Showing posts with label Khairy. Show all posts
Showing posts with label Khairy. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Datuk Hamidah Membina Kes Saman Salah Pecat Terhadap DS Najib, Tengku Adnan Dan KJ?

Hari ini kes Anina menyaman Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, sebagai pegawai terlibat dalam pemecatan beliau dari UMNO bermula perbicaraannya. Selain itu, tempohari, Datuk Hamidah Othman telah menimbulkan persoalan tentang sebab beliau dipecat keahliannya. Ini memandangkan beliau tidak pun diberi sebarang makluman siasatan salah-laku beliau beedasarkan alasan-alasan diberikan ahli-ahli MKT yang memberi ulasan. Malah, satu-satunya surat tunjuk-sebab kepada beliau pada bulan Mei 2015 sudah pun dijawabnya.

Sebab kenapa Datuk Hamidah dipecat malah menjadi lebih kabur apabila sebab-musabab diberikan berbeza-beza, terutama oleh Tengku Adnan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Kekaburan ini beserta dengan kenyataan terbuka oleh para pegawai UMNO tersebut kini memberi Datuk Hamidah kedudukan lebih baik untuk menyaman sama ada dan para pegawainya kerana memecat beliau tanpa sebab ataupun para pegawai yang sudah membuat kenyataan media tentang pemecatannya kerana menyelar nama baiknya!

Jurublog ini percaya bahawa kenyataan media Datuk Hamidah di mana beliau menyatakan niatnya untuk tidak merayu keputusan memecat beliau sekaligus mendesak penjelasan atas sebab pemecatan tersebut merupakan petanda bahawa saman terhadap Tengku Adnan dari seorang lagi ahli Wanita UMNO yang dipecat, kali ini seorang Ketua Wanita Bahagian, menyusul! Datuk Hamidah pula terlihat agak teliti dengan pendekatannya, menunggu dahulu permulaan kes Anina sekaligus memasang jerat dengan persoalan sebab pemecatannya.

Mungkin ada baiknya Arul 'Azrul' Kanda mengambil pendekatan Datuk Hamidah tersebut sebelum mengeluar kenyataan membidas penulisan Tun Dr Mahathir yang mengkritik penjualan EDRA oleh 1MDB ke sebuah syarikat China tempohari. Kalau betul beliau di pihak benar, patutlah lebih berhemah dengan jawapannya dahulu sementara mengkaji dengan teliti kedudukannya di sisi undang-undang. Kalau betul Tun Dr M berbohong seperti dituduhnya, maka beliau boleh menyaman atau setidak-tidaknya mengancam akan melakukan demikian.

Itu kalau Arul, 1MDB dan DS Najib di pihak yang benarlah...

... tapi itu cerita lain...

... tapi juga cerita sama, sebab kalau ikhlas para pegawai UMNO berkenaan, Datuk Hamidah dipecat kerana begitu kritis terhadap 1MDB yang kini sudah diangkat ke taraf maksum, kebal dan syumul oleh DS Najib serta para pendukungnya. Maka tak kira apa bahaya pada UMNO mahupun hak, apatah lagi keadilan terhadap ahli-ahli seperti Anina dan Datuk Hamidah, mereka harus dipecat kerana mempersoalkan kewibawaan DS Najib tentang salah-lakunya di 1MDB.

Kita tunggu dan lihat sama ada Datuk Hamidah akan menyaman sekaligus jika beliau dapat mengheret DS Najib sekali ke mahkamah sebagai Pengerusi Mesyuarat MKT yang memecat beliau!? Atau mungkin DS Najib patut berundur dahulu sebelum bertambah lagi beban malu padanya sampai dah tak terpikul lagi...

#UndurNajib

Ikhlas, AMUbaidahS

Sunday, October 13, 2013

Kenyataan Calon Ketua Pemuda Malaysia, Akhramsyah Sanusi, Bersabit Keputusan Pemilihan 2013

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu pada pemilihan ini. Jalinan hubungan serta persahabatan baru yang terjalin dari Masjid Tanah ke Penampang, JB ke Bachok, Pokok Sena ke Kuantan, serta banyak lagi, amatlah dihargai.

Saya juga ingin merakamkan rasa puas hati bahawa setidak-tidaknya sepanjang tempoh 3 minggu lepas, laungan Hidup Melayu kembali ke bibir Pemuda setelah meninggalkannya begitu lama. Jelas Pemuda mahukan laungan tersebut kembali dan saya harap pemenang-pemenang pemilihan menyedari hakikat yang masih perlunya ada peranan Pemuda sebagai pendesak, bukan beraktiviti liberal dan progresif semata-mata.

Terdapat pelbagai perkara boleh dipelajari dari pemilihan ini, yang banyak sekali perlu diperbaiki. Contohnya, tata-etika berkempen yang berubah-ubah sehingga terlalu memberi kelebihan kepada penyandang mana-mana jawatan, jelas terlihat pada keputusan sayap-sayap Pemuda dan Wanita. Pengalaman saya dalam melalui pertandingan ini insya Allah akan saya rakamkan dalam sebuah buku untuk diamati oleh semua yang berminat.

Di sini, saya ingin merakamkan juga rasa syukur saya yang mahkamah rayuan telah menolak rayuan majalah Kristian Herald untuk membolehkannya menggunakan Kalimah Allah. Ini merupakan kejayaan gabungan NGO Islam serta Melayu dalam mempertahankan hak serta aqidah ummah. Saya juga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua umat Islam.

Akhir kata, saya ingin mengesyorkan semua perwakilan UMNO yang layak memilih barisan kepimpinan UMNO yang baru pada 19 Oktober ini, pilihlah Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang Naib Presiden kita. Terima kasih.

Ikhlas, Akhramsyah Sanusi
Di Perkarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya

Tuesday, May 14, 2013

Making Matters Worse After The Death Of 1Malaysia

Winston Churchill once said that a week is a long time in politics. And so with this in mind, and following a need to rest and re-focus after 10+ days of campaigning (I took a break in middle of first week after nomination day), I left it till today to put down my commentary. Ironically, as I lay these words down, matters, at least at the face of it seems to have gotten worse for DS Najib Tun Razak since the night 1Malaysia 'died'.

Observe the photo below:


This is an image taken from 'election night', when a rather sombre DS Najib thanked all those who have voted such as to allow BN to continue to govern another term. DS Najib appeared exhausted and his face at the beginning reflected much disappointment. Only on his second round at the mike on the podium did he have a more jubilant smile. I doubt he would smile as wide if he realised be hind him stood 2 individuals initimately linked to his 'loss'.

No one can deny that BN won, albeit by a majority smaller that in 2008. BN won, but DS Najib's mood reflected clearly that he felt he had personally lost! He pretty much admitted to this when in his initial speech that night, I could not recall him saying '1Malaysia', though my mother said he did mention it once, and instead, he very clearly admitted that in large part, the Chinese voters had rejected BN.

In hindsight, this is to me, no surprise. It is no surprise that the Chinese rejected BN and embraced Pakatan Rakyat. Why? It is because:
BN Promised 1Malaysia - which the Chinese Community DID NOT NEED!

Pakatan Rakyat Promised the end of Corruption and Crime - which the Chinese Community has repeatedly demanded!
I choose to judge here at face value and purposely discard all notions of conspiracy which is no less racist than some of the racism exhibited by Chinese politicians during the elections. In the end, even if there were racist leaders driving the Chinese votes in a certain direction, they had to be driven by good intentions, and Corruption and Crime remain as issues still unaddressed by DS Najib's government.

The Chinese Don't Need 1Malaysia

Don't get me wrong, the rhetoric around 1Malaysia is beautiful! Unity, delivery of what the people need by a high performing government, everyone judged by needs and means, not race, religions, creed, all very nice stuff. The problem is that since the arrival of '1Malaysia' products, 1Malaysia has transformed from being the values espoused to material things of value given out to people, be it BR1M, KR1M, the 1Malaysia Clinics, meals, vouchers, etc, etc!

Unfortunately, whilst some Chinese may have bought into 1Malaysia in spirit and indeed DS Najib has grown in popularity as a person and an individual leader to the community, the problem is, teh Chinese for the most part do not need 1Malaysia products! What they have been asking for is an end in high level corruption and a reduction in crime SINCE BEFORE PRU12!

The Chinese Want To See An End To Major Corruption!

However, the BN campaign, full of fluff and feelgood factor and riding on the popularity of 1Malaysia and DS Najib personally never really got serious about addressing corruption in particular. Many Chinese are angry still of specific cases, such as the PKFZ scandal, which saw a raft of Chinese leaders including the former MCA President brought to court BUT NOT A SINGLE MALAY ACCOMPLICE CHARGED! So much for 1Malaysia!

