Saturday, March 07, 2009

PPSMI Dan Ekonomi Negara

Sebagai seorang pencinta bahasa, saya begitu sedih melihat usaha para pejuang Bahasa Malaysia kini dipergunakan sehingga huru-hara timbul di negara.

Seperti biasa, Pak Lah yang tahu isu ini sudah mendidih begitu lama dan membiarkan ia membuak-buak selesai keputusan Mathematik dan Sains UPSR yang mengecewakan di luar bandar dengan diputar-belitkan berita mengenai 'kejayaannya', kini sibuk pula ingin menyelesaikannya 'dengan segera'.

Akhirnya, saya setuju dengan pendapat yang mengatakan ini permainan politik sesetengah pihak yang tidak ikhlas pun tentang hal ini. Cuma digembar-gemburkan semata-mata agenda perebutan kuasa pihak tersebut. Malah, kalau bukan kerana ada peralihan kuasa dan sudah diketengahkan isu kuasa Raja-Raja Melayu, tentu tentangan PPSMI disyaki agenda mengalihkan fikiran perwakilan UMNO dari krisis ekonomi menjelang Perhimpunan Agung pada akhir bulan ini...

Hmmm... saya lagi jalan-jalan di Sabah sekarang. Akan saya sambung...

Thursday, March 05, 2009

Apakah Perasaan Saudara/i Jika Dituduh Mengugut Bunuh Dan Diherdik Di Khalayak Ramai?

Bayangkanlah saudara-saudari sekelian tertuduh mengugut seseorang dengan peluru lalu dibilang 'celaka' pula. Sudah tentu akan timbul kemarahan atas orang yang menuduh, menghina, malah memfitnah tersebut? Apakah tindakan saudara/i apabila terserempak dengan penganiaya tersebut? Sudah tentu saudara/i tergerak untuk membidas kembali, setidak-tidaknya menuntut penjelasan.

Tempohari diwar-warkan berita pertembungan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Selangor dengan YB Karpal Singh di perkarangan Parlimen. Pelbagai tuduhan kini diajukan terhadap Ketua-Ketua Pemuda tersebut, kononnya mereka 'menghalang' Karpal dari masuk dewan dan 'menimbulkan kekecohan'. Tetapi tidak ada pula yang menjelaskan apa yang berlaku dari kacamata Ketua-Ketua Pemuda tersebut.

Sebenarnya, mana-mana ahli Pemuda UMNO pun sekiranya terserempak dengan YB Karpal pasti akan menuntut penjelasan akibat penganiayaan beliau terhadap Pemuda. Tanpa soal-siasat, di pentas Dewan Parlimen mana semua sebutan suara dirakam dalam sejarah melalui 'Hansard'nya, Pemuda UMNO dituduh menghantar peluru dan digelar 'celaka' oleh Karpal. Apakah mungkin ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata?

Ada. Ketua-Ketua Pemuda UMNO yang berdepan YB Karpal pada hari itu sebenarnya memohon penjelasan dengan penuh hormat akan kedudukan beliau sebagai seorang tua yang juga Pengerusi DAP. Mungkin ada kehangatan suasana, ya lah, Karpal baru sahaja menggelar mereka celaka dan menyelar nama dengan tuduhan menghantar peluru, siapa tak marah? Namun, dilihat juga yang mereka tidak menghalang Karpal apabila beliau mahu beredar ke Dewan.

Sebelum ada yang menuduh saya berat sebelah dan macam-macam lagi, bacalah penjelasan dari hati salah seorang Ketua Pemuda yang terlibat, Latt Sharizan Abdullah, KP PJU di sini dengan hati terbuka. Keikhlasannya terserlah apabila beliau tidak mencanang tindak-tanduk Wakil-Wakil Rakyat DAP yang kemudian menyerang Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut. Yang jelas adalah:
  1. Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut tidak merancang untuk berkonfrantasi dengan YB Karpal. Pertembungan berlaku secara kebetulan.

  2. Ketua-Ketua Pemuda tersebut hanya menuntut, malah memohon, penjelasan dan tidak melakukan kekasaran terhadap orang tua politik Malaysia tersebut, walaupun ada kehangatan hasil dituduh macam-macam.

  3. Ketua-Ketua Pemuda tersebut membuka jalan, memberi laluan untuk Karpal ke Dewan, walaupun beliau enggan memberi penjelasan di luar Dewan.

  4. Akhirnya, kekecohan sebenar bermula apabila Wakil-Wakil Rakyat DAP menyerbu Ketua-Ketua Pemuda UMNO tersebut pula.
Dalam penjelasannya, Latt merujuk kepada video U-Tube 8 minit yang merakamkan kejadian di laman web YB Lim Kit Siang. Ia membuktikan kejadian seperti yang dijelaskan olehnya. Yang menarik bagi saya adalah, video tersebut tidak lagi dapat dilihat di halaman pemimpin DAP tersebut, mungkin kerana ia jelas membuktikan kejadian berlaku seperti di atas?

Wednesday, March 04, 2009

Coretan Hal Penubuhan Kerajaan Negeri Pokok Sena...


Lebih 600 tahun dahulu, sebuah kerajaan yang masyhur diisytihar tubuh di bawah suatu pokok. Pokok tersebut bernama Melaka. Maka dinamakan negara baru tersebut Melaka sempena nama pokok. Ditubuhkan kerajaan itu selepas Parameswara, anak raja dari Palembang, terlihat Sang Kancil lincah menendang anjing yang memburunya, dan mengambil ini sebagai petanda tuah tempat tersebut. Segala yang lain terjalin dalam sejarah negara.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mencadangkan menghidupkan semula lapangan terbang Ipoh sebagai sebuah pusat penerbangan harga murah ('LCCT'), saya menyangkakan ini sahaja ide lapuk yang akan dianjurkan mereka hasil kecemasan dari kehilangan kuasa. Tetapi ternyata, ide yang selapuk lebih 600 tahun umurnya pun sedia diambil oleh mereka! Malang sekali, ide lapuk ini bukan sekadar ketinggalan zaman, tetapi kurang sesuai kerana:
  1. Negeri Perak sudah ada nama yang elok dan bersejarah. Apakah dengan membuat mensyuarat DUN di bawah pokok Sena Pakatan Rakyat ingin menamakan semula negeri menjadi 'Sena'? Rasanya nama negeri Pasir Dua Butir pun lebih sesuai, dan harus di pajak dahulu mungkin daerahnya 999 tahun dari kerajaan negeri... itupun kalau DYMM Seri Paduka perkenan!

  2. Anak-anak derhaka menyalak biadap dan 'mohon derhaka' kepada Sultan tak sama hikmahnya dengan Sang Kancil menendang anjing. Apatah lagi atas kesedaran akan kebijaksanaan serta keperihatinan terhadap rakyat antara sifat-sifat murni DYMM Seri Paduka Sultan Azlan.

  3. Melaka berkembang maju dari tunas penubuhannya, maka insiden di bawah pokok lebih 600 tahun dahulu berniat membangunkan sebuah negeri. Tetapi di bawah pokok Sena di Perak, agendanya adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Mana ada barakah disebaliknya?

Dari terus-menerus menjalankan aktiviti menipu rakyat dan mensensasikan usaha mengaut balik kuasa yang dahulunya disalah-gunakan, lebih baik ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat Perak bermusahabah diri dahulu. Inikah yang rakyat mahu? Ini bukan keperluan seperti yang diancam oleh kemelesetan ekonomi sekarang. Dari membuat kerja lapuk yang tiada hasilnya, ada baiknya mereka mencari ilham serta ide yang lebih berguna untuk rakyat.

Masalahnya, ketua nasionalnya si Anwar Ibrahim pun tak tahu hal menyelamatkan ekonomi dari krisis - hampir ranap ekonomi negara dibuatnya pada tahu 1997-1998 dahulu! Apakah beliau sedia menelan malu dan mengakui ide Tun Dr M pada masa itulah yang diguna-pakai di seluruh dunia untuk menangani kemelesetan sekarang? Maka mungkin terperangkap PR, tak mampu menjiwai masalah rakyat dan menangani, tinggallah mereka dengan sensasi sahaja.

Alangkah sedihnya bila yang kononnya bertuankan rakyat redup minda, lapuk ide dan tiada upaya memperjuangkan rakyat tersebut... Kerana kuasa pula bersedia berwayang kulit walau di bawah teduhan pokok Sena... Inilah perjuangan deme...

Monday, March 02, 2009

Demi Rakyat, Tumpuan Kita Seharusnya... Ekonomi Beb, Dah Nak Tsunami Dah!

