Thursday, February 12, 2009

Kerana Pakatan Yang Rugi, Blogger Pakatan Rakyat Pun Menghina Raja!

Blogger Jed Yoong kini dengan bangganya menyampaikan hasratnya untuk bersaing dengan Karpal Singh, DS Ir Nizar dan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat lain dalam menghina Raja-Raja Melayu. Beliau siap bangga bila dibilang bersaing Karpal menanti jumlah laporan polis terhadapnya. Siapa dihina pula Raja-Raja Melayu dari negeri-negeri lain! Laporan penuh dibuat oleh teman saya bigdog seorang lagi blogger setia UMNO.

Alangkah bahagianya sekiranya puak-puak ini memahami ertikata kerakyatan Malaysia, yakni merangkumi penghayatan Rukunegara. Hanya kerana hilang sedikit kuasa sudah sedia lupa apa seharusnya menjadi sebahagian jatidiri kita rakyat Malaysia...

7 comments:

Zanie said...

Piirah! Bukan soal menghina, tetapi menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan. Sultan bukannya nabi yang maksum. Walau maharaja sekalipun jika mereka tersilap mereka wajar ditegur, malah pindaan undang-undang tahun 1993 dulu oleh UMNO BN membenarkan sultan di saman di mahkamah!

Ingat! Dalam Islam, kita diperintah mencegah kezaliman, kalau kita menyokong puak yang berbuat zalim termasuk sultan sekalipun kita akan terseret bersama-sama mereka ke kancah api neraka. Ingat itu!

Moshe said...

Saya merujuk kpd Zanie.

Rasa saya pindan 1993 adalah berkaitan salah laku raja2 melayu.
Dalam kes di Perak Sultan menjalankan tugas mengikut peruntukan undang2 tubuh negeri yg diberikan kuasa budibicara kepada sultan membuat keputusan. Adakah ini salahlaku.

Usahlah bercakap tentang islam jika kita sendiri dan parti yg kita sokong itu hanyalah memperalatkan islam shj untuk kepentingan kelumpuk diri.

Ini bukanlah satu kesilapan tapi tindakan yg wajar dari sultan. Sultan adalah pelindung dan kita jangan emosional kerana keputusan baginda tidak memihak kpd mana2 parti politik sebaliknya hanyalah kepentingan negeri Perak yg diambil kira cumanya sekadar tidak memenuhi aspirasi politik dokongan kita ?

Zanie said...

Sultan bertindak mengikut perlembagaan. Itu yang dinamakan raja berperlembagaan. Zaman kini bukan zaman feudal dimana raja-raja bersikap otokratik dan imun terhadap undang-undang.Yang rakyat Perak tidak puas hati ialah perlanggaran perlembagaan negeri itu sendiri. Baca kes yang sama pernah berlaku di timur malaysia tahun 1966 dulu. Sultan hanya boleh mengarahkan menteri besar meletak jawatan jawatan apabila terdapat bukti menunjukkan beliau tidalk lagi mendapat sokongan majoriti. Dalam kes Perak, pihak mana yang majoriti? PR dan BN sama-sama mendapat 28 kerusi DUN. Tiga ekor katak itu berada di kerusi bebas dan tidak masuk mana-mana parti. Bagaimana menetapkan mereka tidak percaya kepada MB Perak DS Nizar? Jawabnya melalui undi tidak percaya yang dibentangkan dalam persidangan DUN yang dijadualkan April nanti atau diadakan secara tergempar atas isu ini. Tetapi ini tidak pun berlaku. Nizar terus dijatuhkan begitu sahaja atas titah Sultan. ini bercanggah dengan perlembagaan!

Ironinya sultan inilah yang sewaktu masih menjadi ketua hakim negara menulis buku yang menyatakan secara jelas memperincikan peranan raja dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.Baginda menyatakan pernan sultan hanyalah bersifat formaliti dan jika pihak eksekutif yakni pemerintah memeohon untuk membubarkan DUN sultan sebenarnya tiada pilihan kecuali membenarkan, kerana dalam sistem raja berperlembagaan sultan adalah bersifat formaliti semata-mata seperti kata baginda;

"`Under normal circumstances, it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal'
-Raja Azlan Shah, Constitutional Monarchy, Rule Of Law and Good Governance.

[Terjermahan secara harfiah: Di dalam keadaan biasa, Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen. Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]

Fikir-fikirkanlah dan semak fakta secara ilmiah wahai saudara!

budak-kom said...

tak tengok brite ke saudara...bila masa ada pakatan ni...yang ada parti pas, dap n bn...mana ada parti pakatan..sbb pas n dap bergabung, mereka menjadi satu...tak baca ke kat rocybru camne UMNO kata dia dah menang masa pru aritu tapi DYMM Sultan Perak kata tunggu pas n dap dulu sbb mana tau mereka nak bergabung...DYMM Sultan bukan orang sebarangan..dan juga bukan maksum...tak tengok ke dia dah panggil yang nak melompat tu...bukan dia dengar dari orang lain tapi dengar pengakuan sendiri..bukan buat keputsan secepat mungkin...kepada penulis, nak tanya pasal ayahanda Tan Sri Sanusi Junid...harap dia sihat n epi2...orang yang iq tinggi n pintar percakapannya

Quantum Metal Consultant said...

Pakatantipu Rakyat (PR) yang kemaruk kuasa macam cacing kepanasan apabila Perak dirampas sekelip mata.

Pilihanraya kecil mungkin tempat mereka menebus rasa malu dan hina tetapi bukanlah satu jaminan mereka akan memang mudah.

Jika memang - rakyat menyokong mereka.
Jika kalah - BN tipu, SPR tipu.

Hahahahha..itulah Pakatantipu Rakyat - mereka selalu benar dan betul.

Apakah sumpah Saiful tidak terkena kepada Anwar sahaja tetapi kepada seluruh Pakatan - Hilang kuasa di Perak, Karpal melenting etc...

frossonice said...

Semasa di MRSM Balik Pulau dulu, saya lihat saudara adalah pemimpin yang dinamik dan berfikiran matang. Saya andaikan saudara adalah pemimpin masa depan yang boleh mengubah senario politik negara.

Namun, berdasarkan penulisan saudara sekarang, saudara tidak ada bezanya dengan ahli politik UMNO yang lain. Masih tidak mampu melihat mana yang benar, mana yang salah. Masih mempermainkan politik untuk kepentingan diri sendiri.

Come on, you're a better Malay than this. Buka mata luas-luas sikit.

Unknown said...

frossonice. Tolonglah jangan menilai semata-mata dari apa yang tertulis sekali imbas sahaja.

Cuba lihat juga tangen yang saya ajukan dari posting saya yang sebelum ini, dari bahayanya pemproksian ADUN oleh Anwar, ke pentingnya kestabilan hasil titah DYMM Sultan Azlan untuk mengelakkan pilihanraya kecil yang mengalih perhatian dari usaha mengangani krisis ekonomi.

Saya harap akan terlihat yang dari segi nilai, jatidiri saya masih utuh seperti dahulu, walaupun tak mungkin maksum...

Tangential Malay Search Results