Showing posts with label malayan union. Show all posts
Showing posts with label malayan union. Show all posts

Thursday, July 17, 2008

USFTA Penghalang Naiknya Muhyiddin Ke Mercu Kuasa?

Seperti biasa, apabila media masa Malaysia dilanda berita hangat, seperti kes jenayah DS Anwar Ibrahim, saya akan tercari-cari berita lebih penting yang mungkin sengaja ingin disembunyikan oleh kerajaan Pak Lah dengan sensasi. Ternyata pada minggu ini Pak Lah dan sekutunya ingin menyembunyikan permulaan semula rundingan perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, atau ringkasan Inggerisnya, USFTA.

Perlu diperingatkan atau didedahkan kepada rakyat Malaysia yang USFTA ini bukanlah perjanjian perdagangan adil, hanya bebas. Kenapa bebas tetapi tidak adil? Kerana perjanjian perdagangan yang adil semestinya memberi perlindungan kepada rakan dagang yang lebih lemah, seperti Malaysia, dan oleh itu, tidak mungkin bebas sepenuhnya. Mesti ada batasan untuk berlaku adil melindungi ekonomi dan persyarikatan Malaysia yang kerdil berbanding syarikat gergasi US.

Tetapi USFTA yang dirunding semula minggu ini bukan perjanjian perdagangan adil, tetapi bebas. Maka syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat akan dibenarkan bukan sahaja bebas berniaga dan melabur. Syarikat Amerika juga akan bebas memerah pembekal dan pengguna tempatan, menindas syarikat lawan yang lebih kerdil dan membaham syarikat kawannya sekalipun di Malaysia.

Namun USFTA ini diwar-warkan oleh pihak kedutaan Amerika seolah-olah ia suatu pemberian yang lumayan dari mereka. Lebih banyak pelaburan Amerika akan masuk dibilangnya kerajaan, semakin tinggi jumlah jualan barang Malaysia di Amerika Utara diperdengarkan saudagar dan kian murah nanti barang-barang keperluan di pasaran diberitahunya kepada rakyat Malaysia. Ini semua bohong...

Mana bisa Amerika Syarikat dipercayai sebagai sebuah rakan kongsi perdagangan bebas? Amerika Syarikat, sebuah negara yang perang kemerdekaannya tercetus hasil pertelingkahan tentang cukai niaga, suatu kuasa besar yang melanggar undang-undang dunia dan menyerang Iraq semata-mata kerana minyak, yang menindas Palestin kerana Yahudi memiliki kunci tabung bank-bank peminjam perniagannya, mana boleh kita percaya sekali janji manis negara-bangsa ini?

Amerika Syarikat mahukan USFTA ini supaya kekayaan negara kita bisa dikaut untuk kepentingannya sendiri. Sekiranya mereka telus dan lurus dengan Malaysia, sudah pasti perjanjian yang dirundingi adalah berdasarkan perdagangan adil, dan dirunding bersama negara-negara lain di Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO), di mana Malaysia boleh saling bergantung perlindungan dalam rundingan bersama rakan-rakan niaga kerdil yang lain.

Tetapi kenapakah Tan Sri Muhyiddin di bilang mungkin terhalang naik 'ke atas' akibat USFTA ini? Ini kerana perundingan USFTA adalah di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dipimpin oleh beliau. Memang betul, USFTA ini suatu lagi usaha Pak Lah melelong negara demi masa depan anaknya Kamaluddin dan dicanang sekali Khairy al-Oxfordi. Namun, mereka menunggang usaha TS Muhyiddin yang mungkin belum sedar kerana baru di MITI.

Sedarkan TS Muhyiddin yang menteri MITI sebelumnya, Tan Sri Rafidah Aziz, dibuang kerja antara lain kerana kelihatan begitu tegas menentang usaha perunding Amerika Syarikat membuka luas ruang perjanjian USFTA tersebut. TS Rafidah begitu berkesan sehingga perunding Amerika Syarikat berhenti langsung dari berunding! Walaupun TS Rafidah pernah terkena bidasan rakyat desa yang menentang USFTA, tetapi beliau sendiri pun berusaha menyekat...

Maka dibuang TS Rafidah dari kabinet. Kini Pak Lah menunggangi keupayaan dan profesionalisma TS Muhyiddin pula untuk melelong negara dengan USFTA ini. Adalah harapan saya agar TS Muhyiddin terdengar bisikan sedikit berita usaha ini, demi masa depan rakyat Malaysia... dan masa depan politiknya juga!

Wednesday, January 31, 2007

USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21?

Saya baru sahaja menyumbang kepada bahan 'pantauan' tersebut di site http://www.usftamalaysia.blogspot.com

Suatu cabaran yang diterima oleh Gabungan Rakyat Pemantau USFTA-Malaysia dari para pemimpin pelajar Malaysia di UK adalah untuk menjelaskan kenapakah USFTA atau Perjanjian Perdagangan Bebas dengan US ini dikatakan seakan-akan ancaman Malayan Union yang ditentang oleh nenek-moyang kita dahulu.

Izinkan kami menjelaskan sedikit hujah di sebalik pendapat ini. Pada zaman kemenangan sistem kapitalis Barat ini, sistem kapitalis ini sendiri menjadi senjata utama dalam usaha membelenggu negara-bangsa lain di dunia. Amalan ini mungkin tidak didukung oleh semua negara Barat, tetapi Amerika Syarikat, sebagai kuasa besar utama di dunia sekarang dari segi ketenteraan, mahupun saiz ekonominya, tetap mengamalkan penjajahan kapitalisma, atau Colonial Capitalism.

Bacalah lagi di ... http://usftamalaysia.blogspot.com/2007/01/usfta-malaysia-malayan-union-abad-ke-21.html

Tangential Malay Search Results