Assalamualaikum,
Sementara saudara mempertimbangkan layak tidaknya calon-calon menduduki kepimpinan Pemuda UMNO pusat, izinkan saya berkongsi sedikit isi hati. Dalam pada itu, saya juga berterima kasih atas sokongan dan peluang berbicara dengan kawan-kawan semua tempohari, serta berharap persahabatan yang terjalin berpanjangan, apa jua keputusan pemilihan kelak.
KU BERTANYA KEPADA TUN DR MAHATHIR
Di suatu majlis pada bulan puasa lepas, saya berpeluang mengajukan pertanyaan kepada YABhg Tun Dr M,
”Bagaimanakah kita menjawab bila anak muda Melayu kita yg
sudah lupa mencabar;
Untuk Apa Perjuangan yang merujuk kepada era Merdeka, bila penjajah sudah pergi lama sangat dah?
Untuk Apa Perjuangan Agama, bila masjid kini bercambah-cambah & tiang masjid lazimnya lebih dari jemaah?
Untuk Apa Perjuangan, apabila Bahasa sudah sedia dimartabatkan melalui sekolah, berkumandang di media, hingga pemimpin DAP pun sudah ‘terror’ berbahasa Melayu?
Untuk Apa Perjuangan, apabila makmur sungguh Melayu hingga terlalu banyak harta terdengar diselewengi dengan alasan ‘Hak Istimewa’?”
JAWAPAN TUN TAK DISANGKA
Tun Dr M menjawab (lebih kurang) dengan selamba lazimnya,
“Betui ka? Betui ka Perjuangan sudah selesai? Macam mana perjuangan Agama selesai bila jemaah sampai melimpah keluaq dari Masjid bila sembahyang Jumaat & Hari Raya? Saya tak rasa ini menggambarkan masjid kita pun cukup...
Tambah lagi bila murtad meleluasa & anak-anak muda Melayu sendiri jadi kepala membuat dosa...
Apa yang orang Melayu nak banggakan tentang kemakmuran negara apabila orang kita yang susah pun masih ramai. Penyelewengan tidak membuktikan kita sudah senang. Ramai yang kaya ‘orang lain’ dan bukan orang kita.”
Tun kemudian mengulas kembali kata-katanya perihal Melayu sejak awal kepimpinannya lagi. Beliau mengingatkan yang sejarah merupakan petunjuk hak mahupun salah-silap kita sebagai suatu bangsa. Bangsa yang terlalu senang leka dilamun ‘hak’ sementara ‘hak’ disamun orang lain dengan suka-suka sahaja.
KENAPA DISOAL ‘UNTUK APA PERJUANGAN’ HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?
Pada saya, khusus tentang Hak Istimewa Orang Melayu, ramai anak muda dan intelek kita sendiri mempersoalkannya kerana jiwa Melayu Muda sudah menjadi terlalu kerdil akibat perceraian dari sejarah.
Sejarah yg saya maksudkan bukan sejarah yang diajar di kelas-kelas, itu akademik. Ini sejarah perjuangan yang menunjukkan pengorbanan kita yang tak putus-putus untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.
PERCERAIAN SEJARAH MELUPAKAN KITA AKAN MUSUH
Amat menyakitkan hati saya bila melihat anak-anak muda Melayu kini ada yang termakan dakyah pembangkang dan melaung Lim Kit Siang sebagai hero mereka! LIM KIT SIANG yang antara PENCETUS 13 MEI apabila beliau KENCING ATAS TIANG BENDERA MALAYSIA sewaktu berarak MENUNTUT PEMIMIPIN MELAYU KELUAR 40 tahun yang lepas.
Saya tahu 40 tahun lama sudah, tetapi adakah mungkin makhluk sebegini hina berubah isi hati, atau mungkinkah ia berubah hanya di depan mata? Bukti Lim Kit Siang masih busuk hati apabila kuncu-kuncu anak buahnya Teresa Kok berkomplot
menidakkan hak azan berkumandang di udara dan menyamakan kerajaan negeri BN yang jatuh seolah babi panggang!