Berita hari ini cukup celaru. Di Perak, krisis politik memanjang tak selesai. La ilham baru YB DS Ir Nizar adalah untuk mengadakan perjumpaan DUN di Kedai Kopi sebab DUN kena kunci. Ini begitu menyayat hati. Ada ka patut DS Nizar berharap DYMM Paduka Seri Sultan Azlan berangkat ke Kedai Kopi untuk membuka dewan? Dah la hak 'mohon derhaka' hari tu tak selesai ampun lagi...

Dah tu, hari ni, ada pula penyokong KuLi yang buang tabiat, nak menunda Perhimpunan Agung UMNO pula! Mungkin ni la sisa-sisa yang mengheret UMNO ke mahkamah sampai haram lebih 20 tahun lalu, juga semata-mata untuk membawa KuLi ke tampuk kuasa. Depa tak sedaq ka yang:
  1. KuLi pun dok kata suruh tumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi. Ni dok sibuk lagi pasai politik pasai pa? Macamlah orang muda faham apa untung-ruginya menjadi ahli "KuLi Fan Club".

  2. Depa tak sedaq ka yang dengan menunda Perhimpunan Agung serta Pemilihan tahun ini, Pak Lah akan kekal berkuasa sehingga selesai pula isu penundaan ni. Padahal, kita dah tau negara perlukan kepimpinan baru dari la ni, nak tunda pula peralihan kuasa?! Yang dulu KuLi nak Pak Lah pi secepat mungkin, depa ni tak dengaq juga ka?!

  3. Dah le tu, kalau tunda barang sehari Perhimpunan Agung, siapa nak atuq PRK-PRK 3 Bukit yang nak mai bulan April ni? Apa, nak biaq UMNO semakin merudum semangat melalui kekalahan di 3 Bukit sementara kepimpinan kita celaru? Yang depa ni nak bantu KuLi ka, ingin pebetui UMNO ka, nak angkat Anwar Ibrahim?!

Celaru macam-macam politik pula hari ni. Padahal, rakyat pun dah beramai-ramai geleng kepala. Kira kalau semua rakyat berambut basah masa melihat gelagat di atas ni, nescaya bah, banjir-lah di negeri-negeri Pakatan Rakyat dari guguran air gelengan kepala kita semua!

La ni, rakyat semakin panik pasai ekonomi! Wei, tsunami dah nak mai dah! Kat sesetengah tempat tu, dah melanda pun, sampai sudah ada suami tak bekerja, isteri tak berbelanja, anak tak berkasut tanpa lubang dan silap hari, keluarga pun tak berumah, kena balik kampung! Dah la kampung tu bukan ada hasil apa... kelapa sawit pun harga dah takdak apa!

Kepada yang berminat memahami sedikit lagi punca meleset segala ini, layari nukilan Op Ed yang ringkas menyentuh bagaimana merudumnya ekonomi Amerika Syarikat serta Eropah kini menjejas ekspot, dan secara langsung, pendapatan rakyat kita...

Saya dah mula berpolitik, tetapi dengan agenda ikhlas untuk berbakti kepada rakyat. Kepala ni dah nak pecah ingin bersuara tentang masalah dan mencari jalan melontar ilham kepada yang berupaya melaksanakannya dalam kerajaan. Tetapi kalau ahli politik sibuk sangat berpolitik, bilakah masanya untuk berbakti? Atau mungkinkah politik mereka saja syoq sendiri, bukan lagi tentang kepimpinan yang membakar diri semata-mata agama, bangsa dan tanah air? Wallahualam...

Thursday, February 26, 2009

Terima Kasih Karpal, Ikhlas, Calon Exco No 18, Pemuda UMNO Malaysia...

Apabila saya terdengar YB Karpal Singh yang mengaku raja ('Singh is King') menyelar Pemuda UMNO kononnya 'Celaka', saya bersyukur. Ini bukan sahaja kerana ingin menyambut pahala sabar, tetapi kerana betul-betul berterima-kasih atas pengakuan yang pergerakan Pemuda, dengan barisan kepimpinan baru di kebanyakan Bahagian, telah berjaya menggasak beliau dengan begitu berkesan.

Apabila musuh mengherdik sebegitu, ternyata ia kerana kita 'membuat kerja' yang betul. Maka berdasarkan maklum-balas ikhlas dari Karpal, kita juga harus ikhlas berterima-kasih dan meneruskan lagi aktiviti mendesak serta membela agama, bangsa dan tanah air. Tak kiralah sama ada ia berlaku secara terancang ataupun secara tak sengaja seperti berlaku di Dewan Rakyat semalam.

Nampak gayanya, Karpal sekarang antara musuh yang paling banyak membantu kita. Contohnya, beliau dengan begitu berkesan sekali menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa budaya 'lompat-lompat' parti sejak selesai PRU-12 lagi; sampai dah makan tuan di Perak! Kemudian, Karpal berada di baris hadapan membantah tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, menggantung Datuk Dr Zambry serta exconya dari menghadiri dewan.

Dah lah buat kerja untuk kita, sekarang Karpal memberi 'pujian' pula kepada Pemuda UMNO. Alhamdulillah... Tetapi kalau boleh YB Karpal, janganlah fitnah kami sama. Peluru 2 butir itu bukan dari Pemuda UMNO rasanya, sebab kami dah lama bilang, kalau YB atau yang sejenis dengannya mula melepasi had pantang-larang hingga menjejaskan keharmonian negara, kita ISA-kan sahaja! Buat apa susah- susah dengan peluru?!

Sunday, February 22, 2009

Alangkah Bahagianya Sekiranya Politik Kita Sematang Ini...

Saya peminat penulisan blogger Salvatore_Dali yang banyak membuka minda pembaca perihal isu-isu ekonomi. Walaupun saya tidak selalu setuju dengan beliau (dan ternyata mengalami konflik antara suka-tidak akan gambar-gambar 'selingan' yang dipaparinya), namun blog ilmiah sepertinya tidak lazim ditemui di alam maya ala-Malaysia.

Hati saya benar-benar tergerak apabila membaca penulisan terbarunya di mana beliau memperjelaskan debat yang kini berlaku di antara kem pegawai media Barrack Obama dan media pro-parti Republican, CNBC, yakni pembangkang di Amerika Syarikat. Pertelikahan ini mengenai skim bantuan pembiayaan hutang perumahan yang baru dicadangkan oleh Presiden baru Amerika Syarikat tersebut untuk meleraikan kesengsaraan rakyat termiskin akibat kegawatan ekonomi.

Pada dasarnya, kedua-dua belah pihak berniat menangani masalah tersebut, tetapi perbalahan berlaku bersabit kaedah. Pihak parti Democrat pimpinan Obama mahu melaksanakan kaedah yang terus membantu rakyat yang terhimpit dengan memberi mereka pembiayaan hutang tersebut.

Tetapi, pihak Republican menganggap ini memberi ganjaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga terhimpit dek hutang. Mereka lebih suka wang tersebut diberi kepada sektor pembankan dan industri untuk menjana ekonomi, lalu membantu golongan kebanyakan secara tidak langsung.

Dalam pertarungan antara ide ini, tidak ada saman-menyaman dan tiada usaha memintas peraturan untuk merebut kuasa yang sudah ditetapkan sewaktu pilihanraya atau proses susulan jika ada. Institusi Presiden pula yang seumpama Agong di Amerika Syarikat tetap dihormati kuasa serta martabatnya oleh semua, baik yang setuju mahupun tidak akan keputusannya. Bukan seperti di sini...

Sampai Menteri Besar yang dilucutkan jawatan boleh megah dan terus mengaku dirinya berkuasa dan dizalimi sambil kuncunya di Dewan Undangan Negeri terus menyalak Sultan! Sehingga Menteri Besar yang sah pun siap kena merayu untuk diterima! Saya lebih suka jika masing-masing berebut-rebut melontar ide bagaimana nak membuat jasa...

Friday, February 20, 2009

3 Titah, 1 Saranan, Perintah Disanggah, Mengancam Kemakmuran

Kekecohan politik di negeri Perak berterusan, bukan sahaja kerana orang-orang politik rancak merebut kuasa, tidak juga semata akibat Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa budaya lompat-melompat, tetapi juga hasil segelintir pemimpin yang tak mengerti akan hikmah dari wujudnya sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Kiranya mereka mengerti, mungkinkah lebih awal mereka tersedar akan 1 Saranan jelas dibawa oleh 3 Titah Raja-Raja yang berasingan baru-baru ini.

Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat diraja bukanlah terhad perananannya dalam hal adat-istiadat serta keraian semata-mata. Peranan baginda sekelian juga tidak terhad kepada yang tersurat, yakni menjamin keunggulan Islam dan mempertahankan kedudukan kaum Melayu sebagai penduduk asal Malaysia.

Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat juga, hasil kedudukan di tampuk kuasa negeri serta negara, berupaya memantau masalah, isu, peristiwa mahupun bencana yang bakal dihadapi rakyat tanpa apa-apa kepentingan sosio-politik. Contohnya, proses di mana pemimpin setiap negeri dan negara mengadap DYMM Raja-Raja Melayu sendiri tiap-tiap minggu untuk berbincang pelbagai isu membuka peluang teguran serta saranan diberi dari tampuk kuasa tersebut.

Apakah saranan yang dibawa seiring oleh ketiga-tiga titah Raja-Raja Melayu terkini, yakni DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Selangor dan YDP Agong? Saranan tersirat mahupun jelas yang dibawa oleh ketiga-tiganya adalah:

RAKYAT NEGARA KINI MENGHADAPI ANCAMAN DAN CABARAN KEMELESETAN EKONOMI, MAKANYA PEMIMPIN SEHARUSNYA BERHENTI BERPOLITIK, MALAH BERGANDING TENAGA UNTUK MENJAMIN KEMAKMURAN*.

Titah ini mungkin tersirat dalam jalancara peralihan kuasa ke Barisan Nasional yang diperkenankan oleh Sultan Perak. Tetapi ternyata, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan dengan penuh bijaksana menjangka perlunya kemelut politik di Perak diselesaikan secepat mungkin dan seboleh-bolehnya, tanpa proses pilihanraya negeri yang pasti akan mengalihkan perhatian kepimpinan negara dari menangani cabaran kemelesetan ekonomi dunia.

Apabila Sultan Selangor bertitah akan kemurkaannya terhadap tingkah-laku pelbagai pihak, terutama mereka yang hilang peradaban dalam mencabar keputusan Sultan Azlan Shah, baginda dengan lebih jelas lagi memperkatakan akan pentingnya rakyat dan kepimpinan negara menumpukan perhatian kepada cabaran ekonomi serta kemakmuran rakyat.

DYMM Sultan Selangor juga bukanlah calang-calang Sultan. Baginda adalah seorang nasionalis ekonomi yang berjasa dalam mengekalkan milik Southern Bank Berhad di tangan kuasa Malaysia dan mengelakkan dari ia diambil-alih oleh kepentingan Singapura. Sebagai penggerak perbankan negara dibalik tabir, nasihat Sultan Sharafuddin Idris Shah haruslah diambil iktibar.

Titah ketiga pula disampaikan oleh DYMM YDP Agong sempena merasmikan pembukaan sesi Parlimen yang terkini. Dalam memperkenankan kejayaan peralihan kuasa, baginda juga memperingatkan para pemimpin kita akan pentingnya tumpuan terhadap masalah kemelesetan ekonomi. Menarik juga apabila diketahui Baginda YDP Agong berangkat bersantap dengan Paduka Seri Sultan Azlan Shah beberapa hari sebelum titahnya di Parlimen!

Nah, jelas panduan diberi oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan YDP Agong sendiri akan tumpuan yang harus diberi oleh para pemimpin kita. Atas sebab inilah saya dan sudah pasti ramai lagi rakyat yang berfikir tanpa ketaksuban politik, kecewa akan tingkah-laku ahli politik Pakatan Rakyat. Tak sudah-sudah perkenan Sultan Azlan Shah yang penuh berhemah dan merakyat disanggah semata-mata untuk merebut balik kuasa!

Apakah yang lebih penting untuk pemimpin-pemimpin seperti ini? Kemakmuran rakyat atau kekuasaan parti yang hanya menjinjing 'rakyat' dibibir sahaja. 'Rakyat' bukan sekadar jenama, bukan sebahagian slogan sahaja, tetapi juga merupakan tanggungjawab pemimpin yang dipilih. Apa guna pemimpin pada rakyat apabila kuasa yang diragut membuta-tuli akan ancaman terhadap kemakmuran negara?

Sekiranya DYMM Raja-Raja Melayu jelas melihat perkara ini dan ikhlas menegur, pun dengan biadap sekali terus disanggah, apakah rakyat akan dibela sekiranya kuasa berjaya direbut semula oleh orang politik sebegini?


* Ampun Tuanku sekiranya ada Duli-Duli Yang Maha Mulia atau kaum kerabat tertatap kata-kata ini, tetapi patik yang marhaen tak mampu berbahasa seindah bicara paduka baginda sekelian dan harus berbicara demikian untuk menjelaskan kepada masyarakat maya.

Thursday, February 19, 2009

Dato' Ibrahim Hussein Kembali Ke Rahmatullah / Dato' Ibrahim Hussein Has Passed Away

Pelukis terbilang negara, Dato' Ibrahim Hussein, kembali ke Rahmatullah pada jam 4.30 pagi tadi. Beliau merupakan tokoh budaya termuda dalam 3 beradik Hussein dari Yan Kedah, bersama sasterwan-sasterawan negara, Dato' Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein. 3 beradik ini rapat dengan Ayah hasil hubungan darah, kampung, perjuangan dan rumpun Aceh yang erat.

Dato' Ibrahim terserlah sebagai seorang seniman dan tokoh Melayu dari zaman mudanya, yakni dari dekad 60-an, apabila lukisan dan coretan gambarnya mula dipaparkan di pentas antarabangsa. Beliau juga gagah menunjukkan semangat nasionalistik apabila berani memaparkan peristiwa 13 Mei dengan imej Bendera yang terbakar/berdarah/hitam.

Selain meninggalkan balu dan anak perempuan seorang bersama sanak-saudara, bersama dengan seninya tersebar merata dunia, Dato' Ibrahim juga meninggalkan Muzium dan Yayasan Budayanya berpusat di Langkawi sebagai sumbangan terakhir untuk pembangunan negara-bangsa.

Jenazah Dato' Ibrahim Hussein kini menanti keberangkatan tiba teman akrab arwah, yakni DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj serta ziarah sanak-saudara lain di alamat No 8, Lorong Bukit Pantai 1, Bukit Pantai, Kuala Lumpur. Jenazah akan disembahyangkan pada jam 3 petang ini di alamat tersebut dan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Al Fatihah...

For the non-Malay speaking individuals who are also interested, Dato' Ibrahim Hussein, the great Malaysian artisan, has just passed away. There are some English sources of his many achievements that I have Googled... he has an international following that is the envy of many artists in this region.

Dato' Ibrahim Hussein's remains are lying in state awaiting for the arrival of his good friend, the Sultan of Selangor, DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj as well as other friends and relatives at No 8, Lorong Bukit Pantai 1, Bukit Pantai, Kuala Lumpur. He will be undergoing final prayers at the said address from 3 pm today and then is to be buried at Bukit Kiara Islamic Burial Grounds.

Wednesday, February 18, 2009

Anwar Ibrahim's Favourite Game: (Political) Dodgeball!

Dodgeball is an American game. In this game, balls are thrown by players of opposing teams at each other, there's a lot of running around 'dodge'-ing balls and much throwing of balls back and forth with players being pulled in and out of bounds... it's complicated. Nevertheless, once you've read this Wiki description of dodgeball, you will appreciate what I have to say about Datuk Seri Anwar Ibrahim's skills as a political dodgeball player.

DS Anwar's dodgy... hahahaha... very droll...

Anwar is very adept at running very fast from nasty looking political 'balls'. Even if he is not successful he makes a good run and dodge of it! Examples, from the more recent to the not so:
  1. He missed the opening of the recent Parliament, where DYMM YDP Agong pretty much endorsed the transition of power from Pak Lah to Najib. This was a subtle 'dodge', as I'm sure the cameras would have focussed on his face to try and catch a 'jeling' or some look on his face... Subtle or not, Anwar 'royally dodged' this.

  2. His being 'in the Middle East' during the above is also a proper dodge as people had been claiming that as Parliamentary Opposition Leader, he was going for a CONFIDENCE vote of Pak Lah. What better way to dodge that than to be thousands of miles away! This is a 'international dodge'.

  3. Anwar most famously ran to the Turkish embassy when pursued by the police on the Saiful Homosexual Rape case. He ran so fast, he not only dodged the police, but also a vast majority of his supporters, who didn't know where he was for a while! I call this his 'diplomatic dodge'.

  4. Whilst dodging Saiful's claims, Anwar also dodged and continues to dodge questions on his poor ability to get BN 'Wakil Rakyat' to 'lompat' to Pakatan Rakyat en-masse as he claimed he could last year. This, together with his DAP chums' loss of Perak due to his ADUNs hopping the other way to BN, and his dodge of responsibility for that, makes him an artful 'political dodger'...

  5. Anwar dodged claims that he was acting over the severity of his back problems by dodging off to Germany for 'special back surgery'. I have had 2 spinal discectomies LOCALLY, so I find Anwar's claims to be highly dodgy... this is clearly a 'medical dodge'.