Then, as if it was bad enough that only the Chinese get punished for big scandals like PKFZ supposedly, the Chinese and Malaysian Hero that caused the PKFZ scandal to be brought to trial, Datuk Ong Tee Keat, another former MCA President, was dropped from his winnable Parliamentarian seat of Pandan! Pakatan Rakyat was smart enough then to offer the voters of Pandan another anti-corruption hero to vote in as their MP, Rafizi Ramli of NFC fame!

As the problem of Corruption is seen by the Chinese nationwide, then of course, the Chinese chose to vote against Corruption, against BN, NATIONWIDE! Observe how DW Ali Rustam, so called hero and moderniser of the state of Melaka was defeated by a strong swing of votes against him especially by the Chinese in Bukit Katil. This was because his being an Icon of Corruption, by allowing his state agencies to part fund his child's wedding was corrupt!

How DS Najib Could Make Things Worse?

There are 2 creatures on stage during the BN Victory 'celebration', very visible behind DS Najib - they are seen clearly in the photo above. The 2 creatures are the Icons of Corruption, Khairy Jamaluddin (KJ) and DS Shahrizat Jalil of NFC infamy. DS Shahrizat has no Parliamentary seat and I believe can no longer be a Senator, so best that she retire. The real problem is with KJ, who's lust for power sees him lobbying for a cabinet post in the press - TAK MALU BETUI!

The Chinese rejection of BN was able to mask also the rejection of BN by the young urban youth, in particular young urban Malay youths. They hate BN as the face of BN Youth is KJ. Whilst some may admire him at the outset of knowing him, many are then corrected by their elders by the retelling of KJ's corruption, such was his negative influence on Pak Lah's administration. DS Najib risks losing the support of ALL Malaysians by PRU14 if he chooses KJ!

Instead, DS Najib should give a clear signal to all by NOT selecting KJ. Give the signal such that UMNO picks up on this signal and also rejects KJ and the like. Let DS Najib's non-selection of KJ be the beginning of the re-birth of BN and UMNO! In PRU14, DS Anwar Ibrahim should no longer be a factor, but lets not have KJ as the new spectre to haunt UMNO and BN, driving it to oblivion.

And maybe hence when we are really cleaner for Corruption, we can begin to really cleanse the country of Crime, and the Chinese will return their votes to BN without need of any new rhetoric such as 1Malaysia...

Saturday, August 15, 2009

Orang Jahat DAP (Tertuduh...) Kena Tangkap, Tapi Yang UMNO?

Alhamdulillah. Terlihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM, tidak teragak-agak menangkap orang-orang yang disyaki JAHAT atau RASUAH di kalangan pendukung kepimpinan kerajaan Pakatan Selangor. Nampak gayanya wayang kulit pembangkang yang berunsur perkauman tak lut! Jelas juga walaupun menerima tekanan dari penyiasatan yang berterusan tentang kematian Teoh Beng Hock, pihak SPRM masih gigih menjalankan tugas!

Tindakan ini juga insya'Allah akan meleraikan rasa gusar sesetengah penyokong kerajaan yang terasa pemimpin BN sahaja yang disasar oleh SPRM. Ternyata, walaupun pemimpin BN merupakan sasaran asal, dan terus lagi disiasat seperti yang bertanggungjawab isu skandal PKFZ, pemimpin Pakatan seperti DAP yang kini buat kali pertama berpeluang 'sapu' duit rakyat juga diburu!

Malangnya satu sahaja. Tindakan SPRM seperti ini mungkin juga terjejas sedikit kredibilitinya, sebab IKON-IKON KORUPSI BN MASIH BELUM TERTANGKAP! Bila nak humban jenis macam ini ke muka kehakiman? Dah la Tan Sri Kasitah Gadam baru lepas... ye lah, beliau didapati tak bersalah, tetapi kalau netul dia salah, untungnya bersih sedikit nama BN! Tetapi rakyat sebenarnya tak peduli sangat orang dah bersara macam TS Kasitah Gadam.

IKON-IKON KORUPSI UMNO yang masih di tampuk kuasa dan berpegang kepada jawatan-jawatan tinggi UMNO macam mana? Tambah yang muda... Yang ini harus diberkas SPRM... barulah rakyat, terutama yang muda, akan mula berputik keyakinan di hati...

Tuesday, September 23, 2008

Anwar And Co On The Verge Of Entering Barisan Nasional? - An Evolving Scenario?

I wrote before on the higher likelihood of Anwar returning to UMNO and PKR entering BN rather than some 30+ BN MPs moving the other direction. There is now some possibility that this is in the works, following Pak Lah's denial of an AFP report that his 'representatives' are in discussions with PKR of a transition in power.

The likelihood is greater not just because Pak Lah has denied discussions are taking place between the 2 parties, but as:
  1. Anwar has demostrated that whilst he has not got the numbers, he still has the capacity to create chaos, something Pak Lah the ex-civil servant is terrified of.

  2. Pak Lah now needs a new ally, what with him being trapped between a growing KuLi - Tun Dr M alliance and the awakening giant that is Najib's political machinery whilst his old bogeyman for Najib, Muhyiddin, has turned agitator. Pak Lah may even see himself locked out off the UMNO December polls with less than 58 Divisions nominating him!

  3. Khairy in his determination to become PM by the age of 40 needs to protect himself from the fall-out of his father-in-law's early demise, and who better than Anwar his idol as a new protector?

  4. Pak Lah has acted this way before - sending his personal representatives without prior discussion with the rest of UMNO's leadership to broker a deal. He did this when negotiating away the election petitions in 2004 as well as recently when his people incompetently tried to bring PAS into BN.

  5. Anwar is now similarly 're-assuring' PAS of the longer term vision for Pakatan Rakyat. Whilst this may be due to the risk of PR rupturing the way Barisan Alternative did last decade, it may well be that PAS is starting to smell a rat.

  6. And as I mentioned, PR is rupturing. Time for Anwar to exit a sinking ship perhaps?

The scenario, however unlikely, remains an interesting one and may well be executed before Parliament returns next month. These are wierd time indeed...

Tuesday, September 02, 2008

What Will Happen On 16 September 2008 - A Scenario

I'm sick of being asked whether Anwar Ibrahim really will take over as PM leading a Pakatan Rakyat government on 16 September 2008. Hence, as part of my effort to retain calm over Ramadhan, I wish to record here my theory.

On 16 September 2008, the Parliament will be closed for its Ramadhan break. Hence, any change of government through a dramatic 'crossing the Parliament floor' followed by a vote-of-no-confidence of the present government, or vice versa, will not happen. Don't believe me, check out this foreign press report... which does provide a bizzare way out, which I will ignore for now... :-)

So, what will happen on 16 September 2008? Well, one theory is that Anwar will claim that he said 16 September, but didn't declare which year! But this would not be wise, especially as the rumour mill has reached frenzied levels. Last I heard, Anwar already has a new cabinet line-up, which would includes even UMNO 'reformists' like Zaid Ibrahim, forgetting of course that Zaid is not an MP and would not be able to help Anwar seize power in the first place!

So, what do I think will happen? I think on 16 September 2008:
  1. Pak Lah will declare that PKR has just joined the Barisan Nasional coalition, thus restoring its 2/3 majority in Parliament.

  2. Pak Lah will also declare that all is forgiven and that Anwar, who if I'm not mistaken is not yet a member of PKR, will be joining UMNO.

  3. Anwar will then take the stage and declare that he has decided the best way to reform government is from the inside. He will then declare his support for Pak Lah's efforts in cleaning up government and that he will be contesting for the Deputy Presidency of UMNO.

This I think is a far more realistic scenario that Anwar cobbling together a coalition with PAS (with its Islamic State agenda), DAP (with its secular Malaysian Malaysia agenda) and a bunch of BN cross-overs, almost certainly 'bought over' by promises of positions and all sorts of loot! Anwar could then only rely on PKR's loyalty as PKR's only agenda is to restore Anwar to power anyway.

By having PKR join BN, Anwar will have achieved his goal of returning to UMNO whilst keeping a weapon still firmly held at BN's throat. Anwar can then contest for whatever post he wants as the 'saviour' of UMNO. He might even forget about contesting against Najib and go after Pak Lah's post directly! Pak Lah may even concede! And KJ, being such an Anwarista, would happily oblige...

After all, besides bringing Anwar his new passport personally some years ago, didn't KJ also help bring Anwar back to power by:

  1. Convincing Pak Lah to announce PRU12 on 8 March 2008 despite advice from all the intelligence services that BN would lose its 2/3 majority and some key state to the opposition.

  2. Modifying the BN PRU12 candidates' list such as to sabotage the electability of the party in some key constituencies.

  3. Actually going campaigning in marginal seats, especially where Anwar's key opposition allies were candidates. I've heard at least a couple of times how candidates complained that their campaigns were going well until KJ came with his convoy of SUVs and antagonised the voters with his pomp and arrogance; i.e. sabotaging their campaign!

