Tuesday, February 16, 2010

Hijack Atau SABOTAGE?!


  1. Siapakah yang mungkin ingin meng'hijack' usaha menunjuk perasaan secara aman ini, memandangkan pakar 'hijack' tunjuk perasaan seumpamanya, yakni DS Anwar Ibrahim, tak mungkin bersetuju isi memorandum tersebut! (Kalau tak, memang DS Anwar pakar yang telah berjaya meng'hijack' tunjuk perasaan dari tahun 70'an lagi, termasuklah 'gelombang kuning' anti-Pak Lah usaha pemimpin UMNO yang rapat dengan istana beberapa tahun lalu!)

  2. Kenapakah usaha untuk meng'hijack' tunjuk perasaan ini kelihatan begitu lembap sekali, sehinggakan para pengelola asalnya dapat mengesan akan usaha ini sebegitu awal dan pemantauan serta tindak-balas kini sempat dilaksanakan? Kumpulan politik manakah yang berupaya menunjukkan kelembapan tindak-tanduk sebegini rupa, seakan-akan budak-budak membuat kerja orang tua!
Awal pagi tadi, saya menerima sms yang mengesahkan serta menjawab segala persoalan di atas. Rupa-rupanya, yang ingin meng'hijack' usaha tunjuk perasaan dan penghantaran memorandum ini adalah tidak lain dari YB Hj Khairy Jamaluddin! Patutlah nampak lembap sekali usaha ini terlaksana, dan sememangnya adalah lojiknya yang YB KJ tergerak hati untuk mencontohi idolanya DS Anwar. Malangnya, bakat KJ memang dari dahulu tak kesampaian...

Masalah bagi penganjur asal tunjuk perasaan dan penghantaran memorandum bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia pula adalah, takut bila orang nampak sms baru jemputan KJ untuk tunjuk perasaan bersama-sama, nanti orang naik berbulu dan tak pergi! Faham-fahamlah, mana ada makhluk yang mahu dilihat bergaul dengan idola korupsi seperti KJ sekarang! Maka adalah yang tertanya-tanya, KJ ni, nak 'hijack' acara ini kah atau berusaha men'sabotaj'?!!!

Wallahualam...

Woi KJ, dari sibuk nak 'hijack' perahan peluh orang lain, kenapa tak menjuarai Bakri sahaja oi! Bukan kerja engkau ke nak memperjuangkan nasib anak muda Melayu?! Ke ADUN Sekinchan tu pun kawan akrab kau juga?! Dia pun 'black crow' ke, sebab dilanggarnya Bakri dengan 4WD juga?!

4 comments:

AloQStaQ said...

Kalau benarlah kenyataan ini, pastinya UMNO mempunyai seorang pemusnah yang pastinya akan meletup menghancurkan parti sewaktu hampir PRU13 kelak!

Awas dengan penghancur ini! Dulu masa pak mertuanya memerintah, dah licin dia sapu, jahannam habih semua harta dia telan bersama-sama rakan taulannya ...

Barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya bertindak berani sekarang juga UNTUK MENJATUHKAN PENGHANCUR PARTI INI!!!

AloQStaQ

carlos said...

Aku mula-mula nak pergi. Tiba2 dapat SMS Dari pemuda yang si KJ pulak nak jadi ketua demo. Aku tak mau muka aku kena cap penyokong KJ. Bangun pagi aku terus pergi kayuh basikal.

Detguaq said...

Setelah bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin UMNO yang hanya melihat dari oneway politic advantage, dia berkata sampai ke mampuih kj tidak akan serah jawatan KPUM kepada Razali walau sekuat manapun tekanan, kerana jika beliau berundur makan karier politik beliau akan berkubur bersama penyerahan itu. nah rupanya jawatan itu begitu penting kepada kj berbanding survival UMNO yang nampaknya amat berat kuasa geserannya(friction) untuk UMNO bergerak lancar(stable velocity) disebabkan faktor geseran(friction factor) oleh kj terlalu besar relatifnya....

Kalau dari segi teknikal bagaimana UMNO boleh mengatasi 'hard friction' kalau 'friction factor' tidak di 'eliminate'kan dengan segera??? atau akhirnya UMNO akan mengalami ke'haus'an kekuatan?

wanbaki said...

DET...bukan AKANmengalami tapi memang sedang mengalami bila ada manusia sayang nak lepas kerusi sedangkan dia merupakan alibi kepada PEMUDI sekarang ni..

Tangential Malay Search Results