diakui sopan dan murah hatinya di sekitar Kampung Raja. Dari kedudukan sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau dibawa masuk ke alam politik oleh mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, juga bekas ahli Perlimen Langkawi, sebagai usaha Tan Sri bagi memberi peluang kepada anak pulau untuk mewakili Langkawi di peringkat kerajaan pusat pada satu masa kelak.

Malangnya, walaupun Datuk Bakaq memang ahli dalam selok-belok politik kampungan, dan mungkin berwibawa dalam menjalankan tugas kerajaan, usaha beliau tidaklah setanding pencapaian ahli Parlimen segenerasi dengannya. Datuk Bakaq bukan sekadar lebih tua dari 'sponsornya' Tan Sri Sanusi, malah duduk segenerasi dengan Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang terlihat jauh kebilangan dalam bandingan.

Mungkin juga Datuk Bakaq lambat naik sebab beliau lambat aktif politik, tetapi apabila kita meninjau kabinet pada zaman Datuk Bakaq menjadi Setiausaha Parlimen, yang sama tahap dengannya pada masa itu termasuklah Datuk Shafie Apdal yang kini sudah mencapai tahap Menteri. Datuk Mahathir Khir pula telah menyertai kerajaan di kemudian hari dan terus ke taraf Timbalan Menteri. Datuk Bakaq malangnya telah lama hilang kedudukan kerajaannya.

Datuk Bakaq suka menggunakan modal yang kekalnya beliau di Langkawi adalah kerana orang Langkawi mahukan orang pulau dan tidak mahu orang luar. Ini adalah modal lama beliau yang digunakan untuk merampas kedudukan Ketua Bahagian UMNO Langkawi dahulu. Ini bagi menyembunyikan tangan Datuk Anwar Ibrahim yang sebenarnya menggunakan Datuk Bakaq dalam usaha menjatuhkan Tan Sri Sanusi Junid dari kepimpinan bahagian. Datuk Bakaq hanya sekadar alat...

Datuk Bakaq mungkin lega yang sesudah Anwar disingkirkan yang beliau sebagai 'orang Anwar' kekal sebagai ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Langkawi. Beliau mungkin tidak sedar yang Tun Dr Mahathir mengekalkan Tan Sri Sanusi sebagai pengerusi BN bahagian seketika untuk mengekalkan perpaduan UMNO dan BN. Beliau juga terus dikekalkan sementara anak-anak muda Langkawi seperti 'Nawi' (ADUN Kuah, Ir. Nawawi Ahmad) dan Mohd Rawi Abd Hamid.

Malang pula nasib Nawi, yang apabila Rawi, Ketua Pemuda Langkawi merangkap Ketua Pemuda Kedah, bangun mengecam Tun Dr Mahathir pada kemuncak perbalahan Tun dan Pak Lah, Nawi sebagai 'senior' Rawi saling tercemar nama di kalangan penduduk Langkawi yang sememangnya mengenang budi dan jasa Tun kepada pembangunan serta kemakmuran rakyat Langkawi. Sejurus selepas Rawi terlepas kata, 3,000 penduduk Langkawi menyambut kedatangan Tun.

Mungkin ada juga penduduk Langkawi yang tertanya-tanya kenapa Datuk Bakaq sendiri tidak bangun mempertahankan Tun Dr M pada masa itu?

Keinginan Datuk Bakaq untuk kekal sebagai ahli Parlimen Langkawi kini mengancam kerusi-kerusi Parlimen mahupun DUN yang sudah selamat bagi UMNO dan BN sekian lama. Nawi dan/atau Rawi semestinya bercita-cita untuk bertanding pada kali ini, dan anak pulau berdua ini tidak boleh dibawa ke arah kemenangan dalam gandingan dengan Datuk Bakaq. Luka lama sekitar penghinaan terhadap Tun Dr M masih belum terubat.

Datuk Mahadzir Khalid kelihatan sedar akan perkara ini. Dalam usahanya mengubat luka di Langkawi serta Kedah, beliau sudah mencadangkan anak bongsu Tun Dr M, Datuk Mukhriz Mahathir, yang terlihat dinamis sebagai seorang usahawan mahupun dalam kepimpinan parti dan pergerakan NGO untuk mengambil tempat Datuk Bakaq sebagai calon Parlimen Langkawi. Pencalonan beliau akan dilihat sebahagian dari pohonan maaf pemimpin UMNO negeri kepada Tun Dr M.

Namun Datuk Bakaq tetap berdegil ingin mengekalkan kedudukannya...

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/18/langkawi-umno-secretary-made-a-unilateral-statement/

Kenapakah Datuk Bakaq begitu degil dalam tindak-tanduknya? Begitu sekali degilnya sehingga 24 dari 91 cawangan UMNO Langkawi yang dipimpin kaum keluarganya jauh-dekat serta rakan-taulannya dikerah untuk menuntut pengekalannya. Tidakkah beliau sedar yang di kalangan pemimpin 24 cawangan ini pun, terlalu ramai yang malu-alah menyokongnya hanya kerana sopan-santun Melayu yang tidak menolak permintaan orang tua keluarga?

Datuk Bakaq bukanlah Kayu Jati yang kian kuat dari zaman ke zaman seperti Tunku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang penting dalam usaha mengembalikan Kelantan kepada UMNO walaupun usianya menjangkau 70 tahun. Datuk Bakaq patut memberi peluang kepada Buluh Muda seperti Datuk Mukhriz untuk bertanding dan meruncing demi masa depan Langkawi, Kedah dan UMNO.

Langkawi tidak perlu tunggul kayu dalam susunan tiang pembangunannya...

Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi
Ahli UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi

Tangential Malay Search Results