  6. Anwar dodged claims of past corruption by now being 'reformed'. HOI! Past crimes are still PAST CRIMES! They still need to be punished or at least clarified if truly innocent. If not, then might as well employ thieves, murderers and robbers as policemen... This shows off Anwar's 'moral dodge' technique.

  7. Anwar continuously dodges claims that he's awful at economics, despite his dismal failure as Finance Minister, especially during times of crisis. He famously presided over the US$ BILLIONS of Bank Negara's forex losses in the mid-90's (dodging by blaming the then Bank Negara Governor), then almost ran the economy into the ground with IMF-esque techniques during the late 90's crisis! His friends got rich though! An 'economic dodge' he is!

  8. etc.

  9. et. al.

  10. ad nauseum...

And the list goes on, but from the above, we have already established Datuk Seri Anwar Ibrahim is a politically, economically, diplomatically, morally, medically and even internationally dodgy fellow! No wonder then that from the outset we identified him as being royally dodgy!

So, with him at Pakatan Rakyat's helm, what are the chances of them winning the case that YB DS Nizar has brought upon YB Dato' Zambry that some have claimed as being politically dodgy? Actually, I'm willing to give the judge a chance, as even the famous Datuk Ariffin Jaka was a PAS strongman once!

However, prepare yourselves for another great dodge from the master DS Anwar himself if Dato' Zambry wins the case. It is after all in Anwar's nature to be dodgy...

Monday, February 16, 2009

Elizabeth Wong's Public Statement... NOT! Regretably...

I am disappointed that YB Elizabeth Wong has not reacted like the consumate and mature politican of the modern age that we expect in the face of her recent photo scandal. Instead, she has reverted to a more reactionary, albeit subdued, 'victim' role, that is probably more within her comfort zone as a social activist. Nevertheless, this scandal, which would have provided her a great opportunity to rise to new heights in public perception, has been wasted ...

Rather than
this supposedly 'stoic' statement, I would have drafted the following to be the keystone of her statement instead (my words in italics):

This constitutes a gross outrage on my modesty, a gross invasion of my privacy, and in particular the sanctity of my personal life and I thank my supporters, friends, colleagues and members of my constituency for their concern, support and encouragement.

However, we are currently facing trying times, with the nation's economy under threat of an economic crisis of proportions greater than what was faced in the late 90's. The challenges presented should be at the forefront of our minds as individual citizens as well as leaders of our own communities and families. My fate and travails are of little consequence as compared to the looming crisis before us.

We are also in an era of dynamic transition for our democracy, made even more interesting with the recent active participation of our state rulers on matters of government. Let us not mention Perak, but rather listen to the Agong's titah at the opening of Parliament today where his highness in his wisdom chose to thank Pak Lah for his services and wished all a smooth transition of government. Surely this should occupy the mind of Malaysians more than my own personal problems.

My family members are standing behind me. I would like to appeal to the media to give me and my family members some breathing space in this trying time so that I can weather this huge challenge. And I urge all Malaysians to please consider the great many things we as a nation must do in the coming days, weeks and months. Fret not about me, I'll be fine...

My sympathies Elizabeth on you and yours' current travails, but regrets also for your loss of opportunity to truly rise above the occassion...

Thursday, February 12, 2009

Kerana Pakatan Yang Rugi, Blogger Pakatan Rakyat Pun Menghina Raja!

Blogger Jed Yoong kini dengan bangganya menyampaikan hasratnya untuk bersaing dengan Karpal Singh, DS Ir Nizar dan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat lain dalam menghina Raja-Raja Melayu. Beliau siap bangga bila dibilang bersaing Karpal menanti jumlah laporan polis terhadapnya. Siapa dihina pula Raja-Raja Melayu dari negeri-negeri lain! Laporan penuh dibuat oleh teman saya bigdog seorang lagi blogger setia UMNO.

Alangkah bahagianya sekiranya puak-puak ini memahami ertikata kerakyatan Malaysia, yakni merangkumi penghayatan Rukunegara. Hanya kerana hilang sedikit kuasa sudah sedia lupa apa seharusnya menjadi sebahagian jatidiri kita rakyat Malaysia...

Wednesday, February 11, 2009

Hilangnya Keadilan Apabila Yang Ingkar Bersembunyi Dibalik Tabir Sejarah UMNO Pula...

Datuk Seri Ir. Nizar sudah Ingkar terhadap DYMM Seri Paduka Sultan Perak. Dalam Ingkar, hilang langsung tata-susilanya apabila 'memohon Derhaka'. Kalau benar Melayu beliau dan parti yang dipimpinnya, sudah tentu sekarang dia sudah merafak sembah memohon ampun kepada Tuanku Sultan serta rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan atas gangguannya terhadap kemakmuran negeri.

Tetapi kini semakin jelas tiada keMelayuan pada parti PAS apabila tak cukup Sultan diderhaka, kini sejarah pula diputar-belitkan untuk menutup malu kesalahannya. Dan seperti biasa, sejarah UMNO-lah menjadi sasaran putar-belit penulis veteran dan blogger PAS, MSO, untuk menghalalkan perilaku haram PAS, tanpa beliau menyedari dosa baru pula diolah dengan perbuatannya.

Bagi saya seorang rakyat jelata yang celik mata akan cabaran ekonomi dunia, tindakan DYMM Seri Paduka Sultan Perak amatlah berhemah dalam usaha mengelakkan kepimpinan negeri serta negara terus teralih perhatian gara-gara kemelut politik tanpa putus. Namun, terlihat Pakatan Rakyat negeri Perak tak sudi melepaskan cangkir madu kuasa, dan kini dakyah harus ditepis pula.

Sudah ada seorang blogger yang cuba menjelaskan perbezaan antara sejarah dan putar-belit PAS, tetapi di sini ingin saya perincikan lagi serta mencetus fikiran. Di antara pemerhatian saya:

  1. Saudara MSO yang manyamakan derhaka Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dengan ingkarnya Tan Sri Mohd Ghazali Jawi, terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Idris pada tahun 70-an banyak merujuk kepada penulisan Mokhtar Petah. Malangnya, terlalu banyak perbalahan fakta di antara mereka, baik dari segi tempoh krisis (2 tahun atau berbulan?) mahupun kedudukan Pemuda UMNO yang menurut Mokhtar, menyokong Sultan Idris.

  2. Dari segi skala, tidak diketengahkan bahawa ingkarnya TS Ghazali merupakan tindakan peribadi beliau serta penyokongnya, manakala UMNO Perak pada masa itu berpecah antara pengikut Sultan dan MB. UMNO pusat pimpinan Tun Abdul Razak pula berkecuali. Ingkarnya DS Ir Nizar bukanlah tindakan peribadi, malah didukung bukan sahaja PAS Perak, tetapi semua parti komponen Pakatan di peringkat Nasional! (Anwar pun!)

  3. Pada waktu Ghazali juga, kedudukan BN sebagai kerajaan negeri tidak menjadi persoalan, cuma kedudukan MB-nya dipertikaikan. Malah, apabila krisis dileraikan UMNO pusat di bawah pimpinan Tun Hussein Onn dengan perletakan jawatan TS Ghazali, perjalanan kerajaan tidak terlalu terjejas. Krisis sekarang berbeza kerana punca hilangnya kuasa DS Ir Nizar kerana hilangnya kepercayaan majoriti ADUN terhadap kerajaan beliau.

  4. Sepanjang masa UMNO wujud, ia tidak pernah lari dari peranannya mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan. UMNO menghormati Sultan-Sultan sebagai lambang kepimpinan Melayu, kedudukan agama Islam dan memartabatkan adat-budaya dari nobat ke bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, walaupun apabila dalam perbalahan, tak pernah pemimpin UMNO hilang sopan sehingga me'mohon derhaka'...

Akhir kata, walaupun saya sering sedih melihat perceraian anak-anak muda kita dari sejarah, namun kemarahan timbul apabila sejarah diperalatkan oleh orang-orang tidak bertanggung-jawab untuk menjelaskan dosa terhadap rakyat. Cukuplah PAS menggunakan agama dan DAP serta PKR menunggang idealisme palsu semata-mata untuk merebut kuasa. Tidakkah mereka sedar dosa mereka kepada rakyat apabila mereka melarutkan lagi krisis kerajaan negeri Perak ini?

Rakyat jelata kini rimas apabila melihat krisis ekonomi dunia kian melanda industri eksport negara. Krisis ini memerlukan tumpuan kepimpinan negara mahupun negeri-negeri untuk ditangani dengan sebaik-baiknya, maka pemimpin mahupun rakyat seharusnya tidak lagi membazir masa dalam sepak-terajang politik antara parti.