PERCERAIAN SEJARAH MEMBUAT KITA MENGABAIKAN HERO
Yang menyedihkan saya lagi adalah apabila melihat HERO sejarah kita seperti arwah Tun Ghafar Baba, yang bertanggungjawab mendapatkan sumbangan emas Melayu Melaka untuk membeli kapalterbang buat Tunku Abdul Rahman terbang memperjuangkan Merdeka, kini dilupakan. Tetapi salah siapakah ini? SALAH BUDAYA PEREBUTAN KEPIMPINAN UMNO!
Tun Ghafar Baba tumpas dalam pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1993. Beliau kalah, tetapi beliau masih berjasa, namun kenapakah beliau begitu diketepikan? Kenapakah beliau tidak terus dihargai, malah dipergunakan untuk mendidik anak muda sebagai hero lama?
KERANA KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI KINI MENDAHULUI KEPENTINGAN BANGSA
Kerana atas dasar kepentingan politiklah, bukan saja sekadar hero-hero lama yang sudah kalah dan bersara sahaja dilupakan, malah penglipur-lara sejarah politik kita pun, disekat dari berbicara dgn Pemuda!
Lihat sahaja nasib Tan Sri Abdullah Ahmad ‘Kok Lanas’, seorang penulis dan penglipur-lara berpengalaman yang tetap kritis dan ligat fikirannya ke hari tua. Hero kita yang perjuangannya membawa diri dari kabinet, ke Bangsa-Bangsa Bersatu sampai masuk ISA pun!
Namun, kerana beliau begitu tajam kata bila terlihat salah pada kepimpinan kita, digunakan alasan apa sahaja untuk mengenepikannya... dan gantinya? Diselitkan seorang pengampu kelas satu, Datuk Kalimullah Hassan, yang hasil usahanya sepanjang mengambil tempat hero kita tak lain dari meraih kekayaan untuk dirinya dan membawa kelekaan mendampingi pemimpin teratas.
ZURIAT KITA APA NASIBNYA JIKA TAK TERJAWAB ‘UNTUK APA PERJUANGAN’?
Kita yang bergelumang dalam politik UMNO mungkin faham ‘Untuk Apa Perjuangan’… janganlah kita bawa sangsi diri...
Masalahnya adalah bagaimana anak muda Melayu yang lain hendak faham ini, kerana…
Kebingungan kita pun bila UMNO hari ini menjadi medan mempertahankan peribadi, keluarga dan kedudukan pemimpin semata-mata. Hampir sekali ajal merapati UMNO, yang begitu berjasa membela nasib Melayu. Manakah akan kulindungi masa depan anak dan zuriatku sebagai rakyat Melayu kiranya UMNO tiada? Sepanjang 5 tahun lepas pun, bila hak kita dicabar, bukan sahaja oleh kafir harbi DAP, malah segelintir teman-teman BN kita, kenapakah kepimpinan UMNO bukan sekadar bisu tapi LENA!
ADAKAH PILIHAN LAIN UNTUK MEMPERTAHANKAN ZURIAT
MELAYU?
Mana bisa diharap Parti Kelentong Rakyat, PKR, yang berpaksikan kejaran kuasa seorang lagi sang rakus yang berbuih 'Ketuanan Rakyat' dibibir sahaja?
Dibibir sahaja... bukan sahaja dari segi retorik yg tidak berdasar fakta, membohongi rakyat, tetapi dari segi pelaksanaan dasar yang melekakan dengan sementara tetapi lambat-laun akan membawa naya.
Sama juga, mana bisa kita berharap kepada parti yang dakyah Islamnya membencikan Melayu sehingga sanggup segelintir pemimpinnya ditunggangi kafir harbì di Perak berbayar sekadar tempias kuasa? Dakyah asobiyahnya terutama sekali mengakibatkan Melayu membenci identiti bangsanya sendiri, semua gara-gara politik.