  4. Finally killing the BN campaign in Permatang Pauh with his 'kuburkan Anwar' speech. Permatang Pauh was headed for a reduced majority for Anwar until KJ, Ezam and Nalla arrived. It's been estimate that BN lost between 2,000 to 5,000 votes due to that speech!

  5. And one musn't forget that this wouldn't be KJ's first attempt to bring Anwar back. If things went to plan, PKR would have won Ijok last year and Anwar would have been in UMNO already, and perhaps even with a royal pardon in hand! But Samy Vellu was still credible to the Indians then...

So, Anwar back in UMNO on 16 September... I'm imagining how I'd react if this scenario does come to pass...

Monday, August 04, 2008

Pak Lah Di Malukan Lagi... Tu Lah, Orang Dah Kata, Berundur Lah...

Pagi ini, Pak Lah akan dimalukan sekali lagi dengan suatu laporan baru ke Badan Pencegah Rasuah (BPR). Laporan ini akan meniliti bagaimana Pak Lah, Presiden UMNO, telah melanggar tataetika parti dan menyogok pelbagai kemewahan ke arah ahli CAWANGAN UMNO demi mempertahankan kedudukannya. Lebih buruk lagi, Pak Lah telah bersembunyi di sebalik penggunaan jentera kerajaan!

... eh, macam kes yang Anwar masuk penjara dulu aje... Anwar salah guna SB!

Orang UMNO yang memblog ada di sini, yang berkecuali di sini, tetapi lebih parah lagi, media blog utama sudah terbit di sini! Ini belum masuk laporan kat BPR pun lagi (laporan masuk katanya jam 9.30 pagi ini!).

Dan yang perit lagi untuk Pak Lah, yang melaporkan salah-laku beliau kali ini bukan calang-calang orang, tetapi Dato' Mazlan Harun, mantan Exco Pemuda UMNO, mantan ADUN dan pewaris darah Dato' Seri Harun Idris! Laporan ini juga menyusul laporan Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan, Kept (B) Dato’ Zahar Hashim, kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO atas salah-laku yang sama...

... Depa frust kot Jawatankuasa Disiplin UMNO tak buat apa-apa. Ya la, sejak 2004, Jawatankuasa Disiplin UMNO pun lebih bergiat untuk membunuh nyawa politik musuh Khairy atau menyelamatkan teman-temannya. Yang dihukum Jawatankuasa Disiplin UMNO pun boleh jadi Menteri!

Sebagai ahli, saya rasa penat sangat lah tengok benda ni semua. Baik Pak Lah berundur saja Lah, tak tahan nak tunggu dah! Datuk Seri Rafidah dalam 'melambai bye-bye-nya' pun dah bagi petanda, 2010 lama sangat Lah, tambah walau ada seorang pun yang nekad mencabar! Nak tunggu apa lagi?
  1. Tunggu malu BPR terpaksa termangu tak endah laporan Datuk Mazlan Harun yang SAHIH?! Jadi kes-kes rasuah politik lain dalam pemilihan UMNO kali ni pun tiada makna Lah kan?

  2. Nak tunggu bertambah kurang dari 28% rakyat percaya dengan kepimpinan Pak Lah ke? Kena tunggu turun sampai berapa? 20%? 10%? Kita tunggu sampai 0% Lah, amacam? Kalau macam tu sure tak perlu pergi, sebab mesti ada 3-4 orang yang mahu Pak Lah kekal... Khairy, Kamal, Kali...

  3. Nak tunggu Tok Guru dedahkan ka yang PAS tak mahu Mukabalah diadakan sebab Imam Hadhari menolak hadirnya Tun Dr Mahathir sebagai pemerhati berkecuali? Dah tak cukup malu ka, PAS menolak UMNO kerana Pak Lah tertutup hati? Nak menyatu-padukan Melayu konon....

  4. Nak tunggu Anwar semakin mampir ke tampuk kuasa ke? Ye lah, tau la KJ tu minat benar dengan Anwar tu, sejak universiti lagi, tapi...

  5. Nak kata tunggu anak-pinak kaya raya dan berkuasa pun, dah tak perlu dah. Sampai kawan keliling pun dah kaya dan berkuasa, nak tara mana lagi?

Sudah Lah Pak Lah, berundur Lah. Hero-hero UMNO yang dulu sakan nak mencabar pun la dah akur menunggu pemergian-mu... berundur sahaja Lah. Sebelum UMNO, Melayu, Rakyat dan Negara Malaysia malunya tak tersorong ke mana pun angkara Pak Lah tak malu ingin kekal berkuasa...

Friday, August 01, 2008

Berhemah Anwar Bila Ke Permatang Pauh...

Pelbagai teori dan andaian sudah dilemparkan mengenai keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh setelah laluan diberi oleh isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah. Tetapi sebenarnya semua teori dan andaian tersebut pada pendapat saya jauh dari sasaran. Keputusan tersebut adalah keputusan yang paling berhemah mungkin diambil oleh beliau dalam memilih kerusi Parlimen. Ini kerana:
  1. Pengundi Permatang Pauh tetap setia kepada Anwar dan perjuangan PKR untuk membebaskannya walaupun pada PRU-11, tahun 2004, sewaktu merudumnya pembangkang. Inilah cara terbaik untuk berterima kasih kepada mereka, dengan kembalinya Anwar ke 'kampung'nya.

  2. Dr Wan Azizah pula tidak pernah senang sebagi seorang ahli politik. Beliau seorang pakar kedoktoran mata terkemuka yang berpolitik semata-mata untuk menyelamatkan keluarganya. Maka semestinya Anwar, sebagai seorang suami yang baik, haruslah membalas kesetiaan dan pengorbanan isterinya dengan mengalihkan beban kepimpinan dari Wan Azizah ke bahunya sendiri dengan secepat mungkin.

  3. Sekiranya Anwar bertanding di tempat lain dan menang, akan hadir 3 beranak dari keluarganya di Parlimen mewakili PKR! Maka akan timbulah pelbagai andaian yang beliau tidak lain tabiat dari kerajaan Pak Lah-KJ atau berperangai seperti parti DAP (Lim Kit Siang, Karpal Singh dan zuriat mereka). Setidak-tidaknya, PKR masih kekal 2 beranak kepimpinannya.

Tetapi ini semua seolah-olah tidak disedari apabila Anwar dikecam oleh Khairy Jamaluddin (KJ) atau Khairy al-Oxfordi. Kita boleh terima mungkin pendapat KJ yang sebab Anwar memilih demikian kerana beliau takut kalah. Sememangnya KJ sendiri memang pakar dalam hal takut kalah ini, maka pendapat beliau mungkin boleh diterima.... tetapi...

Perlu diingat yang KJ tiada kemampuan untuk membaca Anwar, bukan sahaja kerana hinggusnya masih mengaburi fikiran, tetapi kerana fasal 3 di atas mungkin tiada makna untuk beliau. Ya lah, kita pun kena faham, KJ ni dah biasa sangat dah pengalaman berkerajaan dua beranak dengan Pak Lah. Tambah pula, KJ kan Singapura di bawah kulitnya, maka beliau memang sedia menerima senario seperti di sana, di mana Lee Kuan Yew sekeluarga mengongkong semua kuasa!

Saya rasa cukuplah setakat ini saya mengulas tentang KJ. Tetapi ingin saya memberi 2 cadangan tambahan:

  1. Ada baiknya Dr Wan Azizah mengembalikan gelaran Datuk Seri beliau, kerana rasanya ini tidak sesuai dianugerahkan dan memperkecilkan anugerah Datuk yang diberikan kepada Nicol David yang lebih berjasa. Akuilah akhirnya yang perjuangan Wan Azizah adalah untuk suami dan keluarganya, bukan untuk agama, bangsa mahupun tanah air. Kalau anugerah Datuk atas jasa beliau di bidang kedoktoran mata mungkin boleh...

  2. Diharapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi kesempatan untuk keputusan petisyen pilihanraya di Kulim diputuskan sebelum menetapkan tarikh pilihanraya kecil. Mungkin kalau petisyen tersebut berjaya, pilihanraya kecil boleh dilakukan serentak demi mengurangkan beban kos pada rakyat...

Thursday, July 10, 2008

Pak Lah Letak Jawatan 2010... HAH! TIDAAAAAAK!!!

Terlebih dahulu, kita harus bersyukur Alhamdulillah kerana para pemimpin UMNO yang masih ikhlas berjuang berjaya menangkis usul tiada pertandingan untuk kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO menjelang Disember 2008. Ongkosnya mungkinlah pengisytiharan Najib yang beliau akan mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden, tetapi masakan Najib akan menolak desakan dari bawah untuk mecabar kedudukan Pak Lah kelak?