Dengan memperkenankan peralihan kerajaan Perak, DYMM Seri Paduka Sultan Azlan telah mengelakkan dari krisis politik negeri berlarutan hingga menjejaskan tumpuan kerajaan BN dari krisis ekonomi. Kehilangan tumpuan inilah apa bakal berlaku sekiranya baginda memperkenankan pembubaran DUN Perak seperti dipohon DS Nizar tempohari. Keputusan baginda mungkin boleh dipertikaikan dari segi perundangan, tetapi ia jelas lebih Adil untuk rakyat.

Sudah tentu rakyat memerlukan para pemimpin memberi lebih tumpuan kepada usaha memakmurkan rakyat serta negara yang kini diancam kepapaan, bukan ahli politik yang tak putus mengejar kuasa semata-mata... Diharap celik mata saya tentang keadilan kepada rakyat yang dibawa perkenan DYMM Seri Paduka Sultan Azlan dalam hal ini kini berjangkit kepada para pembaca... DAULAT TUANKU!

Friday, February 06, 2009

Dah Lah BEKAS MB PAS Ingkar, Penyokong Pakatan MENGHINA SULTAN Pula!

Apabila mendengar protes pembangkang baru Perak di Kuala Kangsar kini diberi liputan hangat oleh blog-blog dan mengesyaki pemblog pro-Pakatan Rakyat pasti tak mampu berkecuali, saya terus berhubung dengan teman-teman di sana untuk menerima maklum-balas. Berita mereka begini:

Deme orang Pakatan datang, tak ramai, ada dalam 100 orang. Mulanya protes gitu-gitu aje, lepas tu deme mula buat hal pula, siap baling-baling batu lagi pada kereta kome! Apa lagi, FRU masuk, orang PAS dan PKR atas jalan pancut diayor, cabut lari! Gitu le perjuangan deme orang Pakatan ni...

Ini menggambarkan percubaan awal penyokong Pakatan Rakyat yang berniat mengganggu ketenteraman hasil kecewa kehilangan kuasa. Yang dibilang 'buat hal baling batu' kelihatan menunjukkan hilangnya kesabaran kerana perkumpulan mereka yang agak kecil tidak menarik banyak perhatian. Kemudian, ada member yang memberi lagi khabar:

Pembangkang masih nak berdemonstrasi, tapi dah takde apa, dah selamat. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!

Mendengar ini, saya terus menghubungi member tersebut. Beliau khabarkan, ramai juga orang luar, bukan sahaja orang luar dari Kuala Kangsar, tetapi orang luar dari negeri Perak, yang datang berdemo. Mungkin kerana tak puas berdemo dengan tidak berkesan, atau kerana ada yang lambat, keinginan meneruskan aktiviti kesukaan mereka terus membara. Member saya mengakhiri perbualan dengan mengatakan beliau akan memantau lagi. Tak lama, saya ditalipon beliau:

Akhram. Deme orang Pakatan tu tunggu Sultan dan Raja Nazrin! Rame sikit sebab ada yang baru datang, ada yang saja nengok, dalam 400-500 orang. Tapi saya tak suka, sebab deme orang PAS dan PKR tu hina Sultan dan Raja Nazrin! DEME SEMUA TUNJUK 'FINGER' KAT SULTAN MIKE!

Astaghfirullah! Saya terkejut mendengar betapa biadabnya para penyokong pembangkang tersebut! Bukan sekadar taksub pemimpin mereka dan membenci UMNO sahaja orang PAS dan PKR ni, tetapi diasuh yang muda dan didakyah si tua sampai boleh menghina Sultan sebegitu rupa!

Semasa Sultan memberi perkenan Pakatan Rakyat menubuh kerajaan dan menolak permohonan UMNO untuk berbuat demikian pada Mac 2008 tak pula sampai begitu hodoh sekali kelaku penyokong UMNO dan BN!

Nampaknya bertambah-tambah lagi hikmah peralihan kuasa dari PR ke BN di Perak ni. Setidak-tidaknya ia merobek topeng orang PAS dan PKR di Perak, mahupun yang suka berdemo dari negeri ke negeri, kononnya berjuang untuk rakyat. Pejuang jenis apa tak beradab dan hilang pegangan nilai rakyat yang kononnya diperjuangkannya? Semata-mata kerana merebut kuasa! Dan kuasa, ketuanan untuk siapa?

BUKAN Ketuanan Rakyat, tetapi KETUANAN ANWAR... atau tak kurang busuknya KETUANAN NGEH-NGA BERBONEKA NIZAR ...

P/S: Terima kasih atas sumbangan maklumat dari teman-teman di Kuala, terutama sekali Megat G2 KK ...

Tuesday, February 03, 2009

Kerakusan DAP, Pembonekaan PAS (DERHAKA!) Dan Pemproksian ADUN PKR Punca Kejatuhan Pakatan Rakyat Di Perak

Kerajaan Perak kembali ke tangan BN alhamdulillah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Hasil dari ini, akan timbulah pelbagai alasan, tohamahan dan tuduhan dari pihak Pakatan Rakyat yang berniat menutup segala kepincangan kerajaan mereka yang baru kecundang. Akan dibilang UMNO dan BN melakukan sogokan wang serta mengancam pelbagai musibah kepada ADUN-ADUN yang lompat, terutama dari PKR.

Tetapi sebenarnya, punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan tidak lain kerana kelemahan pada kerajaan itu sendiri. Saya tidak bermaksudkan kelemahan berdasarkan sebab-musabab basi yang sering diajukan, seperti kelainan pegangan serta ideologi atau kenyataan yang kerajaan bermajoriti kecil memang lumrah terancam hidupnya.

Ada 3 punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ingin saya ketengahkan dan huraikan di sini, khususnya:
  1. Kerakusan pasangan sepupu pemimpin DAP, yakni Ketua dan Setiausaha DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming. Ini secara ringkas digelar faktor Ngeh-Nga.

  2. Keterserlahan peranan MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP yang tidak berupaya memperjuangankan kepentingan orang-orang Melayu seiring dengan kepentingan kaum Cina.

  3. Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak (di seluruh negara?) yang terbongkar dengan begitu dramatis sekali.

Ngeh-Nga dikatakan rakus bukan kerana mereka mengatur pemberian tanah balak sebanyak 8 ribu ekar ke pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas. Kelulusan melulu yang tidak terkawal kepada pengusaha hotel-hotel besar yang bakal membunuh chalet-chalet usahawan kecil di Pulau Pangkor pun bukan petanda terbesar. Petanda terbesar sekali adalah apabila dilihat Ngeh-Nga mengagihkan harta secara tidak sama rata antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Contohnya, tanah-tanah balak terbaik, jati dan chengal lah katakan, diberikan ke pemimpin-pemimpin DAP, manakala yang PAS ada pula tompokan belukar dan getah lama di merata pemberian kepada mereka! Sudah pastinya di kalangan pemimpin DAP sendiri ada ketidak-samarataan. Pemimpin PKR pun pasti berungut, kalau tidak, masakan ADUN-ADUN PKR dan DAP yang mahu melompat!

Malangnya, cara Ngeh-Nga menutup malu tentang kerakusan mereka mendedahkan secara jelas betapa MB PAS Perak, DS Ir Nizar hanya sekadar boneka. Pemberian tanah leasehold 999 tahun menjadi barang persoalan, terutama sekali apabila ia diberikan kepada suatu kaum sahaja. Di manakah peranan DS Nizar dalam mempertahankan hak umat Islam mahupun Melayu dalam pengagihan tanah tersebut?

Keadaan menjadi runcing apabila 2 ADUN PKR yang bakal menghadap penghakiman, seolah-olah hilang sokongan Ngeh-Nga mahupun boneka mereka DS Nizar. Apabila YB Datuk Nasa menyeberang pula sebentar dari BN ke PKR, kemungkinan ADUN-ADUN PKR tersebut tersisih langsung memandangkan mereka tidak lagi penting untuk mengekalkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Perak; dah lah mereka diagak bakal kalah, dipenjarakan dan dilucutkan kedudukan!

Tindakan DS Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak dengan surat perletakan jawatan yang bertanda-tangan tanpa tarikh membahayakan demokrasi. Pada masa ini, para pemerhati berkecuali terutama sekali mungkin runsing kerana kemelut politik di Perak tidak membawa manfaat kepada rakyat pada masa ekonomi dunia dilanda krisis. Namun, ada bahaya lain yang harus diberi perhatian sejenak.

Buat masa ini, DS Anwar masih lagi pemimpin parti politik yang sah, maka penguncian ADUN parti tersebut dengan surat proksi, walaupun salah dari segi moral mahupun peraturan demokrasi sistem 'Westminster' yang diamalkan di Malaysia, masih boleh dipertahankan berdasarkan prinsip. Tetapi, jika perbuatan ini dihalalkan... bayangkan wakil-wakil rakyat kita dikunci surat proksi oleh peniaga-peniaga, penyamun atau buruk lagi, kuasa-kuasa luar!

