Monday, April 26, 2010

Pengajaran Dari 'Kekalahan' BN Dan 1Malaysia Di Hulu Selangor

Bersambung dari penulisan bahasa Inggeris tentang perkara ini, berikut merupakan luahan hati jurublog tentang apa yang tak kena tentang usaha BN di Hulu Selangor. Di harap ada yang berminat untuk mengambil perhatian dan iktibar dari kalangan pembaca.

Menarik sekali yang tinjauan jurublog tetang 'kegagalan' BN dan gagasan 1Malaysia dalam menang PRK Hulu Selangor dipersetujui peninjau lain. Menurut tinjauan penulis Aganda Daily, BN menang hasil kenaikan jumlah pengundi yang keluar membuang undi berbanding PRU-12. Malah, undi yang diterima oleh PKR lebih tinggi dari calon sebelumnya. Data yang dikongsi sedemikian seharusnya menibulkan cemas kepada BN, memandangkan:
  1. PKR kini kelihatan semakin pincang bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di Hulu Selangor sendiri sepanjang tempoh PRK dengan larinya para pemimpin dan wakil rakyatnya keluar parti.

  2. Faktor 'calon orang luar' yakni terpilihnya Datuk Zaid Ibrahim kelihatan tidak memberi kesan yang ketara kepada penyokong tegar PKR mahupun Pakatan di Hulu Selangor. Ternyata kepada ramai yang sekiranya Datuk Dr Hariri menjadi calon, kemenangan berkemungkinan di tangan PKR!

  3. Segala tohmahan dan cerca-merba yang dilontarkan kepada DS Anwar Ibrahim juga tidak nampak berkesan. Para pengundi seolah-olah sedia memilih parti pimpinan beliau walaupun penuh dengan kepincangan.

  4. Kerajaan negeri Selangor tidaklah begitu hebat pencapaiannya setakat ini. Malah, begitu banyak usaha pembangunan yang tertangguh dan isu seperti salah-langkah Pakatan menuduh SPRM sebagai pembunuh Teoh Beng Hock seharusnya merapuhkan kewibawaan kerajaan tersebut.

Namun, walaupun menghadapi semua yang diatas, PKR masih mampu mencabar! Paling membimbangkan sekali adalah penolakkan pengundi Cina di Hulu Selangor terhadap BN, termasuk gagasan 1Malaysia dan tawaran pembinaan Sekolah Cina di kawasan Parlimen tersebut! Sememangnya pengundi Cina lazimnya tidak begitu tegar sokongannya terhadap BN, berlandaskan ide yang kuasa BN perlu ada timbal baliknya. Namun, mungkin sokongan sekadar 50% telah diharapkan.

Tetapi terlihat sokongan Cina kepada calon BN merudum ke hanya ~25%! Sebab kenapa sokongan begitu lemah sekali dari golongan ini masih dalam pertimbangan. Ada yang menuding jari ke arah kelemahan MCA dan Gerakan meraih undi. Ada juga yang menyalahkan Kamalanathan kerana sudi melayan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa, yang juga dikatakan menyebabkan penurunan undi India dari 70% ke 60% untuknya.

Penolakkan undi Cina, malah persoalan kenapa corak pengundian begitu dipengaruhi faktor bangsa, seperti kehendak pengundi Melayu, termasuk yang menyokong BN, supaya calon Melayu diketengahkan, haruslah mencemaskan DS Najib dan para penggerak gagasan 1Malaysia. Jelas, 1Malaysia masih belum dihayati secukupnya untuk menebus benteng perbezaan pendapat antara bangsa dalam pelbagai isu. Malah, mungkin akan timbul suara nakal untuk dikecualikan bangsa Cina dari agenda BN, dan ini haruslah dielakkan sama-sekali!

