Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

PELAJAR UNIKL DIPAKSA MENGIKTIRAF ISRAEL PADA SUATU MAJLIS ANJURAN UNIVERSITI?

Saya lazimnya tidak suka memaparkan penulisan orang lain dalam blog saya, tetapi maklumat yang menyayat hati ini perlu saya kongsi bulat-bulat. Setahu saya, [UniKL di bawah naungan MARA dan - dibetulkan melalui Kemaskini 1 di bawah] negara kita masih tidak mengiktiraf pun kewujudan negara Israel. Jadi, bagaimanakah boleh PELAJAR UNIKL DIPAKSA MENGIKTIRAF ISRAEL PADA SUATU MAJLIS ANJURAN UNIVERSITI? Sejak bilakah pelajar Islam diarah berlakon sebagai sami? Ada kah sebab yang munasabah?:

Pada 22 Mac 2009, satu aktiviti ala perhimpunan PBB telah diadakan UniKl MSI Kulim Kedah. Pelajar telah di arah untuk menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB. Di antara Negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Selepas dua minggu aktiviti itu berlaku, beberapa pensyarah dan tenaga kerja di dalam universiti telah memanggil pelajar-pelajar yang terlibat serta diberi motivasi dan teguran mengenai aktiviti keagamaan yang telah berlaku.

Rentetan daripada perkara di atas, 7 warga kerja UniKL MSI telah digantung kerja oleh atas arahan General Manager UniKL Pusat kerana dikatakan telah menghasut dan menakut-nakutkan pelajar berkenaan berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei. Mungkin selepas ini ura-ura telah berbunyi tiga orang dari kami dibuang kerja. Disertakan gambar-gambar aktiviti.

ADAKAH AGAMA ISLAM BOLEH DIPERSENDA SEBEGINI RUPA DAN KAMI YANG MEMBELA DIGANTUNG KERJA DI TANAHAIR SENDIRI.

Kesemua pelajar-pelajar di dalam UniKL MSI adalah 99% beragama ISLAM, berbangsa MELAYU terlibat dalam gambar-gambar yang dilampirkan di bawah.




Kemaskini 1: Saya difahamkan bahawa UniKL kini berada di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi. Tadi siang, para pendesak isu tersebut berjaya mengajukan aduan ke peringkat tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi. Kita tunggu dan lihat apakah bakal hasilnya...

Sunday, January 11, 2009

Gaza - Kenapakah Israel Menyerang Sekarang? Apakah Tindakan Susulan Yang Sesuai?

Pembunuhan beramai-ramai masyarakat Palestine di Gaza oleh rejim Zionis Israel yang berhelah serangan balas terhadap Hamas bermula dengan agak mengejut. Kenapakah ia berlaku sekarang, padahal kegiatan Hamas memperjuangkan hak rakyat Palestine tak pernah putus-putus, cuma sekadar berubah kehangatan serangannya sesekala? Sudah tentu ada sesuatu yang mencetuskan keganasan terbaru ini.

Blogger ini mula-mula memikirkan pemimpin rejim Israel, Ehud Olmert, tidak perlu mempopularkan diri sebagai membunuh 'pengganas' kerana beliau tidak akan terlibat lagi pada pilihanraya umum Israel pada 10 Februari ini. Namun kini tercetus pula pemikiran yang mungkin peperangan ini akan digunakan beliau untuk kekal di tampuk kuasa. Selain itu, ada juga kemungkinan keganasan tersebut didalangi para perebut jawatan Perdana Menteri (PM) Israel yang lain.

Buat pengetahuan, Menteri Luar Tzipi Livni, Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Ketua Pembangkang, Benjamin Netenyahu semua bakal merebut kerusi PM tersebut. Malah rakyat Israel sendiri berfikir keganasan terbaru di Gaza akibat kemelut politik dalaman Israel, yang kini menyebabkan parti Buruh pimpinan Ehud Barak semakin popular! Alangkah sedihnya yang kematian ratusan anak-anak kecil tak berdosa di Gaza semata-mata kerana rebutan kedudukan PM Israel!

Selain sebab politik, ada juga kemungkinan besar tindakan terkini rejim Israel adalah akibat tekanan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Kenapa? Ini bukan soal sumbangan senjata mahupun bantuan lain seperti penyelidikan dan dana dari AS ke Israel. Ini soal kesempitan ekonomi tersebut kini mengancam sumbangan dana AS ke negara Mesir bernilai ribuan juta USD setahun!

Mesir merupakan negara teluk yang paling berupaya mengancam atau setidak-tidaknya menumpulkan bilah Israel yang terhunus di leher rakyat Palestin. Tentera Mesir terkenal sebagai satu-satunya tentera Arab moden yang berjaya merebut kembali terusan Suez dari Israel pada Yom Kippur (dikenali juga sebagai perang Ramadhan atau perang Oktober). Namun kemampuannya terkunci sejak pembunuhan Anwar Sadat dengan 'rasuah' dana dari AS.

Malang bagi Israel, rasuah dana AS ke Mesir kini ternyata terancam akibat kemelesetan ekonomi, terutama dengan ketibaan Barack Obama. Memandangkan Presiden Hosni Mubarak semakin terancam kedudukannya akibat kerapatan hubungan kerajaannya dengan negara-negara durjana tersebut, putusnya dana AS pasti akan mengancam hubungan dua hala Mesir<->Israel. Mesir pasti akan lebih bersedia membantu masyarakat Palestin dalam menangani keganasan Israel.

Oleh itu, ada juga kemungkinan yang Israel kini mengganas kerana inilah peluang terakhir untuk melakukan demikian sebelum kekuatan Mesir untuk menangani ancaman ketenteraannya dilepaskan dari gari rasuah dana AS! Oleh itu, ekonomi juga mungkin penyebab pembunuhan beramai-ramai anak-anak kecil yang tak berdosa tersebut.

Beginilah berolah sejarah keganasan Israel dan Barat, di pacu kepentingan politik persendirian ataupun keperluan ekonomi dalaman, tanpa bersifat perkongsian. Mungkinkah kita perlu mengolah cara lain untuk menangani keganasan Israel, selain kecaman, rundingan dan boikot, yang walau murni niatnya, terlihat terbatas kejayaannya sebelum ini? Mari kita fikirkan bersama...

Tangential Malay Search Results