Tetapi dari segi krisis terbaru di Perak, penggunaan surat proksi ke atas ADUN-ADUN PKR yang disangsi lompat menghilangkan langsung apa-apa harapan mahupun kepercayaan ADUN-ADUN tersebut terhadap perjuangan PKR dan DS Anwar sendiri. Ini merupakan batu nisan kubur kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak...

Kemaskini 1... Terbukti sekali lagi Datuk Seri Ir Nizar tidak lain dari boneka yang nampaknya tak puas merasakan tempias kuasa DAP selama tak sampai setahun apabila memohon (!) DERHAKA kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak!

Monday, February 02, 2009

Anwar Ibrahim Memproksikan ADUN? Jadi ADUN Rakyatkah Atau ADUN Anwar?

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang pakar bermain proksi. Tanyakanlah padanya berapa banyak syarikat dipegang proksinya sewaktu beliau Menteri Kewangan. Harta yang dikautnya pada masa itulah yang membiayai PKR sekarang.

Dalam politik pun Anwar rajin berproksi. Dulu rata Malaysia, terkenal proksi-proksinya, dari Dato' Sng di Sabah ke Dato' Kamaruddin Jaafar di Tumpat, Kelantan dan kini PAS.

Malah, isterinya pun dijadikannya proksi hingga kini sebagai Presiden PKR. Sampai ke Parlimen Permatang Pauh pun Datuk Seri Wan Azizah setia menjadi proksi dahulu. Tetapi yang ini, orang faham...

Tetapi kini terlihat Wakil Rakyat & ADUN PKR pun rupa-rupanya proksi Anwar. Jadi, betulkah mereka ini wakil Rakyat, atau adakah ADUN-ADUN & Wakil-Wakil Rakyat PKR ini sebenarnya WAKIL ANWAR?!

Kini sudah terbongkar segalanya, gara-gara kepanikan Anwar di Perak...

Dengan DS Wan Azizah, tidak perlu ada perjanjian mengikat proksi dari lari, tetapi lazimnya proksi diikat dengan suatu perjanjian, surat penyerahan kuasa, syer ataupun perletakan jawatan yang tak bertarikh. Yalah, surat seperti yang di
kemukakan Speaker DUN Perak yang kononnya membuktikan perletakan jawatan 2 ADUN PKR... yang dalam kepanikan, masih tak bertarikh!!!

Apa ni DS Anwar... wakil rakyat pun nak diproksikan ke? Jadi mereka ni bukan wakil RAKYATlah... tapi WAKIL ANWAR?!

Maaf kalau tak kemas, dikemas-kini melalui HTC TytnII saya...

Wednesday, January 28, 2009

Aduhai UMNO... Kawan DiLawan, Lawan DiKawan

Selesai pulang dari Perak tempohari setelah berjumpa dan bercerita dengan teman-teman Pemuda UMNO di sana, saya mengambil peluang menyampaikan khabar, salam serta berita sekitar Darul Ridwan ke Ayah. Amnya berita terhangat dan menghangatkan hati Pemuda merupakan kisah YB Nasarudin Hashim, atau 'YB Nasa', yang baru mengisytiharkan dirinya melompat ke PKR.

Lantaran saya menyampaikan berita ke Ayah, beliau melafazkan kata-kata hikmah yang pernah disebutnya berkali-kali hingga perhimpunan agung UMNO suatu masa dahulu:

Kenapakah kita begitu cepat
BerMusuh dengan Kawan dan
BerKawan dengan Musuh?

Beliau mengakui YB Nasa sebagai kawan, yang setahunya begitu setia dengan perjuangan UMNO. Sebagai kawan lama, beliau tak dapat menerima yang pautan nilai YB Nasa boleh begitu cepat luntur hingga sanggup berpindah parti semata-mata kerana kalah pertandingan UMNO, sebagai pencabar pula! Kerunsingan Ayah dapat dirasakan walau diganggang telefon bimbit saya...

Persoalannya, apakah kita Pemuda UMNO dalam kehangatan suasana terlalu lekas memburukkan nama YB Nasa dengan tuduhan 'kecewa', 'rakus' dan sebagainya. Apakah tidak mungkin yang beliau ikhlas dengan pendapatnya yang lebih mudah untuknya berkhidmat kepada pengundinya dengan menyertai PKR? Apakah yang menyebabkan beliau tidak mampu berkhidmat sebagai ADUN BN? Mungkinkah ketiadaan sumber, peruntukan atau kewangan peribadi?

Gaji kedudukan lama YB Nasa sebagai Pengerusi FELCRA lumayan bukan sahaja untuk keperluan dan kehendak keluarganya, tetapi juga dapat disalurkan sebagai derma dan bantuan peribadi untuk keperluan para pengundinya. Apakah saluran kewangan ini sudah diatur-ganti? Apakah mungkin kekeruhan hasil dari pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian juga tidak ditawas dengan cukup sempurna, maka menyulitkan jalan kerjanya untuk berkhidmat sebagai ADUN?

Ini harus dipantau dengan berhemah. Ternyata, kekalahan dalam pertandingan tidak semestinya menghasilkan jauh hati, dengki dan kemarahan sehingga seorang pemimpin yang sudah lama setia tiba-tiba meninggalkan parti. Seperti YB Nasa, YB Datuk Hamdi Abu Bakar, atau 'YB Hamdi', seorang lagi kawan lama Ayah dan ADUN Pengkalan Baharu, juga kalah dalam pertandingan UMNO. Malah beliau kalah dicabar setelah memimpin Bahagian Beruas selama 5 penggal.

Tetapi YB Hamdi tetap setia dengan parti. Kenapa? Apakah perbezaan keadaan YB Nasa dan YB Hamdi. Kedua-duanya orang yang sudah lama berkhidmat dengan setia untuk parti dalam pelbagai peringkat. Kedua-duanya tidak pernah menyertai kem Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam UMNO, malah merupakan seteru-seterunya di Perak. Orang-orang seperti YB Hamdi mahupun YB Nasa amnya dihormati, walaupun kalah bertanding, kerana mereka berbudi pada parti.

Saya rasa analisa yang menyatakan keperibadian YB Nasa comot dan bermotif 'pembelot' berdasarkan kepentingan diri adalah suatu pemerhatian yang cetek lantas tidak membantu UMNO menyelesaikan masalah. Apa, adakah mungkin rakyat Bota memilih YB Nasa kembali sebagai ADUN DENGAN MAJORITI YANG MENINGKAT pada masa calon-calon BN lain ditolak bulat-bulat oleh Tsunami Politik Mac 2008 jika keperibadiannya begitu comot dan rakus sekali?

Dan kini, kita melihat BN Perak diura-urakan dalam proses menarik ADUN-ADUN Pakatan Rakyat pula untuk melompat menyertai parti komponen-komponen. Apakah tidak membingungkan apabila terlihat kita bersedia berkawan dengan lawan-lawan, para musuh kita ini, untuk merebut kuasa? Padahal, kawan yang sedia ada dengan sewenang-wenangnya dimusuhi?

Apakah mungkin yang TINDAKAN YB NASA BERNIAT LEBIH MURNI, YAKNI SEBAGAI USAHA BELIAU MENCELIKKAN MATA PEMIMPIN, PENGGERAK MAHUPUN AKAR UMBI UMNO? Sudah pernah kan pemimpin UMNO meninggalkan kita untuk mencelikkan mata...

Setidak-tidaknya, tindakan YB Nasa haruslah membuka minda Pemuda UMNO, jika bukan UMNO secara amnya, yang zaman kita selesa hingga berupaya bercarik-carik berkelahi dalam pertandingan dalam parti sudah berakhir. Sudah tiba masanya kita kembali ke zaman pertandingan yang berhemah, bersopan dan tidak berdendam antara yang kalah-menang.

Kalaulah benar ura-ura Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali bersedia meletakkan jawatan Ketua Perhubungan Negeri Perak akibat kejadian ini, semestinya ada pengajaran dan iktibar yang harus ditimba. Sebelum kita anak-anak muda terlupa kata-kata hikmah orang-orang tua tentang kawan...

Maklum-Balas Awal Cadangan Pembubaran Sayap UMNO

Saya amnya lebih suka membuat komentar sendiri tentang isu, tetapi saya menerima maklumbalas awal yang cukup cantik dari Ketua Pemuda saya, saudara Nor Saidi Nanyan, tentang cadangan pembubaran sayap-sayap UMNO, termasuklah Putera, oleh YM Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen.

Komen KP Langkawi:

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen, mencadangkan supaya sayap-sayap UMNO (Puteri & Putera; Pemuda & Wanita juga kah?) dihapuskan untuk membenteras politik wang.

