There Are Many Subtleties And Hidden Meanings, Patterns Leading to Surprising Outcomes, For Us To Consider As We Ponderously Venture With Hope Still Towards A Better Malaysia
Wednesday, June 10, 2009
Perpecahan PAS: Jangan Dilupai Faktor Kelantan...
Tetapi pada saya, yang sepatutnya lebih membimbangkan lagi bagi PAS adalah bagaimana tokoh-tokoh dari Kelantan kelihatan tersisih dari barisan kepimpinan yang baru. Mungkinlah ini salah taktik atau nasib sususan hasil demokrasi ala-PAS, tetapi agak menghairankan apabila Kelantan, yakni kubu PAS, tiada wakil walau di peringkat Naib Presiden pun. Malah, orang Johor dan Pahang pula berjaya mempertahankan atau langsung merebut kuasa... padahal kubu UMNO...!
Sekadar ini sahajalah pemerhatian saya buat masa ini... menarik untuk terus perhati...
Sunday, June 07, 2009
Keputusan Muktamar PAS: Hadi - 1, Anwar - 0
- TG Nik Aziz tak berapa banyak pilihan antara pemimpin-pemimpin muda PAS Kelantan yang segenerasi dengan Husam. Memang Husam terserlah yang paling berbakat dalam mengimbangi politik dan kelihatan mahir juga dalam pentadbiran mahupun teori ekonomi. Maka Husam terpilih diasuh ke jawatan penting di Kelantan kerana tiada pilihan lain di depan mata TG Nik Aziz.
- Penulis yakin 'kepakaran' Datuk Husam sekadar persepsi sahaja, kerana kalau betul beliau hebat dalam mengurus ekonomi, mana bisa Kelantan tetap mundur sekian lama? Fakta ini bila digabungkan dengan pendapat yang dibuahkan oleh Nik Abduh Nik Aziz, yang bapanya 'dipengaruhi', memberi gambaran yang bukan TG Nik Aziz yang membimbing Husam. Mungkin sekali Husam yang memperkudakan TG Nik Aziz!
- Datuk Husam Musa merupakan anak didik DS Anwar Ibrahim di Yayasan Anda dahulu sebelum beliau giat berpolitik di arena PAS. Kesetiaan beliau juga kelihatan jelas kepada DS Anwar, apabila beliau membantu usaha Datuk KJ PAS (Kamaruddin Jaafar) membatalkan kerjasama PAS-BN untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak sejurus selepas PRU-12. Ini kemudian membenarkan PKR meraih jawatan MB di Selangor.
Maka, pertandingan yang pada lahirnya berlangsung antara Nasaruddin <-> Husam di Muktamar PAS baru-baru ini sebenarnya adalah PERANG PROKSI ANTARA DS HADI AWANG <-> DS ANWAR IBRAHIM!
Pembaca tidak harus terkejut tentang perkara ini. Memang inilah perangai DS Anwar Ibrahim - beliau tak berani menyertai dan memimpin parti pembangkang, walaupun parti PKR yang taksub kepadanya, kerana berharap dapat kembali memimpin UMNO satu hari nanti. Namun, kerana keupayaan beliau menyatu-padukan Pakatan Pembangkang, suara beliau didengari para pemimpin PAS dan DAP. Tambah lagi, di dalam PAS, anak buahnya menduduki jawatan penting.
Namun, kekalahan Husam pasti membimbangkan DS Anwar sekarang. Inilah usahanya yang paling nekad untuk merebut kuasa di dalam PAS melalui pertandingan di peringkat tertinggi menerusi proksinya. Adakah kekalahan Husam akan membahayakan kedudukan semua proksinya yang lain? Mungkinkah DS Hadi akan menuntut lebih banyak pengaruh untuk dirinya dan PAS lalu mula menyisih DS Anwar ke tepi?
Wallahualam... namun PAS mungkin kini lebih sedar akan kekuatannya sendiri. Dari dipimpin peliwat di arena politik kebangsaan, bukankah mereka seharusnya memimpin Pakatan Pembangkang?
Thursday, June 04, 2009
Kalau Tugas Timbalan Menyokong Presiden, Dan Presiden Mahukan Kerajaan Perpaduan, Jadi...?
Lazimnya, Timbalan Presiden bertugas menyokong dan membantu Presiden dalam menjayakan misi serta visi organisasi. Timbalan Presiden tidak berperanan membangkang Presiden. Walaupun lazimnya wujud kegeseran kerana Timbalan menjadi pengimbang dari fraksi lain dalam organisasi, namun tugasnya tetap menyokong. Atas dasar ini, lojikkah Datuk Husam Musa dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS?
Sekali lagi, saya ingin melihat yang di atas dari kacamata UMNO... mengkaji... Timbalan Presiden PAS manakah bakal paling menguntungkan UMNO?
Yang mencadangkan rapatnya PAS dengan UMNO dengan tujuan mewujudkan kerajaan perpaduan ummah Melayu Islam di Malaysia adalah Hj Hadi, yakni Presiden PAS sendiri. Satahu kita, Nasharuddin Mat Isa sebagai Timbalan hanya menyokong usaha Hj Hadi. Tetapi, yang jelas menentang ide ini adalah Husam. Tetapi Husam tak pula mencabar Hj Hadi, tetapi mencabar Nasharuddin pula dan menghamburkan tuduhan pelbagai ke arah lawannya.