Tetapi, janji Pak Lah yang beliau akan meletakan jawatan Presiden UMNO pada 2010 susah nak percaya; selepas janji kosongnya tentang tarikh PRU-12, tarikh naik petrol dan pelbagai kepalsuan yang dijaja anak-anak buahnya.... Semasa taklimat pun Pak Lah boleh lupa Najib bukanlah pilihannya sebagai TPM. Tetapi kami ingat... Pak Lah dahulu bercadang memilih TS Muhyiddin sebagai TPM kerana beliau ingin seseorang yang lebih mudah diketepikan... oleh menantunya?

Lagi pun, 2010 tu lama sangat nak tunggu untuk dia letak jawatan. Khabarnya, 500 orang yang hadir dari kalangan G4 pada majlis taklimat tersebut memberi tepukan gemuruh bila Pak Lah isytihar akan meletakan jawatan... TEPUKAN GEMURUH! Masa zaman Tun Dr M isytihar letak jawatan dahulu, semua pakat terkejut, terdiam, kemudian ada yang menangis atau menjerit,"Tidak! Jangan!". Ini Pak Lah isytihar letak jawatan, depa sorak! Pak Lah, toksah la sampai 2010...

(Cerita yang tak rasmi pula mengatakan G4 yang hadir cuma sekadar 300 orang, kurang dari 40% jumlah G4 dalam UMNO, dan majoritinya dari kalangan yang lebih cenderung kearah Pak Lah... sikit ni pun gemuruh noh Dewan Merdeka!)

Tetapi Rakyat, baik Melayu mahupun bukan Melayu, semua cemas yang Pak Lah ingin tetap kekal begitu lama. Dalam masa 2 tahun menjelang 2010, macam-macam bencana Lah yang boleh menimpa negara! Nanti bila tiba masa peralihan kuasa, katalah betul Pak Lah nak letak jawatan pada 2010, adakah Pak Lah bercadang untuk menyerahkan puing-puing sahaja kepada penggantinya? Bagaimana kalau Najib pun sudah dipenggal-ganti oleh Khairy pada masa itu?

Makanya, orang-orang UMNO di pelbagai peringkat tidak boleh dilamun-leka oleh 'janji' baru Pak Lah. Orang-orang UMNO yang ikhlas memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu haruslah terus berontak melawan ide kekalnya Pak Lah sehingga 2010. Lagi cepat Pak Lah pergi, lagi bagus! Mari kita calonkan juga Najib sebagai Presiden. Yang nak KuLi pun KuLi lah. Yang Rais atau Mahyuddin pun depa lah! Biar Pak Lah tak dapat cukup pencalonan pun untuk Disember ini!

Kalau tak sedia mendengar seruan saya... kerana siapalah saya, seorang anak muda sahaja... bukan menantu Perdana Menteri pun... dengarlah saranan orang-orang yang lebih ulung dan lebih berjasa...

Monday, June 30, 2008

And The Main Beneficiary Of Anwar's Sodomy Charge Is... Anwar? Actually... Zzzz...

I have to be uncommonly honest about some of my sources in this posting, hence I seek forgiveness of those I may inadvertantly expose and understanding from those who would like to think they know of my bias beyond the obvious.

I first heard of the charges against Anwar whilst choosing the fish at a very late night gathering of chums in Alor Star. The news came from someone in Datuk Seri Najib's office. The news came late, on Saturday night, a couple of days after the police report, and the tone of the friend was panic! Najib's office was freaking out... they did not see this coming and was mindful of suspicion towards Najib...

I then heard that Anwar's accuser, Saiful, had been seeking an appointment with Che Det's office about his case. He did not get one.
(Editted from original following input from A Voice)

The above appear to have been further confirmed by Saiful's family and fiance. So by my estimation, there does not appear to be a Najib or Tun Dr M conspiracy afoot to have Anwar charged for Sodomy / Homosexual Rape. However, there does appear to be a conspiracy afoot in laying the blame on Najib over this scandal. To track this, one must ask, who benefits?

After some thought and analysing the impact of these accusations upon Anwar, as well as the arguments now raging on the web, over sms' and coffee shop talk, one can surmise that the early beneficiary of spinning this issue in Najib's direction is Anwar! No, I don't think Anwar conspired to get Saiful to fabricate this accussation, but please just bear with me. Let us consider that:

  1. Anwar was a big beneficiary of his 90's sodomy case. Of course, Pak Lah still stands as the biggest beneficiary, being otherwise politically near-dead, but Anwar's dismissal was looming after he challenged Tun Dr M. In fact, many of Tun's supporters wished he had supressed Anwar's earlier sodomy charge... the result was sympathy for Anwar, sandiwara, then PRU 1999...

  2. Anwar is facing the prospect of being held to account on his promises. He has problems delivering a new government based on BN defections by an already delayed 16 September date. The veracity of his claims on returning subsidies if he comes to power and the dodgy performance of the Selangor PKR government also present big challenges. So a distraction helps...

  3. Anwar's backup plan of planting his loyalists in Pak Lah's camp, likely assisted by long time fan Khairy Jamaluddin (KJ), is now attracting attention. The appointment of Suhaimi Ibrahim as Pak Lah's pol-sec in place of Lah-ist Othman Desa (who helped depose Suhaimi from GPMS' leadership earlier), was followed by Ezam's return to UMNO. (Has Ezam turned traitor?)

A distraction like another 'conspiracy' similar to that in late 1990's would certainly help Anwar and be a great excuse to not fulfilling some of his promises. However, Anwar's desperation over the last few days, including his messy arrangements when hiding in the Turkish Embassy, smacks of unpreparedness. If there is a conspiracy, Anwar is not running it, only trying his hardest to make the best of it.

And actually, Anwar's time at the Turkish embassy and hints of assistance from a close neighbour have backfired. It seems to confirm views that he is much too strongly linked to foreign powers for the comfort of the majority of Malaysians.

This brings us then at last to a group of conspirators who would benefit from this scandal in too many ways, especially if the finger of blame is successfully pointed in Najib's direction. I shall pull together bits of anecdotal evidence that indicates the conspirators behind the media spin to blame Najib, but this wise kakak has to take credit for setting my mind down this tangential path.

  1. Two of Ministers that have had photos taken with Saiful are firmly in the Lah camp, Datuk Azalina Othman and Datuk Shahrir Samad. Datuk Mustapha Mohamad has always been seen as a loyal worker, but he was one of Pak Lah's preferred candidates for UMNO Vice President in 2004. Ironic then that it is the photo with lowly Najib aide that is given early and persistent press.

  2. The Najib aide in the photo is an Oxbridge graduate and is not very famous for what he is doing... unless you're keeping tabs of Najib's team, or know him personally, or are from the same Oxbridge generation...

  3. The likeliest source of these photos other than Saiful himself or his family would likely be someone close to Saiful, probably at PKR's or Anwar's office. Wonder

  4. Even without the picture of the aide, Najib would have been seen to be the likeliest beneficiary of the conspiracy, hence implicated. What more with Anwar and his cohorts continuing to attack him on Altantuya, even the simplest of minds would imagine Najib's guilt. Pak Lah's is seen to be too incompetent... really?

  5. The media spin by the subtly pro-Pak Lah new media is now playing up the issue to show that in the end, he is still the best person to lead the country.... Hahahahahaha.... no, I'm not joking, see? The same new media also shows how cunningly the 4th floor and NST leadership is playing this.

  6. There was a delay between the time when the police report was made on Anwar's rape of the boy and the news (spin) went to press. With the exception of the MCA controlled Ministry of Health, both agencies that would be first alerted of the formal charges against Anwar, the police and the AG chambers, are under the control of Pak Lah or his allies in the Home Ministry.

  7. Najib was starting to show some VERY subtle signals that he wouldn't mind being nominated for UMNO President last week. Pak Lah feeling the heat of a real threat at last? But this scandal could remove any potential of Najib successfully challenging Pak Lah, it's more effective than Altantuya!

So my view of things as they stand now? I think Anwar raped that boy, that's what sodomy is, homosexual rape. And the biggest beneficiary of the spin around this case is Pak Lah! (And KJ, Kali, et al).

And it is so like Pak Lah and his gang to take advantage of the misfortune of one of his rakyat, isn't it...?

Anyway, I am too sick of this topic to write any more about it now. So from now on, I'll follow my Nyak's advice and start writing about something that's more productive... besides, Rocky has a couple of expose links that should convince you of Pak Lah's nastiness ... one wonders after reading them why we ever trusted Pak Lah!

Sunday, June 15, 2008

Shaziman, Ezam Atau Norza Proksi Khairy Jamaluddin?