Padahal Rasulullah s.a.w. sendiri menerima keutamaan terhadap kaum sendiri sebagai fitrah, dan menjatuhkan hukum asobiyah hanya kiranya kita menzalimi kaum lain. Dan bagaimanakah mungkin UMNO menzalimi kaum lain, apabila dasar kita memakmurkan semua sehingga PRU ke PRU, undi masih majoritinya diraih Barisan Nasional… hinggalah PRU12.
UNTUK APAPUN PERJUANGAN, UMNO HARUS DIKEMBALIKAN
KEPADA MELAYU…
Untuk apapun perjuangan kita, sama ada idealisma Melayu baru, mahupun semudah faham masa depan zuriat kita, pada hemah saya, harus dikembalikan UMNO kepada Melayu dengan segera.
Harus dikembalikan UMNO kepada arus perjuangan asalnya, dengan bersejarah, sebelum bukan sekadar pemimpin berketagih kedudukan sahaja yang menghancurkannya.
Harus segera dibebaskan UMNO dari cengkaman maut wang yang ketandusan sejarah, nilai dan budi, sebelum ia ketandusan anak muda Melayu pewaris bangsa.
PULAU BATU PUTIH PENENTU PERTANDINGAN
Yang menentukan bertandingnya saya sebagai calon exco Pemuda bukanlah pencalonan yang banyak mahupun desakan kawan-kawan. Niat sudah lama ada, tetapi penentunya disampaikan pada malam berita tentang keputusan Pulau Batu Putih di mana kalah kita.
Yang kalah itu mungkin lambat-laun, marah cara mana pun, harus kita terima. Tetapi yang lebih menyayat hati bagi saya adalah adegan di mana rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, satu-persatu, ditunjukkan pada kacamata TV menyatakan mereka ‘menerima kekalahan’ tersebut.
Pada malam itu, isteri saya meluahkan rasa hatinya, yang beliau rela apa sahaja pengorbanan asalkan usaha saya berpolitik dapat membantu mempertahankan masa depan anak-anak, zuriat kami, dari terlelong maruah dan begitu sedia ‘menyerah kalah’ seperti yang terpapar menerima keputusan Pulau Batu Putih.
JADI UNTUK APAKAH PERJUANGAN SAYA?
Saya rasa soalan ini tidak penting. Yang penting adalah untuk apa perjuangan saudara sendiri? Malah, adakah saudara sekelian lagi berjuang, sedang bersenang dengan kawan-kawan atau syok sendiri berpesta UMNO pemilihan ini?
Saya amat gemar bertembung dengan calon-calon, terutama sekali calon-calon ‘swasta’ yang tiada undi kerana bukan perwakilan, kerana pada masa itulah saya paling selesa bertanya,”Saudara Bertanding Untuk Apa?”
Adakalanya kawan-kawan calon-calon lain tercengang dengan soalan saya. Tercengang lagi mereka apabila saya sedia meluahkan niat saya bertanding… kerana
masa depan zuriat, kerana saya ingin mencelikkan mata Pemuda akan ruang melopong di kalangan masyarakat muda yang tak terisi pun oleh wadah Pemuda UMNO sekarang.
UNTUK APA PERJUANGAN PERWAKILAN?
Tetapi soalan, ‘Untuk Apa Perjuangan?’ dan ‘Saudara Bertanding Untuk Apa?’ ini bukan sahaja relevan untuk calon kepimpinan Pemuda UMNO pusat, tetapi juga semua perwakilan menjelang 25 Mac 2009. Malah soalan ini sama relevan baik untuk pemegang jawatan sepenggal, yakni KP dan NKP, mahupun G2 yang membawa suara akar-umbi.
Apapun niat saudara dalam menghadiri persidangan UMNO kali ini, ingatlah, undi saudara bukanlah pembawa hasrat saudara sendiri, terutama kini apabila kita UMNO, mahupun Melayu, menghadapi zaman getir. Pilihlah yang terbaik
dari kami calon-calon di semua peringkat. Harapan saya, ia juga yang terbaik
untuk masa depan zuriat Melayu dunia dan akhirat.
Selamat Bersidang…