Dengan melakukan demikian, adakah Husam juga bertindak menentang usaha Presiden PAS menuju perpaduan UMNO dan PAS? Oleh itu, mungkinkah Husam sebenarnya mahu mencabar Hj Hadi sendiri, tetapi kerana kemungkinan besar kalah, beliau bertekad mencabar Nasharuddin sebagai proksi Hj Hadi? Kalau begitu, ini bermakna sekiranya Husam menang, Hj Hadi akan menerima Timbalan yang berperanan pembangkang kepada beliau, bukan penyokong!
Makanya, sekiranya Husam menang, kemungkinan besar perpecahan besar akan bermula di PAS dari peringkat teratas sekali! Husam tidak mungkin dapat meyakinkan Hj Hadi yang kemenangannya kerana majoriti orang PAS menolak ide kerjasama dengan UMNO. Ini kerana Hj Hadi tetap menang tanpa bertanding walaupun cadangan perpaduan tersebut adalah usaha beliau sendiri!
Tambah pula, Husam, sama seperti tokoh-tokoh pro-DS Anwar yang lain seperti KJ PAS, yakni Kamaruddin Jaafar, kian melonjak naik nama akibat keupayaan mereka membiaya pembangunan PAS. Pembukaan Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur dahulunya tak tercapai, sehinggalah Husam mencadangkannya dengan sokongan beg duit dari KJ PAS, secara tidak langsung dari DS Anwar juga pastinya! Ini kan cara sesetengah orang UMNO naik, bukan cara orang PAS!
Hai, jadi apakah agaknya rencana Husam sekiranya menang? Pemimpinnya, DS Anwar, masih belum ada parti. Mungkinkah beliau akan menghidupkan ide lama arwah Datuk Fadhil Noor untuk menjemput DS Anwar untuk menyertai PAS, sekaligus membenarkan DS Anwar merampas kedudukan Presiden PAS dari Hj Hadi kelak? Wallahualam... Tapi untung juga UMNO sekiranya Presiden PAS suatu hari merupakan seorang peliwat! Parti Islam apa macam tu?
Tapi takpa, setakat ada Husam sebagai Timbalan Presiden PAS pun dah cukup cantik untuk UMNO. Dah lah pembangkang kepada Presiden PAS, anak didik setia peliwat pula tu! Bagus PAS... Husamlah pilihan UMNO untukmu... hihihihi...
Wednesday, June 03, 2009
Husam Musa... Pilihan Terbaik Untuk UMNO?
Ini bukan hanya kerana dari segi pendekatan dan prinsip, Husam adalah calon paling hampir dengan perjuangan UMNO, tak hairanlah memandangkan beliau anak buah DS Anwar Ibrahim di Yayasan Anda pada suatu masa dahulu, tetapi juga beliau telah banyak berbudi kepada pemimpin UMNO serta Barisan Nasional sebelum ini.
Contohnya, Husam terlibat secara langsung dalam usaha memastikan Pak Lah tidak dibatalkan kemenangannya pada PRU-11 oleh kerana masalah teknikal. Beliau dan YB KJ bersepakat untuk membatalkan segala bantahan pilihanraya PAS dan BN anatara satu sama lain, sekaligus memastikan kekuasaan PAS berterusan di Kelantan. Pada masa tersebut, memang UMNO lebih mahukan Pak Lah selamat dari mendapatkan kembali Kelantan... kan?
(Ada ura-ura juga perbincangan tersebut juga menghasilkan persepakatan untuk dibebaskan DS Anwar yang rapat dengan Husam mahupun KJ)
Husam juga kelihatan sedia untuk menonjolkan kehebatan pemimpin-pemimpin UMNO yang rapat. Contohnya, KJ mengadakan debat dengannya menjelang pemilihan UMNO. Pada masa yang sama, Husam juga sedia menjaga air muka anak buah DS Anwar dalam UMNO, walau yang bekas, dari dimalukan. Contohnya apabila beliau saling enggan berentap dengan DS Zahid Hamidi pada program Hujah baru-baru ini.
Peng-UMNO-an PAS oleh Husam haruslah diteruskan, kerana pengikut PAS kini sudah terlalu fanatik. Sekiranya Mat Sabu menang, dengan kesediaan beliau melaungkan visi ala-syaih sekalipun dan kesediaannya mendedahkan DS Anwar sebelum UMNO sebagai seorang peliwat, sudah tentu PAS akan lebih jauh fanatik dari sekarang.
Saya juga agak bimbang sekiranya Nasharuddin Mat Isa terpilih. Walaupun beliau dirasakan susah menang walaupun pencalonannya yang terbanyak... orang Johor la... bukan tapak semaian lazim PAS... tetapi beliau bukan sahaja berupaya mengekalkan prinsip pemimpin ulama PAS, tetapi penampilannya, terutama sekali sepanjang pertandingan setakat ini, adalah yang paling matang sekaligus menarik.
Siapa yang nak menang... wallahualam... tetapi demi melanjutkan umur UMNO... harapan kami Husam le...
Kemaskini 1: Menarik bila melihat cyber-trooper Husam bergerak dengan pantas mengkomen di bawah topik ini. Mungkin juga cyber-trooper DS Anwar membantu. Kenapa, takutkah disuluh kebenaran yang membawa PAS mampir menjadi lebih UMNO adalah Husam Musa? Blog ini bukan membawa 'spin', tetapi bertujuan memberi tangen dari pendapat yang diwar-warkan, kerana yang sering kedengaran tidak semestinya yang benar...