Sejak mula kerja balik di Malaysia, saya berpeluang lebih berinteraksi dengan kawan dan lawan dalam UMNO. Baru-baru ini diketengahkan kepada saya teori baru, bahawasanya Khairy Jamaluddin al-Oxfordi hanya akan sekadar mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Disember ini.

Ini tidaklah begitu mencemaskan, cuma membingungkan dan merunsingkan. Bingung kerana kalau betui 'KJ' sedaq yang dia adalah punca besar kekalahan BN dan UMNO di PRU-12 baru-baru ini, awat dia tak pi 'cuti' sat dari politik ni? Runsing kerana kalau boleh, majoriti Pemuda UMNO pun tak mau kat dia lagi!

Tetapi mencemaskan bila ada cerita yang la KJ nak pasang kroni dia pulak sebagai 'proksi'nya di jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ada 3 nama yang diwar-warkan, tetapi semuanya ada kekurangan sendiri sebagai calon.

Norza Zakaria kelihatan terlalu rapat dengan KJ, jadi nampak sangat nanti dia calon siapa. Si Ezam Md Nor pulak orang UMNO masih ada yang terlalu meluat kat dia sebab derhaka bersama Anwar Ibrahim. YB Shaziman Abu Mansor pulak kelihatan berpotensi, tapi malangnya mai dari negeri sama dengan KJ!

Ni cerita saja takat ni, wallahualam betui daknya. Tapi cemas... cemas... Camana nak pebaik UMNO kalau ada orang pasang calon lagu ni!

Thursday, June 05, 2008

Tan Sri Kalimullah Hassan? (NOT!) So KJ How?

There's an important update at the end...

There is a rumour swirling about Putrajaya at the moment among the higher echelons of the Civil Service. The rumour surrounds a 4th Floor plan to turn Kalimullah Hassan into a Tan Sri!

Now, normally, the Civil Service would just go through the motions when instructed by the PM or, in recent years, by the 'children' and their 'new Dato' friends on the 4th floor. However, it seems that many Civil Servants are sufficiently appalled of the thought of calling Kalimullah Hassan "Tan Sri" that they are resisting the attempt to make him one!

The man on the street of course probably also don't see a reason why Uncle Kali should be made a Tan Sri. A Dato', of course... I mean anyone with a bit of a name gets a plain Dato' in this country, but a Tan Sri? One wonders which of these achievements merit Uncle Kali getting a Dato'-ship?


  1. Successfully getting Pak Lah, as well as a large number of other VVIPs, to believe that Kali was somehow 'responsible' for securing them higher office, when he was not?
  2. Successfully turning the New Straits Times into the least read of the mainstream dailies in Malaysia whilst transforming it into little better than a mere tabloid in the process?
  3. Getting appointed to numerous high ranking corporate positions because of 1?
  4. Getting a big slice of the ECM-Libra pie and then helping the facilitation of numerous financial rapes, the most celebrated being the rape of Avenue Capital by ECM?
  5. Successfully being exposed as a liar with his fake recollection of the event of Pak Lah's kow-towing to Tun Dr M in Tokyo a couple of years ago?
  6. Successfully, showcasing his skill as the most accomplished psycophant or 'maha-pangampu' of this or any other era of Malay history?
  7. And just to add some conspiracy spice; successfully being accussed of spying on high-level Malaysian affairs for Singapore?
  8. etc.
  9. etc.
  10. ... ad nauseum...

Could these achievements be good reasons for him to get a Tan Sri-ship? Pity all the other Tan Sri's in Malaysia. If Kalimullah Hassan does get his Tan Sri-ship, Pak Lah and his boys would again be responsible for transforming yet another honoured tradition in Malaysia into a mockery... Well, at least Mat Taib will have company in the lower quality bracket of Tan Sri's...

But perhaps that is not the end game. Maybe what they wish to do is give Khairy Jamaluddin (KJ) a Tan Sri-ship? With many of KJ's mate's being Dato's already, how could KJ's title also be limited to a Dato'-ship! But of course, they need to test this first, so why not have this idea tested by giving the title to another K?

Tan Sri Khairy Jamaluddin... hmmm... has a certain ring to it... Wonder what the Civil Service would think about that?! So much for Pak Lah being the hero of the Civil Service...

Important update:

Alhamdulillah, sensible minds have prevailed it would seem... Kali merits only a Dato' from the Agong. Thanks Hard-T for the update...

Wednesday, April 02, 2008

Antara Dua KJ

Dalam keghairahan kita mewar-warkan pengaruh seorang KJ, Khairy Jamaluddin, dalam mencatur jahanamnya pengaruh Melayu di tanah sendiri, kita harus waspada akan hadirnya seorang lagi insan 'seabjad' sebagai pendukung kehancuran negara-bangsa. Siapakah gerangan KJ yang lagi satu ini jika bukan Kamaruddin Jaafar, teman setia Anwar Ibrahim.

Kamaruddin Jaafar? Bukankah beliau Setiausaha Agung PAS sekarang? Kalau beliau benar-benar setia kepada Anwar Ibrahim, kenapakah beliau tidak menyertai PKR? Tidakkah tindakan menyertai PKR juga lebih sesuai dengan naluri KJ ini yang juga seorang 'intelek' dan pemacu Institut Kajian Dasar suatu masa dahulu? Ini profilnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamaruddin_Jaafar

Anwar Ibrahim mungkin ada pelbagai kepincangan, tetapi kalau tidak licik berpolitik, tidak mungkin beliau dapat menghinggapi sebentar kedudukan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Masuknya Kamaruddin Jaafar ke dalam PAS sebenarnya sebahagian dari usaha Anwar untuk memastikan pengaruh beliau tetap tegar dalam PAS mahupun UMNO selepas kejatuhannya.

Lihat sahaja betapa ramai kuncu-kuncu Anwar yang tidak lari dari UMNO, malah mengisytihar 'taubat' sekuat-kuatnya semata-mata untuk kekal menghendap di PWTC. Malah, ramai juga penyokong kuat dan 'fan-club' Anwar dari zaman reformasi yang kemudiannya menyertai UMNO, seperti Khairy Jamaluddin bersama-sama puak-puak yang kini dikenali sebagai penghuni Tingkat 4.

Persamaan antara KJ tua (Kamaruddin) dan KJ muda (Khairy) ini ketara sekali. Mereka berdua-dua tetap taksub Anwar tetapi cukup handal bermuka-muka. Kedua-duanya kaya hasil usaha mengkroni (KJ tua) atau menepot (KJ muda). Katanya kedua-duanya pandai-pandai belaka, dengan IKD lah, dengan Oxford lah.

Kini mereka juga bersatu dalam suatu misi, iaitu pemusnahan UMNO demi menaikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boneka Zionis pertama Malaysia.

KJ tua melakukan ini secara langsung dan sengaja. Dengan kedudukan kuatnya sebagai Setiausaha Agung PAS serta antara penyumbang wang terbanyak kepada parti tersebut, beliau telah menolak usaha pembentukan kerajaan BN-PAS, bermajoriti Melayu serta Islam, di negeri-negeri Selangor dan Perak mahupun di Parlimen. Ini walaupun usaha tersebut direstui Tok Guru dan sekaligus membatalkan 2 kedudukan Menteri kabinet pusat serta MB Selangor untuk PAS.

KJ muda pula mendukung Anwar secara tidak langsung dan tak sengaja. Dengan kedudukan kuatnya sebagai menantu Pak Lah, beliau tak putus-putus mengesyorkan supaya bapa mertuanya kekal di tampuk kuasa, sekaligus menguatkan keupayaan Anwar bagi menarik ahli Parlimen UMNO untuk 'lompat pagar' ke dalam KeAdilan. Ini pula selepas calon-calon BN pilihan KJ muda untuk PRU-12 terlalu ramai kecundang di tangan calon PKR!

Menarik sekali, dalam sengaja dan tidak sengaja mereka, kedua-dua KJ kelihatan berganding tenaga dalam usaha merealisasikan cita-cita idola mereka, Anwar Ibrahim. Malang sekali bagi mereka, kerajaan PKR yang bakal dibentuk pasti lain sekali dari kerajaan BN berkepimpinan UMNO dahulu mahupun kerajaan PAS yang berlandaskan Islam.

Kerajaan Anwar Ibrahim bakal mirip kerajaan Bollywood di mana jalan kerja dihindari pertelagahan PAS-DAP, persengkataan PKR India Liberal-PKR Melayu 'lompat pagar' dari UMNO, kepincangan kemampuan pentadbiran Anwar sendiri, namun tetap syok sendiri akibat kelincahan penarik tali boneka Zionisnya.

Oh ya, pasti kerajaan Anwar juga akan ada 2 Menteri kabinet yang sering bersengketa, KJ tua dan KJ muda!

Wednesday, March 26, 2008

"Sayang Lah, Boleh Blah", "Takut Lah, Boleh Blah" atau Layak Digelar Majlis Tertinggi UMNO?

