Wednesday, January 28, 2009

Maklum-Balas Awal Cadangan Pembubaran Sayap UMNO

Saya amnya lebih suka membuat komentar sendiri tentang isu, tetapi saya menerima maklumbalas awal yang cukup cantik dari Ketua Pemuda saya, saudara Nor Saidi Nanyan, tentang cadangan pembubaran sayap-sayap UMNO, termasuklah Putera, oleh YM Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen.

Komen KP Langkawi:

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen, mencadangkan supaya sayap-sayap UMNO (Puteri & Putera; Pemuda & Wanita juga kah?) dihapuskan untuk membenteras politik wang.

Camana nak terbang kalau tak ada sayap? Apa punya cadangan ni? Inilah tikus yang cuba memperbaiki labu...

Isunya, adakah punca politik wang daripada sayap ataupun tanpa sayap kita bebas dari politik wang? Siapakah yang menyuburkan politik wang? Siapakah sebenarnya yang beriya menghebohkan politik wang?

Apakah sakit kepala, kaki yang menjadi mangsa?

Sudah terlalu cantik rasanya hujah KP saya ni... :-) Namun kerana ini blog saya, ingin saya tambah lagi di sini:
  1. Bukankah tugas Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen dengan Lembaga Disiplin pimpinannya untuk membenteras politik wang? Maka adakah beliau melihat kebanyakan kes datang dari sayap atau dari induk parti?

  2. Apakah pendapat Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen apabila melihat kerjanya sekarang kelihatan dikerjakan oleh MACC? Adakah ini wajar ataupun lojik? MACC di bawah bidang kuasa siapa? Mengapakah pendapat tentang ini tidak dikeluarkan dahulu? Kami ahli UMNO semua kebingungan Tan Sri...

  3. Apakah motif mediamasa yang mengeluarkan pendapat ini? Adakah ia bakal disusuli oleh tindakan ganas MACC terhadap calon-calon sayap pula? Akan bakal adilkah tindakan ini kelak?

  4. Mungkinkah ini usaha untuk memperlekehkan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen sendiri, secara langsung melumpuhkan lagi Lembaga Disiplin selepas peranannya dirampas MACC yang dikatakan juga dipengaruhi parti pembangkang di Parlimen?

Maaf YM Tan Sri dan sanak saudara yang mungkin terkilan memandangkan bapa serta anak saling berkawan dalam UMNO mahupun NGO, tetapi walau ahli biasa, kami juga bertanggungjawab memantau, mendesak dan menegur...

5 comments:

add said...

Saya setuju hujah sdr mengenai politik wang bermula dan banyak kes berlaku dalam UMNO tua dan Pemuda sahaja, manakala politik wang dalam wanita,puteri dan putera agak kurang . dalam pada itu, saya menyokong penuh cadangan pembubaran putera dan puteri kerana adanya putera dan puteri tidak memberi kesan positif sebaliknya negatifnya yang banyak.
1.siapa nak dengar suara putera, depa ni muda dan masih mentah lagi.
(penubuhan ni pun hasil puak KJ je untuk jaga (backup kj) dalam perencanaan strategi politk kj)
2.warga malaysia lihat putera hanya merempit dan terjun di kutub utara je,,, lagi apa,, sembahyang waktu... lu jawab la sendiri...
3.puteri pula ada la pihak yangmendengarnya kerana depa ni cantik dan sedap mata memandang.
4.puteri ni bila ada kursus parti mula la geng pemuda dok merenyam di sebalik bilik dan membuatkacau panggilan telefon hotel.
5.majoriti puteri tak pakai tudung dan ini memberi imej yang amat tidak baik kepada islam dan umno.
sekian dari ahli pemuda yang telah dibubarkan cawangan kerana tak cukup ahli untuk bermesyuarat cawangan kerana semua pemuda lari ke pembangkang.
jemput ke blog saya..

I Spy said...

Saya sokong pandangan YM Tengku Rithaiddeen.
Puteri kini lebih sebagi penghias majlis, pencuci mata dan sang sebuk.
Putera diperalatkan sebagi samseng parti.
Kedua-dua sayap ini merosakkan imej UMNO yang kini semakin tenat.

Da Real Deal said...
This comment has been removed by the author.
Da Real Deal said...

Bro,

Puteri baru setahun jagung dah nak berebut-rebut jawatan. Ketuanya baru naik jadi ketua, Entah negeri muraqbal mana tak semena-mena bagi dia gelaran Datuk. Apa jasa yang dia buat melainkan masuk sahaja di dalam kasut yang di buat dengan titik peluh Azalina? Sekarang, nak cuba menjadi ahli MKT pula. Apa jasanya? Nak kempen pilihanraya pun Pemuda kena escort. Apa Pemuda UMNO tak ada lain kerja ke? Puteri yang lain pula pasang body dan cuba mendekati menteri2 untuk mendapatkan kontrak2 dan projek kerana mereka tahu menteri2 musibat ni pun suka dilayan perempuan muda yang menggeletis! Ada juga yang dah dapat menjamah mereka manakala ada pula yang sudah berkahwin dengan mereka. Yang paling jiojik, ada puteri juga yang telah meninggalkan suami semata2 untuk kahwin dengan pembesar2 ini.

Pergerakan Pemuda pula, apa jasanya selepas Hishammuddin mengambil alih dari Zahid dahulu? Sampai hari ini, bangsa Cina dan India menghina UMNO dan Bangsa Melayu, apa Pemuda buat? Setakat nak jadi ahli korporat didalam syarikat Cina menjaga interest mereka di peringkat nasional tak payahlah.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Cium KERIS MELAYUpun mintak ampun kepada kaum Cina. Lagi baik bubar ajelah macam Tan Sri T Rithaudeed cakap tu. Pemuda terus masuk jadi ahli UMNO induk aje.

Wanita sahaja yang boleh diharap jasa mereka dari zaman Merdeka lagi. Mereka merayu undi pun macam hamba, hidupkan mesyuarat2 UMNO cawangan dan bahagian. Puteri dan Pemuda cawangan bahagian, korumpun susah nak dapat.

Bro! if you become EXCO member, Kick some ass! jangan dok sibukkan Islam yang terancam di negeri beribu batu jauhnya, sedangkan di negara kita, KEpala BAbi dihadiahkan kepada surau dan rumah UMNO pun Pemuda tak terbuat apa.

Bila Ketua Bahagian di Penang sentuh tentang pendatang, Timbalan Presiden UMNO minta maaf, dan beliau kena gantung keahliannya, apabila Timbalan Presiden MCA kutuk kita tentang Ketuanan Melayu dan Ketua Wanita GERAKAN kata kita juga pendatang, PEMUDA UMNO BUAT APA?

PEMUDA UMNO BACUL! BETUL KATA RITHAUDEEN. SACK THE MOVEMENT! Yang korup pun PEMUDA. Bayaran untuk nak menjadi EXCO pun lebih mahal dari nak jadi MKT. You pun tahu bro. Good luck to you winning. If Mukhriz can carry you without you having to pay for your votes, then I guess you are the luckiest man in the world!

ChengHo said...

Zahid memberi komen kepada Ku Din 2004 telah diambil tindakan disiplin
Kali ini kalau mana mana pemimpin Umno memberi komen tindakan disiplin akan diambil? kalau tidak Umno tidak mempunyai prosess saperti ISO ini juga lah petanda petanda kelemahan organasasi
Kalau tidak ada tindakan saperti case Zahid ,Ku Din perlu meletak jawatan untuk mengelakan kelemahan organisasi Umno lebih terdedah lagi

Tangential Malay Search Results