Camana nak terbang kalau tak ada sayap? Apa punya cadangan ni? Inilah tikus yang cuba memperbaiki labu...

Isunya, adakah punca politik wang daripada sayap ataupun tanpa sayap kita bebas dari politik wang? Siapakah yang menyuburkan politik wang? Siapakah sebenarnya yang beriya menghebohkan politik wang?

Apakah sakit kepala, kaki yang menjadi mangsa?

Sudah terlalu cantik rasanya hujah KP saya ni... :-) Namun kerana ini blog saya, ingin saya tambah lagi di sini:
  1. Bukankah tugas Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen dengan Lembaga Disiplin pimpinannya untuk membenteras politik wang? Maka adakah beliau melihat kebanyakan kes datang dari sayap atau dari induk parti?

  2. Apakah pendapat Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen apabila melihat kerjanya sekarang kelihatan dikerjakan oleh MACC? Adakah ini wajar ataupun lojik? MACC di bawah bidang kuasa siapa? Mengapakah pendapat tentang ini tidak dikeluarkan dahulu? Kami ahli UMNO semua kebingungan Tan Sri...

  3. Apakah motif mediamasa yang mengeluarkan pendapat ini? Adakah ia bakal disusuli oleh tindakan ganas MACC terhadap calon-calon sayap pula? Akan bakal adilkah tindakan ini kelak?

  4. Mungkinkah ini usaha untuk memperlekehkan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen sendiri, secara langsung melumpuhkan lagi Lembaga Disiplin selepas peranannya dirampas MACC yang dikatakan juga dipengaruhi parti pembangkang di Parlimen?

Maaf YM Tan Sri dan sanak saudara yang mungkin terkilan memandangkan bapa serta anak saling berkawan dalam UMNO mahupun NGO, tetapi walau ahli biasa, kami juga bertanggungjawab memantau, mendesak dan menegur...

Monday, January 19, 2009

Kuala Terengganu: Antara Mitos Dan Fakta Di Sebalik Kekalahan

Ada pelbagai teori kenapa BN kalah di Kuala Terengganu. Saya sendiri hanya hadir menyumbang 'atas padang' pada 10-11 September melalui program kerjaya untuk pelajar serta lepasan IPT anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Namun, dari pengalaman tersebut, digandingkan dengan aktiviti media dan perbincangan dengan kawan-kawan, kita dapat menilai serta menjangkakan kekalahan yang bakal melanda.

Kini jari menuding ke sini-sana kononnya pemimpin UMNO ini dan itu menyumbang kurang atau lebih dalam usaha di Kuala Terengganu. Sebagai seorang profesional, saya rasa lebih penting saya ajukan fakta untuk dinilai, kemudian ajukan beberapa teori, termasuklah pemerhatian di manakah kempen BN kelihatan melopong dari segi perisiannya.

Statistik

PRU-12: Undi BN - 32,562 Undi PAS - 31,934 Undi Bebas - 685 Undi Rosak - 931
PRK KT: Undi BN - 30,252 Undi PAS - 32,883 Undi Bebas - 193 Undi Rosak - 665

Ditambah lagi beberapa cebis maklumat kepada statistik di atas:
  1. Pengundi pada PRK KT dan PRU 12 adalah sama, sebab tidak banyak yang mungkin berubah pada daftar selain kematian.

  2. Pengundi Cina lebih ramai mengundi BN.

Berdasarkan statistik di atas, yang saya dapat terjemahkan sedikit adalah:

  1. Undi PAS meningkat dari PRU-12, tetapi sebahagian besar boleh dijelaskan oleh faktor kebanyakan pengundi Bebas beralih kepadanya serta pengundi PAS yang ramai sedikit keluar memandangkan mereka kalah dengan majoriti kecil sahaja dahulu. Tambah pula, calon PAS kali ini bukannya 'orang luar'.

  2. Hanya segelintir pengundi UMNO dahulu yang mengundi PAS kali ini, kalaupun ada. Ini kerana selepas dikira peningkatan undi PAS berdasarkan faktor di atas, peralihan undi dari UMNO boleh dicongak hanyalah sekitar 100-200 undi. Ini juga memberi petanda menarik tentang pengaruh calon.

  3. Yang mengalahkan BN adalah PENGUNDI BN YANG RAMAI TAK KELUAR MENGUNDI BERBANDING PRU-12. Terlihat jumlah undi BN yang berkurangan hampir sama jumlahnya dengan majoriti kemenangan PAS. Memandangkan undi Cina meningkat, AHLI DAN PENYOKONG UMNOLAH YANG TAK KELUAR MENGUNDI WAN FARID DI KT.

Kenapakah Ahli Dan Penyokong UMNO KT Tidak Keluar Mengundi Ketua Bahagian Mereka?

Orang yang paling banyak dituduh membawa kekalahan kepada BN di KT adalah calon sendiri, yakni Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sewaktu diumumkan sebagai calon, sms di antara ahli-ahli UMNO amnya meluahkan kekecewaan atas pemilihan beliau yang kelihatan sebagai usaha Pak Lah dan menantunya memperkasakan penyokong setia mereka sebelum peralihan kuasa.

Namun perasaan ahli dan penyokong UMNO di KT terhadap beliau patutlah diutamakan. Memandangkan beliau Ketua Bahagian yang tak tercabar di peringkat Bahagian, mungkin difikirkan tiada calon lain yang lebih sesuai darinya. Tetapi malang sekali, penerimaan seseorang sebagai calon bukan tergantung pada dirinya sahaja, tetapi juga keterampilan atau tidak orang di sekelilingnya.

Tetapi sebelum dikupas dengan lebih lanjut, mari kita perjelaskan logik di sebalik pendapat yang faktor calon merupakan faktor penentu (walaupun ramai di antara kita cuba menidakkannya sewaktu kempen PRK KT). Apakah yang berbeza di P036 di antara PRU-12 dan PRK KT?

  1. PM? Sama. Peralihan kuasa belum pun berlaku dan ini jelas dari pilihan calon. Sudah tentu Datuk Seri Najib akan memilih calon yang kurang pincang sekiranya beliau sudah pun berkuasa. Pak Lah sahaja yang dalam keadaan genting sekalipun bersedia memilih penyokongnya sebagai calon.

  2. Barisan Kepimpinan UMNO? Juga Sama. Paling tidak pada peringkat Pemuda, selain Ketua-Ketua Pemuda Bahagian baru, barisan kepimpinan Pemuda Negeri dan Nasional ternyata serupa dengan PRK-PRK lepas.

  3. MB? Lain, tetapi ini tidak dilihat sebagai faktor penting kerana kalau ia mempengaruhi keadaan, sudah tentu lebih ramai pengundi UMNO dahulu kini memangkah PAS. Tetapi, menurut congakkan dari statistik di atas, hanya segelintir para pengundi UMNO dahulu yang tergamak untuk beralih ke PAS, maka pengundi UMNO amnya masih ada kesetiaan kepada kepimpinan BN dan UMNO Terengganu.

  4. Calon? Yang ini sahajalah banyak bezanya. Dari segi umur, keperibadian, persahabatan dan lain-lain lagi... termasuk gelagat keluarga...

Telah dikatakan antara nasib malang yang menimpa Dato' Wan Farid adalah tindak-tanduk abangnya Wan Hashim, termasuklah dalam merebut jawatan Naib Ketua Bahagian KT dari arwah Dato' Razali Ismail beberapa bulan sebelum PRK KT. Tindakan Wan Farid 'meredhakan' tindakan abangnya ditafsirkan sebagai usaha mematikan riwayat politik Dato' Razali yang popular di kalangan guru. Memandangkan beribu para guru merupakan pengundi Kuala Terengganu...

Wan Farid juga banyak dikaitkan kepada isu-isu pedih untuk rakyat Terengganu dan ada yang mengatakan yang keperibadian beliau juga tidak menyenangkan! Tak kenal maka tak sayang, tetapi kekadang dah ketemu pun cemuh juga! Semua ini mungkin dibilang oleh orang sebagai serangan peribadi terhadap Wan Farid, tetapi kita harus akui yang dalam mana-mana pilihanraya, keperibadian calon menjadi tumpuan dan haruslah dipantau...

Kesilapan PRK KT = Kesilapan PRU-12

Sebagai pemerhatian akhir, saya melihat banyak kelemahan BN di KT yang membawa kekalahan sebenarnya sama seperti sewaktu PRU-12 - ya lah, calon lemah macam mana pun, kalau strategi rapi, setidak-tidaknya bolehlah menutup jurang. Di kebanyakan tempat di mana BN kalah padahal sepatutnya menang pada PRU-12 dan dialami juga di PRK KT:

  1. Calon yang dipilih tidak sesuai dengan kehendak pengundi mahupun akar-umbi UMNO di kawasan Parlimen atau DUN tersebut. (Ni 2nd lasy time saya sebut!)

