Saturday, August 15, 2009

Orang Jahat DAP (Tertuduh...) Kena Tangkap, Tapi Yang UMNO?

Alhamdulillah. Terlihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM, tidak teragak-agak menangkap orang-orang yang disyaki JAHAT atau RASUAH di kalangan pendukung kepimpinan kerajaan Pakatan Selangor. Nampak gayanya wayang kulit pembangkang yang berunsur perkauman tak lut! Jelas juga walaupun menerima tekanan dari penyiasatan yang berterusan tentang kematian Teoh Beng Hock, pihak SPRM masih gigih menjalankan tugas!

Tindakan ini juga insya'Allah akan meleraikan rasa gusar sesetengah penyokong kerajaan yang terasa pemimpin BN sahaja yang disasar oleh SPRM. Ternyata, walaupun pemimpin BN merupakan sasaran asal, dan terus lagi disiasat seperti yang bertanggungjawab isu skandal PKFZ, pemimpin Pakatan seperti DAP yang kini buat kali pertama berpeluang 'sapu' duit rakyat juga diburu!

Malangnya satu sahaja. Tindakan SPRM seperti ini mungkin juga terjejas sedikit kredibilitinya, sebab IKON-IKON KORUPSI BN MASIH BELUM TERTANGKAP! Bila nak humban jenis macam ini ke muka kehakiman? Dah la Tan Sri Kasitah Gadam baru lepas... ye lah, beliau didapati tak bersalah, tetapi kalau netul dia salah, untungnya bersih sedikit nama BN! Tetapi rakyat sebenarnya tak peduli sangat orang dah bersara macam TS Kasitah Gadam.

IKON-IKON KORUPSI UMNO yang masih di tampuk kuasa dan berpegang kepada jawatan-jawatan tinggi UMNO macam mana? Tambah yang muda... Yang ini harus diberkas SPRM... barulah rakyat, terutama yang muda, akan mula berputik keyakinan di hati...

1 comment:

AnTi AljUbuRi said...

sengal beb .. nampak macam pandai..tapi tak bijak .. patutlah ameno hampir lumpuh

Tangential Malay Search Results