Pak Lah dalam bahaya. Terlalu banyak usahanya setakat ini untuk menetapkan kuasa dan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO merangkap PM telah gagal.

Dari kedudukan yang cukup kuat dahulunya, kini MB Johor kekal di tempatnya, mahupun usaha menggantikannya diatur Tingkat 4 sejak sebelum pilihanraya lagi. MB Terengganu kini terlepas ke pemimpin berhaluan lain. Malah usahanya 'membeli' kembali sokongan bekas MB Perlis juga mencapai kebuntuan.

Jika dicongak sekali dengan sejumlah Ketua Bahagian UMNO yang sudah pun sedia marah kepada Pak Lah akibat 'tak lekat' sebagai calon bersama dengan pemimpin bahagian yang menganggap beliau serta KJ sebab kekalahan besar UMNO di 5+1 negeri, KuLi pasti sudah ada lebih dari 57 bahagian yang diperlukan untuk mencalonkan diri sebagai Presiden UMNO!

Malah lebih memalukan lagi, ada kemungkinan sokongan Pak Lah begitu merudum hingga beliau sendiri tidak akan dapat cukup pencalonan untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden UMNO! Terlalu ramai Ketua Penerangan Negeri dan MB UMNO, seperti Tajol Rosli, Adnan Yaakob dan Ali Rustam yang mempunyai kekuatan serta kewibawaan untuk mengubah haluan menurut kepimpinan KuLi, atau mana-mana pemimpin lain selain Pak Lah.

Sampaikan MB yang dikatakan paling rapat dengan Pak Lah, Mohamad Hasan, sudah pun dengan cekal mengesyorkan yang pemilihan UMNO harus diadakan.

Inilah sebabnya pemilihan UMNO mahu ditangguhkan. Pak Lah, setelah merasa kekalahan PRU-12, kini sudah semakin hilang keyakinan pada dirinya sendiri dan ingin berlindung dari pemilihan. Pemilihan tersebut bakal memberi suara kepada kebencian akar-umbi UMNO yang semakin meluap terhadap beliau dan kuncu-kuncunya.

Lihatlah sahaja siapa yang memberi keterangan tentang penangguhan pemilihan UMNO - Mat Taib, yang ternyata masih terhutang budi atas nyawa politik baru yang ditiupkan ke dalamnya oleh Pak Lah. Kenapa bukan Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO yang membawa wadah ini? Kerana Tengku Adnan lebih sayangkan UMNO dari mana-mana pemimpinnya...

Ya lah, Ku Nan kan orang Tun Dr M, memang lazimnya begitu. Setiausaha Agung zaman Tun Dr M dulu semua fanatik UMNO, termasuklah Sabaruddin Chik, Mohamad Rahmat dan Sanusi Junid. Sudah tentu sebagai bekas Setiausaha Kerja UMNO zaman Tun Dr M, Tengku Adnan juga lebih berfanatikkan parti UMNO dari pemimpinnya, mahupun Tun Dr M sendiri! Inikan pula Pak Lah...

Mat Taib menggambarkan kalau ada pemilihan mungkin akan menimbulkan perpecahan dalam UMNO. Perpecahan apa ni? Kalau ada pemilihan, sudah tentu Pak Lah kalah! Bubuhlah siapa pun jadi pencabar Pak Lah, walau seputik bunga orkid sekalipun, pasti kalah punya Pak Lah! Jadi kalau nak berpecah pun UMNO, mesti kerana Pak Lah bakal merajuk meninggalkan UMNO.

Tapi ada ka cukup orang yang nak ikut Pak Lah keluar bila kalah sehingga timbul perpecahan? Silap-silap, anak menantu dia pun tak ikut dia keluar! Mengarutlah kata-kata Mat Taib yang pemilihan akan menyebabkan perpecahan UMNO.

Makanya, Pak Lah dan kuncu-kuncunya ingin menunda pemilihan UMNO. Pendek kata, nak sembunyi di tepi kain Majlis Tertinggi UMNO lah tu! Inilah peluang ahli-ahli Majlis Tertinggi untuk menunjukkan kewibawaan mereka. Adakah mereka akan membuktikan sayang mereka kepada Pak Lah, atau sayang mereka kepada UMNO, agama, bangsa dan negara?

Senang macam ni lah. Kalau ada spy-spy mana-mana dalam mesyuarat Majlis Tertinggi tu nanti, laporkanlah siapa yang mengundi menyokong penundaan pemilihan. Yang berbuat demikian ada sudah mula melabelkan "Sayang Lah, Boleh Blah". Yang ini bakal kalah pada pemilihan kemudian. Kalau diumumkan persetujuan sebulat suara pun menarik, semua nanti tertukar!

Janganlah ada nanti ahli Majlis Tertinggi yang kata mereka megundi menyokong penundaan tetapi sebenarnya menentang. Yang ini dayus namanya, dan seeloknya berundur sahaja dari Majlis Tertinggi, atau "Takut Lah, Boleh Blah".

Yang kita ingin adalah yang lantang menidakkan usaha kecut Pak Lah dan Mat Taib ini. Yang berani dan berwibawa macam ini lah silap-silap kita angkat jadi Naib Presiden atau lebih tinggi lagi!

Terpulanglah kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sekarang. Adakah mereka "Sayang Lah, Boleh Blah", "Takut Lah, Boleh Blah" atau calon kepimpinan tertinggi dihari muka? Yang penting UMNO... bukan Lah...

Tuesday, March 18, 2008

Benarkah Sudah Berakhir Riwayat Politik Khairy?

Sudah pun dikemukakan petanda kekalnya pengaruh Khairy dari analisa Pak Lah akan sebab kekalahan BN. Pak Lah memberi gambaran ini kerana golongan muda Melayu menolak DEB/DPB, apabila sebenarnya Khairy dan pemesong DEB/DPB lain yang ditolak; lagi pun sudah lama disyaki Khairylah hipokrit pembenci serta musuh dalam selimut DEB/DPB. Di sini ingin diajukan sedikit 'bukti' kekalnya Khairy sebagai pengemudi pentadbiran Pak Lah berdasarkan susunan kabinet.

Melihat prestasi buruk BN pada PRU-12 dan berdasarkan desakan lantang menggesa perletakan jawatan beliau, Pak Lah beraksi dengan begitu licik sekali. Sudah kembali ahli politik yang berjaya hidup begitu lama dalam UMNO walaupun dikelilingi musuh yang berkuku-taring lebih tajam. Malang sekali yang kepintaran tersebut agak kurang dalam menangani pentadbiran negara, mahupun menguruskan pilihanraya umum, tetapi di dalam UMNO, Pak Lah tetap gagah.

Setelah menerima maklumat jelas bahawa perlindungan dan kuasa tidak rasmi yang dikurniakan beliau kepada Khairy merupakan antara tunas kekalahan BN, Pak Lah mengambil kesempatan terdekat untuk:
  1. Mengelak dari melantik Khairy ke jawatan kabinet.
  2. Membenarkan propaganda menular yang nyawa politik Khairy sudah hampir hilang di media perdana serta halaman web pro-kerajaan seperti Malaysian Insider.
  3. Membenarkan Pemuda UMNO memutuskan supaya Mukhriz Mahathir tidak dikenakan hukuman disiplin atas tindakan beliau menulis surat memohon perletakan jawatan Pak Lah sendiri.

Ini menunjukan seolah-olah Khairy bukan faktor dalam pentadbiran kerajaannya sekarang. Tambah pula:

  1. Menteri yang kurang popular seperti Rafidah Aziz dan Radzi Sheikh Ahmad digugurkan.
  2. General-general setia Pak Lah seperti Noh Omar diberi pangkat menteri sebagai persediaan perhimpunan agung UMNO.
  3. Panglima-panglima pemimpin lain seperti Shabery Cheek diberikan kedudukan menteri dalam usaha menarik sokongan mereka.
  4. Panglima-panglima yang sudah pasti tidak akan dapat ditarik kesetiaan kepada Pak Lah, seperti Tengku Adnan dan Jamaluddin Jarjis telah digugurkan, walaupun prestasi mereka yang lepas boleh tahan juga.
  5. Pemimpin UMNO yang sering lantang mengkritik dari luar seperti Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim pula cuba didiamkan dengan kedudukan baru.
  6. Dibawa masuk juga sepahi upahan Muhamad Muhamad Taib sebagai menteri yang terjamin setia kerana kembalinya ke tampuk kuasa atas jasa Pak Lah.

