Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu pada pemilihan ini. Jalinan hubungan serta persahabatan baru yang terjalin dari Masjid Tanah ke Penampang, JB ke Bachok, Pokok Sena ke Kuantan, serta banyak lagi, amatlah dihargai.
Saya juga ingin merakamkan rasa puas hati bahawa setidak-tidaknya sepanjang tempoh 3 minggu lepas, laungan Hidup Melayu kembali ke bibir Pemuda setelah meninggalkannya begitu lama. Jelas Pemuda mahukan laungan tersebut kembali dan saya harap pemenang-pemenang pemilihan menyedari hakikat yang masih perlunya ada peranan Pemuda sebagai pendesak, bukan beraktiviti liberal dan progresif semata-mata.
Terdapat pelbagai perkara boleh dipelajari dari pemilihan ini, yang banyak sekali perlu diperbaiki. Contohnya, tata-etika berkempen yang berubah-ubah sehingga terlalu memberi kelebihan kepada penyandang mana-mana jawatan, jelas terlihat pada keputusan sayap-sayap Pemuda dan Wanita. Pengalaman saya dalam melalui pertandingan ini insya Allah akan saya rakamkan dalam sebuah buku untuk diamati oleh semua yang berminat.
Di sini, saya ingin merakamkan juga rasa syukur saya yang mahkamah rayuan telah menolak rayuan majalah Kristian Herald untuk membolehkannya menggunakan Kalimah Allah. Ini merupakan kejayaan gabungan NGO Islam serta Melayu dalam mempertahankan hak serta aqidah ummah. Saya juga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua umat Islam.
Akhir kata, saya ingin mengesyorkan semua perwakilan UMNO yang layak memilih barisan kepimpinan UMNO yang baru pada 19 Oktober ini, pilihlah Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang Naib Presiden kita. Terima kasih.
Ikhlas, Akhramsyah Sanusi
Di Perkarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya
8 comments:
errr...at least wish the victor well lah
Salam bro:
Congra u got the guts to go against the odds.
Ramai lagi Melayu klu pun bukan semua orang UMNO masih memerlukan orang-orang seperti bro.
Kita akan pantau ke arah mana liberalisasi @ progresif yang bakal di bawa.
Biar pun kami dilabel sebagai anjing yang menyalak..kami akan tetap bersuara demi HIDUP MELAYU...kerana kami berjuang bukan untuk kedudukan dan glamour.
Salam saudara-saudara ku yang memang terserlah KEMELAYUANNYA
Lain kali kalau nak HIDUP MELAYU sangat, jagalah bahasa Melayu itu sendiri
1. Salam bro
2. Congra u got the guts...bla bla bla...
HIDUP KE MELAYU KORANG NI??
PALING AKU TAKUT..........MELAYU TIKAM MELAYU,
CARA SEDAR ATAU TIDAK. !
Orang umno SENDIRI yang BUNUH UMNO !
HIDUP MELAYU, HIDUP ISLAM....
You talk too much. You show no respect at all to others. You are arrogant. you are too confident. And the PEMUDA punished you for all these. You got NOTHING not even from your own Bahagian and your state.
Assalamualaikum Saudara,
tolong linkkan blog saya. Izinkan saya untuk sama-sama berjuang.
http://nakhodakuale.blogspot.com/
Akum,
Tuan kena lebih aggressive dan kumpulkan kebih ramai lg penyokong. ..bkn setakat yg dlm umno yg mmg ramai kaki bodek tapi dari luar yg mmg dah meluat dgn umno srkarang yg penuh puak liberal dan kaki bodek.
This was great to read, thank you
Post a Comment