  2. Perjalanan kempen dan jentera ditambat semangat kerana faktor pertandingan dalaman parti. Semasa PRU-12 kerana faktor pemilihan Bahagian menjelang. Di PRK KT, masing-masing hero-hero UMNO bersaing tonjolan demi Mesyuarat Agung Mac ini.

  3. Jentera atas padang di PRK KT mungkin tidak serancak PRK lain, tetapi setidak-tidaknya bergerak untuk menambat hati pengundi yang ada dalam kawasan dan di persekitaran. Malangnya, ia gagal menambat hati pengundi yang menetap di luar kawasan dan pulang untuk mengundi! Pengundi-pengundi ini juga harus dipantau dengan lebih rapi.

  4. BN gagal memikat hati pengundi muda. Ini mungkin kerana cara yang kurang sesuai, gerak-kerja media yang tidak menyeluruh dan mengabaikan sedikit media baru serta penonjolan pemimpin Pemuda yang kurang kredibiliti sebagai penarik minat pengundi muda.

  5. Kempen PAS dan yang bersekutu dengannya kian hari semakin rancak, tetapi kempen BN pasang-surut sepanjang tempoh yang ditetapkan. Ini merbahaya.

Maaflah kiranya pedih, tetapi Qulil haq walau ka nal muran... dan kalau kita tidak berubah...

Meleraikan Mitos Penolakkan Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak

Pada masa sekarang ada pelbagai mitos yang timbul mengaitkan kekalahan BN di PRK KT sebagai petanda penolakkan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib. Rasa saya ini adalah propaganda pembangkang dan para peminat Pak Lah yang lain. Sekiranya DS Najib ditolak, sudah tentu lebih ramai penyokong UMNO yang lama memangkah PAS, sepertimana sekiranya MB baru ditolak, tetapi ini tidak berlaku. Seperti dihujahkan di atas, faktor calon menjadi faktor utama di PRK KT.

Lagipun, rasanya kurang sesuai untuk kita nilai sokongan penduduk seluruh negara terhadap DS Najib dari keputusan satu PRK sahaja. Kalau kita lihat secara amnya, rakyat lega sedikit dengan adanya pelan peralihan kuasa. Malah pembangkang pun menunjukkan kebimbangan mereka yang UMNO dan BN akan kembali tegar selesai peralihan kuasa pada bulan Mac. Kalau tidak, kenapakah pemimpin pembangkang beria-ia mahukan Pak Lah kekal di tampuk kuasa?

Saya berharap analisa saya di atas dapat diterima dan saya sedia menerima teguran, tambahan, kritikan dan pengajaran melalui komen. Janganlah kita cetek fikiran seperti ahli propaganda pembangkang, dan 'penganalisa media' luar negara yang kini beria-ia membaca pelbagai mitos dari keputusan PRK KT ini...

Sunday, January 11, 2009

Gaza - Kenapakah Israel Menyerang Sekarang? Apakah Tindakan Susulan Yang Sesuai?

Pembunuhan beramai-ramai masyarakat Palestine di Gaza oleh rejim Zionis Israel yang berhelah serangan balas terhadap Hamas bermula dengan agak mengejut. Kenapakah ia berlaku sekarang, padahal kegiatan Hamas memperjuangkan hak rakyat Palestine tak pernah putus-putus, cuma sekadar berubah kehangatan serangannya sesekala? Sudah tentu ada sesuatu yang mencetuskan keganasan terbaru ini.

Blogger ini mula-mula memikirkan pemimpin rejim Israel, Ehud Olmert, tidak perlu mempopularkan diri sebagai membunuh 'pengganas' kerana beliau tidak akan terlibat lagi pada pilihanraya umum Israel pada 10 Februari ini. Namun kini tercetus pula pemikiran yang mungkin peperangan ini akan digunakan beliau untuk kekal di tampuk kuasa. Selain itu, ada juga kemungkinan keganasan tersebut didalangi para perebut jawatan Perdana Menteri (PM) Israel yang lain.

Buat pengetahuan, Menteri Luar Tzipi Livni, Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Ketua Pembangkang, Benjamin Netenyahu semua bakal merebut kerusi PM tersebut. Malah rakyat Israel sendiri berfikir keganasan terbaru di Gaza akibat kemelut politik dalaman Israel, yang kini menyebabkan parti Buruh pimpinan Ehud Barak semakin popular! Alangkah sedihnya yang kematian ratusan anak-anak kecil tak berdosa di Gaza semata-mata kerana rebutan kedudukan PM Israel!

Selain sebab politik, ada juga kemungkinan besar tindakan terkini rejim Israel adalah akibat tekanan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Kenapa? Ini bukan soal sumbangan senjata mahupun bantuan lain seperti penyelidikan dan dana dari AS ke Israel. Ini soal kesempitan ekonomi tersebut kini mengancam sumbangan dana AS ke negara Mesir bernilai ribuan juta USD setahun!

Mesir merupakan negara teluk yang paling berupaya mengancam atau setidak-tidaknya menumpulkan bilah Israel yang terhunus di leher rakyat Palestin. Tentera Mesir terkenal sebagai satu-satunya tentera Arab moden yang berjaya merebut kembali terusan Suez dari Israel pada Yom Kippur (dikenali juga sebagai perang Ramadhan atau perang Oktober). Namun kemampuannya terkunci sejak pembunuhan Anwar Sadat dengan 'rasuah' dana dari AS.

Malang bagi Israel, rasuah dana AS ke Mesir kini ternyata terancam akibat kemelesetan ekonomi, terutama dengan ketibaan Barack Obama. Memandangkan Presiden Hosni Mubarak semakin terancam kedudukannya akibat kerapatan hubungan kerajaannya dengan negara-negara durjana tersebut, putusnya dana AS pasti akan mengancam hubungan dua hala Mesir<->Israel. Mesir pasti akan lebih bersedia membantu masyarakat Palestin dalam menangani keganasan Israel.

Oleh itu, ada juga kemungkinan yang Israel kini mengganas kerana inilah peluang terakhir untuk melakukan demikian sebelum kekuatan Mesir untuk menangani ancaman ketenteraannya dilepaskan dari gari rasuah dana AS! Oleh itu, ekonomi juga mungkin penyebab pembunuhan beramai-ramai anak-anak kecil yang tak berdosa tersebut.

Beginilah berolah sejarah keganasan Israel dan Barat, di pacu kepentingan politik persendirian ataupun keperluan ekonomi dalaman, tanpa bersifat perkongsian. Mungkinkah kita perlu mengolah cara lain untuk menangani keganasan Israel, selain kecaman, rundingan dan boikot, yang walau murni niatnya, terlihat terbatas kejayaannya sebelum ini? Mari kita fikirkan bersama...

Saturday, January 03, 2009

Penswastaan IJN Nak Diteruskan? HAH! AMENDE NI?!!

Saya dikejutkan dari demam tahun baru dengan sms berteks,"Awas, penswastaan IJN akan diteruskan! Lawatilah Rocky."

Reaksi pertama saya? HAH! AMENDE NI?!! DAH LUPA DARATAN KE MAKHLUK YANG MENGEJAR KERJA NI?

Maka dengan ini, saya pun menyertai jeritan perit masyarakat siber menentang usaha menswastakan IJN, dengan berlencanakan:
Selain itu, siasatan kita tentang angkara siapakah ini berterusan. Dari koridor HQ Sime Darby, kami dibisikkan maklumat:
  1. Sime Darby kini bukan lagi di bawah pengaruh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang amnya dipimpin dan dipelopori nasionalis berjiwa rakyat. Tetapi kini, PNB menerima arahan langsung dari Jabatan Perdana Menteri! (Tingkat 4 le tu kut?)

  2. Yang betul-betul mengejar cita-cita di Sime Darby sekarang adalah saudara Hisham Hamdan. Hah? Siapa tu? Mari kita perincikan sendiri antara kita siapakah gerangan anak muda ini sehingga terancam kesihatan pegawai kerajaan yang berumur, pesara serta masyarakat miskin hasil angkara beliau... selain sang pendendam dan sang rakus la... Mungkin kalau ada kawan atau saudara dia yang terbaca, boleh cuba tanya dia sedikit?

  3. Dan tak payahlah kita nak cerita tentang manfaat IJN ini diswastakan... macamlah kita ni pandai benar. Padahal, orang yang memulakan dasar penswastaan, Tun Dr M, pun secara jelas menentang usaha tersebut. Yang mencadang tu lebih arif benarkah dari beliau? Orang Sime Darby pun tahu, nak ambil IJN ni sebab nak buat untung! Bukan nak terus menolong masyarakat! Harga minyak sawit dah turun beb...

Cerita ini pasti bersambung...

Tangential Malay Search Results