Pemilihan kabinet Pak Lah tepat dengan tujuan mempertahankan kedudukan beliau dalam UMNO. Namun, Pak Lah mungkin terlalu sayangkan Khairy hingga tidak upaya beliau menidakkan pengaruh Khairy sama sekali. Contohnya:

  1. Wan Ahmad Farid, teman setia Khairy yang melicinkan pengagihan projek di Terengganu suatu masa dahulu kini dilantik menjadi Timbalan Menteri.
  2. Azalina, rakan sejawat Khairy semasa beliau menjadi pengacara TV dahulu, menonjol sebagai satu-satunya wakil Wanita UMNO di kabinet. Adakah ini petanda beliau bakal merampas kuasa kepimpinan wanita kelak? Khairy masih terhutang budi kepada Azalina yang lebih berhak menjadi wakil rakyat di Rembau, kampung asal-usul bapanya.

Perlantikan kabinet menunjukkan Pak Lah, dalam usaha mempertahankan hidup politiknya, sedia mengenepikan sedikit Khairy. Namun pengaruh Khairy terlihat kekal walaupun hanya ala-kadar. Mungkin perlantikan pada peringkat agensi-agensi kelak akan menonjolkan lagi tahap pengaruh Khairy pasca PRU-12; benarkah sudah dikekang, atau hanya sekadar wayang kulit sahaja beliau diketepikan dari kabinet.

Monday, March 17, 2008

Akhirnya Bermula Kesinambungan Semangat Melayu Tua Ke Muda

Pada zaman awal kebangkitan kuasa Khairy Jamaluddin, telah dikemukakan oleh para pendukungnya yang muda segenerasi dengannya bahawa ini melambangkan kebangkitan 'Golongan Muda' baru dalam UMNO. Kononnya golongan muda pimpinan Khairy ini membawa aspirasi baru yang lebih sesuai dengan zaman menjangkau 2020, dan dalam usaha membawa masyarakat Melayu ke era baru yang lebih makmur, nescaya akan berlaku pertembungan dengan 'Golongan Tua' dalam UMNO.

Malang bagi Khairy dan pendakyah-pendakyah beliau, generasi beliau, malah kebanyakan golongan di bawah 40 tahun yang menjadi sasaran telah menolak propaganda tersebut. Soalnya, agak susah untuk majoriti golongan muda Melayu untuk menerima dakyah yang:
  1. Bertunggakkan tuduhan akan kelemahan 'Golongan Tua' yang tidak berdosa malah banyak menabur budi kepada generasi Melayu muda.
  2. Didukung oleh golongan minoriti elitis yang berbuai emas, disusu madu ratu yang menunjuk-nunjukan kepandaian berbuktikan kelulusan institusi luar negara sambil berperisaikan surat nikah atau sijil kelahiran sebenarnya.
  3. Melaga-lagakan tua serta muda, lama dan baru, budi dengan angan-angan masa hadapan.

Orang Melayu suatu masyarakat yang bersopan-santun. Dalam perbalahan bagaimana sekalipun, tikaman lidah tidak meluka hati, malah lebih rela rasa tidak puas hati disuratkan sahaja supaya boleh penegur mengalihkan bahasa kepada yang lebih pekerti demi menjaga silaturahim.

Dakyah Khairy mungkin tak termakan dek generasinya, tetapi malang sekali, beliau dan anasir-anasir di sekelilingnya telah berjaya mempengaruhi golongan kepimpinan Melayu teratas bahawa merekalah yang sah mewakili generasi muda. Malang sekali kepada pemimpin Melayu UMNO, kerana hasilnya adalah penolakan sebulat suara generasi muda terhadap intipati agenda Khairy yang dibawa oleh rejim Pak Lah sepanjang 4 tahun seperti dibuktikan oleh keputusan PRU-12.

Menarik sekali, hasil penolakan mendadak terhadap kerajaan Pak Lah/Khairy, kini suara-suara Muda yang lebih sah diterima-pakai sebagai wakil sudah mula berganding dengan suara Tua yang berbudi dan disegani. Prosa sopan Mukhriz dibayangi oleh surat yang lebih sulit dari pemimpin Tua sebuah Bahagian UMNO. Usul mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar oleh Tungku Razaleigh Hamzah (KuLi) pula sudah dibayangi oleh kepimpinan Pemuda UMNO Johor.

Inilah gandingan Tua-Muda yang dinanti-nantikan, yang bakal membina bersama, yang bukan propaganda semata-mata. Gandingan beginilah yang merupakan tanda kesinambungan semangat perjuangan Melayu masih berbara sayup-sayup, menanti hembusan nafas baru dari kepimpinan generasi lama ke baru.

Gandingan ini kini wujud atas agenda menggesa mengunduran kepimpinan Pak Lah/Khairy sebelum binasa UMNO dan masa depan Melayu di bumi Malaysia.

Harapan penulis yang tidak seberapa ini adalah semoga gandingan sebegini juga bakal mengembalikan kegagahan dan kemakmuran masyarakat Melayu... Dulu, Kini dan Selamanya.

Monday, May 07, 2007

Masih Relevankah Anwar Setelah Dikalahkan Oleh Samy Vellu Di Ijok?

Benarkan saya bermula dengan memohon maaf kepada Dato' Seri Samy Vellu, Dato' Seri Najib Tun Razak dan YB K Parthiban atas salah analisa di blog ini tempohari akan peluang kemenangan BN di Ijok. Saya mengaku termakan propaganda tentang perpecahan MIC Ijok akibat iri-hati awal Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor kerana tidak dipilih sebagai calon BN pada pilihanraya kecil tersebut.

Namun dalam seminggu sebelum pembuangan undi di Ijok, saya terbaca paparan berikut oleh seorang blogger ulung (http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/04/25/bloggers-bertemu-parthiban/) yang menunjukkan secara nyata yang K Parthiban bukan sahaja calon yang tepat, malah bakal menang akibat aktiviti giat beliau di peringkat akar-umbi MIC mahupun NGO pemuda di Ijok.

Kemenangan BN di Ijok membuktikan sekali lagi yang dari segi kelincahan politik pilihanraya di peringkat akar-umbi, Samy Vellu kekal ulung dikalangan ahli politik kaum India di Malaysia. Ada juga yang mengatakan bahawa beliau jelas terletak di tangga kedua selepas Tun Dr Mahathir dan sebelum Tun Lim Chong Eu dalam kategori tersebut jika dibandingkan semua pemimpin politik tanahair yang masih hidup.

Lihat sahajalah bagaimana dengan pemilihan calon yang tepat sahaja, Samy hampir menjamin kemenangan BN di Ijok, sekaligus membuktikan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah sekadar fenomena politik semusim-dua yang kini kian lelah hidup politiknya di luar payung UMNO.

Berbalik kepada perkara asal, ke manakah arah Anwar selepas Ijok. Keputusan Ijok memang telihat seperti bedalan pukul-mati terhadap Anwar. Anwar dan para pembangkang begitu mengharapkan kemenangan sebagai pemangkin masa hadapan mereka. Yang satu sebagai bukti beliau masih layak dilayan (dan mungkin diterima?) UMNO manakala yang ramai kekal mencari-cari bukti inilah pemimpin yang dinanti-nantikan setelah kembalinya KuLi ke pangkuan UMNO.

Dari awal lagi Ijok diwar-warkan sebagai pertembungan Anwar dan Najib. Para penyokong Anwar, termasuklah 'Gerakan Anti-Najib' (GAN) yang kononnya ada juga pemimpin UMNO, begitu yakin akan kemenangan kuda tunggangan Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, sehinggakan Pak Lah lambat sekali turun padang, mungkin supaya Najib boleh dipersalahkan atas kekalahan BN yang pada awalnya dijangkakan sekaligus memberi modal untuk kembalinya Anwar ke UMNO.

Tidak hairanlah yang kemasukan semula Anwar ke dalam UMNO menjadi topik Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sejurus selepas Ijok. Malang sekali bagi Anwar, dengan kekalahan PKR di Ijok, modal yang rencananya akan diajukan oleh 'teman-teman Anwar' ke MKT UMNO hangus! Tidak hairanlah bila diberitakan yang MKT menolak langsung kemasukan kembali Anwar ke dalam UMNO... http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=17789

Mungkin Anwar sendiri menyedari bahawa hidup politiknya terancam apabila pada hari-hari akhir berkempen, Pak Lah tiba-tiba turun padang! Mungkin sekali budak-budak berhingus dalam politik yang betenggek di Tingkat 4 akhirnya sedar Anwar bakal kalah, maka mereka menasihatkan Pak Lah cepat-cepat turun padang kerana takut kemenangan BN di Ijok bakal dilaungkan sebagai kemenangan Najib mengatasi sandiwara bersulam tohmahan bertalu-talu si Anwar.

