- Kenapakah 16 September tidak dapat diterima oleh pemimpin generasi lepas untuk diraikan sebagai Hari Malaysia, lengkap dengan sambutan dan cuti awam? Kenapakah ini dapat dilaksanakan oleh DS Najib pula? Ini adalah kerana sejarah sebenar di sebalik 16 September 'ter'pilih sebagai hari Malaysia disatukan yang memeritkan hati generasi lama tetapi kini sudah kurang relevan untuk generasi sekarang, terutama golongan muda.
- Bagaimana usaha penulis dan ramai ahli ekonomi muda untuk menghapuskan subsidi gula pincang sedikit kerana kurangnya pemahaman tentang latarbelakang dan sejarah di sebalik dasar subsidi tersebut. Rupa-rupanya, dasar yang lama telah digubal dengan kajian penuh lengkap, merangkumi bukan sahaja ekonomi, tetapi juga isu-isu kesihatan, selera, keperluan tenaga, demografi dan pemakanan masyarakat miskin.
- Bagaimanakah memahami sejarah negara-negara dan masyarakat lain serta pengamatan budaya mereka dapat membantu dalam perhubungan kita dengan individu, bangsa, syarikat mahupun kerajaan tersebut.
- Dan lain-lain lagi...
Lebih berharga bagi saya adalah peluang duduk sejenak dengan cikgu-cikgu lama untuk bertukar cerita tentang perjalanan hidup masing-masing. Kagum juga saya mendengar yang mereka kini sibuk merancang 'aktiviti cuti', yakni melawat buat kali ketiga 'kampung angkat' mereka di Kambodia untuk berbakti kepada masyarakat! Pada kali kedua mereka ke sana, sekolah telah dibuka, kemudahan moden bersama dibangunkan dan pelbagai buku-buku ilmu dihadiahkan!
Alangkah bahagianya para pelajar Kolej MARA Seremban kerana diajar guru-guru yang pedulinya melepasi benteng rumah mahupun pesisir kolej, sehingga menjangkau masyarakat serantau sekali! Mereka mengambil inspirasi sejarah di mana negara kita pun nyaris sepapa Kambodia. Penulis masih terkedu sewaktu melepak makan tengahari dengan geng-geng MAYC Negeri Sembilan selepas itu, walaupun mengadap juadah ikan keli dan daging salai yang begitu enak!
- Menerima yang bukan semua yang dibawa oleh dasar, perlaksanaan dan usaha 'orang-orang lama' itu buruk. Lazimnya, kebaikan yang dibawa kerana niat telus pencadang dan ikhlas perlaksanaan oleh majoriti penggerak dasar. Janganlah pengalaman dari segelintir golongan atau secebis masa dijadikan panduan semata-mata.
- Janganlah ditidakkan Sejarah dengan label-label yang pelbagai, kerana tiada sumber pengajaran yang wujud selain dari singkapan sejarah. Usaha menggubal dasar seperti NEM akan senantiasa dilambung ombak pergolakan serta perubahan masyarakat. Maka ia haruslah direka dengan mengambil kira maklum-balas terbuka dari setiap lapisan masyarakat.
- Khusus bersabit isu ini, semua setuju yang NEP atau DEB dan NDP BERJAYA dalam memajukan dan menaik-tarafkan hidup masyarakat. Cuma kini, ia perlua diolah semula, sesuai dengan aspirasi rakyat negara kita sekaligus menangani salah-laku segelintir golongan yang mengambil kesempatan dam perlaksanaan-perlaksanaan dahulu. Ini juga pengajaran Sejarah NEP untuk NEM.
No comments:
Post a Comment