Showing posts with label Obes. Show all posts
Showing posts with label Obes. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Doa Untuk Ayah, A Prayer For Ayah

Ayah jurublog malam tadi telah dikejarkan ke hospital dan selesai periksa, terus melalui rawatan emergency angioplasti. Beliau kini masih berada dalam keadaan kritikal sementara dibiarkan berehat seketika sebelum doktor meneruskan rawatan. Kami sekeluarga kini tak putus berdoa sementara menanti usaha terkini para doktor Ayah. Sudilah para pembaca mendoakan semoga Allah dapat mengurniakan lagi umur masa Ayah bersama kami ...

Kata akhir Ayah sebelum masuk ke bilik rawatan merupakan teguran kepada saya dan adik-adik lelaki untuk menurunkan berat badan demi mengelak dari terjebak dalam perangkap sakit jantung yang sama menghadapinya sekarang ...

Please lend a prayer all who may dein to so as Allah may allow us some more time with Ayah. He is critically ill, his heart ...


Mass: ~105kg

Tuesday, May 17, 2011

Saya Obes... Peringatan Dari Situasi Ayah

Saya Obes. Berat saya pada hari ini 103.3kg, dan memandangkan ketinggian saya lebih kurang sama dengan Melayu lain, maka saya Obes menurut piawaian sains BMI. Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa pun tentang keadaan Obes ini melainkan diri sendiri. Memang kita ada masalah lebih dari orang lain, sakit belakang menghindar dari banyak aktiviti sukan, makan banyak sebab aktif ber-NGO, tapi ini hanyalah alasan sebenarnya... saya obes kerana saya.

Situasi kesihatan Ayah sekarang telah dijelaskan oleh Doktor sebagai lebih rumit dari mula-mula disangkakan. Beliau memerlukan 2 rawatan untuk menyelamatkan keadaan, kedua-duanya mencabar, sehinggakan ia harus dilakukan oleh pakar-pakar dari 2 hospital berlainan. Namun Ayah tetap tabah. Pagi tadi beliau lebih berminat menasihatkan saya ke tempat bersenam untuk mengurangkan risiko kesihatan saya akibat Obes.

Ayah juga dahulu pernah Obes, tetapi selesai pertama kali beliau dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. melalui rawatan 'angioplasti', atau menurut kata orang Melayu 'guna belon', beliau obses menurunkan berat badannya hingga boleh dikatakan 'slim'lah juga. Ayah mahu saya menurunkan berat sebelum terjadinya apa-apa kepada saya, terutama sekali agar saya dapat mengelak behana penyakit kencing manis.

Saya sudah pun mula berubat untuk Darah Tinggi dan Kolestrol sekitar 3 tahun lepas. Pada masa mula kena masalah ini, saya 'overweight' tetapi belum Obes lagi. Saya sedang bekerja di Singapura pada masa itu sementara keluarga di Malaysia. Senanglah diri menuduh 'stress' dari kerja sebagai penyebab, tetapi sekarang saya sudah Obes, apakebendanya 'stress' sekarang berbanding hari-hari di Singapura tempohari?

Kembali kepada Ayah, beliau akan memerlukan 2 rawatan, yang pertama insya'Allah akan dilaksanakan dalm tempoh 2 minggu ini, tetapi beliau kemudian harus berehat untuk rawatan kedua menjelang bulan Julai atau Ogos. Mengenal Ayah, beliau pasti akan mencuba mempercepatkan segala rawatan ini, setidak-tidaknya untuk membolehkan beliau berpuasa Ramadhan dan mungkin juga dengan cita-cita untuk berumrah di Mekah lagi di penghujung bulan suci tersebut.

Akhir kata, kalau saya bertanya Ayah, beliau pasti setuju yang saya bukan Obes kerana hidangan yang dijual di kantin sekolah. Ide yang kononnya inilah sebabnya kanak-kanak ke dewasa orang Malaysia semakin ramai Obes adalah ide karut. Bila terkeluar ide kononnya ini boleh diselesaikan dengan sistem bekalan makanan baru untuk kantin-kantin sekolah, tahulah saya yang ini bukan untuk menyelesaikan Obes, tetapi untuk sapu kontrek kantin sekolah kaw-kaw punya!

Kalau diri sendiri Obes, tengoklah cermin untuk menyedari siapa yang bertanggungjawab. Bila anak pun sudah mula nak Obes, sedarlah yang ibu-bapa menyuap atau membekalkan makanan ke anak-anak lebih dari kantin sekolah - duit ke kantin pun ibu-bapa yang bagi? Kalau nak tangani Obes, baik kita kempen jangan bawa anak-anak ke McDonalds, KFC, Pizza Hut dan lain-lain dari menuduh pengusaha kantin yang tak berdosa.

Saya Obes. Alhamdulillah, anak saya belum Obes. Bagaimana dengan saudara-saudari? Akuilah salah sendiri dan tanganinya sekaligus nyahkan ide-ide karut yang akhirnya tidak menyelamatkan anak-anak malah memperkayakan makhluk 'opportunist' di sekeliling kita...

Berat: 103.3kg

Tangential Malay Search Results