Tetapi jurublog sendiri merasakan dari segi menarik undi, ada intipati kempen BN yang mungkin tidak begitu berhasil dan harus dirombak semula. Usaha mendekati pengundi seperti berkempen rumah ke rumah dan terutama sekali gerak-kerja Datuk Ahmad Maslan yang memberi penumpuan kepada pengundi dari kawasan Felda adalha contoh-contoh positif yang harus dikekalkan. Tetapi, ada juga unsur kempen berbentuk negatif BN yang kini sudah kurang berkesan, seperti:

  1. Penggunaan bekas pemimpin pembangkang, khususnya bekas ahli PKR untuk 'mendedahkan' salah-laku DS Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Pembangkang. Ini dilihat oleh ramai pengundi sebagai usaha peribadi melepaskan pekung di dada kerana kecewa dan marah terhadap DS Anwar. Maklumat yang dibawa oleh mereka mungkin menarik perhatian mereka, tetapi cara dan niat pembawa begitu mudah disangsi pendengarnya.

  2. Penumpuan keterlaluan terhadap kepincangan peribadi DS Anwar Ibrahim sepanjang kempen juga mungkin kurang wajar. Ada pengundi sehingga mempersoalkan relevan tidaknya DS Anwar diserang, dan kerana ianya bertalu-talu, begitu mudah untuk para pengundi berhenti mendengar lagi tentang kealpaan beliau. Mempersoalkan keperibadian calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, mungkin lebih relevan, tetapi juga tak seharusnya melepasi had.

  3. Pemantauan terhadap pengundi luar, yakni 25% dari para pengundi, masih agak lemah. Malah, BN seolah-olah terkejut apabila faktor pengundi luar timbul kembali dan membahayakan kedudukan calon. Kebanyakan pengundi luar tidak berapa memperdulikan apa yang diperkatakan di padang kempen, tetapi lebih peka terhadap isu di tempat bermastautin atau isu-isu nasional. maka Datuk Zaid mungkin lebih relevan sebagai calon mereka!

  4. Walaupun BN telah berjaya mengelakkan dari turunnya pemimpin-pemimpin BN yang dicemuh rakyat seperti DS Samy Vellu dan YB Khairy Jamaluddin ke medan kempen mengelak tertolaknya BN oleh pengundi, masih ada lagi pemimpin BN yang cuma berdaya 'mentuba' usaha kita untuk menang. BN haruslah memastikan pemimpin sedemikian terus disisihkan dan pemimpin baru yang sedia diterima seperti Datuk Ahmad Maslan terus diketengahkan.

Dalam membuat pemerhatian di atas, jurublog tidak mengakui diri lebih tahu dari mereka yang menggerakkan kempen BN di Hulu Selangor. Tetapi ini menjadi sekadar sumbangan untuk memperbaiki peluang BN menjurus ke PRU-13 kelak. Risiko yang dihadapi BN masih tinggi dan penguasaan 2/3 Parlimen mahupun kerajaan negeri Selangor masih sekadar impian sekiranya kedudukan BN tidak terus diperbaiki.

Lagipun, jurublog pun pasti ada kesilapan semasa berkempen...


8 comments:

Chairman Kaga said...

MUHHAHAHAH
BEREPE KERAT YG DATANG
JGN TUNJUK MUKA HANG
MUKA HANG TAK COMEL
TUNJUKLAH PARA HADIRIN
YG TERUJA DENGAN CERAMAH ENGAKO NI


AKU RASA SEKADAR BUDAK SEKLOAH JE YG HADIR,
HE HE HE HE

PARPPU DITOLAK
RAKYAT SELAMAT

Anonymous said...

Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

Kenapa susah sangat nak bersatu????

Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

Lintau Perak said...

Salam Bro.

Pengajaran paling penting ialah etnik china berasa tidak perlu bergantung pada kerajaan lagi.

Mereka yakin boleh bentuk kerajaan dengan kuasa politik di tangan sendiri melalui pakatan Pas, PKR dengan DAP sebagai ketua Gerombolan.

MCA dan Gerakan sudah memainkan suara DAP dalam menghadapi dan menekan pemimpin UMNO.

Zaid PKR kalah di Hulu Selangor tapi DAP menang besar!

Unknown said...

Chairman Kaga. Memang betul sdr. Tak ramai dtg utk mendengar saya berhujah. Sy hanya sekadar pembuka tirai ucapan sebelum YBhg Zainal Abidin Sakom, Ust Kamal Saidin dan striker utama kita, Datuk Ahmad Maslan, di Felda Sg Tengi mlm tu. Yg ramai dtg untuk mendengar hujah org kenamaan sesudah saya berucap. Ttp alhamdulillah, ada juga yg sudi bg muka kat sy. :-D

mantra-indeeptots said...