Seorang pemerhati yang condong kearah pembangkang siap mempersoalkan sama ada tindak-tanduk Anwar dan Khairy yang saling membedil satu sama lain pada hari-hari akhir di Ijok menggambarkan putusnya usaha sulit mereka dan GAN untuk membawa Anwar kembali ke UMNO? http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7566&Itemid=28

Lebih hebat lagi, kelihatan seperti serangan Khairy terhadap Anwar masih tak putus-putus, walaupun di media arus perdana, apabila beliau dipetik mengatakan parti PKR dan Anwar telah menjadi sejarah apabila kalah di Ijok... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Ijok sebagai sebuah pilihanraya kecil mungkin tidak kelihatan sepenting pilihanraya umum dalam perkembangan politik tanahair. Namun permulaan kehancuran aspirasi politik Anwar dan pendukung-pendukungnya mungkin hanya salah satu dari hasil kekalahannya di Ijok. Mungkin juga dengan pengukuhan kedudukan Najib sekarang, strategi penduduk Tingkat 4 juga akan berubah serta lebih berwaspada akan masa depan mereka pasca zaman Lah.

Jelas sekarang bahawa para pembangkang mahupun para penyokong kerajaan yang kurang senang akan tindak-tanduk rejim Lah tidak boleh lagi menaruh harapan terhadap Anwar sebagai pemangkin perubahan. Mungkinkah Ijok berupaya menggerakkan rakyat Malaysia supaya membuat penilaian kritis terhadap segala isu tanpa diwarnai harapan terhadap seorang pemimpin sahaja, baik Anwar, mahupun Tun Dr M? Kita hanya mampu mendoakannya.

Namun, yang melucukan sekali, kiranya benar kepupusan muktamad politik Anwar Ibrahim bermula di Ijok, ia bukanlah kerana usaha Najib, yang hanya sekadar pelakon gandingan terpenting pada pilihanraya kecil tersebut, tetapi hasil ketokohan calon BN, K Parthiban, dan kebijaksanaan pemimpin ulung kaum India, Samy Vellu.

Jelas Samy sendiri menyedari akan perkara ini apabila beliau berkata,“Saya percaya PKR melakukan kesilapan meletakkan calon pilihan parti itu, Tan Sri Khalid Ibrahim,” sambil tersenyum sendiri agaknya? ... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

Thursday, March 15, 2007

Mari Kita Sama-Sama Menasihati YAB Sebelum Ekonomi Malaysia Jahanam Lagi

Sejurus keluar bahan tulisan Yang Angkuh Bongkak (YAB) Khairy Jamaluddin di halaman Mingguan Malaysia tanggal 25 Feb 2007, mengetengahkan pendapat yang ekonomi kita memang semakin kencang hasil usaha kerajaan pimpinan bapa mertuanya, harga saham Bursa Malaysia turun menjunam pada minggu berikutnya.

Ini bukanlah petanda kehebatan kata-kata YAB Khairy sehingga pelabur Bursa boleh ditakutkan oleh tindak-tanduk beliau. Hanya sekadar menunjukkan yang mungkin beliau belum cukup ahli dalam hal ekonomi untuk memberi pendapat yang sah boleh diterima.

Kalaulah YAB benar-benar ahli dalam hal ekonomi, beliau pasti sedar yang sebenarnya melonjak naiknya Bursa Malaysia sebelum ini kerana pelabur jangka-masa pendek yang lari dari pasaran saham Thai telah mengalihkan wang mereka secara mendadak dari negara tersebut ke Malaysia. Pengalihan ini pun ternyata untuk jangkamasa singkat kerana saham kita sudah terlalu murah akibat kurang pelabur jangkamasa panjang baru di Malaysia dibandingkan negara-negara jiran.

Maka di manakah kesahihan pendapat YAB Khairy, apabila hujahnya yang ekonomi Malaysia kukuh berdasarkan analisa yang kurang jitu. Terlanjur pula beliau mempertahankan kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya sebagai sah walaupun hasilnya rakyat mengalami keperitan secara mendadak.

Yang membimbangkan adalah, dalam kegagalan usaha YAB Khairy menunjukkan keahlian dalam hal ekonomi, apabila beliau sebenarnya tiada berkemampuan besar, kata-katanya membawa risiko seperti:

  1. Menimbulkan tanda-tanya tentang kesahihan pendapatnya yang betul, seperti apabila beliau menyatakan betapa perlunya kita membantah perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat (USTFA). Ini betul, tetapi kata-kata YAB Khairy tidak membantu sekiranya beliau dilihat pincang keahlian ekonominya.

  2. Tindak-tanduk YAB Khairy mungkin menimbulkan tanda-tanya akan kebolehan generasinya untuk mewarisi tampuk kepimpinan negara kelak, kerana walaupun beliau tidak mewakili generasi beliau, mungkin ada yang berfikiran demikian.

Oleh itu, saya menyarankan kepada hamba-hamba Allah yang sudi, nasihatkanlah beliau untuk membaca dan belajar lebih lagi tentang hal ekonomi sebelum beraksi sebagai ahli.

Sebagai seorang yang disanjung kebijaksanaannya, YAB Khairy patut sedar yang walaupun beliau seorang pemegang ijazah Politik, Falsafah dan Ekonomi (PPE) dari Oxford, ini hanya ijazah Sarjana Muda yang mengajar 1/3 sahaja dari kandungan bidang Ekonomi yang ada pada kelulusan Ekonomi lain. Ijazah Sarjana beliau pula bukanlah dalam hal ekonomi.

Malangnya, pengalaman kerja YAB Khairy sebelum ini pun kebanyakannya dalam hal kewartawanan, dan dengar kata yang beliau diambil menjadi Pegawai Khas pun kerana kebolehannya untuk mengarang ucapan, bukannya kerana keupayaan dalam bidang ekonomi. YAB patut mengakui yang tugas-tugas beliau di ECM-Avenue pun sekadar dalam hal Perhubungan Awam (PR) semata-mata, jadi manalah sangat pengalaman bidang ekonominya.

Kalaulah pemain boneka utama negara a.k.a. Uncle Kali berupaya mengajar YAB Khairy, tak apalah juga. Tetapi memandangkan dalam hal penulisan dan kewartawanan pun YAB kelihatan lebih ahli dari Uncle Kali yang ternyata bukanlah seorang wartawan yang hebat, apalah sangat yang upaya diajar oleh Uncle kepada YAB?

Dalam keinsafan YAB Khairy, kami menasihatkan beliau membaca buku-buku tersebut untuk memahami apa itu ekonomi dan apakah asas pemikiran yang harus ada dalam usaha membangunkan negara:

Mungkin selesai itu, YAB Khairy akan berupaya membaca teks yang lebih rumit, sejurus itu menjadi lebih upaya untuk memberi pandangan tetang hal ekonomi. Namun, ada baiknya mungkin sekiranya beliau menasihati teman-temannya di Khazanah dan GLC-GLC untuk membaca buku-buku tersebut dan yang dibawah, selain mengarah dan mengherdik mereka dalam pelbagai hal lain:

Sekadar inilah keupayaan saya, untuk mengajukan nasihat sahaja. Adalah diharapkan mana-mana hamba Allah yang mengajukan saranan saya kepada YAB Khairy juga mengutarakan niat ikhlas saya. Sesungguhnya, adalah untuk kebaikan sejagat warga Melayu dan Malaysia yang kemampuan YAB dalam hal ekonomi ditingkatkan lagi dari kadar yang sedia-ada.

Some Humbling Reflections

I've been busy at work, and then chose to take time to reflect and reassess, whilst resisting to respond to stupidity such as these:

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/28/business/16996639&sec=business
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/5/nation/17047430&sec=nation
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/10/bizweek/17073462&sec=bizweek
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/13/nation/17119560&sec=nation

And hypocracies like these (however welcome any voice may be against notions like a USFTA and for notions like the GLCs' role in nation-building):

http://www.bilaterals.org/article.php3?id_article=7329
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/11/nation/17113577&sec=nation

And just plain naivety/ignorance, unworthy of the reputation of an Oxford PPE degree, such as this:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0225&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

In the period, this site still received a modest number of hits, for which I must thank
http://rockybru.blogspot.com/, http://www.mykmu.net/ and some new notoreity from this http://www.umno-reform.com/urnews1/blog_attack_pm.htm site.

In my time to reflect I remain convinced that the biggest danger facing Malaysia as a nation this year is

which you can find out more on
http://www.usftamalaysia.blogspot.com/ and that Uncle Kali

remains the country's best puppet-master with Yang Angkuh Bongkak (YAB)

as described here
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=NaibKetua being by far his most dangerous puppet.

Just a note. BursaMalaysia collapsed the week after YAB KJ opened his mouth on the soundness of our economy in the Utusan. Not saying that YAB has strong influnce on the markets, only that he probably shouldn't confess his ignorance so loudly. Its so embarassing for those in the generation he (wrongly) claims to be representing!

I'm back... with some humbling reflections...

Tangential Malay Search Results