Malang bagi PKR, ada tindak-tanduk kepimpinannya, termasuklah kepimpinannya yang tidak rasmi, yang tahap tidak munasabahnya sudah semakin sah kelentong.
Contoh yang paling dramatik adalah tindakan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang baru-baru ini membuat deklarasi statutori tentang kes Altantuya yang kurang munasabah. Mana lojiknya membuat deklarasi yang ada orang memberitahu beliau tentang sesuatu. Kalau macam itu, saya pun boleh buat deklarasi statutori yang DS Anwar Ibrahim sebenarnya agen Zionis dan melakukan pelbagai korupsi serta berlaku tidak bermoral ... !!
Kemudian, bila dibaca dengan teliti, dibilangnya Pak Lah tahu, KJ tahu, siap ada Sultan tahu tentang apa yang dia bilang! Tambah lagi, apa yang dia kata semua orang ini tahu? Bahawasanya isteri Timbalan Perdana Menteri kita yang lazimnya sibuk dengan majlis di hotel-hotel mahu pula meredah hutan (tempat tu dekat Meru, bukan di pekan beb!) semata-mata nak tengok 'penterjemah' Mongolia yang paling terkenal di dunia diletupkan dengan bom! Tak lojik! Kelentong!
La Jeffrey Kitingan pula mula buat kelentong. Dia mungkin iri hati sikit tengok RPK dan Anwar sahaja yang glamer. Di Sabah pula, sekarang Yong Teck Lee semakin hari kian menghero lebih dari dia. Maka si Jeffrey ni pun tulislah surat kelentongnya sendiri. Saya sebenarnya tak boleh komen tentang hal minyak kerana kerja saya, maka memadai sajalah saya mengutarakan pendapat peribadi saya yang Jeffrey kelentong! Tak lojik, tak munasabah beb!