Salam...

Chairman Kaga ni put aside je, isu KJ dan APCO masih tak berani mereka berdebat ... takut boss KJ terperangkap..

Back to actual topic;
1. Adakah BN sedar mereka skg berada di medan perang politik?

2. Dalam peperangan, semua senjata, semua perancangan, semua tipu muslihat akan digunakan..

3. Apakah 'the killing weapon'?

4. Bagan Pinang adalah kejayaan medan perang terbaik untuk BN.. apa senjata BN?

1. Calon
2. Pembangunan
3. Pembangunan
4. Bangsa dan Patriotism
5. Ugama

1-3 BN berjaya, somehow... PKR mendapat tamparan...

4. Kurang diperbesarkan... konsep 1Msia tidak pandai direlate dgn suasana dan keadaan setempat. Kenapa sejarah komunis di KKB tidak ketengahkan sengsara yang penduduk alami ketika zaman komunis? DAP pro komunis... infact, isu komunis digunakan sepenuhnya di Bagan Pinang n for that, undi post mendapat peratusan undi yang sgt tinggi... Kalau BN letakkan zalimnya komunis yang didokong DAP, kemudian 1Msia lah konsep satu padukan rakyat.. i think senang mereka terima

Further, DAP yang bertanggungjawab mengkhianati perjanjian nenek moyang bangsa Cina terhadap keamanan dan kemerdekaan Malaysia... bukan bangsa Cina

Kita tengok apa isu DAP? Dependable, Security for Chinesekan? Ini kerana MCA dan Gerakan telah gagal beri kepada bangsa Cina.. so kenapa UMNO tidak ambil alih dan meyakinkan bangsa Cina dgn 1Malaysia?

5. Ugama.. another good weapon tapi penceramah guna peluru kapur! Bila isu ugama... Nik Aziz adalah icon generasi tua di kpg2... kenapa takut dedahkan Nik Aziz?

So, i can see... kebykan peluru yang digunakan di HS hanyalah peluru kapur... unlike Pakatan, sungguh2 gunakan peluru hidup

Quantum Metal Consultant said...

UMNO akan turut karam dalam PRU13 nanti kalau bawa parti biawak hidup dalam BN.

Tendang keluar MCA, MIC, PPP dan Gerakan yang banyak meminta dari menyumbang. Ini parti2 yang menumpang undi Melayu untuk menang.

berita lembah pantai said...

Sama-samalah duduk berstrategi dengan rakan-rakan BN bagaimana nak dapat balik pengundi Cina. Jangan UMNO dgn UMNO je, MCA dgn MCA je, mana boleh jalan.

Apa pun parti bodoh PAS nampaknya yg paling teruk kena.

Analisis Hulu Selangor: PAS biggest loser?

zane said...

berita lembah pantai,
Awaklah yg bodoh bukan parti PAS! Awak bodoh kerana menyokong parti yang terang-terang mengkhianati amanah rakyat Malaysia. Awak buta hati, buta mata melihat pemimpin UMNO yang bergelumang maksiat, bergelumnang rasuah hinggakan rumah pemimpin kecil UMNO sekalipun bagaikan istana di tengah kampung, ditengah rumah-rumah papan buruk orang melayu!

Awak tidak nampak apa yang pemimpin besar awak lakukan. Awak tidak meneliti peristiwa2 besar yg melibatkan najib, pemimpin kesayangan awak itu. Sekarang pihak pendakwa di Peranchis sedang mengambil langkah untuk membuka kes pembelian kapal selam scorphene oleh Malaysia yg melibatkan wang rasuah RM530 juta didalangi Razak baginda dan disokong Najib selaku rakan kongsi.

Kita saksikan sama-sama episod pembongkaran kes ini oleh pihak Peranchis kerana di Malaysia mahkamah sudah lama menjadi bahan lawak dan sudah hilang prinsip.

Tangential Malay Search Results